Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Julai 2012

Rahsia Bahagia Dengan Tiga Orang Isteri (Episod 2)


Masa baru selesai tulis episod 1 dulu, ramai orang tanya saya. Seorang tu masa main ping pong, ada seorang tu tanya lebih-lebih kisah tu, apa kesudahannya ? Katanya saya potong stim dia saja, tengah syok baca tetiba tergantung gitu jer..

Seorang Dalam Ratusan Ribu

Kisah ini bukan selalu kita jumpa, mungkin seorang dalam ratusan ribu orang. Yer ler, isteri ada tiga tapi bahagia. Dan berapa ramai yang beristeri 3 atau 2 tapi gaduh memanjang. Yang isteri seorang pun asyik tak bahagia jer pun ramai. Tapi kawan saya ni yang saya letak nama dia Osman (bukan nama sebenar) dia kata dia bahagia. Saya percaya apa yang diceritakan, sepanjang saya kenal dia, dia seorang yang jujur.

Apa Rahsia Bahagia Dengan 3 Isteri ?

Okey, dia nikah isteri kedua, bukan senyap-senyap tapi masa meminang dan majlis akad nikah, isteri pertama dia turut serta. Meminang dan bernikah ketiga pun, isteri pertama dan kedua pun ada sama.Soalnya, bagaimana isteri pertama dia jadi macam tu.

Tak mustahil ada isteri yang kat luar tu terus labelkan isteri pertama ini 'bodoh' atau macam lembu cucuk hidung. Ada yang kata, benda lain boleh kongsi, tapi suami tak boleh kongsi sama sekali. Isteri yang macam ni termasuklah isteri pak ustaz sekali, isteri Kadi, no komenlah, hehehe.

Okey, tulisan saya kali ini nak bongkarkan rahsia, apakah rahsia isteri pertama dan kedua boleh rela dan redha yang suaminya beristeri tiga. Tapi rahsia itu bukan senang untuk dijelaskan, contohnya macam orang memancing ikan. Hari ini akhbar di Berita Harian cerita pasal memancing ikan haruan. Dulu saya 'gila' memancing sampai saya banyak  lupa dunia lain. Orang boleh perlekeh saya, dia kata apa syoknya memancing, lebih baik beli ikan kat pasar saja dari duduk berjam-jam yang belum tahu ada ikan atau tidak.

Apa Rahsianya ?

Kawan saya itu cerita, dia nikah sampai 3 bukan dirancang tapi kerana ketentuan Allah Taala. Saya tanya sambil bergurau dengannya, bila nak tambah sampai 4 ? Dia tersenyum dan kata,

"Kalau itu ketentuan Allah, terimalah seadanya". Katanya.

Ceritanya, kalau hari raya, dia bergilir tahun hendak beraya ke mana tahun ini. Kalau tahun ini beraya ke rumah isteri pertama, maka isteri kedua dan ketiga pun akan ikut sama beraya di situ bersama anak-anak. Kawan saya ni ada kereta MPV yang taklah berapa mahal tapi muatlah 3 orang isteri.

Yer Ler, Rahsianya Apa ?

Kawan saya ini cerita, dia kalau berada di rumah, sepanjang masa solat berjemaah dengan isteri, tak kira isteri pertama, kedua atau ketiga. Juga kalau ada ceramah atau kuliah agama di masjid dan tempat lain, dia bawa isteri dia bersama. Itu saja rahsia dia sebenarnya. Bukan benda pelik atau guna ilmu yang tak tentu arah.

 Kata kawan saya ni, dia solat berjemaah dan pergi ceramah agama bukan untuk kawin lebih, bukan. Itu adalah antara fadhilat tambahan solat berjemaah dengan isteri yang tak dibicarakan dalam kitab, juga tiada dalam kuliah takmir masjid.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.