Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Julai 2014

Kisah Coach Baha Sebagai Usahawan: Luaskan Fikiranmu (Episod 2)


Yang cerita ni pula Coach Baha sebagai penjual karpet di kaki lima, mengalahkan Bai Pakistan pulak dah. Sebelum tu nak cerita sikit. Kalau kita pergi ke Air Hitam Batu Pahat sempadan Kluang, kita dapati banyaknya warga Pakistan jual karpet. Rasanya kalau tak ada peniaga Pakistan ini, lenganglah bandar Air Hitam ini dan memang dulu pernah lengang.

Inilah selok belok seorang peniaga yang boleh kita katakan 'jutawan senyap' yang orang pandang sengkek tapi sebenarnya dia banyak duit. Hidup sebagai peniaga mempunyai pandapatan tanpa had. Soal orang nak mengumpat dan mengata di belakang itu cerita lain. Yang mengata itu entah apa yang dia ada. Entah-entah hutang keliling pinggang.

Zaman Dah Berubah

Yer... hidup kita perlukan perubahan. Zaman saya keluar universiti dulu, kerja menunggu saya oleh kerana tak ramainya pemegang ijazah terutamanya ijazah pengajian Islam di negeri Johor ini. Pekerjaan yang saya dapat adalah tentera yang kalau masuk terus berpangkat kapten dalam Kor Agama Angkatan Tentera tapi saya tolak. Kemudian saya jadi guru dan tak sampai setahun mengajar, saya berhenti untuk berkhidmat di Jabatan Agama Johor. Waktu itu saya banyak pilihan kerja dan boleh nak pilih yang mana saya suka.

Tapi graduan sekarang dah terlalu ramai. Keluar saja, kerja yang setimpal dengan ijazahnya tidak menanti lagi tapi kena kejar dan rebut jawatan yang sedikit. Ada kawan saya dapat ijazah tahun 2009 tapi sampai sekarang hanya bekerja jawatan biasa yang memerlukan kelulusan SPM saja. Bukan dia tak mintak tapi dah merata, semuanya belum ada rezeki lagi sampai sekarang. Entah bila dia akan dapat kerja yang setimpal dengan ijazah dia, entahlah.

Jadi Usahawan

Orang kita tak ramai yang nak jadi usahawan terutama yang belajar tinggi sampai ijazah, master atau Phd. Ramai mereka yang kalau tak dapat kerja dengan kerajaan atau syarikat besar, rasa putus harapan. Ada seorang kawan saya, anaknya sudah masuk 28 tahun umurnya, ada diploma dalam kewangan tapi tak pernah tetap dengan satu kerja. Dah tu menyusahkan mak bapak, setiap hari minta duit mak ayah untuk belanja harian. Mak bapak pening kepala, kalau anak perempuan boleh juga kawinkan saja tapi ni anak lelaki.

Ramai beranggapan, berniaga ini adalah bidang orang yang tak dapat kerja kerajaan atau syarikat besar, dia jadilah peniaga. Kerja niaga saja terus orang pandang sebelah mata. Dulu masa saya di JB, pernah saya jadi panel temuduga satu jawatan ni. Lelaki ini seorang usahawan berjaya dan kereta dia lebih mahal dari orang kerja kerajaan. Tapi dia minta juga kerja kerajaan yang gajinya jauh lebih rendah dengan pendapatannya berniaga.

 Bila ditanya kenapa dia minta jawatan ini, dia jawab tanpa selindung. Dia kata, dia minat dan bercinta dengan gadis pujaan hatinya tapi bapa perempuan tak setuju atas alasan dia bukan kerja dengan kerajaan. Begitulah pandangan bapa perempuan yang pandang rendah kerjaya keusahawanan.

Ringkas cerita, dia dapat jawatan itu dan tak lama lepas tu dia meminang gadis buah jantung hatinya itu. Terus bapa perempuan setuju dan dia jadilah kawin. Tapi tak lama lepas itu dia letak jawatan dengan perkhidmatan kerajaan dan jadi usahawan semula. Dia menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kejayaan Lebih Terbentang Luas Kalau Orang Berilmu Masuk Bidang Perniagaan

Ada seorang ini, dia dulu sekolah tak pandai dan jadilah dia peniaga. Masa kawan dia masuk universiti, dia dah kawin sebab dia dah ada kerja dengan berniaga. Dia rajin dan banyak habiskan masanya dengan bekerja tetapi dah puluhan tahun dia tak pernah senang. Dia berniaga dan keuntungannya sebanyak itu saja dari dulu sedangkan orang tengah yang banyak ilmu kerjanya lebih senang darinya walaupun tidak seletihnya bekerja. Nak buat macam mana, dia tak pandai untuk naik setakuk lagi dalam dunia perniagaan. Dia hanya tahu berada di tahap itu.

Tapi kalau orang yang ada ilmu dan kepakaran jadi peniaga, orang ini mungkin tak tunggu lama untuk berjaya. Mungkin setahun dua dia berada di takuk bawah tetapi cepat meningkat untuk menjadi usahawan yang berjaya kerana dia sudah ada asas dan kepakaran. Dia berniaga menggunakan otak sambil bekerja bukannya kerja saja tanpa berfikiran jauh. Renunglah dan fikirlah dan bercita-citalah untuk berjaya kerana perniagaan ini adalah bidang yang sudah diceburi oleh Nabi kita, isteri nabi dan para sahabat agung. Bercita-citalah untuk mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 3

5 ulasan:

  1. Betul orang ni ke ustaz,

    Saya baru sehari lepas tengok peniaga ni kalau tak salah berniaga di kaki lima sebelah Jakel Johor Bahru (Angsana).
    Saya tengok saja dan orang rumah saya ada ditegur juga. Orang lelaki time macam ni memang mintak jangan orang rumah nak beli macam-macam....he..he..

    BalasPadam
  2. Ribuan terima kasih dengan cerita dan ulusan , moga sedikit cetusan minda moga dapat mengubah umat islam yang kaya dan beriman. terima kasih.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum
    ada jugak tefikir nak buat :)

    BalasPadam
  4. Sekarang ribuan pemegang ijazah yang masih menunggu kerja. Keluaran IPTA dan IPTS......sebenarnya rezeki masing-masing la...kalau nak bekerja, tak payahlah memilih sangat kerja...ramai kawan2 saya yang sama2 belajar di universiti dulu akhirnya jadi suri rumah tangga sepenuh masa jer...alhamdulillah...boleh besarkan anak dan jaga rumah tangga sendiri. Cuma suaminya la kena tolong bayarlan hutang belajar dulu...nak wat cam ner???

    Tentang kerja kerajaan ni, memang betul pun ramai ibu bapa yang nak anaknya kahwin dengan orang yang kerja kerajaan. Tak kira lah jawatan apa atau pangkat apa...janji kerja GOMEN...Kalau nak pinang anak dara kat kampung, cakap dengan mak bapaknya yang bakal menantu kerja kerajaan mesti diterima punya. Sebab ada kawan ni pun terpaksa masuk kerajaan sebab bakal mak mertua nak menantu yang kerja kerajaan. Padahal masa dia kerja swasta gaji lebih besar daripada kerja kerajaan....Alasan bakal mak mertua ialah...kerja kerajaan lebih terjamin. Kalau rajin kerja kat mana-mana pun akan terjamin hidup, tapi kalau dah malas kerja, kerja apa sekalipun tak akan menjadi.

    BalasPadam
  5. buat jer...jgn pikir banyak...asik berpikir tak kemana....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.