24 Julai 2012
AWAS...Jenayah Kecurian Pada Bulan Ramadhan
Saya nak pesan kepada semua:
1. Semasa berbuka puasa di rumah, sila kunci pintu dan pagar rumah.
2. Kalau suami atau anak-anak ke masjid/ surau, sila pastikan rumah berkunci.
3. Kalau bawa kereta atau motosikal di masjid/surau, sila pastikan dalam keadaan selamat.
4. Selepas selesai solat tarawih di masjid/ surau, kakitangan masjid/surau hendaklah kunci masjid dengan selamat.
Jenayah Pada Ramadhan
Kawan saya, beberapa hari sebelum Ramadhan, rumahnya dimasuki pencuri. Dia keluar rumah dalam jam 9.00 pagi dan pulang ke rumah jam 12.00 tengahari, mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak. Rupanya pencuri masuk, disyaki melalui syiling atas. Kerugian dianggarkan RM 8 ribu termasuk barang kemas, wang tunai dan 2 komputer riba. Yang hilang termasuk wang syiling dalam tabung.
Rumah dia ini rumah hujung dan keadaan agak sunyi pada siang hari. Ini kali kedua rumahnya dipecah masuk, kali pertama sewaktu dia balik ke kampung beberapa hari. Selepas kejadian ini, dia macam ketakutan berada di rumah.
Kecurian Di Masjid
Semalam saya mendapat satu cerita, di sebuah masjid yang mengalami kecurian satu set alat pembesar suara dan 2 biji kipas. Manakala satu surau lagi, hilang langsir yang baru ditukar sempena Ramadhan. Kecurian disyaki berlaku selepas solat tarawih. Tahun lepas pula, ada beberapa kes kehilangan motosikal di masjid/ surau terutama jenama Honda dan Yamaha.
Hilang Lembu
Ketua Kampung pula bercerita pasal kecurian lembu di tempatnya. Memanglah jual daging lembu ini laris bulan Ramadhan dan Raya nanti. Lagi pun, lembu tu bukan pandai buat report yang dia kena curi. Lembu yang nampak kawan dia kena culik pun, buat selamba jer, tak mangadu apa-apa.
Hati-hati
Pencuri akan mengambil kesempatan masuk ke rumah waktu kita leka seperti masa berbuka puasa atau bersahur. Beberapa tahun lepas di sebuah taman di JB, sedang berbuka puasa, ada orang cuba curi motosikalnya tapi tidak berjaya. Pencuri mudah masuk sebab pagar tidak berkunci.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pesan saya pd rumah yg kena masuk melalui siling, sila pastikan lubang yang menghubungkan bumbung dengan rumah sebelah ditutup - dan disimen - sbb sy juga pernah mengalaminya.
BalasPadamPesan pada org islam yg beribadat di surau/masjid, jangan le mencuri.. masjid/surau utk semua beribadat, harta pun jemaah punya..Malu pada Allah.
Pasal kecurian tak de nak komen.. tapi klu yg beli tak tahu lembu tu hasil tangkapan curi, masih sahkan transaksi pembelian kita.
Berbuka puasa tak bermaksud pintu rumah pun kena buka.. utk keselamatan - sila kunci rumah wlp tuan rumah dalam rumah.
Rie, JB
AllahuAkbar.. entah apa yang tak cukup sampai perlu mencuri hak orang lain. terdesak sgtkah perlukan duit pencuri ni? pengalaman saya di negara jepun ni tertingal beg duit di stesyen keretapi pun mereka tak ambil tetapi diletakkan dikaunter, berbeza betul sikap org kita yg kononnya Islam dgn org yg bukan Islam ni.
BalasPadam"lembu tu bukan pandai buat report yang dia kena curi. Lembu yang nampak kawan dia kena culik pun, buat selamba jer, tak mangadu apa-apa." tu lah sikap lembu.. jadi jiran2 dan masyarakat jangan jadi "LEMBU" kalau nampak sesuatu yang mencurigakan...
BalasPadamUstaz, ada beberapa kedai makan dibuka seawal jam 7 pagi di bulan posa ni di Sri Gading, Batu Pahat. Jualan secara terbuka. Anak-anak siap tanya, mereka ni tak posa ke?
BalasPadam