10 Julai 2014
Kena Tangkap Khalwat Siang Hari Bulan Ramadhan
Hari ini ada satu kes tangkapan khalwat berdasarkan aduan orang awam di sebuah taman perumahan di Kluang. Lelaki umur 40-an datang ke rumah perempuan 40-an yang kemudiannya ditangkap pada jam 9.50 pagi. Lelaki ini berniaga sendiri, sudah ada isteri dan mempunyai 4 orang anak. Manakala perempuan juga berniaga sendiri, sudah ada suami dan 4 orang anak. Waktu tangkapan, hanya mereka berdua saja dalam rumah tu. Yang dikesalinya, kes ini berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia.
Makan Minum di Klayak Ramai
Tengahari hari ini juga, penguatkuasa masuk ke pusat hiburan keluarga. Tujuan pemeriksaan adalah untuk menangkap orang yang makan atau minum atau hisap rokok kat situ. Maka tertangkaplah 2 orang remaja atas kesalahan tersebut.
Pungut Derma Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa
Tahun lepas, masa ramadhan, ditangkap 7 orang atas kesalahan kutip derma. Antara lokasi adalah bazar ramadhan, pasar malam, depan bank, dalam pasaraya dan masjid. Nampaknya tahun ini belum ada tangkapan lagi kes pungut derma ini. Mungkin mereka dah takut. Baguslah kalau dah serik. Tapi tahun ini kalau ada lagi kes pungut derma seperti ini, penguatkuasa akan bertindak tegas tak kira siapa. Bukan kita tak mahu orang beri derma tapi kita nak jaga semua pihak. Kalau betul dia orang nak pungut derma, mintalah kebenaran pihak berkuasa melalui pejabat Kadi.
Seorang kawan saya di satu daerah kata ada satu pertubuhan yang katanya pungut derma anak yatim untuk sebuah negeri di utara. Saya kata, tahun lepas pun, kes hampir sama ditangkap di Kluang. Anak yatim juga, negeri di utara juga, cuma nama pertubuhannya lain. Sekarang nampaknya dia bergerak ke kawasan dan daerah lain.
Dinasihatkan, kepada umat Islam yang bermurah hati menderma, dermalah di tempat yang betul dan tidak ada unsur penipuan. Di Kluang ini kalau nak derma, dermalah ke tabung masjid atau surau. Dah tentu tabung itu tabung masjid. Ataupun, masjid yang memerlukan dana dan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa adalah seperti Masjid Taman Delima Kluang yang belum bermula lagi pembinaannya. Besar pahalanya kita derma untuk bina masjid dan pahala itu akan berterusan selepas kita meninggal dunia. Kalau kita rasa simpati kepada anak yatim, datanglah ke rumah anak yatim Kluang, bukan derma pada anak yatim di negeri lain yang sangat diragui kesahihannya.
Lagi satu, jangan sampai derma kita ini menjadi sumber kewangan ajaran sesat seperti 'tuhan Harun' yang satu masa dulu aktif di Kluang. Mereka bergerak licik kerana mempunyai kewangan yang cukup baik. Dengan duit sumbangan kita ini, mereka gunakan untuk menyesatkan umat Islam lain pula dan menjadi gerakan militan seperti kes yang berlaku di Kuantan, Pahang. melibatkan tuhan Harun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum ustaz..saya ada persoalan.macam mana prosedur untuk tangkapan khalwat??sebab saya dengar perlu ada kehadiran anggota polis bagi proses penangkapan dan repot polis?tapi selalu nya bila saya lihat tiada pun kehadiran pihak polis.
BalasPadamPenguatkuasa jabatan agama johor. Polis tak ikut pun tak apa. Sah tangkapan tu.
BalasPadamBetul kata ustaz"dermalah di tempat yang betul dan tidak ada unsur penipuan" sebab sekarang ni ramai sangat yang malas bekerja tapi nak hidup senang....
BalasPadamKat JB ramai peminta derma dari negara luar seperti Filipina dsb...dia tunjuk kad derma untuk OKU....cakap Melayu pun tak pandai....Bukan sorang dua tapi ramai jumlahnya. Sapa nak tangkap peminta derma dari negara luar tu???