28 Februari 2011
45,000 Pekerja Asing Masuk, Mana Pekerja Tempatan ?
Akhbar hari ini kata, kerajaan meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakan dari India bagi memenuhi 13 sektor di negara ini termasuk pembinaan, perladangan, restoran dan perniagaan runcit.
Persoalannya, ke mana perginya pekerja tempatan ? Adakah orang kita tak mahu bekerja dalam sektor ini ? Kalau orang kita tak mahu kerja, maka jangan dipersalahkan pada pekerja asinglah. Dia nak bekerja, dia nak cari rezeki. Nanti tak boleh bergerak pula kilang atau perniagaan di negara kita kalau orang asing tak masuk.
Tapi kalau pekerja tempatan ada, cuma nak juga pekerja asing, maka nampak macam tak berapa patut juga. Mungkin majikan suka ambil pekerja asing yang gajinya murah, kalau orang tempatan gaji kena tinggi dan perkara lain kena sediakan. Kalau pekerja asing tak berapa kisah, rumah kedai duduk puluhan orang pun boleh.
Dulu katanya restoran mamak nak ambil orang tempatan bekerja, tapi sampai sekarang dipenuhi pekerja asing. Saya cuma nak kata sesuatu, iaitu kalau boleh pekerja restoran mamak atau restoran makanan orang Islam, biarlah yang beragama Islam. Soalnya, yang dari luar ini termasuk India yang kerja di restoran, adakah mereka semua Islam ? Jawapannya, bukan semua Islam, ada juga yang tak Islam.
Di sebuah kedai mamak di JB yang saya selalu pergi sampai sekarang, seorang tu masak char kueh tiau kerang. Masa hantar makanan pada saya, saya beri salam "assalamualaikum". Tapi dia mengeleng. Saya tanya dia Islam ke, dia kata tidak, dia bukan Islam. Sampai sekarang, dah lebih 4 tahun dia kerja di kedai mamak tu di JB. Okey, kalau dia bukan Islam, dia tahukah cara bersuci bila masuk tandas. Dia pakai air ke pakai apa masa bersuci ? Lepas keluar tandas, dia masak char kueh tiau, ambil mee tiau pakai tangan. Kalau dah tahu cerita ni, selerakah makan.
27 Februari 2011
Pilihanraya Kerdau dan Merlimau Dari Kacamata Sisi
Rasa baru sangat pilihanraya Tenang, Johor, sekarang pilihanraya Kerdau dan Merlimau pula. Yer, ajal dan maut ketentuan Allah Taala, kerusi yang kosong kena diisi. Mungkin ini pilihanraya kecil terakhir sebelum pilihanraya umum yang mungkin tahun depan atau hujung tahun ini atau entah bila-bila. Sebab ada satu peraturan, kalau tak silap saya, kalau kurang dari setahun lagi nak pilihanraya umum, kerusi itu boleh tidak diisi. Maknanya, kalau ada wakil rakyat yang meninggal dunia atau meletak jawatan atau diistiharkan hilang kelayakan selepas ini, tidak perlu diadakan pilihanraya lagi.
Status di DUN Perlabuhan Kelang Selangor dan sebuah DUN di Kedah yang diistihar kosong oleh Speaker masih menjadi tanda tanya lagi.
Pilihanraya Penutup
Jadi oleh kerana ini pilihanraya penutup, kedua-dua parti nak menang sama ada BN atau PAS. Tapi nak menang, nak menang juga, yang pentingnya, bertandinglah secara terhormat. Patuhilah segala peraturan negara, elakkan sesuatu pelanggaran undang-undang. Jauhilah rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya.
Cerita di Mesir, Tunisia, Bahrain dan Libya
Di Mesir, Tunisia, Bahrain dan Libya katanya ada pilihanraya dan rakyat dibenarkan mengundi untuk memilih pemimpin mereka. Pemimpin mereka menang besar seolah-olah hampir tidak ada orang yang tidak menyukai pemimpin itu. Tapi yang hairannya, kenapa mereka sendiri tidak menyukai pemimpin yang menang itu ? Ini ditunjukkan dengan jutaan rakyat yang keluar ke dataran dan jalanraya menyuarakan bantahan kepada pemimpin mereka.
Jadi, kalau pemimpin itu betul-betul dipilih rakyat, sudah tentu rakyat tidak keluar membantah pemimpin mereka. Itu secara logiknya. Persoalannya, pilihanraya mereka adakah pilihanraya yang adil ? Atau sekadar pilihanraya untuk menyatakan mereka disokong oleh rakyat, tapi sebenarnya tidak begitu.
Di negara kita, parti bertanding ada peluang untuk menang atau kalah. Maknanya, bukan satu parti saja yang boleh menang. Di Kelantan sudah lebih 20 tahun PAS perintah mengunakan saluran pilihanraya. Pilihanraya umum 2008 juga, Penang, Selangor, Kedah dan Perak, Pakatan Rakyat boleh menang. Hujah ini boleh menafikan yang parti yang sedang berkuasa mesti menang, tidak semestinya. Tapi adakah cukup hujah itu saja yang boleh menyatakan yang pilihanraya kita bersih 100 peratus ? Yer, belum tentu, kerana ada banyak sudut lain lagi yang perlu dilihat.
Jangan Merosakkan Demokrasi
Hari ini ada satu perhimpunan di ibu negara yang disuraikan oleh polis dan tertangkapnya puluhan penunjuk perasaan. Mereka keluar beramai-ramai untuk menyatakan sesuatu hasrat mereka, katanya. Tapi persoalannya, kenapa perlu buat perhimpunan sebegitu ? Tidak adakah saluran lain yang lebih baik ? Kalau ada, ikutlah saluran itu. Tapi kalau tidak ada, bagaimana ? Inilah yang menyebabkan mereka atau kumpulan mereka memilih jalan demonstrasi.
Jagalah negara kita, jagalah keharmonian negara, jangan rosakkan negara kita. Tidak kira apa bangsa kita, kita anak Malaysia, kitalah yang yang bertanggungjawab memeliharanya. Kalau polis sudah melarang perhimpunan dan tidak mengeluarkan permit, kenapa masih berdegil untuk mengadakannya ?
Kita kan ada saluran pilihanraya 4-5 tahun sekali, kenapa tak guna saluran itu ? Gunakanlah sebijaknya peluang mengundi 4-5 tahun sekali itu. Semua orang ada wakil rakyat di DUN dan Parlimen, kita kan boleh bertemu mereka. (Kecuali di Wilayah saja yang tak ada DUN). Kita kan ada agensi kerajaan yang boleh kita temui untuk menyarakan hasrat kita. Dan banyak lagi saluran lain yang sah dan berlandaskan undang-undang. Jadi kenapa pilih jalan demonstrasi jalanan?
Terjemahkan Dalam Pilihanraya
Pertama, orang kita masih ramai yang belum daftar mengundi. Hari ini di akhbar, kenyataan seorang pemimpin yang kesal kerana lebih satu juta ahli mereka tidak daftar mengundi. Pelik juga ni... Daftar dengan sebuah parti politik boleh, tapi daftar mengundi tidak.
Kedua, yang bakal mengundi di Kerdau dan Merlimau, janganlah tak turun mengundi. Ingat, satu undi pun bernilai, cuma tak nampaklah berapa nilainya sebab dia bukan wang ringgit. Sorotilah sejarah PAS yang hampir tersungkur pada pilihanraya umum 2004 di Kelantan. PAS ketika itu diselamatkan dengan 2-3 undi sahaja di sebuah DUN dalam detik yang sungguh mencemaskan bagi PAS dan BN. Kalau difikirkan semula sejarah ini, mungkin ada 2-3 orang BN yang tidak balik mengundi di Kelantan. Kerana kalau dia balik mengundi, kiranya PAS akan tumbang hari itu. Begitu juga, ada orang PAS yang kejap nak balik mengundi, kejap tak nak balik, kemudiannya balik juga suami isteri mengundi PAS di situ. Rupanya dengan undi itulah yang berjaya menyelamatkan PAS. Baru dia sedar, betapa besar peranan seorang pengundi.
Ketiga, pengundi terjemahkan dalam kertas undi, parti mana dia nak pilih. Kalau dulu undi parti itu, sekarang nak undi parti itu juga, dipersilakanlah. Atau, kalau dulu undi parti itu, sekarang nak tukar parti lain, dipersilakan juga. Itulah kuasa pengundi. Di negara kita, pemimpin yang naik itu rakyat termasuk kita yang pilih, mereka tak boleh naik sendiri-sendiri.
SEKIAN.
26 Februari 2011
Jurulatih Sekolah Memandu Lain Macam Saja Bawak Awek
Tadi saya baru balik menyampai ceramah di Paloh, Kluang. Sampai di kawasan dah dekat dengan bandar, kereta jadi perlahan sebab di depan saya sebuah kereta kancil lambang 'L', maknanya sedang belajar memandu. Dari belakang nampak, pemandunya perempuan dan disebelahnya lelaki usia lebih 40-an rasanya. Yang menarik perhatian sayanya, tangan lelaki tu letak di belakang kerusi tempat pemandu tu. Bukan bersentuhan tapi diletakkan di belakang kerusi macam nak peluk orang tu.
Saya bercakap dengan kawan saya, itu mesti yang sedang belajar tu anak dara, kalau makcik-makcik takkanlah dia buat camtu. Dari belakang, tak perasan yang di depan tu anak dara ke makcik, yang perasannya, perempuan tu kurus dan pakai tudung.
Bila saya potong kereta kancil tu, dapatlah tengok, rupanya anak dara 20-an rasanya. Patutlah lelaki sebelah tu letak tangan macam tu. Betul tekaan saya, kalau makcik-makcik, mesti letak tangan jauh saja. Amboi.... ambil kesempatan nampak..
Cerai Isteri Dengan SMS
Seorang lelaki bergaduh dengan isterinya dan isteri buat keputusan tak balik ke rumah dari tempat kerja hari itu. Marah dengan tindakan isterinya itu, suami hantar sms pada isteri. lebih kurang begini.
"Kalau awak tak balik rumah hari ni, jatuh talak". Sms suami.
Isteri terima sms itu dengan jayanya dan tak balik ke rumah hari itu. Beberapa hari lepas tu, suami dan isteri ini baik semula, kira dah setlelah tu. Keduanya datang ke pejabat Kadi dan dirujuk ke mahkamah Syariah. Disahkan perceraian talak satu berlaku dan berbaki talak dua. Mereka rujuk semula.
25 Februari 2011
Bapa Mertua Tengking Bakal Menantu, Tak Serius Masa Akad Nikah
Seorang lelaki ni, masa nak akad nikah boleh gelak-gelak dan macam tak serius. Muka pulak senyum-senyum, entah kenapalah jadi begitu. Entah gabra, atau entah kelakar tengok muka kadi kot. Dah lah tu, lafaz nikah tak betul dan separuh jalan disebabkan terketawa. Kadi rilek saja sebab pegang tangan dia tu, macam ada kejutan eletrik.
"Jangan main-main, jawablah betul-betul !" Sergah bakal pak mertuanya yang juga wali dalam majlis itu.
Suasana di situ jadi senyap dan pengantin lelaki tersipu-sipu kena tengking bakal bapa mertuanya.
Orang Yang Kena Saman Trafik, Memang Patut Pun Kena Saman ?
Saya baru balik dari opis, terperangkap dalam jem depan rumah dan depan balai polis trafik hampir setengah jam. Lama tunggu situ, padahal rumah beberapa jengkal saja dari situ. Rupanya orang yang bayar saman, letak sesuka hati saja di kiri dan kanan jalan. Maka jadilah jem bila orang balik sekolah dan nak ke masjid.
Masa tengah jem tu, ada kerta Perdana hitam plat Pulau Pinang depan saya keluar dari kereta. Dia pergi ke kereta saya di belakang dia, minta undur sebab jalan dah lansung tak boleh gerak. Saya buka tingkap, kemudian dia cakap.
"Orang yang kena saman ni, memang patut pun dia orang kena saman, parking pun tak betul". Cakap orang tu.
Saya senyum saja dan undur kereta, kemudian parking kereta depan rumah Dato Ghafar, jalan kaki balik rumah....Sempat saya ambil dua keping gambar.
Rumah Saya dikerumuni Pembayar Saman
Sejak jam 7.30 pagi lagi, sudah ramai orang menunggu nak bayar saman trafik walaupun kaunter dibuka jam 8.00 pagi. Rumah saya di depan balai polis trafik, turut dikerumuni kereta pembayar saman yang semakin ramai hari ini.
Katanya hari ini adalah hari terakhir, entahlah, hari ni terakhir atau Isnin terakhir. Saya tak berapa tahu sangat pasal saman-saman ni sebab saya bawak kereta 'baik', hehehe...
24 Februari 2011
Minyak Dunia Melonjak Naik, $ 101.43
Masa saya menulis ni, jam 9.25 malam, 24 Febuari 2011, harga minyak dunia sekarang $ 101.43 setong. Ini kenaikan yang cepat dari $ 80 lebih dalam masa tak sampai seminggu. Ini berikutan krisis politik di Libya yang semakin tenat dan tiada tanda penyelesaiannya.
Naik Lagi
Pada jam 9.30 malam pula, harga naik lagi kepada $ 101.59. Operasi pengeluaran minyak di Libya mula terhenti secara perlahan-lahan semalam ekoran syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara itu berterusan.
Eni, syarikat dari Itali yang merupakan firma minyak terbesar di Libya dan firma minyak dari Sepanyol, Repsol berkata, mereka telah menggantung beberapa operasi pengeluaran mereka di negara itu.
Syarikat minyak Total dari Perancis, BASF dari Jerman dan OMV dari Australia turut menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan atau menghentikan pengeluaran di negara di utara Afrika itu.
Naik Lagi
Pada jam 9.30 malam pula, harga naik lagi kepada $ 101.59. Operasi pengeluaran minyak di Libya mula terhenti secara perlahan-lahan semalam ekoran syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara itu berterusan.
Eni, syarikat dari Itali yang merupakan firma minyak terbesar di Libya dan firma minyak dari Sepanyol, Repsol berkata, mereka telah menggantung beberapa operasi pengeluaran mereka di negara itu.
Syarikat minyak Total dari Perancis, BASF dari Jerman dan OMV dari Australia turut menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan atau menghentikan pengeluaran di negara di utara Afrika itu.
Libya dan Muammar Ghadafi
Mu'ammar Ghadafi telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas parti Jamahiriah Arab Libya.
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Serti. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, beliau menyertai Akademi Tentera pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Rampasan Kuasa Tentera
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris I yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
23 Februari 2011
Maaflah, Dah Cerai Talak Tiga, Tak Boleh Rujuk
Seorang lelaki 40-an menceraikan isterinya dengan talak dua. Setahun sebelumnya, dia pernah menceraikan isterinya dengan talak satu, kemudian rujuk semula.
"Tuan, tolonglah tuan, berilah kami peluang sekali lagi untuk memperbaiki kesalahan kami". Kata lelaki tu yang datang bersama bekas isterinya.
Maaflah, tak dapek den nak nolong kata orang Negeri Sembilan. (Dulu den lama juga mengajar kat Negori Sembilan, anak murid den pun ramai).
Akibat Pinjam Ceti Haram atau Along, bukan Mak Long
Seorang lelaki ni umur 40 an, pinjam kat ceti haram dua tahun dulu. Masa tu dia katanya kesempitan wang dan sangat memerlukan wang. Maka dipinjamlah duit RM 1700, proses sekejap jer dah dapat duit. Ikut perjanjian, lelaki ini kena bayar balik duit RM 1700 tu semua tak kiralah berapa lama, lambat pun boleh.
Tapi, selagi tak bayar semula kat along tu, kena bayar RM 220 sebulan sebagai bunga. Pada saya itu bukan bunga, tapi kira bunga, putik dan dahannya sekali. Nak lari tak boleh sebab buku dan kad bank along tu dah pegang. Akaun bank dia itulah majikan bayar gaji. Gaji dia dalam RM 600 sebulan. Kalau tak kasi along pegang, tak boleh pinjam. Jadi dah dua tahun dia bayar sebulan RM 220, setahun dah kira RM 2,640, kalau dua tahun RM 5,280. Tapi sampai sekarang kena potong lagi 220 dan RM 1700 itu mesti dibayar juga.
Kalau tak bayar cammana ? Kalau tak bayar, seumur hidup dialah kena potong RM 220. Jadi kalau 10 tahun, dia kena bayar dalam 26,400.00 dan duit RM 1700 itu tetap kena bayar juga. Itulah lintah daratnya along. Nak salahkan along tu tak boleh juga, dia tolong orang susah juga. Kita yang cakap banyak ni pun belum tahu nak bantu orang susah, tapi along tolong orang susah. Orang yang meminjam tu pun boleh juga dipersalahkan sebab kenapa dia tak fikir panjang masa tu. Sekarang dah susah, baru nak menyesal dan insaf, patut ker ?
Jadi, nasihat saya janganlah pinjam kat along, pinjam kat Paklong atau Maklong boleh ler terutama lepas paklong balik jual getah. Tengoklah gambar lintah kat atas tu lama-lama, itulah teruknya orang yang dah terperangkap dengan along ni. Tapi siapa yang letakkan lintah tu kat badan dia ? Sendiri letak ler....
22 Februari 2011
Cicak Pun Orang Seludup ? Kat Rumah Saya Bersepah Cicak..
Seorang lelaki Indon kantoi apabila cuba menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko atau Pokke atau Poke selepas ditahan di Jeti Stulang Laut, Johor Bahru semalam. Rupanya harga dia tinggi sampai dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.
Cicak kat rumah saya bersepah, taknak datang ambil ker ? Dapat duit boleh kongsi berdua, boleh juga beli getah ping pong atau gam ping pong atau bola ping pong. Tapi jangan terus datang, cicak rumah saya belum tentu cicak jenis macam tu, nanti saya pulak kena pukul macam bola ping pong.
21 Februari 2011
Kes Datuk Sosilawati: Hukuman ditambah dari 7 Tahun Pada 20 Tahun
20 Februari 2011
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 61)
"Nizar, salam dengan abang Man". Kata Syira bila lihat Nizar baring saja dan tak bersalam pun dengan Man. Nizar bangun, salam dan cium tangan abang Man.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 62
http://kadikluang.blogspot.com/2011/03/sudah-nasibku-mat-burger-episod-62.html
http://kadikluang.blogspot.com/2011/03/sudah-nasibku-mat-burger-episod-62.html
19 Februari 2011
Lelaki Dah Tak Tahan, Bekas Makwe Baru Habis Edah
Seorang lelaki 40-an cerita pada saya, bekas kekasihnya baru 3 bulan kematian suami. Maka kiranya, bersimpati jugalah dengan bekas makwe satu sekolahnya itu. Bukan apa, nak tolong janda, cerita dia lagi. Bagus, bagus, bagus, biasa ku dengar perkataan 'tolong janda' itu........
Halangannya sekarang adalah isterinya. Lansung isterinya tak tahu dan taknak beritahu isterinya itu yang dia ada hajat besar nak nikah lagi satu. Isterinya itu pun kenal dengan perempuan itu, malah isterinya turut hadir masa baca Yasin kat arwah suami perempuan itu dulu. Tapi cerita perempuan itu bekas kekasihnya, isterinya tak tahu. Itu mana boleh beritahu, nanti isteri bertukar jadi singa susah pulak, hehehe.
"Tuan Kadi, saya nak nikah sekarang boleh ker ?" Tanya lelaki tu. Ishhh, nikah sekarang ?... macam tak sabar jer dia ni.
"Nanti dulu..... Kena proses dululah permohonan nikah tu, kena ikut prosedur yang ditetapkan. Lain kes, lain pula prosedurnya". Kata saya.
"Okey ustaz, esok saya jumpa ustaz". Kata dia, macam segar jer semangat dia, macam pokok bunga baru dijirus air.
Opsss....cukuplah cerita sampai kat sini. Perbualan lain dan cerita lanjut tak boleh dicerita di sini. Bimbang banyak UFO melayang kat rumah pembaca blog saya ni nanti... hehehe.
Mengandung Lapan Bulan, Baru Nak Nikah
Ada satu kes ni, perempuan ni umur 20-an dan lelaki 20-an nak bernikah tak lama lagi. Sekarang dia dah mengandung anak luar nikah berusia lingkungan 8 bulan. Pengajaran kepada semua.
18 Februari 2011
Kebenaran Solat Jumaat di Penjara Simpang Renggam
Minggu lepas, 11 Febuari 2011 adalah hari bersejarah bagi penjara Simpang Renggam apabila kebenaran diberikan untuk mendirikan solat Jumaat kepada tahanan di dalam penjara. Hampir separuh dari tahanan di sana beragama Islam, selepas ini akan mendirikan solat Jumaat di situ. Minggu lepas, saya hadir ke sana dan membuat pengistiharan untuk mendirikan solat Jumaat di situ.
Kronologi Permohonan Kebenaran Solat Jumaat
1. Pihak penjara membuat permohonan kepada pejabat Kadi Kluang.
2. Pejabat Kadi Kluang memberi teguran dan meminta untuk membuat penambahbaikan terhadap permohonan itu.
3. Permohonan dikemukan semula ke pejabat Kadi Kluang.
4. Pejabat Kadi Kluang menghantar surat permohonan tersebut kepada Jabatan Mufti Johor.
5. Surat dikeluarkan oleh Mufti Johor, membenarkan permohonan tersebut setelah kajian dan penelitian dibuat.
6. Pengistiharan solat Jumaat pada 11 Febuari 2011.
(Gambar di atas, bersama Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam dan staf penjara selepas solat Jumaat)
Tidak Abai Orang Asli Beragama Islam
KLUANG - Prihatin dengan masalah yang dihadapi mangsa banjir yang terdiri daripada masyarakat orang Asli di sini, Pejabat Kadi Daerah Kluang tampil memberikan sumbangan kepada mangsa yang memerlukan.
Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, kejadian banjir yang berlaku di daerah ini pada 31 Januari lalu pastinya memberi kesan kepada mangsa terlibat.
Menurutnya, melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), sumbangan dan bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir termasuk masyarakat Orang Asli di Kahang dan daerah Kluang.
“Kita prihatin dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang beragama Islam dan kami di pejabat Kadi turun padang meninjau melihat keadaan mereka selepas banjir.
“Di Kahang sahaja, terdapat tiga kawasan yang terputus hubungan berikutan banjir yang berlaku terlalu teruk sehinggakan kita terpaksa menghantar bekalan makanan dengan menggunakan bot dan selepas seminggu banjir di kawasan ini semakin pulih,” katanya ketika memberikan Sumbangan Bantuan di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, di sini, semalam.
Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, kejadian banjir yang berlaku di daerah ini pada 31 Januari lalu pastinya memberi kesan kepada mangsa terlibat.
Menurutnya, melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), sumbangan dan bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir termasuk masyarakat Orang Asli di Kahang dan daerah Kluang.
“Kita prihatin dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang beragama Islam dan kami di pejabat Kadi turun padang meninjau melihat keadaan mereka selepas banjir.
“Di Kahang sahaja, terdapat tiga kawasan yang terputus hubungan berikutan banjir yang berlaku terlalu teruk sehinggakan kita terpaksa menghantar bekalan makanan dengan menggunakan bot dan selepas seminggu banjir di kawasan ini semakin pulih,” katanya ketika memberikan Sumbangan Bantuan di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, di sini, semalam.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian, 18 Febuari 2011)
17 Februari 2011
Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 7)
Masa saya baru pakai Honda SM4 tu ramai orang tanya. Saya jawab terus teranglah yang saya beli lelong Kastam RM 9,000 lebih jer. Surat dapat lelong tu dan geran photostat saya simpan dalam kereta takut apa-apa hal. Manalah tahu kalau JPJ ker atau polis ker periksa, tapi tak kena periksa pun
Nombor Ekor First Prize
Saya ke kedai aksesori, pasang cermin gelap, taklah gelap sangat, sesedap rasa saja. Tauke Cina tu dah kenal saya sebelum ini dan tanya pasal kereta tu. Saya ceritalah, dapat lelong Kastam 9 ribu. Terkejut dia, dia kata saya ada orang dalam, hahaha.... Manalah ada orang dalam, seluar dalam saya adalah, hahaha.
Tak lama kemudian, ada seorang lelaki Melayu masuk kedai tu, mungkin nak pasang atau repair apa-apa. Dari gaya orang tu, saya nampak dia dah biasa dengan tauke kedai tu. Lepas tu, lelaki tu tengok kereta saya, kemudian dia cakap pada tauke Cina tu.
"Haiyaa tauke, ini nombor masuk first prize..." Kata lelaki Melayu tu, masa tu saya tengah tengok-tengok barang kat kedai tu sebelah tepi.
Bila orang tu tegur macam tu, saya tengoklah kat kereta saya, sebab rasa macam terkejut juga. Rupanya dia tengah tengok nombor kereta saya. Bila dia nampak saya ada, orang tu mula senyap sekejap dan tak cerita pasal nombor ekor lagi. Mesti dia malu dan baru dia nampak, ada sticker "ADUAN MAKSIAT" terpampang besar kat cermin kereta saya tu. Tadi dia tentu tak perasan, mungkin dia ingat itu kereta orang bukan Melayu kot. Kesian, malu muka dia.
Kawan Saya Pun Masuk Lelong
Selang beberapa bulan, ada dalam akhbar lelong Kastam. Ada seorang member di pejabat saya ni berkenan nak beli Honda SM4 juga. Kebetulan, masa yang lelong tu ada 2 biji Honda tu. Dia mintak tolong saya supaya dapatkan kereta tu, salah satu dari yang 2 tu. Jadi saya bawak dia tengok dan beri banyak nasihat.
Dia berkenan dengan Honda SM4 yang warna kelabu tu, memang cantik dan sekali tengok macam tak perlu banyak pembaikan. Saya congak-congak, kena masuk RM 12,000 kalau nak dapat. Angka tu saja jer saya letak, bukan ada sesiapa beritahu pun. Member tu macam hairan, kenapa saya dapat 9 ribu tapi dia 12 ribu pulak. Saya kata keadaan kereta saya lain, ada kemek dan cat bumper mengelupas. Orang sebenarnya tak berapa tahu tentang kos nak repair kemek dan cat dan anggap harga jatuh teruk. Tapi kereta kelabu tu tip top macam janda muda, hehehe.
Beberapa kali juga saya dia pergi tengok kereta tu, sampai orang Kastam tu dah cam muka kita orang. Saya ajarlah buat bank draf dan hantar pada hari tarikh tutup tu kat Kastam Tanjung Puteri. Member tu dah faham buat bank draf dan tak perlu ajar sangatlah. Masa tarikh tutup tu pun dia hantar sendiri sebelum pukul 12.
Telefon Kastam
Lebih kurang seminggu lepas tu, saya nak telefon pejabat Kastam, nak tanya dapat ker tak. Biasa kalau telefon, Kastam tak kata dapat terus tapi kalau dapat dia kata antara nombor satu hingga nombor tiga. Apa-apa hal, yang betulnya, tunggu dapat surat.
Member Letak 12,000 Genap
Baru saya sedar yang member tu masuk 12,000 genap. Saya tanya, kenapa letak 12,000 genap. Dia jawab,
"Dah ustaz kata 12 ribu, saya masuk 12 ribulah." Kata dia.
Alamak, lurus bendul betul dia ni, saya ingat, cakap 12 ribu tu, masuklah lebih sikit ker, 12,010 ker, 12,100 ker, 12,200 ker, 12,150 ker. Tujuan dia apa ? Supaya tak sama dengan bidaan orang letak. Yer ler, kalau 12,000 nanti mungin ada orang sama harga kita.
Masa saya telefon Kastam tu, dia kata, bidaan tertinggi 12 ribu, gembira betul member tu. Tapi masalahnya, Kastam tak kasi nama, jadi saya macam masih tertunggu-tunggu jugalah.
Dapat Surat
Tak lama lepas tu, member dapat surat, dia dapat kereta tu 12,000, baki 90 peratus dari harga kena bayar sebelum ambil kereta. Gembira betul member tu.
Ambil Kereta
Saya ikut sama masa ambil kereta kat store Larkin. Sewa kereta tarik dalam RM 40, bawak ke kedai bengkel Cina di Bandar Baru Uda, kawan saya. Lepas tu pergi ke kedai alat ganti di Taman Desa Rahmat, beli barang-barang. Antara barang adalah bateri, minyak gear, minyak hitam, hos getah, plak dan minyak brek, tak sampai RM 300.
Pergi semula ke bengkel tu, kereta tu dah hidup, senang betul hidup. Rupanya bengkel tu dah gantikan bateri baru sedangkan member tadi baru jer beli bateri. Saya kata tak apa, biarkan bateri tu tapi jual semula bateri yang baru beli kat Desa Rahmat tadi. Tauke tu kenal saya dan ambil semua dengan harga tadi. Upah yang bengkel kat Uda tu kenakan murah saja, seratus pun tak sampai. Sambil tu, member tu belanja saya makan kat kedai Mamak Osman, teh tarik dan rojak, baik punya.
Saya suruh dia bawak dulu kereta tu dan jangan repair yang lain dulu. Tayar boleh pam dan boleh jalan tapi saya beritahu member tu, tayar dah lama seba dah bertahun kereta tu tak jalan dan tayar dah rosak. Member tu pergi sendiri kat kedai lain. Lepas tu member ganti timing bel dan servis aircond. Ingat, servis aircond jangan kat kedai sebarang, nanti upah mahal buat cincai jer. Dia pergi ke sebuah kedai Cina yang saya syorkan, upah dalam RM 110 saja, siap masuk gas dan servis.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/03/lelong-kastam-episod-8-lelong-kereta.html
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/03/lelong-kastam-episod-8-lelong-kereta.html
16 Februari 2011
Mengurat Anak, Dapat Kawin Dengan Mak
Seorang lelaki lewat 30-an, masa bujang bernikah dengan perempuan janda 40-an. Dalam setahun bernikah, jodoh tak panjang dan bercerai. Antara punca perceraian, suami selalu goda anak tiri yang umur awal 20-an.
"Dulu kenapa tak kawin dengan anak permpuan tu, kenapa kawin dengan emak ?". Tanya saya pada orang yang cerita tu.
"Dulu dia memang nak kawin dengan anak dara tu, tapi mengurat tak dapat, dapat emaknya pulak". Cerita orang tu.
15 Februari 2011
Apa Kerja Anda Masuk Ke Blog Saya ? Kenapa ?
1. Lelong rumah & lelong kereta
2. Novel seperti Mat Burger & Hantaran 10,000
3. Agama
4. Politik dan Pilihanraya
5. Misteri, histeria dan hantu
6.Bisnes dan jimat cermat
7. Resepi dan masakan
8. Rumahtangga dan perkahwinan
9. Lain-lain.
Silalah buat undian di ruangan di sebelah. Nak tahu juga, kenapa dan apa yang orang minat. Bimbang nanti syok sorang-sorang, nak syok biarlah sama-sama syok... hehehe.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kluang Meriah Sangat-sangat
Ribuan umat Islam membanjiri dataran Sekolah Kebangsaan Lelaki Kluang yang bersebelahan dengan masjid Jamek Kluang sebentar tadi. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara lansung dan tidak lansung.
Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kluang, Haji Abdul Karim bin Abu Bakar. Ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Yusree bin Ikhsan dari Jabatan Agama Johor.
Sebelum itu, persembahan nasyid dari Pejabat Kadi Kluang diketaui Ustaz Hamizan Sayuti (gambar di atas). Sebuah lagi kumpulan nasyid dari penjara Kluang.
Bayarlah Saman Trafik Sebelum 28 Febuari Sebelum Kena Bebel Isteri
Bayarlah Saman Trafik Sebelum 28 Febuari Sebelum Kena Bebel Isteri
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ). 12 Rabiul Awal Tahun Gajah juga bersamaan dengan 23 April 571.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Pelbagai Sambutan
Di negara kita diadakan disetiap peringkat seperti peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Di negeri Johor, sambutannya cukup meriah malah paling meriah berbanding negeri lain. Pagi ini, sebentar lagi akan diadakan sambutan peringkat negeri di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru yang akan dihadiri Sultan Johor. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Hj. Zulkifli bin Muhamad, Kadi Daerah Muar.
Di peringkat daerah termasuk Kluang diadakan sambutan ini serentak bermula jam 8.00 pagi. Ceramah agama akan disampaikan oleh Ustaz Hj. Yusree bin Ikhsan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan, Jabatan Agama Johor. Dijangka lebih 10,000 orang akan hadir di Kluang seperti tahun-tahun lepas. Semalam, di Masjid Jamek Kluang diadakan gotong royong memasak untuk hidangan tetamu pada pagi ini. Ratusan masyarakat terlibat sejak dari petang semalam termasuk kerja-kerja melapah lembu dan sebagainya.
Hayatilah Peristiwa Kelahiran Nabi
Dalam kita menyambut Maulidur Rasul, kekadang kita terlupa dengan matlamat sebenar sambutan itu. Jadikanlah Islam sebagai model terbaik kerana Islam itu menyeluruh, bukan sekadar ibadat khusus sahaja tetapi lebih dari itu. Selepas ini sambutan di peringkat mukim, masjid, surau, taman, pejabat, sekolah dan sebagainya. Saban tahun, orang kita tidak pernah tertinggal menyambut Maulidur Rasul dan seolah-olah rasa bersalah kalau tidak menyambut.
Jadikanlah Islam sebagai cara hidup termasuk dalam kehidupan individu, kehidupan berkeluarga, bermasyarakat sehinggalah berpolitik dan pemerintahan negara. Perjuangan mendaulatkan Islam itu belum selesai walaupun Nabi s.a.w sudah lebih 1400 tahun meninggalkan kita. Tidak kira latarbelakang kita, sebagai seorang Islam, kita mempunyai amanah untuk meneruskan perjuangan itu.
14 Februari 2011
Ameng Spring Mengaku Bersalah Kes Dadah
MELAKA 14 Feb. - Bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh dalam rayuannya kepada hakim bagaimanapun meminta isterinya, Sabariah Zakaria, 41, yang turut menghadapi dua pertuduhan sama dilepaskan. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Taman Melaka Raya di sini pada lebih kurang pukul 5.20 petang pada 1 Februari lalu
Tiada wang jaminan ditawarkan dan Zaharah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan dari Jabatan Kimia
Umat Islam Haram Sambut Hari Valentine
Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih-sayang kepada pasangan masing-masing.
2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
12 Februari 2011
Entah Cerita Lawak Ke Tidak, Pasal Lupa Nama
Baru-baru ini saya hadir ke satu majlis, saya dijemput berucap. Masuk saja di situ, saya dijemput duduk di hadapan. Saya sangka yang duduk di depan itu jemputan saja atau orang yang ada jawatan di kawasan itu.
Dah hampir nak berucap, tiba-tiba saya terlupa nama tok penghulu. Hairan juga macam mana boleh lupa hari tu, padahal kenal sangat dan dah biasa jumpa. Risau juga saya, takkan berucap nanti tak sebut nama tok penghulu, nanti salah protokol. Saya tengok dalam hphone saya, saya tulis penghulu mukim tu tanpa nama sebab saya biasa panggil gelaran 'tok' saja. Jadi terpaksalah tanya orang yang kat sebelah saya tu.
Saya sangka kat sebelah tu sama ada ketua kampung atau JKK atau pengerusi masjid atau lain-lain, sebab tu ler duduk di depan baris depan. Orang lain termasuk saya pakai baju Melayu, tapi lelaki tu pakai baju macam baju Melayu tapi seluar biasa. Terpaksa jugalah tanya.
"Haji, tok penghulu sini nama siapa yer ?" Tanya saya. Panggil pak hajilah sebab dia pakai songkok haji. Kalau tak haji pun tak kisahlah.
"Nama Mohd Ali" Jawab lelaki sebelah saya tu.
Saya terdiam dan tengok muka tok penghulu tu. Saya tahu, tok penghulu tu bukan nama Mohd Ali, bukan. Cuma saya dah lupa sangat hari tu, tapi bukan Mohd Ali, hairan juga saya. Kenapalah orang tu sebut nama lain. Kemudian saya tanya lagi soalan.
"Haji, sudah lama duduk sini ker ?" Tanya saya. Terus dia jawab.
"Saya lapan orang duduk sini kerja, datang Bangladesh". Kata dia.
"Awak Bangla ker ". Tanya saya, masa tu muka saya dah malu.
"Yer bos, Bangladesh bos". Jawab dia.
Ishhh, silap orang saya tanya rupanya. Nasib baik tak ada orang tahu, kalau orang tahu, ketawa besar orang nanti. Patutlah nama tok penghulu tak tahu. Dia jawab Mohd Ali tu rupanya nama dia, dia tak faham soalan saya, dia ingat saya tanya nama dia siapa. Masa berucap tu terpaksalah sebut penghulu mukim saja, tanpa sebut nama, tapi orang tak perasan saya lupa sebut nama. Dah balik rumah baru ingat semula nama tok penghulu tu.
ADUN Kerdau, Pahang Meninggal Dunia, Al-Fatihah
TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau.
Hosni Mubarak Letak Jawatan, Tinggalkan Mesir
KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.
“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.
Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut. Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan.
11 Februari 2011
Hosni Mubarak Tak Jadi Letak Jawatan, Hendak Terus Berkuasa
KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak berkata peralihan kuasa politik yang dipegangnya selama 30 tahun akan dilakukan sehingga September ini, katanya dalam siaran televisyen di seluruh negara, awal pagi tadi.
Beliau mengumumkan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan Perlembagaan negara itu dipinda. Namun, perkembangan terbaru itu menyaksikan Mubarak masih menjadi Presiden Mesir dan memastikan regimnya terus berkuada dalam proses reformasi pemerintahan negara itu.
Sementara itu, penunjuk perasaan yang masih menguasai Dataran Tahrir hampa dan marah apabila mereka sebelum ini dimaklumkan Mubarak akan mengumumkan peletakan jawatan tetapi sebaliknya.
10 Februari 2011
Kes Khalwat, Judi dan Pondan
KLUANG - Empat pasangan berjaya ditangkap oleh Penguat kuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang dalam Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan baru-baru ini di sekitar kawasan inni.
Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi berkenaan dijalankan berikutan pihaknya menerima banyak maklumat daripada orang awam dan hasil maklumat itu membolehkan pejabat agama bertindak mengadakan operasi di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
“Permulaan operasi Cegah Maksiat yang dijalankan penguat kuasa berjaya menangkap sepasang kekasih yang mana lelaki berkenaan berumur 36 tahun yang dipercayai sudah berkahwin.
“Manakala, pasangannya seorang wanita warga Indonesia berumur 35 tahun yang masih anak dara dan kami telah menahan pasangan ini di sebuah rumah di Kampung Sembrong Luar,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, berikutan daripada tahanan itu, pihanya juga berjaya menahan satu pasangan di Kampung Melayu, Kluang iaitu lelaki warga Myanmar berumur 30 tahun bersama perempuan Melayu berusia 35 tahun dan dipercayai kedua-duanya masih belum berkahwin.
Dalam pada itu, tangkapan ketiga pula, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 47 tahun yang berstatus suami orang bersama seorang wanita berumur 38 tahun yang juga isteri orang di sebuah rumah di Taman Puteri, Kluang.
“Manakala, tangkapan keempat adalah di sebuah rumah di Taman Sri Kluang yang mana seorang lelaki berumur 26 tahun telah ditahan oleh pejabat agama dengan seorang wanita berumur 31 tahun yang bukan beragama Islam dan dipercayai sudah berkahwin.
“Keempat-empat :pasangan ini telah berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Johor Kluang hasil maklumat daripada orang awam,” katanya.
Menurut Mohd Khalil, keempat-empat pasangan ini di dakwa di bawah kesalahan khalwat iaitu seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali,” katanya.
Dalam Operasi Cegah Maksiat ini juga, penguat kuasa Jabatan Agama Johor menahan seorang lelaki yang berlagak perempuan dan berpakaian seksi berusia 42 tahun yang ditahan di Flat Hj Manan, Kluang.
Mohd Khalil berkata, lelaki berkenaan ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan dan beberapa orang lagi sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
Sementara itu, pejabat agama juga dalam operasi berkenaan berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun di dalam kedai judi selepas membeli tiket nombor ekor di sebuah kedai judi di Jalan Mersing, Kluang.
Lelaki itu boleh di dakwa di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi berkenaan dijalankan berikutan pihaknya menerima banyak maklumat daripada orang awam dan hasil maklumat itu membolehkan pejabat agama bertindak mengadakan operasi di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
“Permulaan operasi Cegah Maksiat yang dijalankan penguat kuasa berjaya menangkap sepasang kekasih yang mana lelaki berkenaan berumur 36 tahun yang dipercayai sudah berkahwin.
“Manakala, pasangannya seorang wanita warga Indonesia berumur 35 tahun yang masih anak dara dan kami telah menahan pasangan ini di sebuah rumah di Kampung Sembrong Luar,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, berikutan daripada tahanan itu, pihanya juga berjaya menahan satu pasangan di Kampung Melayu, Kluang iaitu lelaki warga Myanmar berumur 30 tahun bersama perempuan Melayu berusia 35 tahun dan dipercayai kedua-duanya masih belum berkahwin.
Dalam pada itu, tangkapan ketiga pula, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 47 tahun yang berstatus suami orang bersama seorang wanita berumur 38 tahun yang juga isteri orang di sebuah rumah di Taman Puteri, Kluang.
“Manakala, tangkapan keempat adalah di sebuah rumah di Taman Sri Kluang yang mana seorang lelaki berumur 26 tahun telah ditahan oleh pejabat agama dengan seorang wanita berumur 31 tahun yang bukan beragama Islam dan dipercayai sudah berkahwin.
“Keempat-empat :pasangan ini telah berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Johor Kluang hasil maklumat daripada orang awam,” katanya.
Menurut Mohd Khalil, keempat-empat pasangan ini di dakwa di bawah kesalahan khalwat iaitu seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali,” katanya.
Dalam Operasi Cegah Maksiat ini juga, penguat kuasa Jabatan Agama Johor menahan seorang lelaki yang berlagak perempuan dan berpakaian seksi berusia 42 tahun yang ditahan di Flat Hj Manan, Kluang.
Mohd Khalil berkata, lelaki berkenaan ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan dan beberapa orang lagi sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
Sementara itu, pejabat agama juga dalam operasi berkenaan berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun di dalam kedai judi selepas membeli tiket nombor ekor di sebuah kedai judi di Jalan Mersing, Kluang.
Lelaki itu boleh di dakwa di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 10 Febuari 2011)
Nak ke Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kluang
Kejap lagi nak ke Kg Orang Asli, Sungai Peroh, Kluang. Ziarah orang Islam termasuk Tok Batin dan seorang penggerak yang dilantik Jabatan Agama Islam. Jauhnya dari Kluang dalam 60km termasuk separuh jalan tanah merah yang dipercayai rosak teruk.
Kami menaiki tiga kenderaan termasuk bersama Penolong Pengarah Dakwah, Ustazah Hajah Maimunah Othman, Ustaz Chatasman dan penyelaras orang asli Ustaz Faizal Baharin. Mudah mudahan berjaya sampai ke lokasi dalam perjalanan yang mencabar. Jalan dikatakan berlopak dan lumpur tebal.
Banjir baru ni, kampung ni terputus hubungan kerana jambatan ditenggelami air. Bantuan makanan dari MAIJ dan JKM dengan dibantu agensi kerajaan lain sebelum ini menghantar makanan menaiki bot.
(Gambar di bawah semasa program ekspedisi dakwah di Kg Sungai Peroh hujung tahun lepas)
09 Februari 2011
Banjir di Segamat 2011 Lebih Buruk Dari Tahun 2006
Tadi saya ke Segamat,menyampaikan satu ceramah bertajuk " Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam 2003" dalam satu seminar. Dalam perjalanan di Yong Peng, terkejut juga melihat beberapa rumah masih ditenggelami air. Air sungai dan parit masih melimpah dan mengenai beberapa rumah dan kebun. Air bertakung di situ dan lambat surut walaupun sudah hampir seminggu tidak hujan di sini.
Bila sampai di Segamat, saya lihat beberapa pekerja kedai masih sibuk mengemas kedai kesan dari banjir. Ramai tuan kedai baru membuka kedai selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya pergi minum dengan Ustaz Saifulnizam dan dia menyatakan banjir tahun ini lebih buruk dari tahun 2006 iaitu kira-kira 1 meter lebih tinggi mengikut tanda paras air yang dibuat.
08 Februari 2011
Kantoi Kena Tangkap Lepas Beli Nombor Ekor
Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang selepas membeli tiket nombor ekor di sebuah kedai judi nombor ekor di Jalan Mersing, Kluang.
Beliau akan dituduh di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. (Gambar hiasa saja)
Safee Sali Akhirnya Ke Pelita Jaya, Indonesia
Penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali yang akan beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) mulai 7 Mac ini. Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita. Perpindahan Safee telah diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.
Tahniah kepada Safee Sali, semoga beliau melangkah ke arah kejayaan dalam dunia bolasepak. Ini suatu pengalaman berguna kepada pemain bolasepak negara. Sebelum ini ada orang yang mempertikaikan kenapa Safee memilih Indonesia, kenapa tak main di Eropah yang mutu bolasepaknya lebih tinggi. Kalau saya jawab senang saja, sebab kelab Indonesia itu yang tawarkan dia, Eropah tak tawarkan. Tapi lepas ini, kalau Safee cemerlang di kelab Indonesia ini, tak mustahil kalau kelab Eropah pula pilih dia, masih ada masa lagi, umur pun masih muda.
Kekadang orang kita susah sangat nak lepaskan pemain kita bermain di luar, katanya nak naikkan mutu bolasepak tanahair. Janganlah kita fikir penghijrahan ini merugikan negara, kononnya tak mahu menaikkan pasukan atau kelab di negara kita. Lihatlah pemain terkemuka dunia, sebahagian besarnya berhijrah bermain di kelab negara lain untuk meningkatkan dirinya. Selepas itu, pemain ini akan mewakili pasukan kebangsaan negara kita juga.
07 Februari 2011
Cuepacs Minta Gaji Minimum, Bonus Jangan Lupa Mintak Yer...
Cuepacs pada Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
Maaf tak beri salam, bonus jangan lupa mintak yer.... hehe.
Pondan Tua Ditangkap Sedang Menggoda
Malam tadi, seorang pondan berusia 42 tahun ditangkap dalam satu operasi cegah maksiat di kawasan sekitar Flat Haji Manan, Kluang. Beliau bersama 4-5 orang dipercayai sedang menunggu pelanggan dengan berpakaian seksi meksi, menyerupai perempuan. Beberapa orang lagi berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa.(Gambar hiasan saja)
06 Februari 2011
Tafsiran Mimpi Bagi Kaki Judi Nombor Ekor (Episod 1- Mimpi Rokok)
1. Mimpi Rokok:
Setiap mimpi ada maknanya bagi kaki judi. Jadi setiap kali bangun tidur, sebelum buat apa, ingatkan dulu, tidur tadi mimpi apa.
Bagi orang kaki nombor, kalau malam tadi mimpi hisap rokok atau nampak rokok, atau beli rokok, atau nampak van rokok. Ikut buku sifir nombor ekor, nombor yang dikatakan bakal naik adalah, 09XX atau 29XX. Dua angka belakang tu saya saja tutup untuk mengelakkan salah guna. Sebenarnya, semua ini bukanlah rahsia sebab bagi kaki judi, mereka ada buku sifir khas yang menceritakan semua ini, hebat dia orang ni. Kalau tak ada buku pun, nanti kat kedai atau warung ada seorang sifu yang mahir pasal sifir ni atau dengan kata lain tukang cai nombor.
Hairannya, kenapa orang kita percaya pada benda-benda macam ni. Ramai juga yang mimpi, lepas tu tengok buku sifir, pun tak kena juga. Jadi, cerita saya ini jangan disalah tafsir.....Dan jangan salahkan sesiapa kalau mimpi rokok tapi beli tak dapat pun. Sori, jangan marah sama gua, gua bukan kaki nombor sama lu.
Bertaubatlah
Ingatlah, judi adalah HARAM hukumnya dan satu pembaziran wang ringgit. Ramai orang kita yang berhutang termasuk pada ceti haram kerana berjudi. Hidup mereka tak tenteram dan sering mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa dalam mendidik dan memberi nafkan kepada anak isteri. Ada juga yang sampai rumah kena lelong bank dan kereta moto kena tarik disebabkan kalah judi. Hidup dan tidur mereka sering dilamun mimpi dan gangguan sehingga mimpi pun boleh jadi panduan untuk membeli sesuatu nombor.
Di Johor, orang Islam yang berjudi atau memasuki kedai judi boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Ramai yang sudah didakwa termasuk ramai yang sudah dihukum penjara di Johor kerana berjudi, tapi ramai lagi orang kita yang tak sedar.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 2 (Tajuk Mimpi Nampak Jam Tangan)
Dua Bulan Bernikah, Rumahtangga Bergolak
Pasangan suami isteri ini, baru nikah dua bulan, rumah tangga dah bergolak. Cerita suami dia, punca berlaku bila bapa dan ibu mertua banyak masuk campur urusan rumahtangga dia.
Isterinya sudah mengandung dua bulan sekarang dan bapa mertuanya datang ke rumah dia dan ambil anaknya supaya duduk dengannya. Alasannya, supaya bayi yang dikandung itu sihat dan dijaga dengan baik. Suami tak benarkan isteri dia ikut balik kampung, lagi pun jauh, sekitar 80km dan tak memungkinkan suami berulang alik ke tempat kerja.
"Tuan Kadi tolong nasihatkan pak mertua saya, jangan masuk campur sangat pasal rumahtangga saya. Tahulah saya nak jaga isteri saya". Kat suami dalam perbualan telefon.
Ishhh, susah juga jadi Kadi ni, nak kena nasihatkan pak mertua orang pulak. Tak apa, apa-apa hal, kena dengar cerita kedua-dua belah pihak dulu. Setakat dengar cerita sebelah pihak,belum tentu dia semuanya betul.
Muka Hadapan Blog Ini Klik Sini
Muka Hadapan Blog Ini Klik Sini
Latarbelakang Hosni Mubarak, Presiden Mesir Keempat
Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak (bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928)umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow.
Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.
Presiden Mesir
Presiden Mesir
Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009). Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
Mesir kembali ke Liga Arab
Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988. Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.
Perang Teluk Parsi
Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait. Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .
Cubaan bunuh
Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.
Undang-Undang Darurat
Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.
Pewarisan presiden
Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.
Mubarak dan Palestin
Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .
Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.
Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .
Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.
05 Februari 2011
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 60)
Nizar terus masuk ke dalam rumah tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan kakaknya itu. Dia nampak kakaknya dah naik angin dan nak marah-marah, jadi pada Nizar, jangan dijawab. Nizar terus ke bilik dan memakai tuala mandi.
"Ke mana kau pergi Nizar, siap kau nanti, akak cakap pada abang Man. Dah lah tak ada lesen, tak mintak izin pulak pada abang Man...." Syira terus membebel. Sepatah haram pun Nizar tak jawab, kemudian Nizar terus masuk ke bilik air.
"Orang ajak dia datang JB bukan nak cari masalah, ini dia pulak yang buat masalah. Kakak risau tau..." Syira terus membebel dari luar bilik air, Nizar dengan selambanya tak menjawab dan sambil mandi.
BERSAMBUNG KE EPISOD 61
http://kadikluang.blogspot.com/2011/02/sudah-nasibku-mat-burger-episod-61.html
http://kadikluang.blogspot.com/2011/02/sudah-nasibku-mat-burger-episod-61.html
Langgan:
Catatan (Atom)