Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Oktober 2011

Penipuan Perniagaan Mesin Layan Diri

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Satu skim penipuan perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit berjaya ditumpaskan menerusi penangkapan seorang lelaki di Petaling Jaya dekat sini semalam.

Polis memberkas lelaki yang dipercayai salah seorang dalang utama skim penipuan itu ketika memberi ceramah di sebuah hotel.Dalam serbuan itu juga 30 mangsa penipuan skim tersebut meminta supaya suspek memulangkan semula wang mereka sehingga berlaku pergaduhan kecil.

Mangsa dikatakan ditipu supaya membeli beberapa jenis mesin layan diri Matkiosk (mesin serbaguna), Waterdrop (air) dan ‘kiddie ride’ (alat permainan kanak-kanak). Modus operandi skim itu adalah dengan menjanjikan keuntungan setiap bulan kepada pelabur yang membeli mesin itu, namun tidak pernah dibayar. Setiap mesin layan diri itu  dijual dengan harga serendah RM18,000 dengan ada di kalangan pelabur yang membeli beberapa mesin berbeza membabitkan nilai sehingga RM100,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki ditahan dalam kejadian itu kerana dipercayai terlibat dalam skim penipuan perniagaan.

1 ulasan:

  1. Hai.. tipu sana sini.
    Susah juga nak cari org jujur sekarang ni.

    Ni nak cari pasangan jujur pun susah ke ustaz?
    Tolong kongsi2 tips ustaz.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.