30 November 2011
Isteri Serang Suami di Rumah Isteri Baru, Lepas Tu Mohon Diceraikan
Isteri 40-an sebelum ini ada syak yang suami dia dah kawin lagi satu, tapi buktinya tak ada. Bila ditanya pada suaminya 40-an, suaminya tak mengaku. Suami kata, jangan suka dengar cerita orang. Bagaimanapun, ahli-ahli mensyuarat tingkat sering saja buat cerita yang suaminya dah nikah lagi.
Pada satu malam tu dalam jam 10.00 malam, isteri pergi ke kedai beli barang dan lalu di satu taman tu. Dia terkejut melihat kereta suaminya di rumah teres itu. Rumah itu terang di bahagian depan, tapi di dalam rumah agak gelap. Tadi, suaminya keluar rumah untuk jumpa kawan-kawan bincang pasal perniagaan. Ini kenapa pula pergi rumah orang ?
Beranikan Diri
Isteri beranikan diri pergi ketuk rumah tu seorang diri. Tak lama kemudian, pintu dibuka oleh seorang wanita lingkungan 30-an. Dia kata nak jumpa suaminya, namanya sekian. Bila melihat keadaan itu, suaminya pun muncul. Maka berlakulah pertengkaran. Akhirnya suami mengaku dia dah bernikah dan menunjukkan surat nikah.
Dalam keadaan kelam kabut tu, jiran-jiran berkumpul beramai-ramai untuk melihat drama menarik itu. Beberapa orang ahli rukuntetangga yang membuat rondaan malam itu pun tiba. Mereka menasihatkan perkara itu diselesaikan di pejabat kadi keesokan harinya.
Isteri Minta Cerai
Keesokannya, si isteri datang ke pejabat kadi untuk meminta cerai. Bila diminta untuk ke unit kaunseling, isteri pun menunjukkan reaksi yang tak sedap juga. Dia kata dia nak mohon cerai dan bukan nak kaunseling.
29 November 2011
Suami Orang 40-an Bertunang Senyap-senyap Dengan Anak Dara 20-an
Berkenalan hampir dua tahun di sebuah pejabat kerajaan, akhirnya seorang peniaga 40-an bertunang dengan anak dara 20-an, kerja kerani di pejabat kerajaan. Anak dara ini tahu yang lelaki ini sudah ada isteri dan beberapa orang anak. Dia juga tahu, hidup lelaki ini bahagia dengan isterinya. Cuma dia menafikan yang dia perompak atau perampas suami orang. Dia jawab ringkas, sudah suratan takdir menentukan, macam lagu kumpulan 'Carefree' tahun 80-an dulu.
Pertunangan berlansung di rumah perempuan dan diadakan sedikit majlis. Kawan-kawan lelaki juga datang, yang tak datang adalah keluarga lelaki. Mana nak datangnya, bertunang pun senyap-senyap. Tempoh bertunang adalah dalam setahun tetapi tarikh belum ditetapkan. Dalam fikiran lelaki, pasti banyak ranjau dan liku yang perlu difikirkan dan diselesaikan dulu sebelum dapat bernikah nanti.
27 November 2011
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Kluang
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sama ada secara lansung atau tidak lansung, yang telah menjayakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Johor di Kluang pagi ini. Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
26 November 2011
Isteri Orang Kena Tangkap Dengan Laki Orang
Perempuan 30-an ditangkap dengan suami orang 30-an di dalam rumah perempuan. Suami kepada perempuan ini bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Kluang. Kejadian berlaku sewaktu suaminya tiada di rumah.
Janda 30-an Bawa Anak Kecil Pergi Khalwat
Janda 30-an, kerja sendiri pergi ke rumah lelaki dengan bawa anak kecilnya berusia setahun lebih. Penguatkuasa mendapat aduan kira-kira jam 5.00 pagi dan membuat tangkapan dalam jam 8.00 pagi di sebuah rumah di Kluang.
Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, terdapat 3 lelaki umur 20-an ke 30-an di rumah tersebut bersama perempuan dan anaknya. Hasil siasatan, perempuan ini mempunyai hubungan intim bersama salah seorang lelaki ini.
24 November 2011
Gadis 16 Tahun Kena Tangkap Dalam Rumah Lelaki
Gadis 16 tahun ditangkap dengan lelaki bujang 27 tahun di rumah lelaki dalam jam 5.00 petang. Pada mulanya mereka sama-sama pergi makan, kemudian dibawa ke rumah lelaki itu. Masa itu, keluarga lelaki tiada di rumah. Sebelum ditangkap, mereka sudah merancang hendak bernikah.
22 November 2011
Suami Nak Hadiah 'Isteri Baru' Sempena Harijadi
Lelaki 40-an dan isteri 40-an hidup bahagia sebagai suami isteri. Beberapa hari lepas, suami sambut harijadinya. Macam biasa, setiap tahun, isteri nak belikan hadiah, yang bukan kata mahal, tapi kira yang disukai suamilah. Biasanya, isteri akan tanya suami.
Tahun lepas, isteri tanya suami, nak hadiah apa, maka suami jawab dengan malu-malu kucingnya nak handphone Samsung yang mahal juga. Maka isteri bawaklah suami sama-sama pergi ke kedai dan ditengoknya Samsung pujaan suaminya itu dan dibelinya.
Tahun ini, suami tunggu masa saja isteri dia tanya dia. Maka dengan beraninya, dia jawab, dia nak hadiah "isteri baru" seorang lagi. Maka isteri terus rasa nak pengsan dan hampir nak histeria. Tapi mengenangkan hari itu hari lahir suami, maka isteri buat-buat sabar saja walaupun gelora itu sudah tak tertahan dah.
Bersunat, Khatan & Masuk Jawi
Ahad baru ni saya hadir ke satu program sebagai perasmi. Majlis itu adalah majlis berkatan beramai-ramai. Sebut khatan, mungkin ada orang yang lambat faham, nanti dia orang ingat program khatam Quran pulak. Senang cakap, 'bersunat' atau 'masuk jawi'. Atau kalau orang tu lagi lambat faham, beritahu saja, 'potong-potong'. Opsssss.... sebelum tu, saya nak beritahu juga, minta maaf, kalau ada orang kata tulisan ini ada unsur lucah sikit, hakikatnya tak lucah.
Majlis berkatan ni diiklan secara terbuka sempena cuti sekolah ni kat kain rentang, yang orang kampung saya panggil 'banner' dan lain-lain. Masa mula-mula saya dijemput merasmikan majlis ini, saya tersenyum dalam hati seorang diri. Pertama, mestilah perasminya sudah sunat. Itu saya sudah menepati kelayakannya dan dah buktikan dan 'ada beban pembuktian', kalau ikut istilah saya dalam mahkamah masa saya jadi pendakwa syarie dulu.
Okeylah, ringkas cerita, saya hadir dalam program tu yang diadakan di Gunung Lambak Kluang. Situ ada resort termasuk bilik seminar dan kolam renang. Nak cerita pasal Gunung Lambak ni, saya sejak akhir-akhir ni banyak kali juga mendaki gunung ni hingga ke puncak. Okey, bila sampai saja, biasalah, urusetia menyambut saya. Saya lihat ramai yang hadir, beratus orang juga.
Ada budak-budak sekolah rendah, lebih 80 orang, lengkap berbaju Melayunya, mungkin baju raya. Lepas tu ada juga lelaki dewasa. Ops, mereka nak buat apa di sini ? Nak 'repair' ker ? Hehehe.. Itu bapa dia oranglah. Ada juga perempuan muda ada, tua pun ada. Alamak, mereka sunat juga ker ? Sudah ustaz..... jangan lebih-lebih, nanti orang kata buat lawak lucah pulak.
Dulu-dulu
Kalau dulu-dulu, orang sunat ni takut. Bukan itu saja, dengar nama Tok Mudin saja habis orang takut. Ada yang sampai lari menyorok dalam kebun getah. Tapi sekarang kebun getah pun dah kurang, mungkin boleh menyorok kat cyber cafe.
Tak lah.. orang sekarang sunat mana ada takut. Budak sekarang, kebanyakan mereka yang ofer sendiri untuk dikorbankan. Budak dulu, puas mak bapak pujuk. Kalau kena bapak yang garang, sampai kena ikat budak tu kat pokok kelapa, lepas tu taruk sarang kerengge sementara menunggu tok mudin sampai.
20 November 2011
Isteri Sanggup Berkorban Untuk Izinkan Suami Nikah Lagi Satu
Setelah lebih setahun memujuk isteri dan anak-anaknya, akhirnya lelaki 50-an berjaya juga bernikah dengan janda idamannya, 30-an. Lebih setahun lalu, hasrat nak 'menyelamatkan' janda itu dinyatakan terus-terang kepada isterinya tetapi isterinya terus bertukar jadi 'singa'.
Bukan itu saja, isteri mengumpulkan 6 orang anak, termasuk menantu dan cucunya dalam satu majlis makan malam untuk menentang hasrat itu setahun yang lalu. Malah, ada anaknya yang memberi kata dua kepada bapanya, iaitu tidak mahu mengaku bapa kalau bapanya bernikah dengan janda itu. Bagaimanapun, suami menyatakan hasrat mulianya itu dan berjanji untuk tidak mengabaikan isteri dan anak-anak.
Suami tetap bersabar menempuhi liku-liku itu dan akhirnya berjaya melembutkan hati isterinya. Isterinya hadir ke mahkamah syariah bersama dan bersetuju suaminya bernikah lagi satu. Keluar saja dari mahkamah syariah, suami rasa amat sedih dan terharu. Sedih kerana isterinya berkata di depan hakim tadi yang dia sanggup berkorban untuk melihat suaminya bahagia.
Amaran Hujan dan Banjir
KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai esok sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi hari ini.
Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan terbabit boleh menyebabkan banjir. Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.
Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan terbabit boleh menyebabkan banjir. Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.
Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. -
BERNAMA
18 November 2011
Janda Anak 4 Nikah Lelaki Bujang
Janda anak 4, umur 28 tahun bertemu jodoh dengan lelaki bujang 29 tahun. Perempuan ini telah bercerai dengan bekas suaminya beberapa bulan lepas yang merupakan penagih dadah. Bekas suaminya tu sekarang di pusat pemulihan. Anak perempuan ini masih kecil dan 2 dari 4 orang sedang bersekolah.
Selamat Pengantin Baru.
17 November 2011
Pelajar Dapat Duit RM 100, Janganlah Buat Enjoy
Semalam ramai pelajar yang dah dapat duit sumbangan kerajaan RM 100. Ini merupakan kali pertama (yang saya tahu) kerajaan memberikan sumbangan seperti ini, menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada seluruh masyarakat.
Diharapkan dengan pemberian ini, dapat serba sedikit membantu pelajar terutamanya mengenai persiapan persekolahan tahun depan. Itulah sebenarnya hasrat kerajaan untuk meringankan dan membantu kewangan ibu bapa. Sebagai ibu bapa terutamanya bapa, perbelanjaan sekolah menjadi keutamaan yang nombor satu. Pemberian oleh kerajaan seperti ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Jangan Salahguna
Semalam, petang, saya ke sebuah kedai di Kluang, beli barang. Masuk ke kereta, saya nampak ada dua orang pelajar sekolah menengah lengkap dengan pakaian sekolah, turun dari tingkat atas bangunan itu. Terfikir juga saya, dari mana pelajar itu ? Bila saya baca papantanda, rupanya di tingkat atas itu adalah pusat snooker.
Ke arah Memartabatkan Mahkamah Syariah
MAHKAMAH Syariah merupakan sebahagian daripada sistem perundangan di Malaysia. Dalam membangunkan sistem perundangan di Malaysia mahkamah syariah tidak boleh dikesampingkan kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap susur galur dan sistem bermasyarakat di Malaysia.
Walaupun sebahagian masyarakat di Malaysia memandang rendah terhadap Mahkamah Syariah namun hakikatnya ia adalah institusi sah yang mempunyai peranan penting di Malaysia.
Sebenarnya Mahkamah Syariah jauh lebih dahulu wujud berbanding dengan mahkamah sivil namun pembangunan Mahkamah Syariah terbantut kerana tidak diberi perhatian oleh penjajah. Setelah negara mencapai kemerdekaan Mahkamah Syariah masih ketinggalan kerana tidak ditingkatkan martabatnya oleh pihak berkuasa.
Kejanggalan terhadap Mahkamah Syariah ini diperteguhkan lagi kerana sistem yang ada dilihat tidak menyokong ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia. Umpamanya perbezaan yang amat ketara dapat dilihat dalam struktur mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah sivil bermula dengan Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan manakala tingkatan Mahkamah Syariah pula bermula dengan Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan akhirnya Mahkamah Rayuan Syariah.
Hanya terdapat tiga sahaja tingkatan Mahkamah Syariah berbanding mahkamah sivil yang mempunyai lima hierarki.Menelusuri lebih mendalam lagi kita akan mendapati bahawa bukan sahaja prasarana mahkamah syariah agak ketinggalan dari mahkamah sivil tetapi juga gaji hakim-hakim syarie juga terlalu kecil berbanding rakan seangkatan mereka di mahkamah sivil. Peruntukan kuasa menjatuhkan hukuman yang terlalu kecil di dalam bidang jenayah juga sudah lama diperjuangkan untuk penambahan bidangkuasa jenayah tetapi sehingga kini masih lagi belum dimaterialisasikan lagi.
Peguam yang beramal di Mahkamah Syariah juga tidak dikawal seperti mana rakan peguam mereka di mahkamah sivil. Ini jelas menunjukkan kepincangan yang ada boleh menyebabkan disiplin dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Peguam Syarie berkemungkinan akan terjejas.
Apatah lagi sistem pendidikan berterusan tidak diterima oleh Peguam Syarie setelah mereka diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie. Mereka seolah-olah dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang bimbingan.Tamsilan di atas adalah sebahagian dari perbandingan yang boleh dibuat antara Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil. Jelaslah daripada sudut itupun kita akan mendapati amat besar keperluan bagi terus memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu seiring dengan peredaran masa bagi mempastikan mahkamah syariah tetap relevan pada semua ketika. Adalah amat penting bagi sebuah badan kehakiman syariah di Malaysia bebas daripada sebarang pengaruh luaran yang boleh memprejudiskan keadilan. Sudah tiba masanya para hakim syariah tidak lagi diletakkan sebagai penjawat awam tetapi diujudkan skim khas yang dapat menjamin kebebasan institusi perundangan syariah.
Sejak kebelakangan ini pelbagai usaha digarap oleh pihak kerajaan bagi meninggikan lagi institusi Mahkamah Syariah ini. Namun usaha sebegini harus dilipatgandakan kerana Mahkamah Syariah agak ketinggalan dalam banyak aspek. Namun begitu adalah amat tidak adil jika kita membuat kesimpulan yang negatif sahaja terhadap Mahkamah Syariah. Walaupun terdapat pelbagai kekangan dan halangan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah, ia jauh ke hadapan dalam isu lambakan kes dan penyelesaian kes dengan kadar segera.
Sistem sulh atau mediasi di Mahkamah Syariah pula telah mempercepatkan proses perbicaraan di mahkamah itu sedangkan mahkamah sivil baru memulakan prosiding mediasi di mahkamah. Sudah sewajarnya pengiktirafan yang sebenar diberi kepada Mahkamah Syariah bagi membolehkan ia bertindak dengan lebih efisien. Pelbagai anugerah yang diterima Mahkamah Syariah adalah manifestasi kesungguhan mahkamah tersebut mahu keluar daripada kepompong yang sering mengikat institusi agama di Malaysia.
Artikel tulisan Peguam Zainul Rijal bin Abu Bakar yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
16 November 2011
Anak Luar Nikah di Malaysia Lebih 152,000 orang Dalam 2 Tahun
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
15 November 2011
Saya Hadir Seminar Hartanah.Com
Ahad baru ni, 13 November 2011, saya sempat hadir seminar hartanah di Cheras. Saya jumpa iklan ini di internet. Ramai yang hadir dari pelbagai latarbelakang. Ramai orang tak tahu, banyak peluang dalam bidang hartanah ini. Banyak ilmu baru yang saya dapat dalam seminar sehari dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Untuk ikut seminar ini, boleh baca kat.... http://www.seminarhartanah.com/
14 November 2011
Perempuan 18 Tahun Hidup Tanpa Ibu, Tanpa Bapa, Anak Luar Nikah
Kisah seorang perempuan, umur 18. Dulu, selepas mak dia mengandungkan dia luar nikah, mak dia tak bernikah. Katanya ada halangan keluarga membatalkan hasrat mak ayah dia bernikah 18 tahun lalu.
Kemudian anak ini dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga sekarang. Beberapa tahun selepas lahir, ibu dia bernikah dengan lelaki lain. Dan bapa asal perempuan ini menghilang diri entah ke mana dan dipercayai sudah bernikah dengan perempuan lain.
Nasib anak perempuan ini terus terabai dan mujur ibu saudaranya sanggup ambilnya jadi anak angkat. Sekarang, perempuan ini hendak bernikah dan perlu menggunakan wali hakim.
Masa Untuk Emas ? (Episod 10)
Semalam saya ke Kuala Lumpur, saya tertarik dengan satu buku ini dan beli. Bertajuk 'Masa Untuk Emas' tulisan seorang penulis terkenal. Buku-buku tulisan penulis ini mengenai perniagaan dan hartanah saya memang minati dan ada dalam simpanan saya. Tulisannya menarik dan banyak memberi pendedahan kepada semua dan boleh didapati di kedai buku.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://kadikluang.blogspot.com/2011/12/harga-emas-jatuh-merudum-betul-saya.html
....BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://kadikluang.blogspot.com/2011/12/harga-emas-jatuh-merudum-betul-saya.html
12 November 2011
Moto Kemalangan Depan Mata Saya
Semalam dalam jam 9.00 pagi saya lalu jalan di Simpang Renggam, depan sekolah. Tiba-tiba ada moto kemalangan dan pemandu tergolek atas jalan. Saya nampak sendiri kejadian tu. Nasib baik penunggang tu pakai topi keledar. Kalau tak, dah tentu kepala dia terhentak kat jalanraya.
Saya sendiri jadi saksi...
kereta Mercedes yang dipandu seorang wanita tu berhenti di tepi jalan. Nak kata dia salah berhenti di situ rasanya dia berhenti cara tak betul juga, dia sedikit menghalang simpang. Lepas tu tiba-tiba dari simpang tu, motosikal tu mengelakkan kereta yang rapat dengan simpang tu dan hilang kawalan terus terjatuh. Saya nampak kepala dan bahu dia terhentak di jalanraya. Rasanya moto dipandu laju. Nasib baik tak cedera parah. Rasanya moto itu tak melanggar kereta lansung.
11 November 2011
Syok Sangat Tengok Keputusan Nombor Ekor, Pakai Kanta Lagi
Satu hari dalam jam 7.30 malam, saya berhenti di sebuah kedai jual buah tepi jalan. Dari dalam kereta, saya nampak seorang lelaki sedang tengok keputusan nombor ekor melalui satu kertas. Yang saya syok tengok, dia pakai kanta yang bulat tu untuk nampak nombor besar sikit. Tapi saya rasa, dia tak kena pun walaupun satu nombor, nampak sugul dan tak ceria saja. Kalau kena, kan melompat.
10 November 2011
Suami Orang Berseronok Dengan Janda Kematian Suami
Satu hari tu, lelaki 30-an, sudah bernikah dan punyai 2 anak ditangkap khalwat dengan seorang janda kematian suami yang tak ada anak. Waktu tangkapan, hanya mereka berdua di rumah teres 2 tingkat dan 4 bilik itu, rumah sewa perempuan. Lelaki kerja kontraktor dan perempuan kerja di saloon ditangkap oleh penguatkuasa jabatan agama jam 3.00 pagi.
Katanya, mereka berdua ini pernah 'bercinta monyet' waktu sekolah lagi, berbelas tahun lalu. Bila masing-masing kawin, mereka tidak ada menyimpan perasaan cinta. Tapi bagaimanapun, bila suami perempuan ini meninggal, lelaki ini kononnya simpati dengan janda ni dan banyak tolong janda ni. Seperti kata P.Ramlee, " kalau bukan dia nak tolong, siapa lagi nak tolong.....
Katanya mereka nak nikah saja, tapi tak jadi bila lelaki ini terkenangkan isteri kat rumah, bimbang isteri bertukar jadi singa.
Akibat Ibu Bapa Bercerai dan Rujuk Tidak Daftar, Anak Jadi Ragu-ragu
Adik beradik lelaki dan perempuan mengadu kerana sangat ragu mengenai status perkahwinan ibu bapa mereka. Ibu dan bapanya pula sudah meninggal dunia. Anak pula dapat tahu cerita ini melalui orang lain iaitu keluarga terdekat.
Ceritanya, dulu ibu dan bapanya sudah bercerai kira-kira 20 tahun dulu. Lepas bercerai, mereka tidak mendaftarkan perceraian itu dan diam-diam saja. Lepas itu, ibu dan bapanya duduk sama macam suami isteri. Adik beradik mak ayah kata, mereka dan rujuk semula sendiri-sendiri dan tidak didaftarkan.
Sebelum bercerai itu, ada beberapa orang anak dan selepas cerai dan rujuk itu pun ada anak juga. Masalahnya sekarang, anak ragu-ragu terutamanya anak-anak yang lahir selepas ibu bapanya bercerai itu. Masalah makin rumit, apabila sekarang kakaknya hendak bernikah dengan menggunakan wali adik lelakinya yang lahir selepas ibu dan bapanya bercerai ini.
Persoalannya di sini :
1. Adakah berlaku perceraian itu ? Jawapannya, entah, nak ditanya mak dan ayah pun, mereka dah tak ada.
2. Adakah sah rujuknya ? Juga entah.
3. Anak yang lahir selepas cerai itu, adakah anak sah taraf ? Jawapannya juga susah, kerana anak-anak sendiri yang mempersoalkannya.
Ulasan saya
Saya tak mahu ulas panjang kes ini kerana sangat meragukan. Aduan dibuat apabila anak-anak hendak bernikah, dahulu tak buat aduan. Cuma nasihat saya, kalau berlaku perceraian di mana-mana sekali pun, maka daftarlah segera, sama ada suami atau isteri, atau orang lain yang tahu cerita ini. Jangan tunggu lama macam kes ini, hingga yang dikatakan bercerai tu dah meninggal dunia.
08 November 2011
Harga Emas Naik, Harga Minyak Dunia Naik, Bagaimana Kita ? (Episod 9)
Hari ini, harga emas dan minyak dunia naik. Ada kawan saya yang melabur emas di Kuwait Finance (KFH), pagi tadi saya sms dia beritahu harga emas semasa. Dia nampaknya tersenyum, pada jam 9.30 pagi harga emas dunia dalam USD 1791. Dia kata, yang dia beli sebelum ini sudah pulang modal dan tak rugi kalau jual hari ini.
Selepas Ini Turun Atau Naik ?
Lepas tu kawan saya telefon, dia terfikir, adakah dia nak jual kalau harga naik nanti ? Saya kata kalau harga emas USD 1900, kalau jual, nanti duit itu nak buat apa ? Maknanya dia jual dengan harga itu, kira dia untung. Dia jawab, duit tu nanti letak dalam akaun KFH saja. (Untung pengetahuan, akaun pelaburan emas KFH lain, akaun simpanan biasa lain)
Saya tanya, dah ada duit dalam akaun, nak buat apa dengan duit tu ? Dia kata biarkan saja. Saya tanya, kalau harga emas terus naik macam mana ? Dia kata, biarkan saja. Okey, saya kata, kalau biar saja, nanti kita tak dapat nak melabur lagi. Nak beli emas, emas dah naik. Kalau nak beli, kena tambah duit lagi. Kalau nak jadi pemerhati saja, nanti hati ada sakit. Bercakap soal hati, bukan senang, hati-hati dengan hati, nanti kena makan hati.
Nak tau bagaimana sakitnya hati, tanyalah orang yang masuk bursa saham. Tapi orang masuk bursa saham, hati sakit tak lama sebab lepas tu dia boleh beli saham lain yang ada ratusan kat situ yang harga masih murah. Tapi bagi pelabur emas, itulah emasnya, bermakna kalau saham, satu sajalah sahamnya. Nanti dia pening kepala memikirkan.
Kalau Tak Jual ?
Kalau dulu beli harga USD 1700, kalau naik USD 1900, kalau tak jual, takut harga turun balik macam hari tu sampai dekat-dekat USD 1600. Maka kena fikir betul-betullah. Jangan nanti, depan mata dah nampak untung, tapi disebabkan tak jual, tak dapat untung.
Lagi satu, caranya ialah jangan jual tapi pegang saja terus. Ini adalah bagi pelabur yang banyak duit dan bukan bergantung kepada duit pelaburan itu untuk belanja harian. Untung-untung harga emas akan terus naik dan tak turun-turun lagi. Tapi bolehkah begitu. Saya jawab, tidak ada seorang pun yang boleh beri jaminan.
Boleh Ker Kita Beli Sekarang ?
Sekarang harga emas dah tinggi berbanding sebulan dua yang lepas. Jadi, yang belum melabur dalam emas, patutkah kita beli ? Saya tanya kawan saya yang dah melabur tu, dia kata jangan beli dulu. Tunggu harga turun sikit, nanti baru boleh beli. Pada saya, itu cuma pendapat peribadi dia saja. Nak dijadikan panduan, dia bukan ada ilmu banyak sangat pasal emas ini, dia baru melabur 4-5 bulan kebelakangan ini.
Harga Emas Turun dan Naik
Nasihat saya kepada pelabur emas, jangan taksub sangat. Dalam tulisan saya ini, saya nak cerita bahawa setiap pelaburan, ada risiko turun dan naik, ada untung dan ada rugi, bukan untung saja dan bukan rugi saja.
Ada setengah orang, dia dapat satu benda baru, terus datang semangat di luar kawalan sedangkan ilmu dia bukanlah banyak sangat. Baru dengar ceramah emas sikit, terus jadi taksub melulu, harap janganlah jadi begitu. Jadilah pelabur yang bijak, sama ada kita melabur dalam emas ker, hartanah ker, bursa saham ker, amanah saham ker, atau lain-lain, berhati-hatilah.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 10
http://kadikluang.blogspot.com/2011/11/masa-untuk-emas.html
Selepas Ini Turun Atau Naik ?
Lepas tu kawan saya telefon, dia terfikir, adakah dia nak jual kalau harga naik nanti ? Saya kata kalau harga emas USD 1900, kalau jual, nanti duit itu nak buat apa ? Maknanya dia jual dengan harga itu, kira dia untung. Dia jawab, duit tu nanti letak dalam akaun KFH saja. (Untung pengetahuan, akaun pelaburan emas KFH lain, akaun simpanan biasa lain)
Saya tanya, dah ada duit dalam akaun, nak buat apa dengan duit tu ? Dia kata biarkan saja. Saya tanya, kalau harga emas terus naik macam mana ? Dia kata, biarkan saja. Okey, saya kata, kalau biar saja, nanti kita tak dapat nak melabur lagi. Nak beli emas, emas dah naik. Kalau nak beli, kena tambah duit lagi. Kalau nak jadi pemerhati saja, nanti hati ada sakit. Bercakap soal hati, bukan senang, hati-hati dengan hati, nanti kena makan hati.
Nak tau bagaimana sakitnya hati, tanyalah orang yang masuk bursa saham. Tapi orang masuk bursa saham, hati sakit tak lama sebab lepas tu dia boleh beli saham lain yang ada ratusan kat situ yang harga masih murah. Tapi bagi pelabur emas, itulah emasnya, bermakna kalau saham, satu sajalah sahamnya. Nanti dia pening kepala memikirkan.
Kalau Tak Jual ?
Kalau dulu beli harga USD 1700, kalau naik USD 1900, kalau tak jual, takut harga turun balik macam hari tu sampai dekat-dekat USD 1600. Maka kena fikir betul-betullah. Jangan nanti, depan mata dah nampak untung, tapi disebabkan tak jual, tak dapat untung.
Lagi satu, caranya ialah jangan jual tapi pegang saja terus. Ini adalah bagi pelabur yang banyak duit dan bukan bergantung kepada duit pelaburan itu untuk belanja harian. Untung-untung harga emas akan terus naik dan tak turun-turun lagi. Tapi bolehkah begitu. Saya jawab, tidak ada seorang pun yang boleh beri jaminan.
Boleh Ker Kita Beli Sekarang ?
Sekarang harga emas dah tinggi berbanding sebulan dua yang lepas. Jadi, yang belum melabur dalam emas, patutkah kita beli ? Saya tanya kawan saya yang dah melabur tu, dia kata jangan beli dulu. Tunggu harga turun sikit, nanti baru boleh beli. Pada saya, itu cuma pendapat peribadi dia saja. Nak dijadikan panduan, dia bukan ada ilmu banyak sangat pasal emas ini, dia baru melabur 4-5 bulan kebelakangan ini.
Harga Emas Turun dan Naik
Nasihat saya kepada pelabur emas, jangan taksub sangat. Dalam tulisan saya ini, saya nak cerita bahawa setiap pelaburan, ada risiko turun dan naik, ada untung dan ada rugi, bukan untung saja dan bukan rugi saja.
Ada setengah orang, dia dapat satu benda baru, terus datang semangat di luar kawalan sedangkan ilmu dia bukanlah banyak sangat. Baru dengar ceramah emas sikit, terus jadi taksub melulu, harap janganlah jadi begitu. Jadilah pelabur yang bijak, sama ada kita melabur dalam emas ker, hartanah ker, bursa saham ker, amanah saham ker, atau lain-lain, berhati-hatilah.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 10
http://kadikluang.blogspot.com/2011/11/masa-untuk-emas.html
07 November 2011
Dua Ekor Anjing Dalam Kedai Nombor Ekor
Gambar ini dirakamkan di sebuah kedai judi nombor ekor baru-baru ini. Saya orang pertama berada di lokasi sambil membuat penyamaran. Rasanya anjing ini masuk dengan tidak sengaja dan bukan kepunyaan tuan kedai. Tidak lama kemudian, operasi tangkapan kes judi bermula dan anjing ini keluar sendiri.
06 November 2011
Bayi Perempuan Dibuang Dalam Kebun Sawit, Menyedihkan
LEDANG 5 Nov. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dibuang di dalam sebatang parit di kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini hari ini.Si kecil yang masih bertali pusat dan dalam keadaan berbogel itu namun bernasib baik apabila ditemui seorang penoreh getah yang melalui kawasan itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, lelaki itu terkejut apabila terdengar tangisan bayi tersebut di kebun yang terletak bersebelahan kebunnya.
"Dia lalu memaklumkan kepada anggota di Balai Polis Sagil dan sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian. Semasa ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan bogel di dalam parit kecil yang tidak berair.
"Bayi itu dalam keadaan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ujarnya, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut.
05 November 2011
Teks Khutbah Hari Raya Haji Negeri Johor
Hari ini kita dianugerahkan lagi dengan sambutan idul adha. Kita berada di dalam hari ibadat dengan penuh kegembiraan. Ketahuilah, bahawa setiap perayaan yang disyariatkan oleh Allah Taala, ada bersamanya pengajaran. Iaitu, pengajaran yang terkandung dalam idil adha adalah, kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan Negara. Umat Islam adalah umat yang bersatu dengan mengadap kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah Rabbul Alamin.
Lihatlah bagaimana Allah Subhanahu Wataala mewajibkan semua umat Islam, melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat. Dengan niat yang sama dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan takbir yang sama, menunjukkan umat Islam, umat yang bersatu.
Firman Allah Taala, Surah Ali Imran 103:
Bermaksud : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada Allah (iaitu agama Islam). Dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan, (iaitu pada zaman jahiliyah dahulu). Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam). Maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah). Lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya..
Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar… Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Idul Adha juga dinamakan Hari Raya Korban kerana salah satu amal ibadat yang disunatkan pada hari ini, ialah melaksanakan ibadat korban.
Firmah Allah Taala’, Surah Alkauthar 1-3:
Bermaksud: Sesungguhnya kami telah menunaikan kepada mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah solat kerana tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Berdasarkan kepada firman Allah tersebut, jumhur ulama berpendapat, bahawa hukum melakukan ibadat korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Kedudukannya lebih tinggi daripada sunat biasa. Manakala nilai pahalanya pula, lebih dan amat besar.
Muslim muslimat yang dikasihi Allah sekalian…
Di dalam peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, seorang bapa telah diperintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya. Kita dapat mengambil kesimpulan di antaranya ialah:
Kepatuhan dan ketaatan anak terhadap bapanya begitu hebat. Betapa sucinya pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua iaitu bapa dan anak. Dengan keimanan kepada Allah yang begitu tinggi, maka keduanya sanggup untuk menjungjung perintah Allah Subhanahu Wataala.
Sebagai umat Islam, sudahkah kita berkorban untuk menegakkan syiar Islam ? Seorang bapa sudahkah berkorban memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya ?Seorang suami, sudahkah kita berkorban untuk kebahagian rumahtangga ? Dan sebagai anak watan, adakah kita sudah menunaikan satu pengorbanan suci untuk tanahairnya ?
Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersolat ini.”
Dari hadis ini, dapatlah difahami bahawa, ibadat korban itu amat penting sehingga hukumnya seolah-olah lebih kepada wajib terutamanya kepada orang yang berkemampuan dan mempunyai rezeki yang lebih.
Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar..Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.
Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban itu disunnahkan sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian dari nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin, seterusnya dapat meninggikan lagi syiar Islam.
Sebagai kesimpulannya. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam ibadat korban antaranya ialah :
1. Melatih kaum muslimin supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezekinya dan dikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
2. Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.
3. Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim a.s yang kemudian disunnahkan oleh Rasulullah.
Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar….
Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri tentang, apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita laksanakan ? Semoga, dengan pengorbanan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari Allah dan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.
Di kesempatan ini juga, marilah kita berdoa agar ahli keluarga, sahabat handai kita, serta umat Islam seluruhnya yang sedang menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah pada saat ini, sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga dipermudahkan amalan mereka sehingga memperolehi Haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanahair.
Firmah Allah Taala, Surah Al-Haj ayat 37:
Bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadian itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha, supaya baik amalannya.
Sekian.
04 November 2011
Dulu Isteri Benarkan Kawin Lagi, Sekarang Tak Pulak
Dua tahun lalu, isteri dia 40-an ada kata yang maksudnya dia benarkan suami dia nikah lagi satu. Tapi waktu itu suami tak sedia termasuk dari segi ekonomi dan kemampuan. Lagi satu, calon pun belum ada, cuma nakal-nakal sikit jer.
Sekarang, selepas dua tahun, suami 40-an dah ada kemampuan sikit dan ada calon anak dara 24 tahun. Tapi isteri dia pulak tak kasi.
....(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
....(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
Isteri dan Pak Mertua Kat Kedai Makan, Suami Pergi Beli Nombor Ekor Kejap
Dalam jam 6.40 petang semalam, saya dengan kereta sendiri berada berhampiran kedai nombor ekor berhampiran Maybank Kluang. Seronok juga memerhatikan gelagak orang beli nombor ekor ini. Nampaknya orang Islam yang masuk kedai tu makin berkurangan. Tak lama lepas tu, masuk seorang lelaki terus beratur di baris kedua dan di depannya seorang lelaki bangsa Cina sedang beli. Saya nak pergi tangkap sendiri, tak berdaya sebab saya seorang. Saya telefon penguatkuasa yang sedang operasi di sekitar bandar.
"Anuar ada kat mana ?" Tanya saya pada penguatkuasa.
"Ada kat kedai nombor depan Kluang Parade". Kata penguatkuasa.
"Ada kes ke sana ?". Tanya saya.
"Tak ada, kosong". Kata penguatkuasa.
"Okey, datang sini, dekat maybank, ada seorang Melayu tengah beratur". Kata saya.
Lama juga tunggu penguatkuasa tapi tak sampai-sampai, dekat tapi kena pusing juga. Sementara itu, saya agak macam tak sempat jer tangkap lelaki tu sebab penguatkuasa lambat sikit. Tapi lelaki ni beli lama, tak macam orang lain. Elok-elok lepas orang tu beli, 2 orang penguatkuasa sampai dan saya ikut sekali ke kedai tu. Lelaki itu ditangkap dan didapati bersamanya tiket judi bernilai RM 28. Dalam hati saya, patutlah lama, beli banyak.
Isteri dan Pak Mertua Kat Kedai Makan
Lelaki 30-an ini merayu dilepaskan tapi gagal. Dia kata, tadi dia bersama isteri dan bapa mertuanya di kedai makan tak jauh dari situ. Dia pergi beli nombor ekor kejap dan isteri dia tak tahu. Mungkin dia tipu isteri dia kata nak beli barang dan lain-lain. Tapi lepas dia kena tangkap, isteri dia yang jamin dia keluar, kalau tak, tidur dalam lokaplah.
02 November 2011
Jawab Salam, Punca Kena Tangkap Dalam Kedai Nombor Ekor
Mulanya ingatkan lelaki ini bukan Islam pergi beli nombor ekor. Yer le, kita orang Melayu tahu bagaimana muka Melayu tapi orang ni bukan macam muka Melayu. Lelaki ini pula buat rilek saja walaupun dia syak penguatkuasa sedang adakan operasi dalam kedai tu. Bagaimanapun, dalam kedai tu, seorang penguatkuasa beri salam pada orang tu.
"Assalamualaikum". Kata penguatkuasa tu. Kemudian lelaki berbaju hitam memakai topi keledar tu jawab.
"Waalaikumsalam". Jawab lelaki tu.
Mungkin dalam hati dia terfikir yang beri salam hukumnya sunat tapi jawab salam hukumnya wajib. Lepas tu lelaki tu kena tangkap oleh penguatkuasa. Dia meronta tapi gagal melarikan diri. Dia jawab salam tu, mengesahkan dia orang Islam. Bila diperiksa penganalan diri, memang betul dia Islam dan boleh ditangkap.
Begitulah operasi judi di daerah Kluang yang saya ikut petang tadi. Seramai 6 orang lalaki ditangkap kerana membeli atau berada dalam kedai judi. Kes akan dituduh di mahkamah syariah di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dalam tempoh terdekat yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.
Begitulah operasi judi di daerah Kluang yang saya ikut petang tadi. Seramai 6 orang lalaki ditangkap kerana membeli atau berada dalam kedai judi. Kes akan dituduh di mahkamah syariah di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dalam tempoh terdekat yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.
Hati-hati Penipuan Jualbeli Tanah
Seorang rakan facebook saya dari sebuah negeri bertanya kepada saya, berkenaan ada satu tanah untuk dijual. Tanah ini dijual dengan harga yang sangat murah dan dipenuhi sawit yang sedang mengeluarkan hasil. Dalam masa seminggu, saya bertanya kawan-kawan saya yang lebih mengetahui perkara berkenaan. Kawan saya beritahu, yang tanah itu sebenarnya tidak wujud.
Seorang lagi kawan saya kata, orang yang menjalankan urusan menjual tanah itu adalah orang tidak siuman. Individu ini pandai menggunakan nama orang pejabat tanah tetapi, orang di pejabat tanah tidak tahu menahu lansung. Malah, orang di pejabat tanah sendiri memang tidak senang dengan individu berkenaan tetapi susah membendungnya kerana orang ini tak siuman.
Saya juga buka laman mudah.com dan iklan tersebut masih wujud. Saya tidak menyalahkan mudah.com, tetapi individu berkenaan yang boleh dipersalahkan kerana membuat iklan palsu. Baru-baru ini, kawan saya kata ada beberapa orang yang sudah membayar deposit wang tunai kepada individu berkenaan dengan jumlah ribu-ribu, kebanyakannya orang dari luar negeri Johor.
Bagaimanapun, selepas membayar, dikatakan mereka belum menerima apa-apa perkembangan. Saya cadangkan, kalau ada sesiapa yang tertipu dengan mengeluarkan sejumlah wang, silalah buat laporan polis. Jadi, berhati-hatilah sebelum membeli tanah dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga murah..
01 November 2011
Sayangkan Sangat Isteri Dia, Diceraikan Talak Tiga
Seorang lelaki 40-an dan isteri 40-an hidup bahagia dengan perkahwinan dalam 20 tahun. Dikurniakan 5 anak yang sedang belajar. Lelaki kerja swasta dan isteri dia surirumah sepenuh masa. Isteri dia ada juga terlibat dalam sedikit perniagaan jualan lansung bersama kawan-kawan dia untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan, isteri semakin kerap keluar rumah dan suaminya jadi kurang senang dan wujud perasaan cemburu.
Suami kata, kalau nak keluar rumah, perlu minta izin dari suami. Lepas tu, isteri ikut juga tapi kekadang tu ada juga dia keluar rumah tanpa izin. Maka suami rasa tak puashati dan beberapa kali bertengkar. Sehingga satu hari, suami telah mengeluarkan kata-kata,
"Lepas ini, kalau awak keluar rumah tanpa izin saya, jatuh talak tiga". Kata suami dan didengar oleh isterinya dalam rumah.
Isteri sedar dan tahu serba sedikit hukum syarak dalam bab cerai secara taklik ini. Dia pun, setiap kali hendak keluar rumah, pasti minta izin dari suami melalui bersemuka, telefon atau sms. Bagaimanapun, selepas 5-6 bulan, isteri keluar rumah pada satu hari tanpa minta izin suaminya. Hari itu, dia minta izin tetapi suaminya tidak benarkan dan isteri keluar juga.
Selepas itu, isteri rasa bersalah dan memberitahu kepada suaminya sehari selepas berlaku. Suami hadir ke pejabat kadi dan merujuk kes ini. Ulasan pegawai menyatakan, keputusan akan diputuskan oleh mahkamah syariah. Bagaimanapun, pegawai berkenaan menyatakan kes ini serius dan pasangan ini diminta tidak tinggal serumah lagi sehingga mahkamah memutuskan status perceraian dan jumlah talak.
Kedua-dua suami dan isteri ini menyesal atas perkara yang berlaku ini dan hanya mampu menangis. Suami kata, dia masih sayangkan isteri dia dan dia cakap macam tu pun sebab dia sayangkan isteri dia.
Kedua-dua suami dan isteri ini menyesal atas perkara yang berlaku ini dan hanya mampu menangis. Suami kata, dia masih sayangkan isteri dia dan dia cakap macam tu pun sebab dia sayangkan isteri dia.
Langgan:
Catatan (Atom)