Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Oktober 2011

Imam Muda Larikan Duit Zakat Fitrah RM 18,000 Memalukan


Kejadian seorang imam berumur 28 tahun, yang juga amil zakat fitrah di Kulaijaya yang tak memulangkan wang kutipan zakat kira-kira RM 18,000 adalah satu perbuatan yang memalukan. Beberapa akhbar utama hari ini melaporkan cerita ini. Perlantikan dia sebagai imam dan amil, sudah tentulah dia seorang yang boleh dipandang mulia oleh masyarakat setempat.

Tapi, kerana kejadian seperti ini, maka  boleh menjatuhkan nama baik Islam di mata masyarakat. Seperti pepatah Melayu "kerana nila setitik, habis susu sebelanga". 

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

9 ulasan:

  1. masalah dunia.. gelap mata dengan wang ringgit...

    BalasPadam
  2. duit tu hilang kot kena samun, tu yg tak pulangkan tuu ..

    BalasPadam
  3. nama pun imam muda... banyak lagi kena belajar dan tegur tu..

    BalasPadam
  4. Tak pasei2 orang lain kene tempiasnye...

    BalasPadam
  5. Dia terdesak tu, duit tu mngkin dah digunakan, ingatkan boleh bayar on time.. tapi.. aduhai, malang & kasihan.

    kena tanya & siasat btul2 apa masaalah dia.
    Tapi kes2 org2 lulusan agama (dipanggil ustaz & ustazah) songlap duit org ramai ni mmg agak biasa juga, mcm org lain juga, cuma jarang2 di highlight.. Kabarnya yg biasa jadi mangsa ialah anak2 muridnya, mereka tu malas nak bawa kes tu ke depan, cuma citer2 belakang(gosip2 aje) ..sesetengahnya halalkan, setengahnya masih x puas hati.. ntah le

    tok

    BalasPadam
  6. Saya petik:

    [SH] KULAIJAYA - Gara-gara melakukan pecah amanah wang zakat bernilai RM19,510, seorang Amil terpaksa meringkuk selama empat tahun di penjara dan menerima tiga sebatan.

    Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zaiton Anuar terhadap tertuduh, Redzuan Mohd Said, 28, yang merupakan bekas imam sebuah masjid di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

    Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

    BalasPadam
  7. Dia masih muda !,banyak perlu belajar,yang makan 18 juta tak kena pon ?.

    BalasPadam
  8. budaya di m'sia ni bekerja kerana duit.. susah nak jumpa kakitangan kerajaan yg bekerja kerana ikhlas, kerana negara.. semua kerana harapkan duit pencen & kemudahan pinjaman bank.. jadi, benda ni semua x mengherankan.. sebenarnya ramai lg yg makan duit zakat ni semua tapi tak tertangkap..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.