26 Julai 2012
Katak Pun Kataklah... Orang Kita Buat Tak Kisah
Di akhbar Sinar Harian hari ini, cerita sebuah restoran, katanya ada masak katak di kedai berkenaan. Pelayan tu terus terang beritahu pada orang Islam tu yang kedainya ada masak katak supaya orang Islam tu tak berbuka puasa di situ.
Kedai yang tidak ada tanda halal itu turut menarik minat orang Islam untuk berbuka puasa di situ. Masyaallah... bagaimana puasa mereka ? Kalau solat, kita nak solat yang khusyuk, kalau haji kita hendak haji yang mabrur, bukan malboro. Kalau puasa pula kita hendak capai taraf taqwa, bukan puasa katak sebab berbuka dengan pinggan bekas katak.
Pada saya, kita orang Islam hendaklah sensitif dan jangan masuk sebarangan di kedai orang bukan Islam. Tidak kiralah kedai itu kopitiam ker, kedai 24 jam ker, orang kita harus berwaspada. Apa kesalahan di sisi undang-undang kalau tukang masak itu masak benda tak halal ? Saya pun tak tahu.
Tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan kena ambil sijil halal. Maka ikut suka tauke itulah kalau dia taknak ambil sijil halal. Lagi satu, kalau kedai tidak ada sijil halal, tidak boleh ditanda 'kedai tidak halal' atau 'kedai haram'. Itu pun tidak ada undang-undang. Yang saya tahu, kalau pasar babi, dia tulis pasar babi, tapi saya tak tahu, adakah itu ada undang-undang atau tidak. Di pasaraya juga ada tulis 'tidak halal' biasanya pada peti ais makanan tak halal.
Di Kluang lebih setahun lepas, pun ada isu besar dan sensitif pasal isu kedai kopi yang ada 'bendaalah' yang tidak halal. Hendak salahkan orang lain pun tak boleh juga, kenapa tak salahkan diri sendiri yang tak sensitif dan mudah masuk kedai bukan Islam yang tak ada sijil halal. Kita kan berada di tanahair kita Malaysia, bersepah kedai orang Islam. Bukannya kita pergi melancong ke negara bukan Islam lain yang kita mungkin susah pasal makan minum.
SELAMAT BERPUASA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tu la pasal.. post yg menarik..
BalasPadamnak tengok tahap seseorang muslim ialah pada bulan puasa... jika berpuasa insyaAllah selamat... namun belum tentu yang puasa itu solat... maka bagi menilainya mesti tengok puasa dan juga solat kerana solat mementingkan kebersihan....
as salam Tok KK...
BalasPadamia berkaitan dgn sikap muslim di Malaysia sendiri yg selalu mengambil mudah dan tidak kisah...
teguran yg membina walau pun dah lama isu ini berlaku....
hermmm perlu mengambil masa yg lama untuk ubah sikap manusia....
teruskan menegur Tok KK...
setuju sangat tu ustaz.. kat Malaysia nie negara ISLAM... bersepah lagi kedai orang islam .. pergi sana sahaja.. bukan sedap sangat pon makan kat tempat2 klass gitu.. mahal jer.. mahal ker murah ker makanan tu .. pengakhiranya sama jugak.. cangkung keluar semua.. --- yang penting "HALALAN TOYIBA"
BalasPadam"KATAKtiam" semalam dah kena ambush
BalasPadamLaporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.
Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.
Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
jgn asyik salahkan pihak berkuasa, jika ada iman penuh di dada & sensitiviti, tentu tak pergi makan di kedai yg memang jelas milik bukan islam...
BalasPadammelayu... melayu...