Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Disember 2010

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 57)


Mamak di kedai tu pandang saja pada Man dan Ustaz Khalil. Dari yang mamak tu tengok, orang berdua ni tentu sedang cerita satu perkara serius dan menyedihkan. Berbeza dengan orang lain yang asyik menonton bolasepak di skrin besar tu. Ustaz Khalil mendengar dengan baik satu persatu yang Man cerita. Ustaz Khalil nampaknya tak banyak bercakap mungkin kerana masih mamai baru bangun tidur tadi. Lama juga mereka berbual.

"Ustaz... Tolong ustaz. Ustaz tolong bersetuju dengan keputusan saya ini. Tolong ustaz". Kata Man.

Ustaz Khalil terdiam seketika, kemudian dia mengangguk tanpa berkata-kata. Pada ustaz Khalil, Man sudah ada keputusan dan meminta menerima keputusan itu. Kali ini bukan untuk meminta pandangan lagi. Maka ustaz Khalil harus akur dan tidak perlu ulas setuju atau tidak dengan keputusan Man itu.

"Tolong ustaz. Sekali lagi Man minta tolong. Harap ustaz jangan tak bersetuju dengan keputusan ini. Ini dah muktamad ustaz". Kata Man lagi seperti mahu menguat-nguatkan kata-katanya.

"Yer Man. Harap-harap, ini keputusan terbaik Man. Semua ini menentukan hala tuju dan masa depan hidup Man. Tapi Man....". Kata ustaz Khalil dan kata-katanya terhenti apabila disampuk Man.

"Apa ustaz ? Tapi apa ? ". Sampuk Man. Nafasnya tersekat, kemudian suaranya jadi sebak, lantas mengeluarkan air mata dan tangannya mengesat airmatanya.

"Tidak Man.. Maafkan saya. Tahniah dengan keputusan ini Man.  Harap-harap inilah keputusan terbaik Man". Kata ustaz Khalil seolah-olah menarik balik perkataan 'tapi' tadi.

"Ustaz... Man tiada orang lain tempat mengadu. Pada ustaz, Man luahkan semua ini. Tapi kalau ustaz sendiri tak bersetuju dengan keputusan Man ini, Man tak tahu hendak mengadu dan minta tolong siapa lagi. Man perlukan bantuan dan sokongan ustaz walaupun Man pada mulanya agak keberatan nak minta tolong lebih-lebih pada ustaz....." Kata Man.

"Yer Man. Insyaallah saya bantu Man demi untuk kebahagian hidup Man. Kalau inilah jalan yang Man pilih, Man harus tabah menghadapinya. Saya pasti Man dah bersedia menempuhnya". Kata Khalil.

"Insyaallah ustaz. Man dah fikir semasaknya dan Man sanggup hadapi apa rintangannya". Kata Man.

Mereka beredar dari kedai itu dalam jam 12.00 malam, lama juga mereka berbual, jejak satu setengah jam. Di rumah, ustaz Khalil ada rasa terkilan juga sebab Man desak dia bersetuju dengan keputusan Man. Dah tu, Man tak kasi dia pertikai keputusan itu. Sekali fikir, ustaz Khalil faham perasan Man ketika itu. Yer, kalau dia tak menyokong Man atau kata keputusan Man itu tidak tepat, pasti Man kecewa. Dah tentu menambah kekusutan hidupnya lagi.

Yer, bantuan yang Man mahukan itu ada yang payah juga tapi ustaz Khalil fikir dia harus bantu Man walaupun ini di luar tugasnya. Seperti kata Man tadi, tiada orang lagi tempat mengadu kecuali dirinya. Betul, keluarga dan mak ayah Man nampaknya belum tentu boleh bantu Man dalam perkara ini. Yer malam itu, ustaz Khalil janji nak bantu sekadar yang dia mampu. Dan sekali fikir lagi dia rasa memang dia mampu bantu Man sebab dia ustaz dan orang lebih hormat padanya.

Esoknya Syira dan Nizar dihantar bapanya ke stesen bas seawal jam 7.00 pagi lagi. Hari itu Sabtu, bimbang kalau bas ke JB tak ada tiket. Mereka dapat tiket bas ekspres jam 8.00 pagi. Perjalanan ke JB lancar saja di lebuhraya. Sepanjang perjalanan, Syira cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Syira tengok Nizar lansung tak tidur seolah-olah berangan-angan sesuatu.

"Nizar, jauh akak tengok kau mengelamun". Kata Syira.

"Tak apa, tak mengantuk". Jawab Nizar ringkas.

Syira kemudian telefon Man dan beritahu dia nak datang dan akan sampai tak berapa lama lagi. Man kata, dah sampai nanti terus saja ke rumahnya. Keluar dari lebuhraya, bas melalui simpang Skudai dan nampak penunjuk arah UTM Skudai.

"Kak. Nizar kalau dapat nak masuk UTM JB nanti". Kata Nizar.

"UTM ? Kenapa nak pilih UTM ?" Kata Syira.

"Nanti tak payah duduk asrama. Duduk dengan abang Man saja. Nanti boleh mintak abang Man belikan moto". Jawab Nizar.

"Ishhh, kan jauh rumah Man dengan UTM tu. Abah mesti tak kasi kau bawak moto kat JB. Ni bukan kampung, sini jalan sibuk, bahaya". Kata Syira.

"Tak ada bahayanya, biasalah tu. Kalau duduk JB, malam-malam boleh kerja jual burger dengan abang Man" Kata Nizar.

Lalu di Angsana, jalan jem disebabkan banyaknya kereta nak ke situ, ada jualan mega.

"Seronoknya Nizar, ada jualan mega, hri ni boleh kita pegi" Kata Syira.

Nizar mengangguk saja. Kemudian  mereka berhenti dan turun sebelum tiba Larkin, ada beberapa orang yang turun di situ. Dari situ, mereka berdua jalan kaki ke rumah Man dalam lingkungan setengah kilometer juga. Ada pemandu teksi yang tunggu orang turun dari bas, tapi mereka tak ambil teksi.

Sampai saja di rumah, pintu pagar terbuka dan di dalamnya ada Aboi dengan motosikalnya. Rupanya Man tak ada di rumah, Aboi kata Man ada hal dan suruh Aboi bukakan pintu rumah menyambut adiknya datang. Aboi kata, mungkin tak lama lagi Man balik. Syira dan Nizar masuk ke rumah manakala Aboi balik ke rumahnya.

Syira tengok rumah Man berselerak, begitulah rumah orang bujang. Sedang Syira basuh pinggan di dapur, Syira terdengar bunyi motosikal Man. Bila dijengah, rupanya Nizar yang start dan dah siap nak keluar dengan topi keledarnya.

"Nizar, nak ke mana tu ? Jangan mengada-ngada yer, kau tu tak ada lesen" Kata Syira.

"Pergi dekat jer, kat taman ni  jer". Kata Nizar.

Nizar terus keluar meninggalkan Syira keseorangan. Tak lama kemudian, Aboi datang semula dan bawa nasi ayam. Katanya Man telefon suruh hantar makanan tu.

"Terima kasih. Abang Man pergi mana yer ? Tak balik lagi". Tanya Syira.

"Tak tahulah, mungkin sekejap lagi kot". Kata Aboi.

"Okey, lagi satu, Syira risaulah. Nizar keluar dari tadi, dah dekat satu jam tak balik-balik. Ada jumpa dia ker ?" Tanya Syira.

"Tak ada pulak, nanti saya tengok-tengokkan". Kata Aboi.

Syira dalam kerisauan hari itu. Nizar entah ke mana. Dia tu bukan ada lesen moto. Abang Man pulak entah ke mana. Tapi tak payah desak Man baliklah. Syira mengemas rumah termasuk di dalam bilik tidur Man yang macam tongkang pecah  tu. Sedih juga hati Syira dibuatnya bila tengok bilik abangnya sebegitu. Kalau ada isteri, taklah teruk macam tu.

Sedang dia mengemas, di atas meja di bilik Man itu Syira jumpa satu album. Syira tertarik nak buka album itu kerana menyangka itu album Man. Bila Syira buka, album itu dipenuhi dengan gambar Yanti. Gemuruh rasa jantung Syira dibuatnya. Syira terus keluar kerana bimbang kalau Man tiba-tiba balik, sudah tentu Man tak suka Syira masuk ke biliknya. Bila rasa selamat, Syira selak satu persatu album itu dalam 30 keping gambar. Kesemuanya gambar Yanti bersama kawan-kawan perempuan. Dan ada juga 2 keping gambar Yanti bersama Man yang lokasinya Syira tak tahu. Syira percaya, album ini diberikan Yanti sewaktu mereka sedang hangat bercinta dulu.

Syira percaya, Man masih mengingati Yanti walaupun sudah terpisah dengan jurang yang amat jauh. Fikir Syira, kalau Man sudah mahu membuang Yanti, sudah tentu gambar-gambar itu dibakar saja. Satu lagi, album itu berada di atas meja, di sebelah atas. Tentu Man selalu tengok gambar itu sebagai pengubat rindu.

 Syira teringat Yanti yang sedang kursus di hotel di JB itu dan telefon Yanti.

"Kakak esok baru habis kursus, balik KL esok. Kalau nak jumpa kakak, malam ni boleh. Tapi apa-apa hal nanti kakak telefon semula. Takut kalau-kalau malam ni ada program pulak". Kata Yanti dalam perbulan itu.

Persoalan yang belum terjawab, ke mana Man pergi hari Sabtu itu, apa yang Man sibukkan. Nizar pun satu masalah juga, tapi apa nak buat, tunggu sajalah Syira di rumah. Patutnya dah boleh keluar jalan-jalan, ini Nizar pulak buat hal.

Apa cerita hasrat Syira nak rapatkan semula Yanti dan Man ? Berjaya atau tidak ? Macam ada benda yang payah juga...

...BERSAMBUNG KE EPISOD 58

4 ulasan:

  1. adapun sambungannya..tapi tetap kena tunggu sambungan seterusnya....

    BalasPadam
  2. salam...saya suka ikot cerita tuan. tapi harap ade limit episod sebab dah macam sinetron indonesia lak..

    BalasPadam
  3. wat novel leh ustaz?leh jadi buku n laris ni..hehe

    BalasPadam
  4. sy tertekannn..huwaaa bile nak habis

    BalasPadam

Dipersilakan komen.