Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Julai 2012

Stokin Pakai Buang ?

Semalam saya ke sebuah kedai jual barang 2 ringgit. Kat kaunter tu ada seorang lelaki Melayu, rasa umur dia dalam 20-an dan masih bujang. Dia beli stokin putih harga 2 ringgit. Lepas tu saya dengar perbualan dia dengan tauke dan pembantu kedai tu.

"Apa pasal you selalu beli stokin sini ?" Tanya tauke Cina perempuan tu.

"Saya beli stokin seminggu sekali. Lepas pakai seminggu, saya buang" Kata lelaki Melayu tu.

Lepas tu ada pembantu kedai Melayu tu menyampuk.

"Ohhhh, kira pakai buanglah ni yer. Tak apalah, harga 2 ringgit seminggu, tak mahal". Kata perempuan Melayu tu.

Saya jenguk sekali lagi dan memang yang dibeli tu stokin, bukan benda lain. Mula macam hairan tapi lama-lama, saya dah tak hairan dah. Kelakar pun ada, hehee.. Tapi seminggu sekali, stokin dia tak berbau sangat ler. Jadi tak payahlah dia basuh, buang dan beli seminggu sekali.

3 ulasan:

  1. sekarang ni banyak dah pakai konsep pakai buang ustat... Sampai bini pon ramai yang buat konsep pakai buang.

    BalasPadam
  2. hidup dah di zaman senang....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.