Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Julai 2012

Hendak Bayar Solat Tertinggal Dengan Bayar Fidyah ?


Seorang lelaki 60-an yang agak uzur, ditemani isterinya datang ke satu pejabat untuk membayar zakat fitrah diikuti dengan zakat harta. Dari segi perwatakannya, nampaknya lelaki ini adalah orang yang berduit juga, sebab itu dia bayar zakat harta.

Selepas zakat, dia kata hendak bayar fidyah dan meminta dikira, berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar. Soalannya begini..

"Saya tak berpuasa dalam 20 tahun dan tidak sembahyang lebih 20 tahun". Kata lelaki itu pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebenarnya, fidyah hanya boleh sebagai ganti puasa sahaja tetapi bukan untuk menggantikan solat yang tertinggal. Untuk menggantikan solat yang ditinggalkan itu, tidak boleh sama sekali. Telah sepakat 4 mazhab fiqah yang menyatakan bahawa solat itu hendaklah diqada, bukan boleh ditebus dengan bayaran wang ringgit.

Berapa Kali Tertinggal Solat ?

Soalan seperti ini mungkin akan ditanya kerana orang yang tidak mengerjakan solat begitu lama, biasanya terlupa berapa kali solat yang ditinggalkan. Bagaimanapun, seseorang itu hendaklah seboleh-bolehnya melakukan qada ini sehingga satu masa dia akan merasai qadanya itu sudah menyamai atau melebih waktu solat yang ditinggalkan itu. Insyaallah pintu taubat akan terbuka.

Ibubapa Tak Solat

Pernah saya diajukan soalan seorang anak untuk membayar fidyah puasa ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia. Jawapannya, Solat tidak boleh dibayar dengan fidyah, puasa sahaja yang boleh.

Saya beritahu pada anaknya supaya anaknya sendiri mengerjakan solat dan menghadiahkan pahala itu kepada ibubapanya. Kedua, menggunakan wang peninggalan ibu bapa untuk  wakaf dan sedekah untuk ibu bapanya. Ketiga, membuatkan haji dan umrah jika  belum dilakukan semasa hidup ibubapanya. Seterusnya membuat amal ibadat lain yang difikirkan perlu.

5 ulasan:

  1. Mantop. Tazkirah Ramadhan.
    InsyaAllah anak yg soleh klu buat ape yg ustaz tulis tu, utk kedua ibu bapanya, bahagia le mudaha2an mereka di sana.

    BalasPadam
  2. Betul... duit dan kekayaan tak boleh menebus dosa kita.
    (Farah)

    BalasPadam
  3. Ustaz, saya nak ambil cerita dan siarkan di wall FB saya. Minta Izin ustaz

    BalasPadam
  4. Kadang saya niatkan untuk fidyah sholat..semoga Allah melihat usaha ini..kesungguhan ini..akibat kelalaian dan kebodohan kita..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.