Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Oktober 2010

Ayah Pin Dah Turun Dari Langit ?


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.
Katanya, pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.

3 ulasan:

  1. salam ustaz..

    komen la sikit mcm mana ustaz pikir dia dpt mengekalkan pengaruh nya tu, supaya jdi peringatan pd kami2 yg belum bertemu dgn dugaan seperti tu..

    p/s - pelik & sgt menakutkan..

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    br bc kt berita terkini hmetro, polis nafi ayah pin kembali.. Kalo betul bgs la..

    BalasPadam
  3. Assalam. Terima kasih kepada tuan kerana sudi menerima jemputan ceramah awal remaja d sk seri taman kluang barat pada 6-10-2010. Ceramah tersebut (melalui wakil pejabat agama daerah kluang) amat berkesan di dalam memberikan gambaran semasa berkaitan isu-isu remaja. mudah-mudahan ikatan melalui kerjasama berterusan buat masa-masa mendatang http://aspirasidiri.blogspot.com

    BalasPadam

Dipersilakan komen.