Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Julai 2012

Dah Hampir Setahun Saya Kawin Dua, Tapi Isteri Tak Tahu Sampai Sekarang


Lelaki ini 40-an, bergaji dalam RM 5000, tak perlu diberitahu kerjanya apa. Isteri dia 40-an, bekerja, gaji dalam RM 3000 sebulan. Perkahwinan lebih sepuluh tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Katanya hidup mereka bahagia, tapi yang sebenarnya entahlah.

Yer ler, kalau bahagia kenapa nikah lagi satu ? Tapi biasalah, lelaki biasanya tidak suka bercakap lebih. Atau ada faktor lain, entahlah. Saya pulak lupa nak tanya, perempuan tu janda ke anak dara. Kalau janda mungkin faktor nak bantu janda, hehe. Kalau anak dara pulak, sebab lelaki nak awet muda.

Menceritakan kisah yang berlaku setahun lepas, katanya perkara ini berlaku dengan begitu cepat. Dalam diam-diam sudah hampir setahun dia beristeri dua walaupun isteri pertama tidak mengetahuinya. Maka hari raya tahun ini genaplah setahun pernikahan itu.

Soalannya yang susah saya nak jawab adalah,

'Saya berazam nak beritahu isteri pertama hari raya nanti. Tapi rasa takut pun ada, takut jadi tak bahagia dengan isteri pertama dan anak-anak". Tanya lelaki ini pada saya.

Isteri Minta Cerai Bila Suami kena Tangkap Dengan Janda Bergetah


Isteri 50-an menuntut supaya suaminya menceraikannya selepas suami 50-an ditangkap dengan janda 40-an oleh Penguatkuasa Jabatan Agama. Akhirnya, setelah sebulan mereka tidak sefahaman, suami menceraikan isterinya itu dengan talak satu.

Perkahwinan mereka berlansung selama lebih 25 tahun dan dikurniakan 7 orang anak yang dah besar-besar termasuk seorang menantu. Perempuan ini bekerja di sebuah syarikat dengan gaji kira-kira RM 1500 manakala suaminya juga swasta dengan gaji RM 2000. Menurut cerita, sebelum ditangkap pun, suaminya dan janda itu menjalinkan hubungan intim dan diketahui oleh isteri.


29 Julai 2012

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam Episod 10 : Sekarang Tengah Bukak Lelong


Sekarang tengah ada lelong kereta kastam di seluruh negara. Nampaknya kali ini menarik perhatian saya juga. Ikut iklan Kastam tu, kereta boleh tengok sekarang. Tarikh tutup lelong pula adalah pada 6 Ogos 2012, jam 12.00 tengahari. Apa-apa info, silalah hubungi pejabat Kastam yang berhampiran anda.

Kali Ini Menarik

Kenapa saya kata lelong kali ini menarik ? Pertama, kereta pelbagai peringkat, ada yang mahal, ada yang murah. Kedua, harga yang diletakkan oleh pihak Kastam adalah munasabah dan berpatutan. Dulu pernah satu masa, letak harga yang bukan-bukan, tak menarik orang nak masuk.

Cuma malang bagi saya kerana kali ini tak ada kereta lelong di Johor Bahru. Yang ada cuma sebiji motosikal MODENAS KRISS. Jadi tak payahlah pergi tengok, menghabiskan minyak kereta saja.

Kenapa Johor Bahru Tak Ada Lelong ?

Kalau dulu, sebut saja lelong kereta Kastam, Johor paling meriah. Apa tidaknya, banyak kereta seludup dibawa masuk dari Singapura ke Johor. Maka waktu itu, banyaklah kereta seludup di Johor. Tapi sekarang, kereta seludup dah merata negara kita.

Mungkin juga jawapannya, lepas ini pulak giliran Johor Bahru lelong kereta, kali ni bagi can negeri lain mendahului lelong kali ini. Mungkin juga tu, semalam saya lalu di Bandar Baru Uda jenguk stor dari luar, ada banyak kereta kat dalam tu. Mungkin lepas ni kot akan dilelong.

Macam-macam Palsu, Sekarang 'Ijazah Palsu' Pula.....

Mingu ini heboh mengenai pembongkaran kes ijazah palsu yang beroperasi bertahun-tahun. Entah berapa ratus atau ribu pemilik ijazah ini yang kebanyakannya mendapat 'keuntungan' dengan ijazah palsu yang dimilikinya. Akhbar hari ini memetik kenyataan Ketua Setiausaha Negara(KSN), Datuk Seri Dr Ali bin Hamsa yang menyatakan ketegasannya terhadap penjawat awam yang memiliki ijazah ini.

Bagaimana Sendikit Ini ?

Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.

Mungkin Ramai Yang Kerja Kerajaan

Saya rasa, dalam ribuan pemilik ijazah ini, sudah tentu ada beberapa orang yang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan. Ini termasuk, masa mula memohon kerja atau pun belajar sewaktu bekerja, sama ada sepenuh masa atau sambilan. Jadi, kalau setakat daftar dan ambil ijazah di hotel, rasanya separuh masa pun dah cukup. Nanti bila orang tanya, boleh jawab, dia study hujung minggu Sabtu dan Ahad. Lagi pun orang tak pelik, sebab memang banyak pengajian universiti yang hujung-hujung minggu.

Swasta Pun Sama

Kalau tidak kerja kerajaan, pastilah kerja swasta dengan ijazah palsu ini. Takkanlah dengan ijazah semahal ini, mereka nak menoreh getah atau buka warung tepi jalan saja. Sudah tentulah mereka ada target, terutama syarikat swasta yang menawarkan gaji lumayan.

Parti Politik ?

Selain penjawat awam, tidak mustahil kalau ijazah ini dimiliki oleh ahli politik. Tidak kira parti politik mana, memiliki diploma atau ijazah atau Phd sudah tentu seorang ahli politik itu mempunyai kelebihan untuk dipilih menjadi calon  pilihanraya.

Setakat hari ini, mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional atau komponen parti dalam Pakatan Rakyat, belum lagi menyuarakan ketegasan sepertimana ketegasan KSN kepada penjawat awam.

Ada Tan Sri dan Datuk  Beli Ijazah ?

Pendedahan pihak polis yang dimuatkan dalam akhbar semalam, menyatakan bahawa Tan Sri dan Datuk juga terlibat membeli ijazah ini. Boleh lihat sendiri kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Berita Harian, Klik Sini.

Tahniah kepada kejayaan pihak polis membongkar sendiket ini. Ada lebih baik sekiranya pihak polis memberikan nama kepada KSN sekiranya ada penjawat awam terlibat, begitu juga dengan swasta atau ahli politik.

Sama-sama kita hayatilah firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
 “….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)


26 Julai 2012

Katak Pun Kataklah... Orang Kita Buat Tak Kisah


Di akhbar Sinar Harian hari ini, cerita sebuah restoran, katanya ada masak katak di kedai berkenaan. Pelayan tu terus terang beritahu pada orang Islam tu yang kedainya ada masak katak supaya orang Islam tu tak berbuka puasa di situ.

 Kedai yang tidak ada tanda halal itu turut menarik minat orang Islam untuk berbuka puasa di situ. Masyaallah... bagaimana puasa mereka ? Kalau solat, kita nak solat yang khusyuk, kalau haji kita hendak haji yang mabrur, bukan malboro. Kalau puasa pula kita hendak capai taraf taqwa, bukan puasa katak sebab berbuka dengan pinggan bekas katak.

Pada saya, kita orang Islam hendaklah sensitif dan jangan masuk sebarangan di kedai orang bukan Islam. Tidak kiralah kedai itu kopitiam ker, kedai 24 jam ker, orang kita harus berwaspada. Apa kesalahan di sisi undang-undang kalau tukang masak itu masak benda tak halal ? Saya pun tak tahu.

Tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan kena ambil sijil halal. Maka ikut suka tauke itulah kalau dia taknak ambil sijil halal. Lagi satu, kalau kedai tidak ada sijil halal, tidak boleh ditanda 'kedai tidak halal' atau 'kedai haram'. Itu pun tidak ada undang-undang. Yang saya tahu, kalau pasar babi, dia tulis pasar babi, tapi saya tak tahu, adakah itu ada undang-undang atau tidak. Di pasaraya juga ada tulis 'tidak halal' biasanya pada peti ais makanan tak halal.


Di Kluang lebih setahun lepas, pun ada isu besar dan sensitif pasal isu kedai kopi yang ada 'bendaalah' yang tidak halal. Hendak salahkan orang lain pun tak boleh juga, kenapa tak salahkan diri sendiri yang tak sensitif dan mudah masuk kedai bukan Islam yang tak ada sijil halal. Kita kan berada di tanahair kita Malaysia, bersepah kedai orang Islam. Bukannya kita pergi melancong ke negara bukan Islam  lain yang kita mungkin susah pasal makan minum.
SELAMAT BERPUASA.


Rumah Sumbangan Peribadi Sultan Johor Kepada Keluarga Miskin


Seorang ibu tunggal, Bechik@Zainab Salleh, 72, hanya mampu menitiskan air mata kegembiraan apabila memperoleh kunci rumah baru daripada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Pontian, Selasa lepas.

Zainab yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kehilangan tempat berteduh rumah apabila rumah yang didiami di kampung Andek Mori, Serkat, di sini, musnah terbakar pada Januari lalu. Rumah baru berharga RM33,000 itu adalah sumbangan peribadi Sultan Ibrahim yang diberikan kepada keluarga berkenaan.

Zainab berkata, dia tidak menyangka akan menerima kunci rumah tersebut daripada baginda Sultan Johor yang turut menziarahi mereka sekeluarga. Menurutnya, dia bersyukur dan menjunjung kasih di atas pemberian rumah tersebut oleh Sultan Ibrahim kepada keluarganya.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian Edisi Johor.

25 Julai 2012

Pengumuman Bonus Hari Raya Tahun Ni Setengah Bulan Gaji... Alhamdulillah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam, dan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 untuk pesara kerajaan.

Dalam satu kenyataan di sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran tersebut akan dibuat pada 9 0gos ini

24 Julai 2012

AWAS...Jenayah Kecurian Pada Bulan Ramadhan




Saya nak pesan kepada semua:
1. Semasa berbuka puasa di rumah, sila kunci pintu dan pagar rumah.
2. Kalau suami atau anak-anak ke masjid/ surau, sila pastikan rumah berkunci.
3. Kalau bawa kereta atau motosikal di masjid/surau, sila pastikan dalam keadaan selamat.
4. Selepas selesai solat tarawih di masjid/ surau, kakitangan masjid/surau hendaklah kunci masjid dengan selamat.

Jenayah Pada Ramadhan

Kawan saya, beberapa hari sebelum Ramadhan, rumahnya dimasuki pencuri. Dia keluar rumah dalam jam 9.00 pagi dan pulang ke rumah jam 12.00 tengahari, mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak. Rupanya pencuri masuk, disyaki melalui syiling atas. Kerugian dianggarkan RM 8 ribu termasuk barang kemas, wang tunai dan 2 komputer riba. Yang hilang termasuk wang syiling dalam tabung.

Rumah dia ini rumah hujung dan keadaan agak sunyi pada siang hari. Ini kali kedua rumahnya dipecah masuk, kali pertama sewaktu dia balik ke kampung beberapa hari. Selepas kejadian ini, dia macam ketakutan berada di rumah.

Kecurian Di Masjid

Semalam saya mendapat satu cerita, di sebuah masjid yang mengalami kecurian satu set alat pembesar suara dan 2 biji kipas. Manakala satu surau lagi, hilang langsir yang baru ditukar sempena Ramadhan. Kecurian disyaki berlaku selepas solat tarawih. Tahun lepas pula, ada beberapa kes kehilangan motosikal di masjid/ surau terutama jenama Honda dan Yamaha.

Hilang Lembu

Ketua Kampung pula bercerita pasal kecurian lembu di tempatnya. Memanglah jual daging lembu ini laris bulan Ramadhan dan Raya nanti. Lagi pun, lembu tu bukan pandai buat report yang dia kena curi. Lembu yang nampak kawan dia kena culik pun, buat selamba jer, tak mangadu apa-apa.

Hati-hati

Pencuri akan mengambil kesempatan masuk ke rumah waktu kita leka seperti masa berbuka puasa atau bersahur. Beberapa tahun lepas di sebuah taman di JB, sedang berbuka puasa, ada orang cuba curi motosikalnya tapi tidak berjaya. Pencuri mudah masuk sebab pagar tidak berkunci.

Suami Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bernikah

Dalam lawatan berbuka puasa dan solat tarawih tadi, saya jumpa seorang ni, dia cerita pada saya satu cerita.

"Pengantin lelaki yang tuan nikahkan itu hari sudah meninggal dunia, seminggu lepas nikah". Kata lelaki ini. Lelaki ini turut sama masa majlis pernikahan itu dulu dan ada hubungan sedara dengan pengantin.

Cerita lanjutnya, lelaki 20-an kerja di Singapura, selepas seminggu bernikah, naik motosikal dan terlibat dalam kemalangan di kawasan Simpang Renggam-Sedenak. Isteri dia 20-an, tidak bekerja.

Bila dicerita semula, baru saya ingat pasangan yang saya nikahkan itu. Teringat yang pasangan ini begitu ceria masa majlis pernikahannya. Ditakdirkan seminggu lepas tu dia meninggal dunia kemalangan.

23 Julai 2012

Hendak Bayar Solat Tertinggal Dengan Bayar Fidyah ?


Seorang lelaki 60-an yang agak uzur, ditemani isterinya datang ke satu pejabat untuk membayar zakat fitrah diikuti dengan zakat harta. Dari segi perwatakannya, nampaknya lelaki ini adalah orang yang berduit juga, sebab itu dia bayar zakat harta.

Selepas zakat, dia kata hendak bayar fidyah dan meminta dikira, berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar. Soalannya begini..

"Saya tak berpuasa dalam 20 tahun dan tidak sembahyang lebih 20 tahun". Kata lelaki itu pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebenarnya, fidyah hanya boleh sebagai ganti puasa sahaja tetapi bukan untuk menggantikan solat yang tertinggal. Untuk menggantikan solat yang ditinggalkan itu, tidak boleh sama sekali. Telah sepakat 4 mazhab fiqah yang menyatakan bahawa solat itu hendaklah diqada, bukan boleh ditebus dengan bayaran wang ringgit.

Berapa Kali Tertinggal Solat ?

Soalan seperti ini mungkin akan ditanya kerana orang yang tidak mengerjakan solat begitu lama, biasanya terlupa berapa kali solat yang ditinggalkan. Bagaimanapun, seseorang itu hendaklah seboleh-bolehnya melakukan qada ini sehingga satu masa dia akan merasai qadanya itu sudah menyamai atau melebih waktu solat yang ditinggalkan itu. Insyaallah pintu taubat akan terbuka.

Ibubapa Tak Solat

Pernah saya diajukan soalan seorang anak untuk membayar fidyah puasa ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia. Jawapannya, Solat tidak boleh dibayar dengan fidyah, puasa sahaja yang boleh.

Saya beritahu pada anaknya supaya anaknya sendiri mengerjakan solat dan menghadiahkan pahala itu kepada ibubapanya. Kedua, menggunakan wang peninggalan ibu bapa untuk  wakaf dan sedekah untuk ibu bapanya. Ketiga, membuatkan haji dan umrah jika  belum dilakukan semasa hidup ibubapanya. Seterusnya membuat amal ibadat lain yang difikirkan perlu.

21 Julai 2012

Pekerja Restoran Mamak Nak Nikah Orang Melayu


Salam Ramadhan....
Hari terakhir sebelum puasa, saya di restoran mamak semalam, menjamu teh tarik dan 2 keping roti canai. Itulah sarapan saya hampir setiap pagi dan kalau tak minum teh tarik, kepala ada pening sikit. Kalau orang buat teh tarik yang tak sedap pun, pening jugak.


Tengah minum tu, seorang mamak pekerja restoran tu tanya saya satu soalan.

"Abang kerja pejabat urusan kawin ker ?" Tanya mamak tu.

"Yer, ada apa ?" Jawab saya.

"Saya mau kawin orang sini lepas raya. Macam mana lagi proses ?". Tanya dia lagi.

Saya jawablah dan terangkan serba sedikit. Dia umur awal 30-an masih bujang, muka macam Hindustan, hidung mancung, dari Kerala India, sudah kerja di sini lebih 2 tahun. Tambang dia balik ke Kerala dalam RM 400 sehala kalau naik Air Asia.

Bila saya terangkan, rupanya dia dah buat urusan pernikahannya sendiri. Rasa dalam 80 persen beres dan tunggu masa saja nak nikah. Gadis pilihan dia tu 20-an, orang Melayu, bukan mamak, orang Kluang. Keluarga perempuan katanya bersetuju. Tahniah.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

20 Julai 2012

Rahsia Bahagia Dengan Tiga Orang Isteri (Episod 2)


Masa baru selesai tulis episod 1 dulu, ramai orang tanya saya. Seorang tu masa main ping pong, ada seorang tu tanya lebih-lebih kisah tu, apa kesudahannya ? Katanya saya potong stim dia saja, tengah syok baca tetiba tergantung gitu jer..

Seorang Dalam Ratusan Ribu

Kisah ini bukan selalu kita jumpa, mungkin seorang dalam ratusan ribu orang. Yer ler, isteri ada tiga tapi bahagia. Dan berapa ramai yang beristeri 3 atau 2 tapi gaduh memanjang. Yang isteri seorang pun asyik tak bahagia jer pun ramai. Tapi kawan saya ni yang saya letak nama dia Osman (bukan nama sebenar) dia kata dia bahagia. Saya percaya apa yang diceritakan, sepanjang saya kenal dia, dia seorang yang jujur.

Apa Rahsia Bahagia Dengan 3 Isteri ?

Okey, dia nikah isteri kedua, bukan senyap-senyap tapi masa meminang dan majlis akad nikah, isteri pertama dia turut serta. Meminang dan bernikah ketiga pun, isteri pertama dan kedua pun ada sama.Soalnya, bagaimana isteri pertama dia jadi macam tu.

Tak mustahil ada isteri yang kat luar tu terus labelkan isteri pertama ini 'bodoh' atau macam lembu cucuk hidung. Ada yang kata, benda lain boleh kongsi, tapi suami tak boleh kongsi sama sekali. Isteri yang macam ni termasuklah isteri pak ustaz sekali, isteri Kadi, no komenlah, hehehe.

Okey, tulisan saya kali ini nak bongkarkan rahsia, apakah rahsia isteri pertama dan kedua boleh rela dan redha yang suaminya beristeri tiga. Tapi rahsia itu bukan senang untuk dijelaskan, contohnya macam orang memancing ikan. Hari ini akhbar di Berita Harian cerita pasal memancing ikan haruan. Dulu saya 'gila' memancing sampai saya banyak  lupa dunia lain. Orang boleh perlekeh saya, dia kata apa syoknya memancing, lebih baik beli ikan kat pasar saja dari duduk berjam-jam yang belum tahu ada ikan atau tidak.

Apa Rahsianya ?

Kawan saya itu cerita, dia nikah sampai 3 bukan dirancang tapi kerana ketentuan Allah Taala. Saya tanya sambil bergurau dengannya, bila nak tambah sampai 4 ? Dia tersenyum dan kata,

"Kalau itu ketentuan Allah, terimalah seadanya". Katanya.

Ceritanya, kalau hari raya, dia bergilir tahun hendak beraya ke mana tahun ini. Kalau tahun ini beraya ke rumah isteri pertama, maka isteri kedua dan ketiga pun akan ikut sama beraya di situ bersama anak-anak. Kawan saya ni ada kereta MPV yang taklah berapa mahal tapi muatlah 3 orang isteri.

Yer Ler, Rahsianya Apa ?

Kawan saya ini cerita, dia kalau berada di rumah, sepanjang masa solat berjemaah dengan isteri, tak kira isteri pertama, kedua atau ketiga. Juga kalau ada ceramah atau kuliah agama di masjid dan tempat lain, dia bawa isteri dia bersama. Itu saja rahsia dia sebenarnya. Bukan benda pelik atau guna ilmu yang tak tentu arah.

 Kata kawan saya ni, dia solat berjemaah dan pergi ceramah agama bukan untuk kawin lebih, bukan. Itu adalah antara fadhilat tambahan solat berjemaah dengan isteri yang tak dibicarakan dalam kitab, juga tiada dalam kuliah takmir masjid.

18 Julai 2012

GEMPAR.... Anak Tangkap Ibu Tengah Khalwat


Berlaku satu kes, di sebuah rumah, anak tangkap emaknya sendiri dengan seorang lelaki warga asing di rumahnya. Emaknya berusia 50-an, punyai 5 anak yang dah besar-besar. Lelaki warga asing itu usia akhir 20-an. Manakala anak lelaki yang menangkapnya itu umur 20-an, anak bongsu dari 5 adik beradik.

Kejadian pada jam 8.50 malam itu, anak pulang ke rumah dan mendapati ibunya bersama lelaki lain di rumah. Anak menangkap lelaki dan memanggil jiran dan menghubungi penguatkuasa Jabatan Agama Johor.

Hasil soal siasat, emaknya adalah  ibu tunggal yang kematian suami 7 bulan lalu. Emaknya kerja sebagai pembantu pejabat manakala warga asing itu adalah buruh ladang. Rumah itu hanya didiami oleh emak dan anak lelaki ini saja, manakala adik beradik lain sudah berumahtangga dan tidak tinggal di situ.

16 Julai 2012

Gaji Cukup, Makan Cukup.... Tapi Kepala Ada Sakit Bos


Lebih seminggu yang lalu, masuk berita di akhbar Sinar Harian Edisi Johor pasal serbuan dan tangkapan kes pelacuran di Kluang. Edisi internet tak masuk berita ni. Dalam kes itu, seorang lelaki Bangladesh bekerja di sebuah bengkel di Kluang ditangkap bersama seorang pelacur bukan Islam berumur 41 tahun.

Yang menarik dan kelakarnya kes ini,  bayarannya cuma RM 20 saja. Ini termasuklah servis baik dan hotel sekali, bersekalilah dengan katil, tilam, kipas dan tandas. Kira RM 20 tu kira murah sangatlah. Tak mustahillah kalau bangla tu pelanggan tetap, sebab tu dapat diskaun durian runtuh.

Lagi satu.. ni bukan nak mengumpat atau mengata. Perempuan pelacur tu dah umur tua dan dalam bahasa yang senang orang faham 'tak menarik lansung'. Tapi bagi Bangla tu, menarik ker tak menarik, itu bukan soal.

Cerita Kedai Kopi

Keesokan hari, selepas keluar berita di akhbar tu, ada seorang kawan saya tanya saya kes tu. Dia tergelak juga.

"Betul ker bayaran pelacur tu 20 ringgit ?". Tanya kawan saya tu.

Betullah tu, dah memang bayarnya RM 20, pelacur kata begitu, pelanggan pun kata begitu. Lepas tu kawan saya cerita, begini....

"Kawan saya kontraktor, ada ramai juga pekerja Bangla" Cerita kawan saya tu.

Bila dia cerita permulaan menarik tu, semua 4 orang yang ada di situ termasuk saya, terdiam dan nak dengar apa cerita lanjut.

"Masa dapat gaji tunai, kontraktor tu tanya pada pekerja Bangla tu. Gaji cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Makan cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Tapi bos...." Cerita kawan saya tu lagi.

Bila cerita 'tapi bos', maka makin menarik cerita tu dan semua pasang telinga dan nak tahu, apa penghujung cerita ni.

"Tapi satu jer Bangla tu cakap. Gaji cukup, makan cukup, tapi kepala ada pening. Kontraktor tu tanya apasal kepala pening ? Jawab Bangla tu, sudah dua tahun tak jumpa bini kat Bangla". Cerita kawan saya tu.

"Kalau itu macam, bila bila mau balik Bangla ? Tak kisahlah kalau nak balik Bangla, nanti susah mau kerja, kepala ada sakit". Cerita kawan saya tu.

Kita orang yang dengar ni tergelak juga. Memang dah tahu cerita-cerita macam tu, tapi bila ada orang cerita lagi, lebih menguatkan lagi.

13 Julai 2012

Lelaki Umur 46 Baru Bernikah, Tapi Tak Kekal Lama


Lelaki ini umur 46 tahun baru bernikah. Dulu dia memang belum pernah bernikah atas alasan sibuk bekerja dan tak berapa kisah untuk bernikah.

Dia bertemu jodoh dengan janda berusia muda iaitu 21 tahun dan mempunyai seorang anak. Janda ini bernikah kali pertama pada usia 16 tahun, kemudiannya bercerai selepas 2 tahun berumahtangga.

Jodoh lelaki umur 46 dan 21 tahun ini tidak lama. Dua bulan sahaja selepas bernikah, rumahtangga mereka bergoncang, akhirnya mengambil keputusan bercerai di Mahkamah Syariah pada tahun 2011. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.

"Ada hasrat nak nikah lagi ker ?" tanya Kadi.

"Buat masa ini, tidak. Saya masih hendak cari ketenangan untuk melupakan kisah duka saya kerana kegagalan perkahwinan itu " Kata lelaki ini.

12 Julai 2012

Stokin Pakai Buang ?

Semalam saya ke sebuah kedai jual barang 2 ringgit. Kat kaunter tu ada seorang lelaki Melayu, rasa umur dia dalam 20-an dan masih bujang. Dia beli stokin putih harga 2 ringgit. Lepas tu saya dengar perbualan dia dengan tauke dan pembantu kedai tu.

"Apa pasal you selalu beli stokin sini ?" Tanya tauke Cina perempuan tu.

"Saya beli stokin seminggu sekali. Lepas pakai seminggu, saya buang" Kata lelaki Melayu tu.

Lepas tu ada pembantu kedai Melayu tu menyampuk.

"Ohhhh, kira pakai buanglah ni yer. Tak apalah, harga 2 ringgit seminggu, tak mahal". Kata perempuan Melayu tu.

Saya jenguk sekali lagi dan memang yang dibeli tu stokin, bukan benda lain. Mula macam hairan tapi lama-lama, saya dah tak hairan dah. Kelakar pun ada, hehee.. Tapi seminggu sekali, stokin dia tak berbau sangat ler. Jadi tak payahlah dia basuh, buang dan beli seminggu sekali.

11 Julai 2012

Makanan Apa Paling Best ? Kereta Apa Paling Best ?


1. Makan paling best ? Jawapannya : Makan curi-curi bulan puasa.

2. Kereta paling best ? Jawapannya : Van jenazah. Lepas kena tangkap pencegah maksiat ler tu.

http://www.youtube.com/watch?v=haHPjMfxMso

Namanya Khalil, Mengaku Imam Mahdi


Dah banyak cerita di TV dan akhbar pasal kejadian amuk di Putrajaya ni. Lelaki ini namanya Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi. Tapi itu Khalil lain yer, tiada kaitan dengan saya, hehe... 

06 Julai 2012

Saya Jadi Tauke Restoran Mamak (Episod 2)


Sungguh menghairankan, dan seakan tidak percaya pulak. Saya sedaya upaya mahu bangun dari sedar. Yer, memang saya pernah ada cita-cita hendak jadi tauke restoran. Tapi sekadar cita-cita saja. Dulu ada orang tanya saya, apa niaga paling baik dalam ekonomi yang mencabar sekarang. Saya jawab, niaga restoran. Orang tu tanya, restoran konsem macam mana ? Asam pedas ker, briani ker atau tomyam ker ?

Saya jawab, 'restoran mamak'. Lepas tu orang tu gelak kat saya. Pertama, orang yang tanya tu dia bukan mamak. Kedua, orang tu memang tak suka makan kat kedai mamak. Tapi saya jawab betul, serius dan bukan melawak. Kata saya, kedai mamaklah yang banyak untung terutama yang beroperasi 24 jam. Musim bola Piala Dunia atau Euro lagi ramai pelanggan kedai mamak.

Ermmm... itu cerita lain. Tapi sekarang saya jadi tauke ? Tak lama kemudian, pintu bilik saya diketuk.

"Abah.... bangun, dah pukul 7". Suara anak saya dari luar bilik.

Saya terjaga, rupanya saya terlelap lepas subuh tadi. Rupanya saya mimpi tadi. Yer, hari itu hari Khamis, pergi kerja kena pakai baju batik. Itu yang mimpi pakai baju batik tadi. Mimpi rupanya. Kelakar pun ada.

Pagi tu, saya cerita kat kawan saya, dia pun tergelak besar. Dia ingat saya saja buat cerita lawak, tapi ini cerita betul, cerita pasal mimpi. Lepas tu dia cakap, saya akan murah rezeki lepas ni, hehehe. Kata dia, kalau saya berniaga kedai makan, insyaallah saya berjaya. Ermmmm... walaupun itu mimpi, tapi saya masih teringat cerita tu sambil tersenyum.
SEKIAN.



Janda 51 Nikah Lelaki Bujang 35 Tahun


Jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah Taala, kita hanya merancang dan  memasang cita-cita. Hari ini Jumaat yang mulia ini, bernikah satu pasangan lelaki bujang umur 35 tahun dengan wanita janda 51 tahun yang sudah punyai 3 orang anak. Lelaki kerja swasta dan manakala perempuan pembantu kedai.
SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN.

05 Julai 2012

Saya Jadi tauke Restoran Mamak


Saya duduk di meja paling hampir dengan kaunter bayaran sebuah kedai mamak. Masa tu saya pakai baju batik dan seluar slack serta berkasut. Saya minum tek tarik dan 2 keping roti canai sambil baca akhbar.

Lepas tu datang mamak di kaunter tu sambil bawa buku besar.  Dia selak buku tu dan tunjukkan pada saya tentang duit keluar masuk perniagaan kedai makan tu.

"Bos... ini buku perbelanjaan keluar masuk. Semalam saja untung RM 24,000" Kata mamak tu sambil tunjukkan dengan tangan. Saya tengok dengan penuh minat.

Dalam hati saya, wahhh.... banyaknya untung, 24,000 sehari saja. Tapi masa bila pula saya ni tauke ? Saya bukan tauke, saya datang kedai tu untuk minum saja. Rasanya mamak yang datang tunjukkan penyata itu baru kerja dan sebelum ni tak nampak dia. Mungkin dia salah orang, dia ingat saya bos dia kot ? Tapi kenapa yer ?

Kenapa ? Ker tauke dia muka sebiji macam saya ? Entah....

03 Julai 2012

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 72)



"Ustaz... hubungan Man dengan Cikgu Syikin nampaknya sudah retak dan berkecai. Dan Cikgu Syikin mahu peminangan itu dibatalkan. Ini semua kerana peristiwa di angsana semalam. Man malu ustaz, Man malu..". Kata Man.

"Tapi semua persiapan sudah dirancang Man. Kenapa buat keputusan batal itu secara mengejut ? Kenapa tak teruskan saja ? Bergaduh itu perkara biasa dan boleh reda". Kata Khalil.





(Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)