Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Oktober 2011

Kita Hantar Anak Kita Pergi Tadika atau Sekolah, Nanti Anak Kita Hantar Kita Ke Rumah Orang Tua Pula

Minta Allah Taala jauhkan apa yang saya nak cerita hari ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Minggu lepas ada satu program di rumah iaitu pusat jagaan harian orang tua. Pusat ini bukan ada tempat tidur dan ditutup pada sebelah malam. Pusat ini adalah untuk orang tua datang sebelah pagi dan balik sebelah petang.

Yang hantar ibu atau bapa adalah anak sendiri yang bekerja suami isteri. Mungkin juga tiada penjaga di rumah atau tiada pembantu rumah Indon kat rumah, maka dihantarlah ke sini. Mungkin juga, anak fikir kalau ibu atau bapa seorang diri kat rumah mungkin merisaukan terutama bapa yang dah nyanyuk. Anak-anak nak sediakan makanan pun susah, sibuk bekerja.

Jadi di pusat jagaan harian ini, makan minum dah tersedia. Di situ juga ada juga aktiviti dan boleh berjumpa kawan-kawan yang senasib dan seangkatan dengannya. Pada saya, kewujudan pusat jagaan harian ini ada satu yang baik. Lebih baik lagi kalau dibiayai oleh individu yang ikhlas membuat amal jariah. Orang Islam kena rebut peluang ini, yang mungkin keuntungannya tak nampak di dunia tapi sudah tersedia ganjarannya di akhirat. Kalau pusat ini dikendalikan oleh orang bukan Islam, mungkin kita rasa kurang selesa sama ada dari segi makan minumnya dan anggapan lain lagi.

Bayangkan Nasib Kita Nanti

Sekarang, ramai orang seusia saya hantar anak di pusat asuhan kanak-kanak sebab suami isteri bekerja. hantar pagi, balik petang. Atau hantar anak rumah orang jaga, itu dah biasa sekarang. Kalau tak pun, hantar anak pergi sekolah tadika atau sekolah rendah dan menengah. Dulu zaman saya lain, lebih pada jalan kaki atau naik basikal. Tapi sekarang, kita di era kemajuan, mak bapak masing-masing ada kereta dan hantar anak pergi sekolah sendiri. Bukan bas sekolah tak ada tapi ibu bapa lebih percaya nak hantar dan ambil anak mereka sendiri, nampak depan mata.

Cuma saya cuba fikir yang bukan-bukan sedikit bila dikaitkan dengan pusat jagaan orang tua ini. Jadi, tak mustahil bila kita dah tua nanti, anak kita juga akan hantar kita ke pusat ini sebab anak kita suami isteri sibuk bekerja. Waktu itu, bapa dah tak dapat nak kata apa-apa, nak marah pun dah tak boleh, badan pun dah uzur dan mungkin dah nyanyuk serta badan dah bongkok tiga.

Waktu itu, bapa akan kenang kembali, dulu masa anak dia kecil dia hantar anak ini pergi sekolah naik kereta, dah tua nanti bapa pula kena hantar ke pusat jagaan orang tua. Tak mustahil berlaku.....

6 ulasan:

  1. betul ustaz, bile bapa tgk anak dapat hadiah masa tadika pun mak abah dan suka gila. tgk anak berjaya, dapat ijazah, dan kawin semua, berderai air mata gembira mereka, tapi bila dah tua, ilang segala pengorbana tu, semoga kita diperlihara Allah dari menjadi anak yang derhaka

    BalasPadam
  2. tadika tempat belajar, kalau taska tu pusat jagaan kanak-kanak. Munhkin TASKA kot tuan khadi...heheh

    BalasPadam
  3. Subhanaullah, tok baru nak buat cerita yg agak2 sama, ustaz dah mendahului tok.

    Sbb tok dah baca di media2 mengenai hal ni, & sekarang ni tok selalu juga ziarah guru tok yg buka tempat penjagaan org2 tua ni.

    Tujuann utamanya ialah utk org2 tua yg keseorangan samada mmg tak de waris utk menjaga, & juga yg tinggal dgn anak, tapi anaknya tu bekerja cari rezeki, atau sapa2 org tua yg berminat. Dia terima belaka.

    Tok setuju & berlapang dada bila tok tengok sendiri tempat tu, sbb mereka2 tu dapat berkawan/bermasyarakat, diajar agama (solat jemaah diutamakan, sbb ada yg mmg x tau). Kat tempat guru tok tu, free, tapi klu anak2 yg antar nak bayar dipersilakan. Bantuan2 drp pihak2 lain pun dialu2kan.

    Macam2 keadaan/ragam penghuni di situ, bahagian masing yg kita tak tau nasib kita pun cam mana nanti. (Sihat ni bole le tekan keyboard, insyaAllah)

    Cuma tok tertarik & salute pada seorg penghuni katanya dia mmg sendiri pilih nak pi situ, tinggal rumah sendiri di kg, mindanya tak berkembang, jauh dari majlis ilmu, anak2nya ajak tinggal bersama tapi dia tak mau menyusahkan depa. Seronok dia dapat sentiasa solat berjemaah, majlis ilmu beberapa langkah aje, kadang2 dia menemani guru bila ada jemptutan kelas ke tempat2 lain. Dia sungguh ceria, positif & dia le yg tolong2 (kira mcm ketua darjah le) penghuni2 lain. Bila dia rindu kat rumahnya & keluarganya, dia call le anak2nya bergilir2..

    (Tok pun dulu2 pernah antar anak2 kat nursery & rumah org).

    BalasPadam
  4. Salaam ustaz,
    mohon izin untuk paut tampalan ini ke fb saya

    BalasPadam
  5. KoolmokcikZ.... dipersilakan tetapi sila buat link ke blog saya.

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum Ustaz,

    Ermm....ibu saya pun pernah bagitahu saya, sekiranya dia dah tinggal sorang, dia tak nak tinggal dengan kami, tapi lebih selesa nak ke rumah jagaan sebab lebih tenang dan senang beribadat. Ataupun kalau tinggal dengan kami, dia mintak hantar ke pusat jagaan harian, yang pergi pagi, balik petang. Kurang-kurang dapat juga berkawan. Tak nak kami upah orang gaji kerana dia tak percaya.

    Mula-mula saya tak setuju kerana pada saya, biarlah saya yang jaga ibu dan ayah saya. Tetapi selepas ibu saya terangkan, dia tidak mahu kami anak-anak berdosa, kerana hati orang tua sangat sensitif, lihat anak-anak balik kerja bermasam muka kerana penat bekerja, dah terasa, padahal bukan marahkan ibu pun.... Barulah saya dan kakak terima.... Tapi, kami anak-anak masih kurang selesa dengan pilihan ibu dan ayah.... Cuma saya rasa dengan adanya pusat jagaan harian seperti ni, bagus kerana anak-anak masih lagi bertanggung jawab dan ibu bapa masih lagi bersama dengan anak-anak.

    Wassalam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.