Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Oktober 2011

Ceraikan Isteri Talak Tiga Selepas 24 Tahun Berumahtangga, Dah Bercucu


Lelaki 47 tahun, kerja pemandu, isteri 48 tahun kerja kerani swasta bercerai talak tiga. Pasangan ini sudah 24 tahun berumahtangga dan punyai 3 anak. Anak sulungnya sudah bernikah dan ada anak.

Bila ditanya sebab bercerai, suami kata, isterinya mengulangi perbuatan yang tidak disukainya. Entah apalah ceritanya itu, tak mahulah tanya lanjut, lagi pun dah cerai, buka baru nak cerai.

 Sebelum ini, beberapa tahun lepas mereka pernah bercerai talak satu, kemudian rujuk semula. Tapi kini, cerai talak tiga pula.

7 ulasan:

  1. Bila nak didik suami2 baru/lama supaya jadi suami beriman dan ikut sunnah Nabi yg setia dan kasihkan Khadijah RA hinga akhir hayat Khadijah?

    BalasPadam
  2. Kalau 2 thn, oklah kalau xserasi. 24 thn Ustaz..takkan xde langsung kebaikan yg dkenang. Ikut emosi...hidup pun bkn lama lg. Semoga jadi iktibar, langit x selalu cerah

    BalasPadam
  3. Patut dicari punca berlaku talak 3 sekaligus. Banyak berlaku kisah macam ni. Kalau tahu puncanya mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pasangan lain.

    BalasPadam
  4. hmm..
    jommm...
    sama2 kita buat kira2 skit..
    perempuannya 48 - 24 = 24 umur kawinnya..
    sang suami 47 - 24 = 23 umur kawinnya...

    pd hemat sy..
    sang suami bagaikan blum puas hidup membujang..
    apabila usia dah 47..
    hidung makin membelang..
    mata dah diresapi ulat bulu...
    yg dekat nampak jauh/buruk...
    yg jauh nampak dekat/cantik..
    kerja sbagai pemandu.. slalu kesana sini..

    penyudahnya..
    adala tu.. yg diminatinya...
    silap2.. pendatang asing.. ke apa ke..
    hehe !!

    BalasPadam
  5. sya ada sedara kes macam nie, cerai rujuk cerai rujuk 3x (talak 3 tapi x sekaligus), sebabnya laki hensem & bini cemburu buta tuli...
    (Mungkin Anim tau cerita nie pasal dia org tu pun sedara Anim jugak, kan Anim kan)

    BalasPadam
  6. Anon 15/10 10.46am:

    Adik beradik ke, sedara mara ke, malah anak2 & cucu2 sendiri pun kita tak tau urusan kehidupan mereka akan datang, hatta pasangan kita.

    Alhamdulillah Allah buka hati kita suka majlis2 ilmu & mendalami agama & cuba menghayati & mengamalkan, tapi untuk sampai2kan so far yg mungkin boleh ialah kepada pasangan & anak2, tu pun lum tentu mereka nak ikut.

    Manakala kepada keluarga yang lain2 kadang2 kena tengok umur, situasi & keadaan mereka, ok ke tak depa boleh terima, silap haribulan kita pulak dikatakan terlebih pandai dll, kemudian tak bertegur sapa & putuskan silturahim.

    (contoh mudah: cuba beri sikit 'tazkirah' kepada pasangan kita yg merokok, apa reaksi depa? Yg menerimanya , mungkin tak kan merokok depan org2, dia sembunyi2 dlm tandas ke.. yg ego tebal? mau bergaduh beb.. tu lum bab lain2)

    So, kita citer2 & sampai2kan lah mana2 yg mampu (ikut Nabi kata : klu x mampu dgn tangan, dgn lidah, klu tak mampu ke dua2nya, doakan utk mereka.).

    tok

    BalasPadam

Dipersilakan komen.