Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2011

Jangan Sebar SMS Tak Betul Pasal Isu Tak Halal di Sebuah Kilang Makanan

Hari ini saya menerima beberapa sms yang menyatakan pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah kilang makanan. Kata sms berkenaan, terdapat campuran arak di dalam makanan berkenaan iaitu isu berkaitan halal haram.

Saya nasihatkan kepada semua... kepada sesiapa yang menerima sms ini, sila abaikan dan jangan menyebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hendaklah dihentikan segera supaya orang ramai tidak keliru.

Hasil semakan saya terhadap berita berkenaan adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Manakala nama pegawai yang dimaksudkan dalam sms berkenaan juga tidak wujud.

4 ulasan:

  1. sy dapat juga sms berkaitan tgh malam tadi...."kilang biskut terkenal juga di selatan tanah air". Sy minta penghantar sahihkan perkara ni...sebab sebelum tu dia dakwa terima dari rakannya. Bila sy baca blog ustaz ni sy rasa ia perkara yg sama. sy ada 2 bungkus makanan tu....& memang selalu guna jenama tersebut.

    BalasPadam
  2. tq ustaz. sy pun dpt sms tu.sy tak sebarkan kpd kwn2 lain krn mragui isi kandungan sms tu - arak cmpr dlm biskut. jgn percaya bulat2 dgn sebaran sms nih...tambah parah kita sebarkan lagi..

    BalasPadam
  3. Tq info ni Ustaz. Resah mbaca isi SMS kononnya arak dcmpur dlm biskut. Nasib baik xsebar kt kwn2 lain. Apa2 hal kena selidik, jgn caya bulat2. Tambh parah kalau kita join sebarkan lg..

    BalasPadam
  4. sumber dari mazidul akmal.. ;)
    http://www.mazidulakmal.com/2011/09/penjelasan-berhubung-dakwaan-kilang.html

    BalasPadam

Dipersilakan komen.