Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2011

Kereta Rosak, Naik Nombor Ekor Nombor Satu ?

Seorang lelaki 50-an, keretanya rosak dan masuk bengkel di Simpang Renggam, Kluang. Masa kereta sedang dibaiki, dia jalan kaki ke kedai nombor ekor tak jauh dari situ. Dia nak beli nombor keretanya, katanya mungkin boleh naik nombor tu nombor satu.

Sedang dia beratur, dia sedar penguatkuasa Jabatan Agama Kluang sedang buat operasi. Dia cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Dia kata dia tak beli dan dia tak salah. Penguatkuasa pula kata, dia bukan salah kerena membeli kerana belum beli tapi kesalahan kerana berada di kedai judi. Dia ditangkap dan dibawa ke balai polis Simpang Renggam.

Lepas itu timbullah cerita dia nak beli nombor keretanya. Dia juga minta penguatkuasa bersimpati supaya tidak didakwa atau didenda kerana duit yang dia ada adalah untuk bayaran repair kereta dia.

5 ulasan:

  1. niat tidak menghalalkan cara dan perbuatan

    BalasPadam
  2. mimpi beg sekolah anak rosak apa maksud mimpi saya

    BalasPadam
  3. apa da... mimpi beg sekolah anak rosak pun nak tanya seluruh dunia...hang baca doa & ayat2 al quran tak sebelum tido?????

    BalasPadam
  4. mimpi kadang benar boleh naik nmbor nye itu pn nasib....hhahahahahahahaha

    BalasPadam

Dipersilakan komen.