Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 September 2011

Betul Ke Bateri Kereta Jenis Berjenama atau Palsu ?

Satu hari tu saya lalu di depan sebuah kedai jual bateri kereta. Saya nampak pekerja tu sedang punggah bateri kereta dari lori, masuk ke dalam kedai. Jumlahnya bukan sikit tapi banyak. Yang saya hairan, bateri tu bateri baru tapi tak ada cop atau sticker jenama bateri tu. Kenapa tidak ada sticker ?

Hari ni kawan saya beli bateri kereta kat kedai tu, dia beli bateri jenama terkenal dengan harga sama mahal dengan jenama terkenal tu. Baru saya perasan yang bateri tu cuma ditampal sticker saja, tidak ada cop atau tulisan jenama tu di tempat lain kat bateri tu.
.
Bateri Original atau Palsu ?

Timbul persoalan pada saya... adakah bateri tu betul original atau palsu. Untuk buat sticker dan ditampal di kiri dan kanan bateri tu bukan susah. Bukan saya nak reka cerita sebarangan tapi ragu-ragu juga sebab saya sendiri tengok bateri tu tak ada tulisan masa punggah dari lori tu. Lagi satu, sekarang kedai sanggup beli bateri lama kita dengan harga RM 10-20 walaupun yang sudah rosak. Kita tak tahulah, adakah bateri tu boleh dikitar semula dan dijual seperti baru, entahlah.

Jadi, saya harap pihak berkuasa kalau boleh buatlah pemeriksaan di kedai jual bateri. Bukan kedai itu saja tapi di kedai-kedai lain yang jual bateri untuk mengelakkan pengguna tertipu. Ini juga untuk menjaga kepentingan syarikat pengeluar bateri yang original tu juga.

7 ulasan:

  1. saye rasa la tu bateri rekon or palsu or terpakai...sebab saye dah terkene...beli bateri baru...tup2..keta baru 2-3 hari tinggal tak start...bateri dah kong.....

    BalasPadam
  2. kalo bateri ori biasanya tade tampal sticker..kat bateri tu trus cop jenama...

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum...

    Cantik betul isu tu.... berkenaan bateri...sebenarnya dari apa yang saya tau dan juga pengalaman memang kebanyakan bateri yang ada dipasaran sememangnya di recon balik . Plate dan timahnya diganti balik dengan barang kurang bermutu. Sebab tu tak tahan lama berbanding dengan yang ori.Panjang ceritanya kalau nak bagi tau. Tapi utk tips membeli bateri yang ori sebaiknya cari bateri yang dalamnya kosong dan belum dituang asid bateri. Masa nak beli baru isikannya. Itu pun tak semua kedai yang ada menjual bateri yang masih kosong dan belum berisi asid.Apa-apa pun kenalah tengok2 sebelum membeli tu, harga bateri sekarang mahal tau..

    BalasPadam
  4. semua nak palsu sekarang ni, pelik2....

    BalasPadam
  5. Klu dapat bertahan minima 2 tahun kira ok juga kot. Sama juga barang2 elektrik, periuk belanga ke dll.. Mmg tak tahan mcm barang dulu2 .. sbb klu terlampau tahan, kedai bole tutup maaa...

    Klu kurang 1 tahun bole pi semula kat kedai tu & dapat ganti percuma kot.. So simpan le resit & kad gerenti apa2 barang yg kita beli.

    Apa2 hal beli barang2 ni nasib juga. Bukan bateri aje, termasuk kereta. Thanks ustaz for the info.

    tok

    BalasPadam
  6. Ada spare part WAJIB beli baru. Ada spare part HARUS beli baru. Dan bateri termasuk dlm spare part yg WAJIB beli baru. Begitu juga dgn tayar. Aksesori spt sport rim HARUS beli baru. Ini adalah tip daripada seorang tokey cina, kawan yang selalu servis my car!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.