Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Oktober 2011

Menyedihkan, Anak Tak Mahu Tuntut Jenazah Bapa

KUALA TERENGGANU: Sedih dan amat memilukan apabila ada segelintir anak enggan menuntut jenazah ibu bapa mereka di Pusat Penjagaan Harian kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebaliknya hanya datang meminta surat pengesahan kematian untuk menuntut harta pusaka.

Mereka hanya datang seminggu selepas jenazah dikebumikan semata-mata untuk mengambil surat pengesahan.  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata urusan pengebumian jenazah yang tidak dituntut terpaksa diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), tanpa kehadiran anak atau waris terdekat.Beliau berkata, walaupun kes anak mengabaikan ibu bapa di negeri ini masih kecil, kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri termasuk JKM, JHEAT dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sedang menyiapkan kertas cadangan menganjurkan kursus kesedaran bagi membendung masalah itu.

3 ulasan:

  1. Anak dah tak ingat jasa ibubapa yg membesarkan mereka.

    BalasPadam
  2. setuju Teacher Yatee
    ni baru trend tahun 2011..
    camna pulak nnt.. tahun 2020-2025-2035-2050..?

    selain tu jugak...
    apa kata dicadangkan...
    kes2 begini.. dijatuhi hukuman sebat jugak..
    mcmna yg dicadangkan.. terhadap kes2 bercerai berai tu haa !!

    BalasPadam
  3. Bahagian masing2 ..

    Hanya Allah yg Maha mengetahui. Mudah2an apa2 yg kita dengar, baca, lihat sbgai ingatan & pengajaran pada kita (termasuk tok sendiri).

    Allah lah tujuan utama kita dunia akhirat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.