Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Julai 2012

Macam-macam Palsu, Sekarang 'Ijazah Palsu' Pula.....

Mingu ini heboh mengenai pembongkaran kes ijazah palsu yang beroperasi bertahun-tahun. Entah berapa ratus atau ribu pemilik ijazah ini yang kebanyakannya mendapat 'keuntungan' dengan ijazah palsu yang dimilikinya. Akhbar hari ini memetik kenyataan Ketua Setiausaha Negara(KSN), Datuk Seri Dr Ali bin Hamsa yang menyatakan ketegasannya terhadap penjawat awam yang memiliki ijazah ini.

Bagaimana Sendikit Ini ?

Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.

Mungkin Ramai Yang Kerja Kerajaan

Saya rasa, dalam ribuan pemilik ijazah ini, sudah tentu ada beberapa orang yang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan. Ini termasuk, masa mula memohon kerja atau pun belajar sewaktu bekerja, sama ada sepenuh masa atau sambilan. Jadi, kalau setakat daftar dan ambil ijazah di hotel, rasanya separuh masa pun dah cukup. Nanti bila orang tanya, boleh jawab, dia study hujung minggu Sabtu dan Ahad. Lagi pun orang tak pelik, sebab memang banyak pengajian universiti yang hujung-hujung minggu.

Swasta Pun Sama

Kalau tidak kerja kerajaan, pastilah kerja swasta dengan ijazah palsu ini. Takkanlah dengan ijazah semahal ini, mereka nak menoreh getah atau buka warung tepi jalan saja. Sudah tentulah mereka ada target, terutama syarikat swasta yang menawarkan gaji lumayan.

Parti Politik ?

Selain penjawat awam, tidak mustahil kalau ijazah ini dimiliki oleh ahli politik. Tidak kira parti politik mana, memiliki diploma atau ijazah atau Phd sudah tentu seorang ahli politik itu mempunyai kelebihan untuk dipilih menjadi calon  pilihanraya.

Setakat hari ini, mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional atau komponen parti dalam Pakatan Rakyat, belum lagi menyuarakan ketegasan sepertimana ketegasan KSN kepada penjawat awam.

Ada Tan Sri dan Datuk  Beli Ijazah ?

Pendedahan pihak polis yang dimuatkan dalam akhbar semalam, menyatakan bahawa Tan Sri dan Datuk juga terlibat membeli ijazah ini. Boleh lihat sendiri kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Berita Harian, Klik Sini.

Tahniah kepada kejayaan pihak polis membongkar sendiket ini. Ada lebih baik sekiranya pihak polis memberikan nama kepada KSN sekiranya ada penjawat awam terlibat, begitu juga dengan swasta atau ahli politik.

Sama-sama kita hayatilah firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
 “….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)


2 ulasan:

  1. hmm...
    betoi semua kata ustaz tu..
    xsangka pulak sampai ke tahap "menghadiri majlis konvokesyen..."... dah tentunya sebab/alasan yg amat2 kuat.. nak bergambar la tu... bukanya skeping dua.. bukanya.. bersorangan.. tp.. siap bersama2 kaum keluarga.. xgitu..?

    cuma..
    yg sy/kita sama2 berasa curiga nnt..
    sanggup ke.. pihak berwajib/berkuasa/pihak2 tertentu itu menyiar-kluarkan senarai nama2 yg terlibat.. ndak2 pulak.. VVIP yg terlibat..
    dan tidak menolak jugak.. kemungkinan.. akan kluar kenyataan "stelah siasatan teliti/mendalam".. dapati tiada VVIP yg terlibat... cuma yg ramainya.. para kerani rendah... pembantu2 pentadbiran.. dan para cikgu-cikgi dan tentunya tidak ketinggalan.. budak2 despatch... mat2 rempit.. dan para penggangur..
    alaa.. kisah2 begini biasa la.. xgitu...?
    perkara yg bleh diramal..

    xsilap sy.. peribahasa/pesan org2 tua...
    U scratch my back.. I scratch ur back.. mcm tu la.. bunyinya..

    BalasPadam
  2. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka. Tidak perlulah kita merendahkan kewibawaan pihak polis.
    Kalau kita ada maklumat, sila beri kepada pihak polis seperti nama rakan sepejabat kita yang memiliki ijazah yang dimiliki.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.