Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Julai 2012

Gaji Cukup, Makan Cukup.... Tapi Kepala Ada Sakit Bos


Lebih seminggu yang lalu, masuk berita di akhbar Sinar Harian Edisi Johor pasal serbuan dan tangkapan kes pelacuran di Kluang. Edisi internet tak masuk berita ni. Dalam kes itu, seorang lelaki Bangladesh bekerja di sebuah bengkel di Kluang ditangkap bersama seorang pelacur bukan Islam berumur 41 tahun.

Yang menarik dan kelakarnya kes ini,  bayarannya cuma RM 20 saja. Ini termasuklah servis baik dan hotel sekali, bersekalilah dengan katil, tilam, kipas dan tandas. Kira RM 20 tu kira murah sangatlah. Tak mustahillah kalau bangla tu pelanggan tetap, sebab tu dapat diskaun durian runtuh.

Lagi satu.. ni bukan nak mengumpat atau mengata. Perempuan pelacur tu dah umur tua dan dalam bahasa yang senang orang faham 'tak menarik lansung'. Tapi bagi Bangla tu, menarik ker tak menarik, itu bukan soal.

Cerita Kedai Kopi

Keesokan hari, selepas keluar berita di akhbar tu, ada seorang kawan saya tanya saya kes tu. Dia tergelak juga.

"Betul ker bayaran pelacur tu 20 ringgit ?". Tanya kawan saya tu.

Betullah tu, dah memang bayarnya RM 20, pelacur kata begitu, pelanggan pun kata begitu. Lepas tu kawan saya cerita, begini....

"Kawan saya kontraktor, ada ramai juga pekerja Bangla" Cerita kawan saya tu.

Bila dia cerita permulaan menarik tu, semua 4 orang yang ada di situ termasuk saya, terdiam dan nak dengar apa cerita lanjut.

"Masa dapat gaji tunai, kontraktor tu tanya pada pekerja Bangla tu. Gaji cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Makan cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Tapi bos...." Cerita kawan saya tu lagi.

Bila cerita 'tapi bos', maka makin menarik cerita tu dan semua pasang telinga dan nak tahu, apa penghujung cerita ni.

"Tapi satu jer Bangla tu cakap. Gaji cukup, makan cukup, tapi kepala ada pening. Kontraktor tu tanya apasal kepala pening ? Jawab Bangla tu, sudah dua tahun tak jumpa bini kat Bangla". Cerita kawan saya tu.

"Kalau itu macam, bila bila mau balik Bangla ? Tak kisahlah kalau nak balik Bangla, nanti susah mau kerja, kepala ada sakit". Cerita kawan saya tu.

Kita orang yang dengar ni tergelak juga. Memang dah tahu cerita-cerita macam tu, tapi bila ada orang cerita lagi, lebih menguatkan lagi.

4 ulasan:

  1. dah namanya naluri manusia....huhuhuhuhuh....xleh wat aper....lg plak yg dh kawin...kekekeke....

    BalasPadam
  2. ppuan pun hanya boleh bertahan 6 bulan tanpa disentuh suami...
    mcm mane tu....sape boleh nak jwb... maknanya isteri bangla yg ditinggalkan tu mcm mane pula mengubat "sakit peningnya"???
    apa org lelaki je ke yg pening? ppuan tidak???
    atau apa bangla je ke yg pening lelaki bangsa lain tidak??????

    BalasPadam
  3. Era British, nenek Saya nikah dengan Pakistan. No problem. Kini, 1 masalah pulak bila Bangladesh lebih mengemari bini orang pulak padahal dara bersepah

    BalasPadam
  4. Era British, nenek Saya nikah dengan Pakistan. No problem jadi no 2 some more

    BalasPadam

Dipersilakan komen.