Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 September 2011

Kisah Isteri Tak Pandai Masak


Mamat ni umur lewat 20-an nikah baru 2-3 bulan dengan anak dara 20-an. Tak lama lepas nikah, masuk Ramadhan, lepas tu raya. Sambut raya pertama rumah perempuan dan petang raya pertama, balik ke rumah keluarga lelaki di sebuah negeri pula.

Masa di rumah perempuan, emak dia yang sediakan semua makanan. Anaknya kalau nak kata tak bantu lansung, tak juga. Adalah bantu sikit kat dapur. Macam-macam mak dia masak yang special-special. Masa balik ke rumah keluarga lelaki, emak lelaki tanyalah menantu yang hari raya pertama makan apa ? Maka dijawablah makan itu dan ini. Bila petang raya pertama cerita macam tu, ibu dan bapa mertua dia terliur juga dan rasa nak makan masakan menantu baru orang Johor ni. Lagi pun, mak dia bukanlah sihat sangat untuk masak lagi hari kedua.

Dah jadi serius pulak, pak mertua pegi beli barang kat pasar malam tu, beli bahan-bahan untuk menantunya masak. Bila tahu begitu, perempuan mulalah serba salah sebab sebenarnya dia tak tahu masak, dia cuma pandai cerita saja. Lagi pun dia dah cerita yang masak tu emak dia, bukan dia. Tapi pak dan mak mertua anggap, kalau mak pandai, anak perempuan pun pandai juga.

Pagi Raya Kedua

Malam tadi dahlah tak tidur memikirkan bagaimana nak masak nanti. Bahan nampaknya sudah cukup tapi kalau tak tahu masak, tak jadi juga. Sampai terbawa dalam mimpi pula dan ganggu tidur dia. Pagi raya kedua tu, perempuan dengar perbualan suami dia dengan mak mertua.

"Dah bangun ke isteri kau tu ? Mak nak sangat rasa masakan orang Johor terutama sayur lodeh." Kata mak dia.

Isteri dia pasang telinga dari dalam bilik. Suami dia tak jawab apa-apa dan terus masuk bilik. Suami senyap saja tak kata apa-apa.

"Kenapa tak beritahu saya kena masak pulak ?". Kata isteri dia macam marah pulak pada suami.

"Ermmmm". Suami serba salah nak jawab. Sebabnya yang nak makan masakan tu emak dia. Lagi pun dia tahu, isteri dia bukan pandai masak.

Akhirnya

Akhirnya isteri mintak dua biji panadol dan sambung tidur. Suami kata pada mak dia, isterinya tak sihat.

"Tak sihat pergilah bawak pegi klinik, jangan nanti sakit lain pulak". Kata mak dia.

"Tak apa mak, dah pergi klinik kat Johor dulu, ada lagi ubat". Kata suami.

Nak taknak, mak dia saja yang masuk dapur walaupun tak berapa sihat. Sebagai anak lelaki, simpati dengan mak dia dan tolong juga kat dapur untuk ambil hati mak dia. Manakala isteri dia meneruskan tidurnya di bilik dalam selimut.

Pengajarannya

Saya selalu cerita dalam kursus pra perkahwinan dalam bab tanggungjawab isteri, supaya perempuan sebelum nikah, kenalah belajar masak. Bukan saja yang belum kawin, yang dah kawin pun ada juga yang tak pandai masak. Masak tu kenalah sedap dan berselera orang makan. Janganlah main cincai saja, kan nak hidang kat manusia, bukan nak kasi kucing makan. Tak apalah kalau ada orang nak marah saya dalam bab ni, saya teruskan juga.

Bab memasak ni sudah semakin diabaikan oleh orang sekarang, tidak macam zaman mak-mak kita dulu. Orang sekarang kalau dah taknak masak, macam-macam alasan, kata letihlah tapi kalau letih, masa tak letih tak masak juga. Kata tak cukup bahanlah tapi kalau tak cukup bahan pergilah beli bahan.

Kita tengok mak-mak kita kat kampung, masak simple saja tapi menyelerakan dan anak dan cucu makan dengan seleranya. Kekadang mak kita bukan ada lauk sangat, taklah sampai penuh dulang tapi masakannya sedap. Sebab apa ? sebab tahu cara masak. Masak memasak ni bukanlah sifat semulajadi tapi boleh dipelajari.

Masak nasi ayam Klik Sini dan buat teh tarik Klik Sini.

13 ulasan:

  1. kesian dapat isteri kurang belajar adap sopan... ini bukan masalah tak pandai masak ni ustaz, tapi masalah tak pandai berkomunikasi dengan orang tua. kalu tak pandai masak apa salah tepon mak tu kat kampung dan minta tunjuk ajar.

    BalasPadam
  2. Tak tau masak tu takpa lagi..tapi kalau tak tau komunikasi tu yang payah...

    memang isteri kena buat sperti apa yang suami nak. bukan wajib pandai masak tapi kalau suami nak isteri pandai masak jadi wajiblah.. Namun kalau suami bertimbang rasa dan beri masa pada isteri untuk belajar lagi bagus.

    tapi betul kata "tanpa nama"..ini masalah komunikasi...ade ke buat2 sakit dan tidur..taktahu cakap je tak tahu. Kalau mertua mengata buat bodo jela..dah tak tahu..tahun depan sahut challenge 'bagi tahu'

    berkata benar tu lebih baik...

    BalasPadam
  3. patutnya si isteri tu berterus-terang (walaupun muka tebal 14inci), dan mintak belajar masak lauk kegemaran suami dengan mak mertua dia, barulah suami & mertua bertambah sayang. Dalam myResepi di internet ada banyak resepi yang gerenti jadi, cubalah satu menu setiap hari. Insyaallah, lama-lama pandai la. Saya dulu2 mula belajar masak & menjahit di kelas SRT (Sains Rumah Tangga) masa tingkatan 1. Sekarang, memasak & menjahit memang menjadi hobi. Bukan nak membangga diri, tapi suami saya lebih memilih untuk makan dirumah berbanding di kedai makan. Kepada para wanita di luar sana, belum terlambat untuk anda belajar memasak (juga menjahit) tidak kira berapa pun usia anda sekarang.

    BalasPadam
  4. isteri saya tak pandai masak tp dia rajin ke dapur memasak.. masakan nye tak sedap dan tak kena dengan selera saya..tp kena terima hakikat la dpt isteri yg masakannya tak sedap.nak buat mcm mana...

    BalasPadam
  5. waduh,,,nk jaga makan minum anak camna,,failed dpt isteri xbleh msak ni.kawen 1 lagi jgn mara pulok,,

    BalasPadam
  6. salam...saye ni reti masak cume x taw rase.. kire nuer diria rase kurg laa...kalo nk masak pon kene ade adek kt sebelh supaye boleh taw rase tawar ker..manis ker...dll....saye rase segan pulak dgn kwn2 yg tahu rase atau tahu masak..

    BalasPadam
  7. Ustaz.....Isteri saya pun tak pandai masak dari mula kawin sampai anak dua. Nak ditegur nanti jadi gaduh pulak. Tiap malam saya keluar makan dengan kawan-kawan.

    BalasPadam
  8. pndgn saya..
    saya pun xpandai masak.bukan x pernah cuba, tapi bila dah siap masak saya pun xtau perasa ape sebenarnye lauk tu. so bile nak masak lagi, rase kesian dekat suami kena makan yg xsdap.
    orang kate, ade air2 tgn yg masak cmpak je pun dh sdap. kite yg ikut resipi ni xjadi pulak..
    tapi sgt la segan sbb xtau masak ni..tu sepatutnya dh pakej isteri kan..
    tapi saya masih berusaha..doa2 kan la niat saya tidak separuh jalan..

    BalasPadam
  9. saya baru umur 20 tahun, belum kahwin lagi, tapi saya sedang mencuba untuk mahir dalam masakan... saya tahu, cuma tak berapa cekap. tapi bila saya terbaca kisah kat atas ni, saya rasa berterima kasih, sebab saya dapat ambil sedikit pengajaran. sebab in sya ALLAH saya akan berpasangan dengan seorang lelaki yang umurnya lewat 20-an dan berasal dari kampung. walaupun macam tu, saya tetap akan cuba belajar untuk terus mahir. sebab saya pernah ingat, ustaz saya pesan ikat perut suami, itu senjata utama isteri... :)

    BalasPadam
  10. Sy dah cuba sedaya upaya untuk pandai masak..dr yg simple..dan mcm2 sy cuba buat..tp tetap xsedap..xtau kenapa..kdg2 sy rs sedap tp xkena dgn selera suami..byk sy blaja .dr ibu mertua..dr blog2 masakan...myresepi..sume sy cube..kdg2 satu resepi tu berkali2 sy cuba..skrg duk tgh survey nk msk kelas masakan jika bksempatan sbb sy istri yg bkerja..kdg2 rs terhina sbb xpndai msk..sy masak penuh keiklasan utk suami..duk masak smbil selawat dan berzikir..mudah-mudahan kena dgn slera suami..kdg2 sedih jgk..penat2 masak..tp bile sy rs ok je.tp xkena dgn slera suami..suami xbgtau tp bleh agak la dr cara die makan.blk rumah mertua pn kdg2 rs rndah diri sbb sy xpndai masak.syukur mertua jenis xkesah..die ckp xpe blaja la slow2.suami pun pasrah je istri xpndai msk..mkn je ape yg sy buat.tp tu la sy rs rendah diri sgt sbb xpndai msk..

    BalasPadam
  11. Senang jer sekarang ni..cari le resepi kat google...dunia kan di hujung jari. Belajar la dari resepi tu...hahaha

    BalasPadam
  12. Kalau isteri bekerja, isteri pon bantu suami dlm perbelanjaan, isteri mengandung, isteri melahir anak.. ape salahnya urusam dalam rumah tangga pon suamj perlu mahir jugak?... seperti :

    Uruskan anak2, mengemas rumah, memasak... sama2 adil....
    Isteri x pandai masak, sama2 lah masuk ke dapur belajar sama2.. kan lebih indah idop suami isteri sama2....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.