Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Oktober 2011

Setahun Berlalu, Akhirnya Isteri Terima Hakikat Hidup Bermadu....


Hidup lelaki 40-an dan isteri 30-an bergolak apabila suaminya nikah lagi satu. Pasangan ini sudah lebih 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak. Hidup mereka bahagia tetapi satu hari, isteri terkejut kerana mengetahui suaminya sudah bernikah dan disahkan oleh sirim.

Suaminya bernikah dengan anak dara 22 tahun yang baru tamat universiti. Apabila tahu suaminya bernikah, berlaku perang besar termasuk campur tangan mertua dan ipar. Isteri telah membawa anak-anak balik ke kampung. Bagaimanapun, hasrat dia hendak bertukar menemui kegagalan kerana tiada kekosongan atau tidak mendapat kebenaran ketua jabatan dia.

Dalam tempoh setahun itu, isteri tidak mahu menegur atau melayan suami lagi kerana tawar hati. Isterinya juga telah menfailkan di mahkamah syariah untuk menuntut cerai kerana tidak rela dimadukan. Alasan yang diberikan kepada mahkamah adalah soal lain seperti suami banyak mengabaikan perintah agama dan mangabaikan nafkah. Suami pula berkata, dia tidaklah buat dosa besar, cuma sekali sekala buat dosa kecil.

Tapi sebelum ini dia macam itu, isteri dia tak pernah bising, sehinggalah dia nikah lagi satu. Soal nafkah, dia tak pernah cuai bayar nafkah untuk anak-anak dan bayar ansuran bulanan bank untuk rumah yang isteri dia duduk. Perbicaraan berjalan dan belum ada kata putus oleh mahkamah berkenaan permohonan cerai ini.

Oleh kerana isteri dia buat tak layan, suami cuma balik ke rumah seminggu dua tiga kali saja untuk jumpa anak. Isteri lansung tak layan dia, malah sering menunjukkan reaksi kemarahan seperti menghempas pintu dan membaling objek. Kalau berbual saja, pasti keluar perkataan menyalahkan suami dan meminta diceraikan. Bagaimanapun, suami bersabar. Suami tinggal ke rumah isteri muda.

Setahun Berlalu

Setahun berlalu, akhirnya pasangan ini baik semula. Punca sebenar boleh berbaik-baik ini masih kurang jelas tapi yang penting pasa suami, isteri pertamanya sudah boleh menerima hakikat bermadu. Cuma dia tak mahu tengok muka isteri muda suaminya dan dia rasa nak tumbuk saja kalau jumpa perempuan tu. Isteri pertama dia selalu bersifat cemburu tapi tidaklah bergaduh seperti dulu. Isteri pertama pula sudah tidak serius untuk ke mahkamah lagi.

Malah, kata suami, isteri pertamanya lebih perihatin terhadap dirinya berbanding dulu. Sekarang, isteri pertama sudah rajin masak sedap-sedap, menghias diri, kemas tempat tidur dan ada wangi-wangian di bilik tidur dan selalu telefon suami, dulu jarang sangat telefon atau sms suami. Ini berlaku bukan kerana permintaan suami, tetapi isteri dia sendiri berubah.

 Suami pula lebih banyak berada di rumah isteri pertama berbanding dengan isteri muda. Cuma, waktu kerja atau lepas kerja, suami senyap-senyap ke rumah isteri muda. Maknanya setiap kali dia ke rumah isteri muda, pasti suami temberang, kata ada kerja lebih masa atau ada tugas luar. Bukan dia nak menipu, tetapi nak jaga hati isteri pertama.

8 ulasan:

  1. kerana nafsu, jadi lah penipu..elok benarlah contohnya tu ustad!! hukumlah isteri tua kita dengan menikah muda, tak payah la kita tunujk ajar dia..lepas tu pandai lah temberang dan berbohong untuk lepaskadn diri dan lepaskan nafsu!!

    BalasPadam
  2. Hahaha.. Boleh di amalkan ni ustaz, hahaha

    BalasPadam
  3. umur 30 dapat sorang , umur 40 dapat sorang lagi, 20 ++ , untung la nasib badan , agak umur 50 sorang lagi le, hehe

    BalasPadam
  4. ustaz, dalam kes ni mcm mne suami boleh melakukan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama? mengapa perkahwinan ini disahkan?

    BalasPadam
  5. sy benci lelaki/suami mcm tue..sesuka hati je kawin blkg isteri,@suami yg suka berfoya2 ngn pmpn cantik n seksi d pusat karaoke/ disko..

    BalasPadam
  6. ppuan melayu tak abis2 negatif dgn isu suami kawin lain... walaupun dunia dah maju, tapi fikiran masih kolot....

    org lelaki kalau nak kawin lagi, mana boleh dihalang2... asalkan suami bertanggungjwb, nafkah zahir batin cukup, apa lagi yg sang isteri kehendaki???

    mungkin suami itu nak tolong ppuan tu, atau suami itu bernafsu agak "kuat" & isteri tak mampu melayan, sebenarnya si suami ni (memang Allah jadikan begitu) tak pernah puas dgn seorang isteri...tu sebab Allah haruskan poligami...

    isteri ptama kena muhasabah diri, mungkin dia adalah di kalangan para isteri yg terpilih oleh Allah untuk hidup berpoligami & menundukkan nafsu sifat mazmumahnya menjadi mahmudah....

    sokong poligami....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri kena bersedia dan jangan jadi bodoh... hidup kerana Allah, tak ada lelaki pun boleh masuk syurga..jangan merosakkan jiwa dengan emosi dengan poligami yang berlandaskan nafsu. Bergantung pada Allah lebih baik dan lebih abadi. Hidup beremosi merosakkan iman dan amalan. apa salahnya si suami berbincang dgn isteri untuk upgrade diri ikut nafsunya, kalau gagal baru poligami. Wanita menangis kerana [poligami dan menyebabkan gagal mejalankan kewajipan kepada Allah dan masyarakat...Move on...Losing a man bukan bermakna kalah.Tak setuju bila wanita di anggap lemah, ditipu sesuka hati...then suruh redha...Allah tidak menzalimi hambaNya... Stop menzalimi diri sendiri wahai wanita

      Padam

Dipersilakan komen.