Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Jun 2014

Pengemis dan Peminta Sedekah Mencemar Nama Baik Malaysia

Pengalaman saya melawat negara China, tidak jauh dengan Masjid Saad bin Abi Waqas di Guangzhou, ada peminta sedekah menghampiri saya dan pelancong yang lain. Mungkin peminta sedekah ini selalu atau kadang-kadang saja di situ, saya pun tak pasti. Tapi, kehadiran peminta sedekah di situ telah menggambarkan imej yang buruk di mata pelancong.

Apabila saya ke Jakarta, juga ramai peminta sedekah yang lebih suka minta sedekah kepada pelancong. Sekali lagi, saya buat kesimpulan sendiri yang perkara ini menjejaskan nama baik pelancongan di Jakarta.

Bagaimanapun, saya tidak pernah jumpa peminta sedekah si Singapura. Jadi, tidak ada sesiapa yang mempengaruhi saya untuk menyatakan pujian kepada negara tersebut.

Peminta Sedekah di Angsana Johor Bahru

Semalam saya ke Plaza Angsana Johor Bahru. Seperti kebiasaan, saya gemar letak kereta bersebelahan menara LHDN. Saya nampak banyak bas yang saya pasti itu adalah orang luar yang melancong ke Johor Bahru. Yer, antara lokasi menarik di JB sekarang adalah Legoland, JPO dan Angsana.

Di tepi jalan saja apabila nak masuk ke kawasan angsana, saya lihat seorang wanita dan anak perempuannya minta sedekah di atas tikar. Dia duduk di laluan orang ramai untuk masuk ke kawasan angsana, tidak jauh dengan tempat tunggu bas. Lihat pada muka, mungkin warga asing atau juga mungkin orang tempatan. Setahu saya, perkara ini bukan sekali dua, tapi sudah banyak kali, sudah bertahun sejak saya bertugas di Johor Bahru lagi.

Bagaimana Imej Negara ?

Walaupun kejadian ini berlaku di angsana satu saja, tapi kesannya cukup besar kepada pelancongan negara. Pelancong paling ramai di situ adalah orang Singapura dan negara lain, selebihnya pelancong tempatan. Bagaimana mereka memandang imej negara kita ?

Walaupun ini berlaku di angsana sahaja, tapi pelancong luar boleh anggap ini menggambarkan keseluruhan negara kita.

5 ulasan:

  1. kat singapore pn ada je peminta sedekah ni..cuba gi masjid sultan dan area arab street..mesti jumpa...

    BalasPadam
  2. Di Singapura, saya tak jumpa pengemis, tapi.. saya jumpa yang jual barang. saya makan di beach road.. ada cina tua jual tissue dari meja ke meja.. saya sedang duduk2 di takashimaya shopping centre.. ada cina pertengahan umur nak jual pen, torch light untuk tolong dia besarkan anak2 katanya.. satu barang sgd10.00. saya makan di kedai mamak sekitar mustapha centre.. ada perempuan tua kutip tin aluminium.. walaupun saya sedang minum.. dia tanya boleh dia dapatkan tin tersebut.. pada saya.. tidak lah mencemarkan.. sebab di malaysia pun sama..

    BalasPadam
  3. Memang pun...di angsana, di laluan pejalan kaki antara parking kereta LHDN ke angsana selalu saja ada peminta sedekah...kadang tu sampai 2 orang, seorang pempuan dan seorang lelaki. Yang lelaki tu pakai kopiah, baju melayu berjanggut..duduk atas tikar dan letak kole air di depannya. Kalau tengok raut wajahnya macam pelarian...yang perempuan pun sama juga...berbaju kurung, pakai tudung dan duduk atas tikar...Tindakan mereka ni bukan sahaja mengaibkan Malaysia, tapi mengaibkan Masyarakat Islam khususnya di mata orang asing.

    BalasPadam
  4. Peminta sedekah sudah jadi satu fenomena.
    Yg betul2 memerlukan terabai atau dibayangi dengan peminta sedekah yang rata2 90% adalah menipu. Hanya mengaut dari orang yang bekerja mencari rezeki. Mereka (peminta sedekah) hanya mengaut sahaja.
    Tiada pula peminta sedekah dari kalangan bangsa/ agama lain. Menghairankan yer.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.