Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Mei 2012

Salah Bapa, Salah Mak, Atau Salah Anak ? Masa Nak Nikah

Seorang perempuan 20-an hendak bernikah tak lama lagi. Ibu dan bapanya sudah tidak duduk sama tetapi belum bercerai, tengah krisislah maknanya. Tinggal tidak lagi serumah tetapi di daerah yang sama. Jadi, bila nak nikah ini, si perempuan ini bertemu bapanya sebagai wali. Bapanya 60-an setuju nak jadi wali dan turut datang ke pejabat semasa menghantar borang.

Masalahnya

Masalahnya, anak suruh bapa menyerahkan wali berwakil kepada jurunikah kerana dia kata bimbang bapanya tidak hadir di majlis perkahwinan nanti. Bagaimanapun, bapanya tak setuju. Dia kata, akan hadir juga dalam majlis nanti yang akan diadakan di sebuah masjid.

Bila ditanya, kenapa anak beria-ia nak suruh bapanya buat wakil wali, anaknya kata, dia ikut pesan ibunya. Ibunya kata, bapanya pasti tak akan datang kerana bermusuh dengan ibunya.

Bagaimanapun, bapanya tetap kata nak hadir pada majlis itu dan hendak menyaksikan pernikahan itu. Bapanya kata, dia tetap sebagai bapa dan mahukan kebahagiaan anaknya.

9 ulasan:

  1. quote:
    Ibunya kata, bapanya pasti tak akan datang kerana bermusuh dengan ibunya.

    biasa la.. alam rumah tangga..
    apabila udah xde keserasian.. apabila suami isteri bergaduh.. bukannya takat xyakin si bapa akan hadir nnt.. malah sy percaya segala keburukan sang bapa habis dah di dedah ceritakan oleh sang ibu tadi... pd anak2.. !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. x juga... itu fikiran org yg sempit, klu kita x salah n ada tanggungjawab pada anak apa nk takut apa yg bekas isteri nak racun fikiran anak... anak pun akan membesar dan blh nilai sendiri nilai2 kasih sayang dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh bapa... masalahnya ramai lelaki yg bercerai zaman sekarang pas cerai x nak ambil tahu hal anak apalagi kalau anak bekas isteri yang jaga... takut sgt duit yang dibagi bekas bini yang makan...

      Padam
  2. bapa tetap bapa, ibu tetap ibu. yang bermasalah adalah antara ibu dan bapa... anak2 jangan masuk campur.. kalau tak boleh jadi pendamai.. jangan jadi pengacau !

    dokan yang terbaik buat ke dua ibu dan bapa !

    BalasPadam
  3. yang afdalnya bapanya yg nikahkanye sebab hak bapa sbgai wali yg masih hidup. Lagipun kan bapanya dah kata akan hadir...so apa masalahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas bapa sign borang permohonan nikah, suruh bapa g pejabat agama sign lagi satu surat wakalah di pejabat agama di sana ada saksi - saksi dari pejabat agama, mengizinkan jurunikah yg berkenaan menikahkan jika dia tidak dapat hadir pada hari berkenaan....

      Ianyalah, perlu bersedia menghadapi kemungkinan antara hadir dan tidak hadir...

      Padam
  4. Yg afdalnya, ni le peluang ustaz panggil ibu & bapa & lihat sendiri keadaan mereka. Mungkin dlm pemerhatian yg sekejap (luaran & jawapan2 mereka), ustaz bole nilaikan sikit2 apa punca masaalah depa ni.

    Tapi yg pastinya, mungkin kurang ilmu agama. Sbb masaalah rumahtangga ni (berbanding masaalah negara yg ramai rakyat berbilang kaum, bangsa & agama dll), masallah rumahtangga insyaAllah agak senang diselesaikan klu masing2 faham agama. Nak cerai, cerai le, tak de masaalah, tapi kena le ikut agama.

    Masa ni le ustaz bole dakwah2kan sikit2 ke.. mana tau, bersebab anak nak nikah & berjumpa ustaz, hati masing2 lembut.

    Tak semesti jumpa di opis. Ajak pi rumah minum teh tarik & nasi lemak air tangan ustaz.

    Nanti ustaz bole le buat follow up story ni, klu ada perkembangan positif, tak gitu ustaz. Suka juga kita dengarnya.

    BalasPadam
  5. Saya pun bercerai gak... bekas suami dah kahwin lain, memang sejak dari lepas pantang saya dan dia terus bercerai, dia x pernah datang tgk anak dia, apalagi tanggung nafkah anaknya... tapi x pula saya ajar anak untuk benci bapanya... wlupun sy dan bapanya bercerai bukan hak saya nak putuskan pertalian darah antara dia dan anaknya....

    Kehidupan dunia tetap kehidupan dunia, tentang tanggungjawab thdp anaknya yg diabaikan itu antara dia, anaknya dan Allah SWT... di Akhirat kita semua pasti berjumpa....

    Walau apapun, saya rasa puas anak saya pun dah 12 tahun sekarang, saya berjaya besarkan anak tanpa mengharap belas bekas suami... dan anak pun dapat menerima apa yang berlaku dan bapanya dengan kelalaiannya... biarlah Allah yang menentukan balasan yang setimpal kepadanya...

    Adilkah manusia untuk menghukum orang lain sedangkan perundangan dunia pun ada limitasinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah puan, semuga syurga tertinggi utk puan. Realitinya bukan senang nak besarkan anak tanpa wang skrg, puan mngkin ade pendapatan sendiri, tak terasa perit sngat, tapi klu isteri minta nafkah anak2 pada bekas suaminya, sbnarnya dia tolong elak suaminya daripada makan harta haram, sbb milik anaknya yg berhak (sama le klu tak tunai zakat wlu layak, maknanya makan hak mereka2 yg layak).

      Tapi jgn risau, anak2 sendiri yg akan dicampakkan di hatinya perasaan sayang atau benci kat ayahnya, bergantung kpd samade ayahnya beri nafkah atau tak. Btol tak tuan kadi?

      Padam
    2. Insya Allah, thanks Percaya lah rezeki anak tetap ada... tentang sumber pendapatan, selagi kita nak berusaha di mana2 pun ada rezeki, tuhan kurniakan kita akal dan fikiran, kenalah berusaha dan doa, rezeki Allah tu milik Allah, dia boleh bagi dan boleh tarik balik... kena byk membaca untuk motivasi diri, merujuk pada orang yang arif dan boleh menasihatkan kita, dulu saya pun adalah orang yg kecewa dgn apa yang berlaku... tp kena selalu muhasabahlah diri...

      Tentang tuntutan hak nafkah anak bukan senang prosedurnya nak tuntut... kena pasang peguam, kita ni dah ler menanggung anak sorang diri dari habiskan duit bayar peguam, peguam yang kaya, kita dapat duit x berapa hari bekas suami x bayar lagi, kena ke mahkamah lagi... asyik turun naik mahkamah, bila nak selesai... masa tenaga lebih baik wat kerja yg berfaedah...

      Bekas suami yg takde tanggungjawab tu biarlah dia balasan Allah tetap ada... dia pun x kan hidup senang dan tenang... apalagi kat akhirat nanti....

      Padam

Dipersilakan komen.