Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 September 2011

Tak Guna Umur Sudah Tua, Mahu Kawin Perempuan Muda


Petang semalam, Ahad, saya datang ke sebuah kedai, nak beli satu barang. Nampak macam tutup kedai tu tapi buka juga satu pintu. Dalam kedai tu ada seorang saja iaitu tauke kedai tu, lelaki bangsa Cina dah tua.

"Tauke, you punya kedai buka juga ker petang Ahad ?" tanya saya.

"Gua biasa buka pagi saja tapi petang ramai Bangla mari, kena buka juga". Kata tauke tu.

Bila dah selesai beli barang tu dan bayar duit, saya tanya lagi tauke tu.

"Tauke, you umur berapa sekarang ?" Tanya saja, saja nak tahu. Dalam hati saya, umur dia mungkin dah 60.

"Saya sekarang umur 77". Kata lelaki tu.

"Tauke, 77 nampak sihat saja". Kata saya.

"Sudah tua, adalah sakit sikit-sikit". Kata lelaki tu.

Kemudian tiba-tiba saya terlintas nak cerita pada dia satu kisah.

"Tauke, saya punya kawan umur 70 tahun lebih, kawin perempuan 20 tahun lebih. Lepas dia kawin, dia nampak lagi muda" Kata saya.

"Aiyaaa.. umur sudah tua, tak ada guna punya kawin perempuan muda". Kata dia sambil mengelengkan kepala.

"Apa pasal tak guna tauke ?" Tanya saya, saja-saja nak tanya.

"Umur sudah tua, badan sudah tak kuat, mahu layan perempuan muda mana boleh tahan.". Kata lelaki tu.

"Itu macam ker tauke". Kata saya.

"Betul lah, saya ada satu kawan Melayu, dulu pencen  itu pejabat XXX. Sudah tua tapi mahu kawin perempuan muda. Gua cakap sama dia jangan kawin perempuan muda tapi dia mahu kawin juga". Kata dia.

"Tauke, biasalah lelaki mesti mahu cari perempuan muda, takkan mahu cari perempuan tua sama umur dia". Kata saya.

"You tahu ker, kawan saya tu makan ubat mahu kasi kuat sampai mati sakit jantung". Kata dia lelaki.

"Wah... itu viagra ker ?" Tanya saja.

"Yer la, badan tak kuat, mahu paksa-paksa mana boleh tahan" Kata lelaki tu.

5 ulasan:

  1. selagi boleh ustaz. Slagi namanya nafsu termasuk lah pun mengumpat mana boleh berhenti.

    Janji bahagia

    BalasPadam
  2. Haha... kelakarnya, kelakar. Kalau gitu, kalau nak kawin lagi satu, kawinlah masa umur muda. Dah tua dah tak larat....

    BalasPadam
  3. saya sokong tanpa nama 9.49pm..he he..

    BalasPadam
  4. sy pulak sokong Tanpa Nama 9:36 PM ..

    lelaki 70+ kawin ppuan 20an...
    xde apa salahnya...
    xperlu buat apa2..
    skadar tenguk.. tepuk2 manja/sayang...
    itu pun amat bahagia...
    [pengalaman sy tu].. hahaha !!!

    BalasPadam
  5. selagi hidup dan mampu ustaz,gasak ajelah...yang penting ada wang kalau tak de wang jangan mimpi la.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.