Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Februari 2010

Perangai Zaman Jahiliyah Masih Berleluasa

Seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya Isnin lalu dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat, bagi melindungi hubungannya bersama dua lelaki daripada terbongkar. Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsianya tidak bertahan lama apabila orang ramai yang merungut bau busuk dari tandas berkenaan membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput.
Difahamkan, ketika kejadian, dia berada hampir dua jam dalam tandas kononnya kerana membuang air besar dan orang ramai tidak mengesyaki sebarang perkara pelik.

Bagaimanapun, dia sebenarnya melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki berkenaan.

"Selepas hampir dua jam dalam tandas, dia keluar dari tandas dan meminta bantuan seorang pekerja sekolah memandu itu untuk mendapatkan beg plastik sebelum kembali semula dalam tandas dengan alasan perutnya kembali memulas.

"Dipercayai dia menggunakan beg plastik berkenaan untuk membungkus bayi baru dilahirkan itu sebelum dimasukkan dalam tangki pam berkenaan dan terus beredar," katanya.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Tuan, macam mana orang yang beranak secara haram ni boleh jadi segar sangat selepas beranak, siap boleh berjalan lagi, sedangkan kami yang beranak secara halal ni rasa nak pitam selepas beranak, langsung tak dapat bangun, apalagi berjalan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.