Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Disember 2010

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 58)


Lepas Yanti makan tengahari dalam jam 12.45 tengahari, masa nak naik lif, tiba-tiba ada lelaki panggil Yanti. Yanti lihat ada dua orang lelaki, siapa itu ?

"Azhar! Encik Tasim! kenapa ada kat sini ?" Kata Yanti.

"Kenapa ada kat sini kata kau ? Nak jumpa kaulah Yanti. Kau ni kusus kat JB senyap jer ye tak beritahu kita orang". Kata Azhar, Tasim pula tersenyum saja.

"Hehe, aku sibuklah, kusus kan jadual ketat, tak sempat jumpa kawan-kawan lama. Macam mana kau orang tau aku kusus kat sini ?" Kata Yanti.

"Alah... kau ni Yanti, ni kan tempat aku, orang yang sama-sama kusus le beritahu aku." Kata Azhar.

Mereka seronok berbual dan Yanti nampaknya ceria melayan kawan lamanya di JB itu. Macam-macam cerita ler, dari pasal pejabat sampai pasal benda lain. Mereka berbual bertiga di sofa hotel, kawan-kawan sekursus Yanti semua dah naik bilik. Bila tengok jam, ada dalam sejam lebih mereka boleh berbual sebelum masuk ke dewan nanti.

"Yanti, kau taknak pindah JB ker ?" Tanya Tasim, ketua kerani atau cc tu.

Yanti terdiam seketika, dalam fikirannya kenapa pula itu yang ditanya. Yanti renung muka Tasim yang serius dan macam tak bergurau tu. Tasim dengan Azhar berbeza, Azhar ni banyak bergurau, Tasim tak.

"Yer Yanti, pegawai kat sini ada empat kekosongan sejak ada wujud jawatan baru  ni termasuk ketua unit. Dah beberapa bulan tidak diisi, susah juga kita orang kat JB ni" Kata Tasim lagi.

"Ohh yer ke..." Jawab Yanti ringkas.

"Betul Yanti, bos beberapa kali kata, sejak kau tak ada kat JB ni kerja kita kurang kemas sikit. Susah nak cari pengganti orang yang macam kau ni" Tambah Azhar.

"Haha.... mengarutlah kau Azhar. Erg....inilah dunia. Bos pun satu, masa kita kat sini dulu kenapa pindahkan kita. Sekarang baru nak sebut-sebut nama kita pulak..... Ishh, cukuplah semua tu. Ingat senang ke aku nak kembali semula ke JB ni..." Kata Yanti seakan ada rasa kecewa pada bekas bosnya itu.

"Tak benar tu Yanti, bos kita tu baik. Garang-garang dan tegas dia tu tak pernah simpan dalam hati. Yang Yanti kena tukar tu sebenarnya bos pun tak tahu dan tak ada peranan, itu arahan ibupejabat" Kata Tasim. Yanti terdiam sebab cakap Tasim tu macam serius dan Tasim tak suka berdalih.

"Yanti, sebenarnya kami datang ni atas arahan bos juga, suruh jumpa dengan kau" Kata Azhar.

"Bos yang suruh ? Kenapa yer ?" Kata Yanti.

"Yanti, bos suruh tanya kau. Nak ker Yanti pindah ke JB ni untuk memangku jawatan salah satu ketua unit ?" Kata Tasim.

"Ketua unit ? Mengarutlah semua ni. Apa kelayakan aku, unit mana ?" Tanya Yanti seperti beriya-iya nak tahu.

"Unit mana tu kami tak boleh beritahu, nanti bos akan beritahu. Bos cuma mintak tanyakan kau saja, nak ke pindah Jb semula ?" Kata Tasim.

"Terima kasih saja Cik Tasim dan Azhar. Kau semua tak tahu perasaan aku yang masih belum baik luka aku ini. Dulu aku dah sedap kat JB, aku pun taknak pindah KL. Tapi bila aku dah ke KL, kau ingat senang ke nak memulakan kehidupan semula di JB ni..." Kata Yanti seakan sebak juga suaranya. Yan lain diam seakan susah nak memotong cakap Yanti itu.

"Kau lain Azhar, kau dan aku masuk kerja lebih kurang sama saja. Tapi kau tak pernah tukar, terus kat JB. Senaglah kau merancang hidup kat JB ni. Yang aku ni dah macam bola dan kena lantun sana sini. Siapa yang tak bengang..." Kata Yanti.

"Begini Yanti..." Kata Tasim dan membuatkan semua terdiam. Tasim kemudiannya menyambung perbualannya.

"Itu terpulang pada kau Yanti, bos cuma tanya sama ada kau nak atau tidak. Kalau kau tak nak pun tak mengapa. Tapi cuma bos dah kenal kau lama dan dah tahu cara kau bekerja, sebab tulah dia cadangkan nama Yanti. Bos tak ada masalah nak cadangkan ke ibupejabat." Kata Tasim, yang lain terdiam dan mendengar baik-baik percakapan Tasim itu.

"Ini peluang baik juga pada Yanti, dapat jadi ketua unit dan memangku gred yang lebih tinggi. Faham-fahamlah, kalau dah memangku tu, dah tak lama dapat jawatan hakiki. Terpulang pada Yanti, dan Yanti fikirlah baik-baik peluang ini". Kata Tasim lagi.

"Yer Yanti, bos tahu kepakaran kau dalam bahasa Inggeris dan IT, bukan semua orang ada kepakaran macam kau. Sebab tu bos cadangkan nama kau". Kata Azhar.

Yanti tunduk dan memikirkan sesuatu. Yanti percaya, bosnya itu ikhlas selepas diberi penerangan oleh Tasim dan Azhar itu.

"Yer, terima kasih Cik Tasim dan Azhar. Cuma beri aku masa nak fikirkan perkara ini. Aku taknak tergesa-gesa buat keputusan. Ini melibatkan masa depan aku". Kata Yanti.

"Baik Yanti, itu sebaiknya, fikirkan dulu. Dan kalau boleh dalam masa seminggu ni saya akan telefon Yanti. Bos pun nak tahu cepat juga, nak cadangkan nama ke ibupejabat" Kata Tasim.

Perbualan mereka berakhir di situ. Yanti kena naik ke bilik, nanti nak bersiap nak masuk sesi seterusnya di dewan. Pertemuan Yanti dengan rakan sepejabat lamanya itu seperti ada sinar baru dalam hidup Yanti. Iaitu, adakah Yanti akan balik ke JB semula ?

Dalam dewan, Yanti sikit pun tak ada tumpuan, tumpuannya dah lari betul. Iaitu, Yanti nak terus di KL ker atau pindah JB ? Tapi apa yang ada di JB ? Man Burger ? Ishhh.... Yanti berbelah bagi. Cukuplah peristiwa hitam yang melanda keluarga Yanti dan Man selama ini, fikir Yanti. Tak tenang betul hari itu.

Yer, KL atau JB, sekarang terletak di bawah keputusannya.

BERSAMBUNG KE EPISOD 59

Gadis 14 Tahun Bernikah Masa Dah Ada Anak Luar Nikah


Perempuan ni, tidak bekerja, umur baru 14 tahun bernikah dengan seorang lelaki umur 21 tahun, belum bekerja tetap. Masa bernikah, sudah ada anak luar nikah, disyaki hasil perhubungan mereka berdua. Sebelum itu, mahkamah syariah telah memberi kebenaran kepada gadis ini untuk bernikah bawah umur. Pernikahan berwalikan bapanya.

....................................................................

This women, it does not work, a new 14-year-old married to a man 21 years old, still not working. Times married, had a child out of wedlock, they suspected relationship result. Before that, a syariah court has given permission to marry this girl for a minor. Berwalikan his father.

Dah Lahir Anak Zina, Terus Bergelumang Dengan Maksiat


Satu pasangan ini telah terlanjur dan akhirnya selamat melahirkan anak luar nikah nya pada tahun lepas.  Majikan mengetahui perkara ini, tetapi majikan memberi peluang kepadanya untuk terus bekerja. 

Bagaimanapun, mereka ini masih tidak berubah.  Malah meneruskan cara hidupnya seperti biasa bahkan telah mengaku kepada kawan-kawan rapat bahawa beliau belum bersedia untuk berkahwin, dan tinggal bersama dengan pasangannya seperti suami isteri. Baru-baru ini dikhabarkan dia hamil sekali lagi.  Apa yang harus kami buat ?

Jawapan saya :

Sila mengadu kepada Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam negari berkenaan. Kalau di Johor, sila telefon talian bebas tol 1-800-88-3072.  Segala aduan akan dirahsiakan. Sila beri butiran terperinci mengenai kes ini. Kesalahan yang saya nampak adalah berzina dan khalwat.

........................................................................................................................


A couple were already safe and eventually gave birth to his illegitimate son last year. Employers know this, but the employer gave him the opportunity to continue working.

However, they are still not changed. Even the way of life continues as normal but has admitted to close friends that he was not ready for marriage, and living with their spouse as husband and wife. Recently rumored she's pregnant again.  What should we do?

My answer:

Please complain to the Enforcement Division, Department of the Islamic street. If in the Johor state, please call toll free 1-800-88-3072. All complaints will be kept confidential. Please give details of the case. Mistakes that I see is adultery and seclusion.

Angkara Facebook, Isteri Minta Cerai Nak Kawin Jantan Lain

Rumahtangga yang dibina lebih 20 tahun dulu bergolak angkara isteri yang suka main facebook. Isteri umur 40-an tidak bekerja, anak-anak dah besar, ada yang di universiti dan bersekolah menengah. Mulanya suami benarkan dan belikan komputer dan broadband pada isteri yang tinggal seorang di rumah masa suami bekerja dan anak duduk asrama.

Isteri bercinta dengan lelaki bujang umur 30-an, katanya bekerja sebagai eksekutif swasta. Isteri beberapa kali malah dah ratusan kali minta diceraikan tapi suami tetap bersabar. Hingga isteri kata terus terang, yang dia hendak bernikah dengan lelaki yang dikenalinya dari facebook. Isteri juga mengaku telah beberapa kali bertemu dengan lelaki itu di luar sebelum ini.

Wak Dazar Dah Ada Blog

Di Johor Bahru semalam saya jumpa Wak Dazar, jurugambar profesional yang lebih dikenali sebagai 'Wak'. Banyak gambar menarik dalam blog wak kang tu.Klik sini

30 Disember 2010

Man Burger Peminat Bola

Malam tadi dalam kul 8, saya keluar nak beli burger. Biasanya kat bank tu, di sebelah dan di depan tu ada mamat jual burger. Tapi malam tadi nampaknya tutup, tak niaga.

Baru saya teringat, sedang berlansung perlawanan bola Malaysia- Indonesia. Dalam hati saya, mesti Mat Burger tu peminat bola.

Suami 26 Tahun Nikah Isteri Kedua, Janda 30 Tahun

Lelaki ni, umur 26 tahun kerja berniaga, isteri pertamanya umur 25 tahun. Lelaki bernikah isteri kedua mengikut prosedur yang ditetapkan dengan wanita berstatus janda umur 30 tahun, anak satu.
Selamat Pengantin baru.

..........................................................................................................................
This men, aged 26 years working in business, his first wife 25 years old. Men marry a second wife according to the procedures established by the status of widowed women age 30 years, son of one.
Hapy New Wedding

Piala Dunia : Bolasepak Malaysia Boleh ?


Lepas kejayaan yang boleh dibanggakan menjulang Piala Suzuki AFF malam tadi, bolehkah Malaysia layak ke Piala Dunia selepas ini ? Pasukan Asia yang dulu 'diayamkan' pasukan kita seperti Korea Selatan dan Jepun sudah mengatasi negara kita dengan mengukir nama layak ke Piala Dunia.

Kedua, kalau ada Piala Suzuki, bila pula nak ada Piala Proton atau Piala Produa ? Secara tak lansung dapat mempromosikan jenama kereta kita ke negara luar.

Jumaat Cuti

Berita yang terbaru,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.

29 Disember 2010

Presiden MTUC Baru, Mohd Khalid Atan, Selamat Berkhidmat

Mohd Khalid Atan berjaya menewaskan Shahir Syed Mohamud dengan 42 undi untuk menyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)yang baru.

Selamat berkhidmat serta membela dan memperjuangkan nasib pekerja di negara kita. Ini satu amanah yang besar dari seluruh pekerja termasuk pekerja awam, swasta dan lain-lain. Insyaallah, seluruh pekerja di negara kita akan menyokong kepimpinan baru ini untuk melihat nasib pekerja terbela.

SELAMAT BERKHIDMAT

Siaran Lansung Bola Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia, Ada ker ?

Bola malam ni, ada siaran lansung ke, TV apa ?

Isteri Pemandu Lori Curang, Ada Jantan Lain

"Kalau saya dapat lelaki tu, saya kerjakan dia cukup-cukup, ustaz. Saya tah tahulah apa akan jadi pada dia lepas ni". Kata lelaki tu.

"Bertenang, jangan ambil tindakan sendiri, nanti buruk padahnya. Biar pihak berkuasa yang bertindak" Kata saya.

Itu antara perbualan telefon dengan lelaki ni, umur 30-an kerja pemandu lori, selalu jalan jauh sehingga ke KL dan utara. Kekadang suami 2-3 hari tak balik rumah sebab kerja nak cari rezeki untuk anak isteri. Anak 4 orang dah sekolah semuanya, isteri umur 30-an juga. Isteri ada skandal dengan lelaki lain sehingga pernah tidur di rumahnya di Kluang waktu suami bekerja.

Sebelum ini suami pernah cekup isterinya dengan lelaki lain di bandar  waktu mereka berjalan berdua. Isterinya kantoi waktu itu, mula kata pergi keluar dengan kawan perempuan, rupanya dengan jantan tu. Masa tu, suami dia nak letupkan muka lelaki tu di depan orang ramai tapi tak jadi bila lelaki tu minta maaf dan kata tak akan mengulangi lagi perbuatan tu.

Tapi kali ni, suami dah tak tahan dengan isterinya, lebih lagi bila dapat tahu isterinya bawak balik jantan tu tidur kat rumah masa suami tak ada.

................................................................................................

"If I could man I was of him doing just enough, the teacher. I dont know what will happen to him this past." That men says.

"Relax, do not take action themselves, on pain worse later. Let the authorities act" I said.

It was the phone conversation with this man, age 30-an employee truck driver, is always the way up to KL and far north. Sometimes her husband did not return home for 2-3 days looking for work provision for children and wife.  Child 4 people at all schools, she's also the age of 30. Wife is a scandal with another man to ever sleep at his home in Kluang when working husband.

 Before her husband had Fish on the town with another man when they walked together. Sexy wife at that time, word began to go out with her friends, apparently that male.  Time was, the husband he is going to explode in front of the face of a man tu the public but not so when the man apologized and said tu no that to repeat the act.

But this time, her husband at his wife can not stand, much longer to find out her male bring back  sleep at home the husband is not there.

Orang Vietnam Tanya Pasal Bolasepak Malaysia

Waktu saya di sebuah hotel di Hong Kong Ahad lalu, seorang lelaki, pelancong dari Vietnam berbual-bual dengan saya. Bila saya kata saya dari Malaysia, dia tanya bagaimana dengan pasukan bolasepak Malaysia lawan Indonesia. Mulanya saya tergamam juga sebab saya terlupa, hari Ahad tu perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Waktu itu dalam jam 8.00 malam, saya  kata perlawanan sedang berlansung.

Dia kata lagi, dia peminat bolasepak dan telah pergi ke stadium melihat perlawanan antara Malaysia dan Vietnam minggu lepas. Dia puji dan kata pasukan bolasepak Malaysia kali ini hebat. Wah... itu gambaran orang luar kepada pasukan kita kali ini, kira naik juga nama Malaysia kali ini. Lelaki tu baru sampai ke Hong Kong, naik penerbangan dari Hanoi satu keluarga.

Bandar di China Motosikal Diharamkan...

Seorang peniaga trauma apabila tercedera selepas menjadi mangsa cubaan ragut oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa, Ho Ken Jee, 54, cedera di kaki dan kepala selain patah tulang rusuk akibat terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Di China, motosikal diharamkan di dalam bandar. Antara sebabnya adalah kegiatan jenayah ragut dan pencemaran alam sekitar. Ramai yang berjalan kaki di bandar dan menggunakan basikal kayuh sendiri atau eletrik yang dicas baterinya. Di negara kita bolehkah motosikal diharamkan memasuki kawasan tertentu ? Dulu pernah dicadangkan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Bantahan pun banyak dari pihak tertentu dan boleh dipolitikkan pula. Tetapi kenapa di China boleh ?

Kemajuan di China sungguh menakjubkan terutama dari segi ekonominya. Sesuatu undang-undang yang pihak berkuasa kuatkuasakan, rakyat perlu patuhi. Nak dipolitikkan, tidak sama sekali.

28 Disember 2010

Selamat Kembali Semula Ke Tanahair

Alhamdulillah, saya sekarang berada di KLIA, menunggu penerbangan ke JB sebentar lagi. Maaf, saya sudah 6 hari tidak menulis dan mengemaskini blog ini. Mungkin ada sebahagian pembaca setia tertanya-tanya.

Saya berada di China iaitu Guangzho, Shenzhen dan Hong Kong bersama lawatan saudara baru Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor. Di China ada perkhidmatan internet di hotel tetapi saya gagal masuk ke blogspot atau facebook. Tak tahu kenapa, mungkin disekat oleh pihak berkuasa sana atau kerana kelemahan saya sendiri, saya tak pasti.
Terima kasih. Jumpa lagi.
(KLIA 8.42 malam 28 Dis 2010)

..............................................................................................
Alhamdulillah, I'm currently at the airport, waiting for a flight to JB for a while longer.  Sorry, I had 6 days of not writing and updating this blog. There may be some readers wondering.

I was in China that Guangzho, Shenzhen and Hong Kong together with the visit of the newly Part Da'wah, Johor Religious Department. In China have Internet service at the hotel but I could not go to blogspot or facebook. I do not know why, may be blocked by the authorities there or because the weakness of my own, I'm not sure.
See you.
 (KLIA 8:42 pm December 28, 2010)

22 Disember 2010

Kenapa Percayakan Bomoh atau Dukun Sampai Nak Nikah Semula ?


Seorang lelaki telah bernikah selama 2 tahun dengan pasangannya menggunakan nama sebenar. Awal tahun ini mereka telah berpindah ke sebuah negeri dan menetap di rumah ibubapanya. Dalam tempoh tersebut keadaan ekonomi mereka tidak stabil membuatkan ibu bapanya risau.

Ibu bapanya telah berjumpa dukun untuk melihat keadaan mereka. Dukun itu berpendapat punca kejadian disebabkan oleh nama mereka yg tidak sesuai dan menyarankan supaya kami bernikah semula dengan menggunakan nama yang lebih baik.

Dalam hal ini, kenapa perlu percayakan dukun atau bomoh ?

Disebabkan Ada Kerja Kawin, Melepas Duit 20,000


Sedang saya makan kat sebuah kedai satu malam tu, orang kat belakang tu berbual rancak. Oleh kerana dia cakap kuat, saya dengarlah perbualan dia tu.

"Hari tu aku sibuk ada kerja kawin rumah sedara orang rumah aku, kalau tak aku beli nombor tu. Hari ni keluar nombor satu, nombor 26XX. Aku dah berapa hari dah ikut beli nombor tu sepuluh ringgit. Kalau tak, haii.... dua puluh ribu aku dapat". Kata orang tu.

Kaki nombor orang tu berdua rupanya. Hormatlah orang sikit.

21 Disember 2010

Bonus ASB , Berita Baik....


PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Rekod sebelum ini:

2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
Berita gembira kepada pelabur  atau penyimpan dalam buku ASB. Paling untung kalau melabur dan menyimpan tanpa meminjam. Kalau pinjam kemudian labur ASB, belum tentu untung, agensi yang kasi pinjam dah tentu untung.

Yang tak ada simpan dalam ASB diam-diam sudah. Tapi tahun depan menyimpanlah, jangan sibuk dengan nak beli kereta baru, atau beli rumah baru atau buat pinjaman peribadi tanpa tujuan sampai tak ada simpanan. Yer le, kereta kalau yang sedia ada masih okey, pakai sajalah, buat apa menambah hutang. Kalau mampu nak beli kereta baru tu, belilah.

Rumah kalau rasa sewa lebih untung, duduklah rumah sewa. Beli rumah ni belum tentu untung tapi ramai orang kita rasa bersalah kalau tak ada rumah sendiri. Apa yang dia rasa bersalah sebenarnya ? Pada saya, kita patut rasa bersalah kalau kita boros dan buat pembelian yang merugikan. Dan tak bersalah kalau kita sewa rumah dulu, nanti kalau ekonomi kita dah baik sikit, maka belilah rumah sendiri. Yang duduk rumah sewa, jangan lupa bayar sewa rumah, rumah saya pun bulan ni penyewa bayar sewa lambat hehehehehe... Janganlah suka buat hutang  banyak-banyak dalam keadaan ekonomi sekarang yang semakin mencabar ni.

Tadi saya baru balik dari sebuah pasaraya. Banyak barangan dah naik harga, paling ketara harga telur ayam. Dulu dapat dalam harga RM 7.00, tadi harga RM 9.00 lebih. Semua ini adalah cabaran bagi pengguna seperti kita yang kita tak dapat elak. Jadi sesiapa yang ada kawasan kat rumah tu, bela lah ayam kampung, boleh juga makan telur dia sekadar makan sekeluarga. Tapi saya tak bolehlah, tak ada kawasan.

Pada saya, dalam berbelanja ini, pokok pangkalnya adalah gaya hidup kita dan cara kita berjimat. Gaji sebesar mana pun, kalau kita belanja tak berhemah, tak cukup juga.

Kedai Ni Teh Tarik Naik 20 Sen

Kat satu kedai ni tadi saya makan nasi lemak telur dan teh tarik. Bukanlah selalu sangat kat kedai ni, tapi seminggu sekali tu adalah. Saya ingat, kalau sebelum ni mesti RM 3.00. Tapi hari ni, bila dia kira, RM 3.20 pulak.

Nampaknya teh tarik dia dah naik dari RM 1.00 pada RM 1.20 segelas. Dalam kereta saya terfikir sejenak, bukan saya kedekut dengan kenaikan 20 sen tu. Cuma nak mengenang masa depan dan nasib peniaga tu.

Taknak naik harga, susah juga sebab susu dah naik harga. Tapi kalau naik harga walaupun 20 sen, sikit-sikit akan menyebabkan kehilangan pelanggan juga. Setakat ni, kedai mamak masih mengekalkan teh tarik RM 1.00 dari dulu walaupun dan berapa kali susu naik harga.

Isteri Desak Diceraikan, Dah Cerai Lain Pulak


Seorang isteri berulang kali desak suaminya menceraikannya. Alasan dia antaranya suami selalu sibuk bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. Perkahwinan mereka hampir dua tahun tapi belum dikurniakan anak. Suami dah lama bersabar, tapi minggu lepas suami menceraikan isterinya di rumah bila berlaku pertengkaran.

Terkejut dengan tindakan suaminya, isteri merayu supaya suami merujuk semula kepadanya tapi setakat ini suami belum bersetuju rujuk semula. Wanita ini beberapa kali hantar sms kepada bekas suaminya tetapi tidak dijawab. Antara smsnya adalah minta maaf dan menyesal kerana mendesak diceraikan.

"Tuan Kadi, tolonglah pujuk suami saya supaya dia rujuk semula. Saya dah menyesal dan nak perbaiki semula kesilapan-kesilapan lalu". Kata wanita itu dalam perbualan telefon.

Ishhh, bukan senang saya nak masuk campur dalam bab rujuk ni, itu kuasa suami.

20 Disember 2010

Kes Bunuh Gadis Remaja di Tongkang Pecah Batu Pahat

BATU PAHAT: Siasatan polis mendapati tiga jenis senjata digunakan dalam pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata senjata berkenaan merupakan sebilah parang, sebilah pisau lipat dan satu buku lima serta dua guni dipercayai digunakan suspek bagi melakukan jenayah tersebut.

"Kesemua barangan itu ditemui dalam serbuan polis terhadap salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jumaat lepas. Polis turut menemui telefon bimbit milik mangsa di dalam rumah salah seorang suspek berkenaan,"  katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga pelajar perempuan
berkenaan di Kampung Parit Ju Darat, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata kesemua barang yang dirampas itu kini dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan kertas siasatan mengenai kes berkenaan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Khamis ini.

 

Antara Gambaran Hari Kiamat

Gambaran Hari Qiamat:
 
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
 
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
 
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
 
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
 
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
 
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 
 
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
 
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 
 
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
 
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
 
- Pemimpin yang adil. 
 - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
  
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
 
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 
 
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 
 
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 
 
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
 
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin
 
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
 
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
 
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
 
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
 
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
 
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
 
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
 
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 
 
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
 
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
 
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
 
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 
 
 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 
 

Kemalangan Paling Buruk di Cameron Highlands- Simpang Pulai


Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Ipoh hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.  Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

Anak Dara Nak Kawin Tapi Nak Mengaku Janda


Seorang perempuan ini nak kawin, dia belum pernah berkahwin sebelum ni. Tapi dia ni nak mengaku janda, hairan juga. Kalau macam kereta, kereta baru nak mengaku kereta secondhand, hairan juga....

Bila saya terangkan pada dia, dia merayu  juga nak mengaku janda. Agak-agak kenapa yer ?

Rupa-rupanya dia dah ada anak sebelum kawin. Dia nak mengaku janda untuk merahsiakan dengan bakal suaminya dan keluarga lelaki.

19 Disember 2010

Bagaimana Sikap Anda (isteri) Kalau Tahu Suami Nikah Lagi ?



Misal kata anda seorang isteri. Tiba-tiba dapat tahu suami anda nikah lagi satu di dalam negara tanpa pengetahuan anda. Sebagai isteri pertama, apakah yang anda patut buat ?

Sila jawab di undian sebelah kanan ni. Semua boleh jawab tak kira suami atau isteri. Seorang sekali saja boleh undi, sistem ini menghalang buat undian lebih dari satu.


Harap-harap Senyuman Ini Berterusan

Wah Wah Wah... bukan main lagi senyum.
Pemain bolasepak Malaysia yang 'tersenyum' masa balik di KLIA selepas pulang dari Vietnam. Harap-harap senyuman ini berterusan sehingga lepas final nanti. Jangan bertukar jadi sedih pulak.

Selamat Pengantin Baru Kepada Ketua Menteri Sarawak


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Selamat Pengantin Baru.

18 Disember 2010

Malaysia Ke Final Bolasepak Piala Suzuki Selepas Singkirkan Vietnam


Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi untuk layak dengan agregat 2-0.

Pak Imam Sedang Hangat Bercinta ?


Saya telefon seorang Pak Imam ada hal sikit. Tak berjawab panggilan tu, mungkin pak imam sedang sibuk.

Wahhh....bila saya telefon, nada dail dia ada lagu cinta. Lebih kurang beginilah...

"Embun pun takkan mampu, menjunjung sekuntummm.....bunga yang layuuuu pada musim luruhhh.... Yang dulu tak pernahhh disinar suria, temu kebahgiaan, dalam perpisahannnnn......"

Wahhh.. pak imam ni, lagu cintan tu. Sedang bercinta ke pak imam ni ?

Tapi tak lah, bergurau jer pak imam. Kita sangka baik saja, ramai orang sekarang termasuk pak imam tak pandai sangat pasal telefon ni. Apa yang dah ada kat telefon tu, itu jer le yang dipakainya. Ada juga yang cuma pandai telefon dan jawab saja, laain-lain tak pandai. Mungkin juga anak pak imam tu yang masukkan ataupun perkhidmatan telefon tu yang masukkan. Bukanlah pak imam sedang bercinta.

17 Disember 2010

Akibat Mak Ayah Nikah Sendikit, Tak Dapat Jadi Wali Pernikahan Anak


Pernikahan seorang wanita berusia 21 tahun berlansung menggunakan wali hakim walaupun bapanya masih hidup. Mahkamah Syariah telah menetapkan dalam kes ini, pernikahan hendaklah menggunakan wali hakim, bukan bapanya.

Dilihat secara kasar, pengantin perempuan berbintikan nama bapanya ini. Apabila dilihat dari sijil nikah ibu bapanya, mendapati perkahwinan yang didaftarkan secara sah dari segi undang-undang selepas kelahiran anak tersebut.

Lelaki Bujang Pilih Isteri Janda, 15 Tahun Lebih Tua


Seorang lelaki berusia 36 tahun dan masih bujang memilih isteri berusia 51 tahun, 15 tahun lebih tua darinya. Wanita ini berstatus ibu tunggal, sudah ada 3 anak dan seorang cucu.

Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin....

16 Disember 2010

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 57)


Mamak di kedai tu pandang saja pada Man dan Ustaz Khalil. Dari yang mamak tu tengok, orang berdua ni tentu sedang cerita satu perkara serius dan menyedihkan. Berbeza dengan orang lain yang asyik menonton bolasepak di skrin besar tu. Ustaz Khalil mendengar dengan baik satu persatu yang Man cerita. Ustaz Khalil nampaknya tak banyak bercakap mungkin kerana masih mamai baru bangun tidur tadi. Lama juga mereka berbual.

"Ustaz... Tolong ustaz. Ustaz tolong bersetuju dengan keputusan saya ini. Tolong ustaz". Kata Man.

Ustaz Khalil terdiam seketika, kemudian dia mengangguk tanpa berkata-kata. Pada ustaz Khalil, Man sudah ada keputusan dan meminta menerima keputusan itu. Kali ini bukan untuk meminta pandangan lagi. Maka ustaz Khalil harus akur dan tidak perlu ulas setuju atau tidak dengan keputusan Man itu.

"Tolong ustaz. Sekali lagi Man minta tolong. Harap ustaz jangan tak bersetuju dengan keputusan ini. Ini dah muktamad ustaz". Kata Man lagi seperti mahu menguat-nguatkan kata-katanya.

"Yer Man. Harap-harap, ini keputusan terbaik Man. Semua ini menentukan hala tuju dan masa depan hidup Man. Tapi Man....". Kata ustaz Khalil dan kata-katanya terhenti apabila disampuk Man.

"Apa ustaz ? Tapi apa ? ". Sampuk Man. Nafasnya tersekat, kemudian suaranya jadi sebak, lantas mengeluarkan air mata dan tangannya mengesat airmatanya.

"Tidak Man.. Maafkan saya. Tahniah dengan keputusan ini Man.  Harap-harap inilah keputusan terbaik Man". Kata ustaz Khalil seolah-olah menarik balik perkataan 'tapi' tadi.

"Ustaz... Man tiada orang lain tempat mengadu. Pada ustaz, Man luahkan semua ini. Tapi kalau ustaz sendiri tak bersetuju dengan keputusan Man ini, Man tak tahu hendak mengadu dan minta tolong siapa lagi. Man perlukan bantuan dan sokongan ustaz walaupun Man pada mulanya agak keberatan nak minta tolong lebih-lebih pada ustaz....." Kata Man.

"Yer Man. Insyaallah saya bantu Man demi untuk kebahagian hidup Man. Kalau inilah jalan yang Man pilih, Man harus tabah menghadapinya. Saya pasti Man dah bersedia menempuhnya". Kata Khalil.

"Insyaallah ustaz. Man dah fikir semasaknya dan Man sanggup hadapi apa rintangannya". Kata Man.

Mereka beredar dari kedai itu dalam jam 12.00 malam, lama juga mereka berbual, jejak satu setengah jam. Di rumah, ustaz Khalil ada rasa terkilan juga sebab Man desak dia bersetuju dengan keputusan Man. Dah tu, Man tak kasi dia pertikai keputusan itu. Sekali fikir, ustaz Khalil faham perasan Man ketika itu. Yer, kalau dia tak menyokong Man atau kata keputusan Man itu tidak tepat, pasti Man kecewa. Dah tentu menambah kekusutan hidupnya lagi.

Yer, bantuan yang Man mahukan itu ada yang payah juga tapi ustaz Khalil fikir dia harus bantu Man walaupun ini di luar tugasnya. Seperti kata Man tadi, tiada orang lagi tempat mengadu kecuali dirinya. Betul, keluarga dan mak ayah Man nampaknya belum tentu boleh bantu Man dalam perkara ini. Yer malam itu, ustaz Khalil janji nak bantu sekadar yang dia mampu. Dan sekali fikir lagi dia rasa memang dia mampu bantu Man sebab dia ustaz dan orang lebih hormat padanya.

Esoknya Syira dan Nizar dihantar bapanya ke stesen bas seawal jam 7.00 pagi lagi. Hari itu Sabtu, bimbang kalau bas ke JB tak ada tiket. Mereka dapat tiket bas ekspres jam 8.00 pagi. Perjalanan ke JB lancar saja di lebuhraya. Sepanjang perjalanan, Syira cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Syira tengok Nizar lansung tak tidur seolah-olah berangan-angan sesuatu.

"Nizar, jauh akak tengok kau mengelamun". Kata Syira.

"Tak apa, tak mengantuk". Jawab Nizar ringkas.

Syira kemudian telefon Man dan beritahu dia nak datang dan akan sampai tak berapa lama lagi. Man kata, dah sampai nanti terus saja ke rumahnya. Keluar dari lebuhraya, bas melalui simpang Skudai dan nampak penunjuk arah UTM Skudai.

"Kak. Nizar kalau dapat nak masuk UTM JB nanti". Kata Nizar.

"UTM ? Kenapa nak pilih UTM ?" Kata Syira.

"Nanti tak payah duduk asrama. Duduk dengan abang Man saja. Nanti boleh mintak abang Man belikan moto". Jawab Nizar.

"Ishhh, kan jauh rumah Man dengan UTM tu. Abah mesti tak kasi kau bawak moto kat JB. Ni bukan kampung, sini jalan sibuk, bahaya". Kata Syira.

"Tak ada bahayanya, biasalah tu. Kalau duduk JB, malam-malam boleh kerja jual burger dengan abang Man" Kata Nizar.

Lalu di Angsana, jalan jem disebabkan banyaknya kereta nak ke situ, ada jualan mega.

"Seronoknya Nizar, ada jualan mega, hri ni boleh kita pegi" Kata Syira.

Nizar mengangguk saja. Kemudian  mereka berhenti dan turun sebelum tiba Larkin, ada beberapa orang yang turun di situ. Dari situ, mereka berdua jalan kaki ke rumah Man dalam lingkungan setengah kilometer juga. Ada pemandu teksi yang tunggu orang turun dari bas, tapi mereka tak ambil teksi.

Sampai saja di rumah, pintu pagar terbuka dan di dalamnya ada Aboi dengan motosikalnya. Rupanya Man tak ada di rumah, Aboi kata Man ada hal dan suruh Aboi bukakan pintu rumah menyambut adiknya datang. Aboi kata, mungkin tak lama lagi Man balik. Syira dan Nizar masuk ke rumah manakala Aboi balik ke rumahnya.

Syira tengok rumah Man berselerak, begitulah rumah orang bujang. Sedang Syira basuh pinggan di dapur, Syira terdengar bunyi motosikal Man. Bila dijengah, rupanya Nizar yang start dan dah siap nak keluar dengan topi keledarnya.

"Nizar, nak ke mana tu ? Jangan mengada-ngada yer, kau tu tak ada lesen" Kata Syira.

"Pergi dekat jer, kat taman ni  jer". Kata Nizar.

Nizar terus keluar meninggalkan Syira keseorangan. Tak lama kemudian, Aboi datang semula dan bawa nasi ayam. Katanya Man telefon suruh hantar makanan tu.

"Terima kasih. Abang Man pergi mana yer ? Tak balik lagi". Tanya Syira.

"Tak tahulah, mungkin sekejap lagi kot". Kata Aboi.

"Okey, lagi satu, Syira risaulah. Nizar keluar dari tadi, dah dekat satu jam tak balik-balik. Ada jumpa dia ker ?" Tanya Syira.

"Tak ada pulak, nanti saya tengok-tengokkan". Kata Aboi.

Syira dalam kerisauan hari itu. Nizar entah ke mana. Dia tu bukan ada lesen moto. Abang Man pulak entah ke mana. Tapi tak payah desak Man baliklah. Syira mengemas rumah termasuk di dalam bilik tidur Man yang macam tongkang pecah  tu. Sedih juga hati Syira dibuatnya bila tengok bilik abangnya sebegitu. Kalau ada isteri, taklah teruk macam tu.

Sedang dia mengemas, di atas meja di bilik Man itu Syira jumpa satu album. Syira tertarik nak buka album itu kerana menyangka itu album Man. Bila Syira buka, album itu dipenuhi dengan gambar Yanti. Gemuruh rasa jantung Syira dibuatnya. Syira terus keluar kerana bimbang kalau Man tiba-tiba balik, sudah tentu Man tak suka Syira masuk ke biliknya. Bila rasa selamat, Syira selak satu persatu album itu dalam 30 keping gambar. Kesemuanya gambar Yanti bersama kawan-kawan perempuan. Dan ada juga 2 keping gambar Yanti bersama Man yang lokasinya Syira tak tahu. Syira percaya, album ini diberikan Yanti sewaktu mereka sedang hangat bercinta dulu.

Syira percaya, Man masih mengingati Yanti walaupun sudah terpisah dengan jurang yang amat jauh. Fikir Syira, kalau Man sudah mahu membuang Yanti, sudah tentu gambar-gambar itu dibakar saja. Satu lagi, album itu berada di atas meja, di sebelah atas. Tentu Man selalu tengok gambar itu sebagai pengubat rindu.

 Syira teringat Yanti yang sedang kursus di hotel di JB itu dan telefon Yanti.

"Kakak esok baru habis kursus, balik KL esok. Kalau nak jumpa kakak, malam ni boleh. Tapi apa-apa hal nanti kakak telefon semula. Takut kalau-kalau malam ni ada program pulak". Kata Yanti dalam perbulan itu.

Persoalan yang belum terjawab, ke mana Man pergi hari Sabtu itu, apa yang Man sibukkan. Nizar pun satu masalah juga, tapi apa nak buat, tunggu sajalah Syira di rumah. Patutnya dah boleh keluar jalan-jalan, ini Nizar pulak buat hal.

Apa cerita hasrat Syira nak rapatkan semula Yanti dan Man ? Berjaya atau tidak ? Macam ada benda yang payah juga...

...BERSAMBUNG KE EPISOD 58

Duduk Rumah Setinggan Pun Boleh Kawin Dua

Baru-baru ini saya ke satu kampung setinggan. Ada seorang lelaki bersalaman dengan saya. Dari cara dia tegur dan berbual dengan saya, nampaknya dia kenal saya. Saya pun rasa macam pernah jumpa orang itu tapi saya tengah fikirkan juga, di mana dan bila saya jumpa dengannya. Dia dalam lingkungan 40-an dan isteri dia dalam 20-an.

Masa balik tu, seorang tu beritahu saya. Lelaki itulah yang saya nikahkan isteri nombor dua tak berapa lama dulu. Saya tersenyum sendiri...... dalam hati saya, duduk rumah setinggan pun boleh nikah dua. Isteri kedua anak dara pula tu.

Itu yang duduk rumah setinggan pun kawin dua. Yang duduk banglo, duduk kondo ?... Jangan marah, sekadar bercerita.

15 Disember 2010

Nikah Tak Sampai Sebulan, Dah Bercerai


Terkejut juga saya, satu pasangan ni bercerai selepas nikah cuma 28 hari, tak sampai sebulan pun. Suami melafazkan cerai pada isteri dan disahkan oleh mahkamah Syariah dengan cerai talak satu.

Lelaki berusia 33 tahun manakala wanita berusia 29 tahun, kedua-duanya adalah perkahwinan kali pertama. Surat nikah dia pun masih baru dan tidak sedikit pun berlipat.

Kes Buang Bayi : Selangor Tertinggi, Johor Kedua


Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes pembuangan bayi berbanding negeri lain dari 2004 sehingga Khamis lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, negeri itu mencatatkan sebanyak 147 kes daripada keseluruhan 571 yang direkodkan di seluruh negara. Katanya, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan Johor menduduki tempat kedua dengan 113 kes.

Bapa Bakal Isteri Kedua Yang Uruskan Pernikahan Anak

Bapa kepada perempuan yang beria-ia uruskan pernikahan anaknya yang bakal jadi isteri  kedua. Mungkin cerita ini ada janggal sikit sebab biasanya dalam masyarakat kita, bapa larang anak perempuannya nikah dengan suami orang. Ada cerita tu pulak, bapa sampai tak mengaku anak bila anak nikah dengan suami orang. Tapi cerita ini lain pulak.

Bapa dia tolong uruskan banyak segi termasuk kelulusan mahkamah untuk bakal menantunya nikah lagi satu. Nak kata bakal menantu dia tu kaya, tak juga, biasa-biasa jer.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Proton Saga FL Pulak

SAGA FL

14 Disember 2010

Buaya Tembaga Teluk Cempedak

Buaya tembaga ditemui terdampar di pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Anakku Sazali Meninggal Dunia


Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.

13 Disember 2010

Lagi Tak Ada Duit Nikah Dengan Perempuan Bergaji Besar


Seorang lelaki ni bernikah dalam 2 bulan lalu dengan seorang guru berijazah. Kiranya gaji isterinya itu dalam RM 2,300 sebulan, kira besar juga tu. Lelaki pula di sebuah syarikat swasta, gaji dalam lingkungan RM 2,000 juga walaupun tidak memiliki ijazah.

Sebelum nikah, congak-congak, bolehlah isteri tolong bantu bayarkan sewa rumah, kereta dan lain-lain perbelanjaan. Selepas 2 bulan bernikah, barulah terbongkar cerita yang isterinya banyak hutang. Isterinya sudah buat dua pinjaman peribadi yang kena bayar dalam RM 1,000. Katanya sebahagian duit tu diberikan kepada abangnya untuk perniagaan abangnya. Mulanya abangnya janji nak bayarkan setiap bulan tapi hapah pun tak ada. Abang dia masuk jualan lansung (MLM)  jual minyak wangi dan lampu aladin dan bergelar jutawan tapi akhirnya bungkus gulung tikar.

Sebahagian lagi duit, diberikan pada pakciknya untuk baiki dan besarkan rumah di kampung, tapi akhirnya rumah tak siap seperti dijanjikan. Rumah tak siap, duit dah lesap. Kemudian isterinya kena bayar duit pinjaman pelajaran masa menuntut dulu, kena bayar dalam RM 250 sebulan. Kemudian isterinya pakai kereta baru buatan tempatan dengan bayar hampir RM 600 sebulan. Kereta ni dah dibeli sebelum berkahwin.

Maka campur semua sekali pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman pelajaran dalam RM 1,850 sebulan, banyak tu. Bila bernikah, suami ingatkan isteri boleh membantu dari segi kewangan. Maklumlah isteri seorang guru berijazah. Suami pula yang banyak bantu isteri termasuk tuangkan minyak kereta dan belanja makan di kantin sekolah bila gaji isteri dah luak.

Suami merungut juga kerana gaji dia seorang bukanlah besar sangat untuk hidup di bandar besar di JB. Katanya, isterinya sikit pun tak cerita segala hutang-hutangnya sebelum bernikah dulu. Sekarang suami kena bayar sewa rumah RM 600 sebulan, sewabeli kereta suami sejak sebelum kawin dalam RM 600 sebulan. Dia juga ada buat pinjaman ASB, potong insuran hayat dan ada buat pinjaman peribadi. Maka setiap bulan pasangan ini berada di paras kemiskinan tegar. Ini belum dapat anak lagi, nanti tentu meningkat perbelanjaannya.

Jadikan cerita ini sebagai tauladan........baik jadikan pengajaran, buruk jadikan sempadan.

Bangla Nak Kawin Amoi

Lelaki Bangla ni dah kerja kat sini dah masuk 5 tahun. Dia dalam proses nak kawin dengan wanita Cina yang baru saja masuk Islam. Kedua-duanya dah pergi kursus kahwin. Sekarang dalam beberapa proses sebelum menunggu detik hari bahagia mereka.

SELAMAT BERKAHWIN

Umur 71 Tahun Dituduh Kes Judi Nombor Ekor Kali Kedua

Seorang lelaki berpangkat 'atuk' berumur 71 tahun didakwa di Mahkamah Syariah Kluang minggu lepas kerana kesalahan berjudi nombor ekor. Ini merupakan kesalahan kali kedua, kes pertama beliau ditangkap pada tahun lepas.

Menyedari kes ini, saya berbincang dengan pendakwa dalam kes ini supaya memohon hukuman yang berat termasuk penjara. Dulu masa saya jadi pendakwa, kalau kes tangkapan kali kedua, kebiasaannya saya mohon penjara atas beberapa sebab. Antaranya kerana tidak serik dengan kes terdahulu. Bagaimanapun terpulang kepada hakim untuk mempertimbangkan hukumannya. Yang penting bagi pendakwa adalah memohon kepada mahkamah. 

Di mahkamah, apabila pendakwa memohon dipenjarakan, lelaki ini membuat rayuan. Katanya dia dah insaf dan mohon tidak dipenjarakan kerana dah tua dan serta sakit-sakit. Beliau didenda oleh mahkamah.

12 Disember 2010

Bernikah, Selepas Lahir Anak Usia 3 Bulan


Seorang perempuan berusia 18 tahun, pelajar sebuah kolej swasta bernikah baru-baru ini setelah melahirkan anak yang kini berusia 3 bulan. Lelaki pula usia 20-an yang belum bekerja tetap. Perempuan ini tidak tinggal bersama ibu bapa kerana belajar di kolej berkenaan dan tinggal di rumah sewa.

Kelahiran anak luar nikah ini mengejutkan keluarga perempuan seterusnya perempuan mengaku mempunyai hubungan degan seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan rumah sewanya. Seterusnya membawa kepada perkahwinan ini di Kluang.

Remaja Melayu Berpelukan dan Beromen di Pantai Cherating


Sekarang saya kat Pantai Cherating, Kuantan. Berhenti saja kereta, sepasang remaja Melayu kedua-duanya berbaju tshirt putih sedang duduk di kerusi mengadap laut sambil berpelukan. Saya ambil gambar dari dalam kereta, gambar dari belakang dia, tak nampak muka. Dia sikit pun tak perasaan, tak hirau orang sekeliling. Cuma saya terlupa bawa kable hp, tak dapatlah nak masukkan kat blog ni.

Tak jauh dengan dia tu ada satu keluarga sedang makan tengahari makan bekal yang dibawa dari rumah. Tak malu betul dia  tu, tak hormat orang lebih tua dan anak-anak yang masih kecil. Geram juga saya dibuatnya.

(Cherating, 1.55 ptg, 12 Dis10)