Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2012

Harga Minyak Dunia Turun


Kalau sesiapa yang selalu mengikuti blog saya ni, akan dapat lihat di sebelah kanan mengenai harga minyak dunia. Sekarang ini harga dalam $88 setong, katanya harga terendah dalam 7 bulan berikutan krisis ekonomi di Eropah.
Nak tahu lanjut,  klik sini

Harga emas juga turun dan sesiapa yang beli emas pada harga tinggi dan jual pada harga rendah seperti sekarang mengakibatkan kerugian. Maka betul juga apa yang saya katakan dulu, peleburan emas ini terdedah kepada kerugian, bukan selamanya untung saja. Maka tak betullah orang kata, pelaburan emas ini untung saja seolah-olah harga tak boleh turun.

Janganlah pula dengan turunnya harga emas, buat modal kepada peniaga emas, kata untung beli sekarang sebab harga murah. Tidak semestinya, sebab selepas ini kita tak tahu sama ada akan naik atau rugi, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui.

Silap Masuk Ke Tempat Orang Kenduri....


Beberapa hari lepas, saya dalam perjalanan dari Kluang ke Temerloh, Pahang. Sampai di Rompin, Negeri Sembilan dalam jam 8.45 malam, kami sekeluarga nak cari kedai makan. Berhentilah di sebuah kedai makan yang ada beberapa meja, sebahagiannya ada orang. Maka kita orang buat keputusan nak makan di kedai itulah dan kereta berhenti di betul-betul depan kedai.

Yang menghairankan saya, keluar saja dari dalam kereta, ada seorang lelaki 20-an memakai songkok menghulurkan tangan bersalam dengan saya sambil senyum. Dalam hati saya, baik betul orang kat situ, orang nak datang kedai dia, diberi layanan mesra. Bila masuk ke kedai tu, saya nampak ada bekas macam katering, dan saya mula serba salah.

Rupanya, ada jamuan. Tapi saya dah ada kat kedai tu, kemudian seorang lelaki dalam umur 50-an atau 60-an menyambut saya. Baru saya tersedar yang kedai itu ada jamuan dan saya rasa sudah pasti hanya jemputan tertentu saja yang dijemput, saya tak dijemput. Timbul rasa malu pula saya. Saya nak masuk semula ke kereta tapi anak-anak saya semua dah masuk ke kedai tu pulak, macam mana ni....
(Gambar di atas adalah gambar sebenar yang sempat dirakamkan)

Berterus Terang Saja

"Maaf encik, saya tak tahu sini ada jamuan, saya dalam perjalanan nak ke Temerloh. Tak apa encik, saya pergi ke kedai sebelah". Kata saya pada tuan rumah tu.

Kebetulan di sebelahnya ada satu lagi kedai makan yang tak buat jamuan. Kira malulah saya masa tu. Dahlah orang jauh, dari Kluang, tiba-tiba nak makan free tempat orang pula. Malu rasanya tapi saya buat muka macam selamba saja.
Tapi apa berlaku selepas tu ?

29 Mei 2012

Bawa Pakwe Kat Rumah Masa Mak Pegi Keja


Perempuan umur 24 tahun, kerja di sebuah kilang, tinggal di rumah teres dengan emak dia. Maknya dan ayah dia sudah bercerai. Perempuan ini ada dua  orang adik beradik, abangnya tidak tinggal bersama kerana bekerja.

Pada hari itu, emaknya keluar dari rumah jam 4.00 pagi kerana bekerja sebagai tukang masak, tak berapa jauh dengan rumahnya. Maka pada jam 5.00 pagi, perempuan menghubungi pakwe dia yang tinggal dalam 20km dari rumahnya. Maka pada jam lebih kurang 10.00 pagi, penguatkuasa membuat serbuan ke rumah berkenaan selepas mendapat aduan.

Lelaki umur 25 tahun, kerja sendiri dan perempuan ini umur 24 tahun ditangkap atas kesalahan khalwat sewaktu berdua sahaja di dalam rumah ini. Selepas dimaklumkan mengenai kejadian ini, emak perempuan marah-marah pada penguatkuasa yang telah menangkap anaknya.

23 Mei 2012

Jawatan Sebagai Pengawal Keselamatan Janda....


Seorang lelaki 50 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan, sudah ada isteri dan 7 orang anak. Waktu malam dia beritahu isteri dia, dia bekerja tetapi kemudiannya ditangkap khalwat di sebuah rumah janda. Perempuan ini juga pengawal keselamatan, 54 tahun, janda anak 4, waktu itu tinggal keseorangan.

Tangkapan di lakukan penguatkuasa Jabatan Agama lebih kurang jam 12.40 malam hasil maklumat awam. Sehari selepas tangkapan, isteri lelaki ini datang bertanyakan  kes suaminya. Isterinya bersimpati dan handak membantu sekiranya dikenakan sebarang jaminan atau denda. Kes ini belum dihadapkan ke mahkamah dan belum melibatkan bayaran denda. Hanya jaminan dikenakan yang dijamin oleh kawan lelaki ini.

22 Mei 2012

Peugeot Saya Dah Jual (Episod 24)

Peugeot 405 saya (tahun 1996)  dah 2 bulan saya jual. Bukan nak beritahu orang, tapi banyak sangat pertanyaan pada saya. Pertama, ada rakan di internet tanya dan nak beli kereta saya ni. Kedua, ramai orang tanya saya, katanya dia nampak kereta saya kat banyak tempat kat Kluang ni. Tapi saya kata, saya tak ada kat situ.

Jadi, senang cerita saya beritahulah, saya dah jual. Yang belinya orang Kluang juga. Kereta ni saya beli tahun 2008 dengan harga RM 5,500. Dah lama saya mengidam kereta ni sejak dulu dan saya simpan duit  beli tunai. Sekarang, tahun 2012, saya jual dengan harga RM 5,000 dengan cukai jalan dan insuran matinya. Kiranya rugi RM 500 saja kalau ikut harga beli.

Peugeot 408

Semalam dilancarkan Peugeot 408, harganya pun kira berpatutan juga, dalam RM 109,000. Sekali fikir nak juga beli kereta ni. Yer ler, saya tak ada hutang kereta dan gaji orang kerja kerajaan baru naik, tinggi juga kenaikan tu. Tapi saya telan air liur saja, kalau nampak kereta Peugeot 408, mata saya akan menoleh, tapi saya tak beli.

Saya dari tahun 2000 tak ada hutang kereta, nak memulakan hutang kereta semula, bukan senang. Last sekali saya hutang kereta, kereta Proton Saga saya, beli tahun 1996, habis hutang tahun 2000, bayar RM 400 lebih sebulan. Best tak ada hutang kereta ni, dapat gaji penuh.

Peugeot 407

Dari dulu saya mengidam kereta Peugeot 407, harganya sekarang dalam RM 50,000 untuk tahun 2004 dan 2005. Tapi saya tunggu harga murahlah, mungkin setahun dua lagi. Kalau harga dia murah sikit, boleh saya beli.

404, 405, 406, 407, 408

Senang cerita, model Peugeot yang sekelas ini adalah 405(1990), lepas tu 406 (tahun 1997), lepas tu 407 (tahun 2004) dan sekarang 408 (tahun 2012). Senang saja Peugeot cari nama, taklah susah nak cari nama. Ini nama punya pasal, kejap nama dia nama tempatan, kejap lagi nama eropah pulak, mungkin sebab susah nak cari nama.

Saya memang minat kereta Peugeot ni, walaupun model dah lama. Kereta buatan Prancis ni memang syok pakai terutama kerusi dia sedap duduk. Pecutan dan kelajuan dia memang syok. Paling syok masa kat selekoh, bawak laju pun okey jer. Cuma kereta jenis ni bukan semua pomen boleh buat dan alat ganti dia ada mahal sikit. Tapi tak semahal mana kalau kita pandai cari barang sendiri dan upah pasang saja kat kedai. Tanyalah orang yang dah pakai Peugeot macam saya, jangan tanya orang yang tak ada pengalaman.

Beli tunai ni, ikut kitalah nak buat insuran berapa. Nak hantar pomen, boleh saya hantar kat 'pomen pendek' kat Kluang. Beli minyak hitam RM 40, oil filter RM 6 dan upah RM 10, baru RM 56.00. Kalau kereta baru, masuk pusat servis, kena sembelih ratus-ratus walaupun kata ada jaminan.

Cerita Pasal Kereta Episod 25, klik sini

19 Mei 2012

Dahlah Hitam, Nanti Boleh Rentung Terus


Tadi dengar radio ada satu iklan pinjaman peribadi yang orang kampung saya panggil personal loan. Kata iklan tu, orang yang 'disenaraihitamkan layak memohon'. Patutnya iklan ini kenalah tapis, jangan masuk radio, memalukan saja. Lagi satu, senaraihitam tu sebagai garispanduan supaya tidak boleh buat pinjaman, jadi maknanya boleh selesai tepilah ni.
Kalau orang tu dah disenaraihitamkan maknanya orang ni ada masalah kewangan yang tenat. Jadi kalau diberikan lagi pinjaman, akan jadi makin tenat.
"Dari hitam boleh jadi rentung terus".

17 Mei 2012

Salah Bapa, Salah Mak, Atau Salah Anak ? Masa Nak Nikah

Seorang perempuan 20-an hendak bernikah tak lama lagi. Ibu dan bapanya sudah tidak duduk sama tetapi belum bercerai, tengah krisislah maknanya. Tinggal tidak lagi serumah tetapi di daerah yang sama. Jadi, bila nak nikah ini, si perempuan ini bertemu bapanya sebagai wali. Bapanya 60-an setuju nak jadi wali dan turut datang ke pejabat semasa menghantar borang.

Masalahnya

Masalahnya, anak suruh bapa menyerahkan wali berwakil kepada jurunikah kerana dia kata bimbang bapanya tidak hadir di majlis perkahwinan nanti. Bagaimanapun, bapanya tak setuju. Dia kata, akan hadir juga dalam majlis nanti yang akan diadakan di sebuah masjid.

Bila ditanya, kenapa anak beria-ia nak suruh bapanya buat wakil wali, anaknya kata, dia ikut pesan ibunya. Ibunya kata, bapanya pasti tak akan datang kerana bermusuh dengan ibunya.

Bagaimanapun, bapanya tetap kata nak hadir pada majlis itu dan hendak menyaksikan pernikahan itu. Bapanya kata, dia tetap sebagai bapa dan mahukan kebahagiaan anaknya.

16 Mei 2012

Ditangkap Belah Petang Masa Mak Bapak Tak Ada Rumah


Lelaki 21 tahun dan awek dia umur 21 tahun ditahan kes khalwat di rumah keluarga lelaki dalam jam 3.00 petang. Lelaki ini kerja jurujual, perempuan pun jurujual juga. Masa tu, mak ayah dia pergi kerja, adik beradik dia pun tak ada.

Jadi petang tu, lelaki ini bawa perempuan ke dalam rumah. Tapi dia tak sedar, perbuatan ini dilihat oleh pengadu yang membuat aduan.

14 Mei 2012

Isteri Saya Dulu Tak Benarkan Saya Kawin Lagi, Sekarang Dah Benarkan....


"Isteri saya, dulu tak benarkan saya kawin lagi, sekarang dah benarkan". Kata seorang lelaki.

Lelaki ini umur 60-an berniaga, pendapatannya tak lari dalam 10,000 sebulan. Isteri pertama dia 50-an, bekerja sebagai salah seorang yang menguruskan perniagaannya. Anaknya 6 orang, sudah ada menantu dan beberapa orang cucu.

Lelaki ini hendak bernikah dengan seorang pekerjanya, janda 30-an, anak dua. Bagaimanapun, isterinya menentang, malah bermusuhan dengan wanita ini. Pernah isteri menyuruh suaminya membuang kerja wanita ini dengan membawa pelbagai cerita, antaranya cerita kononnya wanita ini gatal dan miang dengan pekerja lain. Sebaliknya si suami mempertahankan wanita ini yang masih punyai anak yang masih bersekolah dan akan hilang sumber pendapatan kalau diberhentikan.

Bukan Gurauan

Si suami tetap berhasrat untuk menikahi perempuan ini dan merujuk kes ini di pejabat kadi. Dia dinasihatkan supaya memohon kepada mahkamah syariah  untuk kelulusan dan sekiranya dia ingin memudahkan urusannya, dia boleh melantik peguam syarie. Hasrat nak kawin bukan gurauan, dia melantik peguam untuk urusan ini.

Si isteri melenting dan menentang hingga terkeluar dari mulut isterinya yang minta diceraikan sekiranya suaminya ingin bernikah dengan 'si janda miang' itu. Bukan itu saja, isterinya menghasut anak-anaknya menyebelahi ibunya. Kira macam wresling WWF lah ni, kalau nanti kena belasah kat gelanggang, boleh ada geng tolong bantu. Macam Bret Hart kena belasah dengan Stone Cold, ada geng dia tolong.

Hehe.....Dulu saya tahun 80-an dan 90-an, saya peminat wresling, sekarang dah tak minat. Sekarang punya wresling dah banyak lakonan terutama persatuan gusti tu masuk bursa saham di Amerika beberapa tahun dulu, jadi lebih kejar keuntungan, bukan aksi perlawanan sebenar.

Bagaimanapun, anak-anaknya yang dah berumahtangga, mula-mula menyokong emak dan memulaukan bapa, tapi lama kelamaan, keadaan dah okey semula. Yer le, terfikir juga anak-anak, apa salah ayah dia sampai anak taknak mengaku anak pada seorang bapa yang baik serta banyak berjasa pada anak-anak.

Setahun Bersabar

Dalam tempoh itu, tanpa berselindung, si suami cerita pada isterinya yang dia sedang dalam proses di mahkamah.  Mulanya isteri tetap tak setuju. Tapi sudah kira-kira setahun, akhirnya suami dapat berita baik yang nak dikongsi berita baik ini dengan kadi. Setakat berkongsi berita baik sajalah, benda lain yang baik, tidak dikongsi pula, hehe.
SELAMAT PENGANTIN BARU...

11 Mei 2012

Cerita Pasal Topi, Kelakar Juga (Episod 3)

Saya fikir, cammana nak mintak topi dari orang gemuk yang tengah buat roti canai tu. Rasanya lelaki tu kerja sebelah malam saja, pagi tadi dia tak ada.

Kemudian saya nampak seorang lelaki badan kurus umur dalam belasan atau awal 20-an sedang hantar air ke meja pelanggan. Yer, betullah, lelaki tu ada pagi tadi, tugas dia buat air. Lega jugalah saya bila tengok dia dan boleh saya mintak kat dia.

Sebelum keluar dari kereta, saya kena ada gaya tertentu juga, tak boleh sebarang mintak. Baju tshirt saya masuk dalam seluar dan rambut saya pendek waktu tu. Kemudian saya jumpa pekerja yang buat air tu.

"Dik, pagi tadi saya ada tertinggal topi kat meja sana, ada nampak ke ?". Tanya saya.

Dia terus tunjuk pada lelaki yang tengah buat roti canai tu dan mintak topi tu. Lelaki gemuk tu tersipu-sipu terus bagi topi tu kat saya.

"Mintak maaf bang, pakai topi abang". Kata dia.

"Okey, terima kasih". Kata saya dan saya tak cakap apa-apa lagi. Tengok gaya, lelaki tu macam takut dengan saya, hehe. Tapi sebenarnya dalam hati, saya yang takut kat dia.

Lepas tu saya ucap terima kasih pada pekerja yang buat air tadi. Terima kasih. Dalam kereta, dalam perjalanan ke Kluang, terfikir juga, dari pagi tadi keluar rumah ke JB.

Tujuan utama nak jalan-jalan ke Jb dan main ping pong, tapi nampaknya hal topi adalah agenda utama hari tu. Saya rasa kelakar juga, kalau orang lain tak kelakar, saya tak kisahlah.

Episod 1, klik sini.

07 Mei 2012

Dua kali Cerai,Tiga Talak Dalam Seminggu


Seorang lelaki 43 tahun, kerja di sebuah kilang, isterinya 34 tahun juga kerja di sebuah kilang. Bernikah hampir 10 tahun tapi belum ada anak. Sejak akhir-akhir ini mereka sering bergaduh. Hingga satu petang tu, suami melafazkan talak satu pada isteri.

Seminggu lepas tu, suami rujuk semula pernikahannya. Bagaimanapun, keesokannya mereka bergaduh lagi, suami ceraikan isterinya dengan talak 2 pula. Maknanya mereka sudah cerai takal tiga dan tidak boleh rujuk semula dan tidak boleh nikah semula.

06 Mei 2012

Cara Nak SMS Kawan Dengan Percuma

Sesiapa yang pakai telefon internet, tak kisahlah apa jenama, boleh sms percuma dengan kawan-kawan dia yang ada telefon internet juga. Percuma saja melalui 'Whatsapp Messenger'.

 Okey, boleh download percuma melalui telefon anda sekarang. http://www.whatsapp.com/

Selepas download, akan dipaparkan kawan-kawan kita yang sudah mendaftar melalui whatsapp ini dan kita boleh terus berhubung dengan mereka. Ini berpandukan nombor telefon kawan kita yang kita simpan dalam telefon kita.

Kalau tiada telefon internet pun, melalui komputer biasa pun boleh juga tapi hanya boleh baca sms masa buka komputer saja. Ramai yang dah tahu penggunaan whatsapp ni dan semakin meluas. Yang menariknya, percuma tapi untuk penggunaan internet tu kena bayarlah.

04 Mei 2012

Suami Orang 54 Tahun Ditangkap Bersama Gadis 27


Lelaki umur 54, perempuan umur 27. Maknanya separuh dari umur lelaki tu iaitu 27 X 2 = 54. Lelaki dah ada isteri dan 6 orang anak. Katanya, dia dengan isterinya tiada masalah tapi sengaja cari masalah pula. Dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan pula tu, pasti bertambah masalah selepas dia ditangkap.

Pasangan ini ditangkap di sebuah hotel lebih kurang jam 3.50 petang oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Agama. Waktu ditangkap, hanya mereka berdua saja dalam bilik itu yang berpakaian lengkap apabila pintu dibuka. Tapi apa nak dijawabnya nanti, apa-apa hal hanya mereka berdua saja dalam hotel itu dan pintu berkunci dari dalam sewaktu penguatkuasa datang.

Perempuan pula masih anak dara dan tidak bekerja. Katanya pasangan ini dah merancang nak nikah. Kiranya nak berpoligamilah ini tapi sebelum nikah dah kena cekup pencegah maksiat. Tapi katanya isteri lelaki itu tak restu suami nikah lagi dan entah-entah perempuan tu kena cili mulut bila jumpa isteri lelaki tu nanti.

02 Mei 2012

Bapa Benar-benar Ucap Terima Kasih, Anak Perempuan Selesai Nikah

Suasana di majlis pernikahan agak sedih dan syahdu juga sewaktu doa dibacakan. Bapa kepada perempuan 20-an iaitu wali kelihatan sedih dan menangis. Selesai majlis, bapanya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Kadi kerana anaknya selamat bernikah.

Kemudian, sekali lagi bapa perempuan bertemu Kadi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Keadaan seperti ini agak menghairankan dan di luar pada kebiasaan. Sebenarnya, bapa terlalu gembira kerana anaknya akhirnya bernikah kerana sebelum ini anaknya bercinta sudah lama dan bebas ke sana ke mari tetapi tidak mahu bernikah.

Ini adalah anak kelima dari enam adik beradik dan dia mempunyai seorang lagi anak perempuan yang masih belum bernikah. Bapanya adalah yang bergelar Tuan Haji adalah seoran yang dihormati di kampungnya dan biasa jadi imam si suraunya. Bagaimanapun, dalam pergaulan anak-anak, beliau menghadapi kesukaran disebabkan anaknya duduk menyewa di bandar bersama kawan-kawan.