Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Julai 2012

Rumah Sumbangan Peribadi Sultan Johor Kepada Keluarga Miskin


Seorang ibu tunggal, Bechik@Zainab Salleh, 72, hanya mampu menitiskan air mata kegembiraan apabila memperoleh kunci rumah baru daripada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Pontian, Selasa lepas.

Zainab yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kehilangan tempat berteduh rumah apabila rumah yang didiami di kampung Andek Mori, Serkat, di sini, musnah terbakar pada Januari lalu. Rumah baru berharga RM33,000 itu adalah sumbangan peribadi Sultan Ibrahim yang diberikan kepada keluarga berkenaan.

Zainab berkata, dia tidak menyangka akan menerima kunci rumah tersebut daripada baginda Sultan Johor yang turut menziarahi mereka sekeluarga. Menurutnya, dia bersyukur dan menjunjung kasih di atas pemberian rumah tersebut oleh Sultan Ibrahim kepada keluarganya.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian Edisi Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.