Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Julai 2012

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam Episod 10 : Sekarang Tengah Bukak Lelong


Sekarang tengah ada lelong kereta kastam di seluruh negara. Nampaknya kali ini menarik perhatian saya juga. Ikut iklan Kastam tu, kereta boleh tengok sekarang. Tarikh tutup lelong pula adalah pada 6 Ogos 2012, jam 12.00 tengahari. Apa-apa info, silalah hubungi pejabat Kastam yang berhampiran anda.

Kali Ini Menarik

Kenapa saya kata lelong kali ini menarik ? Pertama, kereta pelbagai peringkat, ada yang mahal, ada yang murah. Kedua, harga yang diletakkan oleh pihak Kastam adalah munasabah dan berpatutan. Dulu pernah satu masa, letak harga yang bukan-bukan, tak menarik orang nak masuk.

Cuma malang bagi saya kerana kali ini tak ada kereta lelong di Johor Bahru. Yang ada cuma sebiji motosikal MODENAS KRISS. Jadi tak payahlah pergi tengok, menghabiskan minyak kereta saja.

Kenapa Johor Bahru Tak Ada Lelong ?

Kalau dulu, sebut saja lelong kereta Kastam, Johor paling meriah. Apa tidaknya, banyak kereta seludup dibawa masuk dari Singapura ke Johor. Maka waktu itu, banyaklah kereta seludup di Johor. Tapi sekarang, kereta seludup dah merata negara kita.

Mungkin juga jawapannya, lepas ini pulak giliran Johor Bahru lelong kereta, kali ni bagi can negeri lain mendahului lelong kali ini. Mungkin juga tu, semalam saya lalu di Bandar Baru Uda jenguk stor dari luar, ada banyak kereta kat dalam tu. Mungkin lepas ni kot akan dilelong.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Abe dah singgah & tinggal jejak di sini dari www.queachmad.com

    BalasPadam
  2. kat mana saya boleh tengok iklan lelong kastam tu ustad?

    BalasPadam
  3. Buat lawak aja Ustaz Kluang ni........ KRISS aja?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.