17 Julai 2014
Tangkapan Pertama Kes Pemungut Derma Ditangkap Depan Bank
Kira-kira jam 12.30 tengahari tadi, seorang lelaki umur 18 tahun ditangkap sewaktu buat jualan amal dan pungut derma berkaitan khairat/ wakaf atau pembangunan Islam di depan Maybank Taman Intan Kluang. Sebelum tangkapan, saya menyamar dan lalu di hadapan bank tersebut. Mereka menjual buku dan menghulurkan saya buku. Kemudian dia kata boleh memberi sumbangan wakaf untuk sebuah sekolah tahfiz yang didakwanya terletak di negeri Pahang.
Lelaki ini terus ditangkap dan dibawa ke pejabat agama. Kes akan disiasat dan dia boleh didakwa ke mahkamah yang membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya.
Hasil siasatan, lelaki ini berumur 18 tahun dan bekerja sepenuh masa dengan syarikat ini yang kerjanya mengutip derma ke seluruh negara. Dia datang menaiki kereta dan bermalam di sebuah rumah di Batu Pahat. Lelaki ini berasal dari Perak dan ambil SPM tahun lepas. Apabila saya tanya, sekolah tahfiz di mana di Pahang itu, dia kata tak tahu. Apabila saya bercakap dengan loghat Pahang dengan dia, dia jadi takut. Dia kata dia hanya bekerja dan tak tahu di mana lokasi pusat tahfiz tersebut. Pendapatan yang dia dapat adalah dengan komisen jualan buku dan kutipan derma setiap hari.
Gerakan membenteras kegiatan pungut derma ini akan berterusan terutama menjelang Hari Raya tak lama lagi. Sekali lagi diulangi, Jabatan Agama hanya menangkap orang yang memungut derma seperti khairat kematian, anak yatim, pembinaan masjid, anak yatim, Palestine dan pembangunan Islam saja. Kalau kes minta sedekah untuk diri sendiri atau orang panggil 'gelandangan', kita tak tangkap. Biarlah jabatan lain yang tangkap kalau itu merupakan satu kesalahan. Gelandangan ini pun saya tak faham, orang kampung saya lagi tak faham. Yang dia orang faham adalah gendang-gendang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ust..di kota tinggi tiap hari ada org duk depan bank islam minta derma utk masjid....
BalasPadamMeraka bukan kutip derma! Tapi Dana yg dikumpulkan untuk mwakafkan kitab ihya Dan al Quran! Kamu boleh disaman kerana mengaibkan beliau di blog! KNP kamu x call je number di Surat yg di tunjukkan untuk bukti yg beliau membantu untuk mwakafkan kitab ihya Dan alquran !
BalasPadamMaaf... saya tak gentar dengan ugutan seperti itu. Tindakan tegas akan dilakukan untuk membenteras kegiatan memungut derma atau wakaf tanpa kebenaran pihak berkuasa agama di sini. Tidak perlulah nak cal siapa-siapa untuk melengah-lengahkan kerja penguatkuasa. Kalau betul untuk wakaf kitab ihya dan Quran, memang itu adalah jelas satu kesalahan kerana tidak mendapat kebenaran bertulis untuk mengutip wang termasuk wakaf. Tak perlu nak gertak kami.
BalasPadammacam-macam alasan digunakan untuk kutip duit orang ni...
BalasPadamAl-Akhyar yayasan di Johor bahru memunggut derma dengan meletak kotak2 derma di kedai2 makan di sekitar Bandar Johor bahru tanpa kebenaran.. sedangkan pemiliknya membawa kereta mewah...sehingga bilik2 sekolah sangat usang dan tanpa bilik laboratory yg sedia ada..
BalasPadam