Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Oktober 2010

PROTON Tarik Gen2 dan Satria Neo...Aiyooooo, Aiyooooo, Nasib Baik Gua Pakai Honda dan Peugeot

Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

3 ulasan:

  1. normal tu....

    sbb Honda yg glemer tu pun penah tarik balik kereta keluran diorg kn dulu..
    Ia melibatkan model Accord, Civic, Odyssey, CR-V dan Pilot selain Acura TL dan CL untuk pasaran AS serta model Inspire, Saber dan Lagreat di Jepun yang kesemuanya dipasang di kilang Honda di sekitar AS dan Kanada.-kes brek...n pengurus honda kata leh mengancam nyawa..

    toyota pun penah gak tarik balik keta keluaran diorg....400K kereta yg telah ditarik balik.

    yg terbaru sebulan dua lepas rasanye, ferrari tarik balik keta diorg gak...sbb keta keluaran terbaru diorg mudah terbakar.,..sudah 8unit telah terbakar tanpa sebab...

    so renung2 kan la..

    keta keluaran msia tak la teruk sgt..heheh..

    BalasPadam
  2. Saya pakai GEN2 model 2007,kalau begitu kacaulah Proton ini.Inikah kualiti kereta Nasional

    BalasPadam
  3. Jadi kemungkinankah ini penyebabnya kerete tersebut mudah terbakar? Kereta kita buat dahulu, diguna pakai.. baru di uji, berbanding kereta negara luar di uji sebelum di pakai.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.