30 November 2012
Bernikah Semula Selepas Dua Tahun Bercerai
Pagi Jumaat, penghulu segala hari ini, satu pasangan dinikahkan. Lelaki 30-an seorang peniaga manakala isterinya pembantu kedai juga 30-an. Dua tahun lepas mereka berdua bercerai setelah 8 tahun bergelar suami isteri. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak, kesemuanya perempuan.
Hari ini, pasangan ini melupakan kisah suka duka sewaktu menerima gelaran janda dan duda. Semoga pernikahan kali ini dirahmati dan diberkati oleh Allah Taala. Aminnn.
25 November 2012
Mau Kasi Saya 'Stim"
Saya ke kedai sukan nak cari dan beli getah ping pong, kayu dia saya bawak. Lepas pilih getah, saya minta taukey kedai Cina tu gam dan potongkan. Tapi dia tak potong terus, dia pegi tunjuk kayu pulak yang pelbagai jenis. Alamak... dalam hati saya, bukan saya nak beli kayu, nak beli getah jer.
Lepas dia susun kayu tu banyak-banyak depan saya, saya pun tengok satu-satu. Taukey tu pulak pegi buat kerja lain, dia layan pelanggan lain pulak. Saya nak cepat, jangan nanti kereta saya kena saman polis sudahlah.
"Taukey... kasi cepat sikit boleh ker ?". Kata saya.
"Haiyaaa.... gua tunjuk you itu kayu, mahu kasi u stim dulu". Kata taukey tu.
Hahahaaa... dia ingat boleh stim ker tengok itu kayu macam tu.
21 November 2012
Cerita Kereta Lelong Kastam: BMW (Episod 13)
Masa member saya naik atas pegi ambil borang tadi, saya dok pasang angan-angan. Wahhhh... seronoh pakai BMW walaupun bukan baru dan bukan mahal macam orang lain. Yang penting tu BMW jenama terkenal. Begitulah angan-angan saya.
Saya tersentak dari lamunan yang seakan terlelap melayan sejuk aircond kereta tadi. Terjaga bila member buka pintu sebelah pemandu. Saya nampak member tu dalam keadaan cemas, macam kena kejar lembu pun ada.
"Alamakkkkkkk...." Kawan saya tu mengeluh panjang.
Hairan juga saya, kenapa yer ?..... Rupanya hari ini adalah tarikh tutup lelong. Maknanya dalam lebih kurang 15 minit saja lagi lelongan akan tutup. Mana boleh kautim dah kalau ini macam. 15 minit mana sempat, nak buat bank draf kat bank lagi, bank bukan dekat. Lepas tu nak pusing balik dan hantar borang dah makan dekat satu jam, mana boleh siap.
"Tadi saya nak mintak borang, orang kastam macam hairan. Rupanya hari ni tarikh tutup. Orang kastam nak tolong juga tapi bila orang kastam tanya ada ker tak bank draf, saya kata belum buat. Jadi kastam tak boleh tolonglah...." Cerita kawan saya tu.
Saya Terima Ketentuan Itu
Ermmmm.... daripada angan-angan melangit nak dapat BMW, terpaksalah lupakan saja. Tapi tahulah apa perasaan saya waktu tu, macam kita mengorat anak dara tapi rupanya anah dara tu dah bertunang, begitulah perasaan saya waktu tu. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah menentukan.
Ada Hikmah Disebaliknya
Saya sedar dan menyorot kembali kenangan silam. Yer betul... kita ini manusia, mana pernah rasa puas. Dulu kita tak ada harta, jawatan, pangkat. Tapi bila kita sudah ada itu semua, kita tetap tak akan puas. Ibarat saya dulu dapat kereta Honda dari Kastam dan masih baik, cantik dan laju, tapi tetap tak akan puas. Mengorat BMW pulak konon... tapi akhirnya tak kesampaian.
Alhamdulillah juga ini berlaku dan saya anggap ada hikmah disebaliknya. Saya mula terfikir, kalau saya pakai BMW tu yang pada zahirnya lebih gah dari Honda saya tapi kita tak tahu hati dan budi BMW tu. Jantung dia macam mana, buah pinggangnya, tekanan darahnya, kencing manisnya, semua belum kita tahu. Saya cuma lihat luarannya saja, yang dalaman belum tentu.
Kalau kita manusia nampak sihat, makan banyak, muka hensem, tapi ada yang mati mengejut kerana sesak nafas. Rupanya kena serangan jantung secara tiba-tiba. Begitu jugalah kereta, kita belum tahu sangat. Kereta ini entah apa cengkadak dia, berapa lama tersadai, kenapa dia tersadai dan apa penyakit dia. Sedangkan isteri pertama saya, saya dah kenal malah saya dah ulik dia beberapa tahun. Tahu kerenah dia, angin pasang dia, tekanan darah dia dan bila masa dia suka mintak duit saya.
Jangan Kecewa
Kepada rakan-rakan saya yang banyak bertanya pasal lelong ni pada saya melalui email dan FB, saya nak beri nasihat sikit. Semoga nasihat ku ini dapat memberi pengajaran kepada hidup mu, Combi.(seperti nasihat Kasim Selamat)
Iaitu, jangan putus asa kalau kita tak berjaya. Sebaliknya anggaplah kegagalan ini sebagai motivasi diri. Begitu juga dalam tulisan saya berkaitan lelong rumah, saya pernah frust menonggeng dan tekup bantal kat kepala. Tapi itu hanya sementara, berkat kesabaran saya, saya akhirnya berjaya mendapat yang lebih baik dari itu selang beberapa bulan selepas itu. Alhamdulillah...
...BERSAMBUNG KE EPISOD 14
http://ustazkhalil.blogspot.my/2013/07/kereta-lelong-kastam-tarikh-tutup-15.html
http://ustazkhalil.blogspot.my/2013/07/kereta-lelong-kastam-tarikh-tutup-15.html
20 November 2012
Forum Perdana: Dato' Hj. Noh Gadut, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Imam Muda (Astro) Ahmad Hazran di Kluang Jumaat 23 Nov
Ahli Panel:
Dato' Hj. Noh bin Gadut.
(Penasihat MAIJ)
Dr. Ridhuan Tee bin Abdullah.
(Pendakwah Bebas)
Imam Muda Ahmad Hazran bin Ahmad Kamarul.
(Imam Muda Astro)
Pengerusi Forum:
Ustaz Mohd Khalil b. Mohd Noor
(Kadi Kluang)
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
19 November 2012
Hidup Menuju Kemusnahan Kerana Seks Bebas, Cerita Pengidap HIV
Seorang lelaki 30-an, masih bujang, kerja di sebuah syarikat dengan pendapatan bulanan antara 4,000-5,000 sebulan. Kerjanya pula memerlukan dia pergi ke beberapa negeri beberapa hari dan bermalam di hotel di negeri berkenaan.
Terpengaruh Dengan Kawan-kawan
Kerjanya pula ramai kawan yang dari tempat lain dan ada yang kaki perempuan. Pada mulanya dia macam takut-takut, tapi akhirnya dia terjebak. Kebiasaannya, mereka 2-3 orang lelaki akan membawa perempuan balik ke hotel dengan bayaran tertentu. Bayarannya pula bukanlah setinggi mana dan tiada masalah untuknya mengeluarkan wang itu tujuan itu.
Gadis Remaja
Bila ditanya, lingkungan umur perempuan tersebut, lelaki ini kata, kebiasaannya yang umur belasan tahun dan awal 20-an. Mencari perempuan begini bukanlah susah sebab kawannya sudah biasa. Lama kelamaan, dia pula yang biasa mencari perempuan sendiri sekiranya kawannya tidak ada.
"Berkenaan bayaran ini, tak tahulah nak cerita. Rasanya dia orang tak kisah soal bayaran sebab yang penting enjoy dan dapat belanja makan dan top up telefon". Ceritanya.
Ramai Sangat Perempuannya
Bila ditanya, berapa ramaikah perempuan yang dia sudah langgan, jawabnya tak ingat. Bila dicadangkan angka 10, atau 20, atau 50, jawab dia hampir-hampir 50 orang dah. Katanya semua peringkat umur dari remaja hingga 40-an tapi yang ramainya remaja lagi.
Katanya, sudah pelbagai bangsa tapi yang ramainya adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Ditanya lokasinya di mana, dia beritahu 3 bandar besar yang dia biasa pegi. Semuanya di negara kita, di semenanjung ini juga. Ditanya hotel apa, dia tak berapa pasti tapi dia sebuatlah jalan apa dan berdekatan apa.
Katanya, bukan susah nak cari perempuan sebab dalam beberapa keadaan, perempuan itu akan cari lelaki dengan pelbagai cara. Katanya lagi, masa buat 'projek' dia tak semestinya pakai stokin. Ini bukan stokin biasa yer. Masa tu, nak pakai, pakai, taknak pun tak kisah.
Jatuh Sakit
Lelaki ini tidak tahu apa sakit yang dihidapinya. Badan dia kurus sehingga lebih 15 kg secara tiba-tiba. Dulu beratnya hamipr 70 kg, sekarang jadi lebih 55 kg saja. Ada orang kata dia makan ubat kurus tapi dia tak pun.Bila ditanya, adakah dia selera makan dan minum dan tidur nyenyak. Katanya semuanya macam biasa saja.
Satu hari itu dia demam, mulanya ingatkan demam biasa. Tapi demamnya melarat lebih seminggu, kemudian baik seperti sediakala. Dia menyambung kerja seperti biasa. Begitulah hidup dia, dia rasakan dia tak sakit apa-apa yang kritikal.
Nak Nikah
Lelaki ini hendak menamatkan zaman bujang yang penuh 'buaya' itu. Dia nak kawin dengan seorang gadis kampung, dari keluarga orang baik-baik. Maka dia memperlihatkan budibahasa yang tinggi pada bakal bapa dan mak mertua dia. Dia dipuji oleh masyarakat di kampung itu.
Periksa HIV
Diringkaskan cerita, lelaki ini disahkan mengidap HIV. Diringkaskan lagi cerita, akhirnya perempuan ini bernikah dengan lelaki yang dia sudah tahu ada HIV selepas diberikan khidmat nasihat oleh pakar HIV. Diringkaskan lagi cerita, maka tamatlah cerita ini.
Orang tua-tua berpesan,
"Segala yang baik dari cerita ini, jadikanlah pengajaran dan yang buruk itu jadikan sempadan".
Sama-sama Kita Renungkan
Yer, betul..... Kita dulu berada dalam kandungan ibu kita kira-kira 9 bulan lamanya. Selepas itu kita lahir sebagai anak yang tiada dosa seperti kain putih. Kemudian ibu dan bapa kita yang mendidik dan memberi pelajaran pada kita. Lepas itu kita dewasa, kita tentukan ke mana haluan kita. Kita tahu apa dia dosa, apa pahala. Orang berzina, main judi dan minum arak tahu yang zina, judi dan arak itu dosa. Tapi tetap ada juga yang pilih dosa dan terjebak dalam lembah kehinaan ini.
Hidup kita hanya sementara, seperti kita dari JB hendak ke KL, kita singgah di R&R Ayer Keroh Melaka untuk makan, toilet dan isi minyak kereta kita. Kita tak akan terus berhenti di R&R Ayer Keroh itu, sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke KL. Begitulah dengan hidup kita tuan-tuan dan puan-puan... kita hidup di dunia ini hanya tempat persinggahan sementara saja seperti R&R tadi, kita akan teruskan perjalanan hidup kita.
Setiap yang hidup pasti akan mati, tidak perlulah kita berhujah untuk menafikan kematian. Sehebat manakah kita.... sekaya manakah kita.... sebesar manakah pangkat kita.... kita pasti akan mati. Kita akan masuk ke lubang kubur juga. Segala harta, pangkat dan kekayaan akan ditinggalkan kepada yang hidup. Antaranya isteri atau suami kita, juga anak-anak. Yang kita bawa ke lubang kubur apa ? Jawapannya amalan kita di dunia akan dikira satu persatu. Amal baik akan dibalas baik, amal buruk dan jahat dkan dibalas jahat.
Berapa lama kita berada di dalam kubur ? Entah berapa ratus atau ribu tahun, entah bila. Jadi kalau kita lapang dan bahagia di alam kubur kita, selama mana pun, kita akan bahagia di sana dan tidak kisah selama mana kita di sana. Tapi kalau kita disiksa di kubur, maknanya berapa tahun kita akan meraung kesakitan dengan siksaan itu ? Renungkanlah....
Apabila malaikat Izrafil yang tugasnya meniup sangkakala, orang yang banyak amal baiknya akan dibangkitkan dalam keadaan yang gembira dan tenang. Sebaliknya orang yang sewaktu hidupnya di dunia dulu jahat, maka di padang Mahsyar nanti dia akan tersika lagi.
Selepas itu, ke mana perjalanan mereka ? Syurga atau neraka ?
Kembali Kepada Kisah Tadi
Sama-sama kita renungkan, adakah perempuan-perempuan yang hampir 50 orang ini adalah pengidap HIV juga ? Bagaimana dengan kawan-kawan dia termasuk yang ajak dia buat jahat dulu ? Juga kawan dia yang dulu baik tapi jadi jahat sebab dia yang ajar orang ni jadi jahat. Adakah mereka juga pengidap HIV ?
Jawapannya, selagi tak periksa darah untuk HIV, tak tahu keputusannya. Kalau setakat nak periksa kandungan gula atau kolestrol dalam darah, rasanya tak dapat tahu dia ada HIV.
Sama-sama Kita Renungkan
Yer, betul..... Kita dulu berada dalam kandungan ibu kita kira-kira 9 bulan lamanya. Selepas itu kita lahir sebagai anak yang tiada dosa seperti kain putih. Kemudian ibu dan bapa kita yang mendidik dan memberi pelajaran pada kita. Lepas itu kita dewasa, kita tentukan ke mana haluan kita. Kita tahu apa dia dosa, apa pahala. Orang berzina, main judi dan minum arak tahu yang zina, judi dan arak itu dosa. Tapi tetap ada juga yang pilih dosa dan terjebak dalam lembah kehinaan ini.
Hidup kita hanya sementara, seperti kita dari JB hendak ke KL, kita singgah di R&R Ayer Keroh Melaka untuk makan, toilet dan isi minyak kereta kita. Kita tak akan terus berhenti di R&R Ayer Keroh itu, sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke KL. Begitulah dengan hidup kita tuan-tuan dan puan-puan... kita hidup di dunia ini hanya tempat persinggahan sementara saja seperti R&R tadi, kita akan teruskan perjalanan hidup kita.
Setiap yang hidup pasti akan mati, tidak perlulah kita berhujah untuk menafikan kematian. Sehebat manakah kita.... sekaya manakah kita.... sebesar manakah pangkat kita.... kita pasti akan mati. Kita akan masuk ke lubang kubur juga. Segala harta, pangkat dan kekayaan akan ditinggalkan kepada yang hidup. Antaranya isteri atau suami kita, juga anak-anak. Yang kita bawa ke lubang kubur apa ? Jawapannya amalan kita di dunia akan dikira satu persatu. Amal baik akan dibalas baik, amal buruk dan jahat dkan dibalas jahat.
Berapa lama kita berada di dalam kubur ? Entah berapa ratus atau ribu tahun, entah bila. Jadi kalau kita lapang dan bahagia di alam kubur kita, selama mana pun, kita akan bahagia di sana dan tidak kisah selama mana kita di sana. Tapi kalau kita disiksa di kubur, maknanya berapa tahun kita akan meraung kesakitan dengan siksaan itu ? Renungkanlah....
Apabila malaikat Izrafil yang tugasnya meniup sangkakala, orang yang banyak amal baiknya akan dibangkitkan dalam keadaan yang gembira dan tenang. Sebaliknya orang yang sewaktu hidupnya di dunia dulu jahat, maka di padang Mahsyar nanti dia akan tersika lagi.
Selepas itu, ke mana perjalanan mereka ? Syurga atau neraka ?
Kembali Kepada Kisah Tadi
Sama-sama kita renungkan, adakah perempuan-perempuan yang hampir 50 orang ini adalah pengidap HIV juga ? Bagaimana dengan kawan-kawan dia termasuk yang ajak dia buat jahat dulu ? Juga kawan dia yang dulu baik tapi jadi jahat sebab dia yang ajar orang ni jadi jahat. Adakah mereka juga pengidap HIV ?
Jawapannya, selagi tak periksa darah untuk HIV, tak tahu keputusannya. Kalau setakat nak periksa kandungan gula atau kolestrol dalam darah, rasanya tak dapat tahu dia ada HIV.
Sekian.
14 November 2012
Nikah Dengan Guru Tadika Anak, Isteri kedua
Seorang lelaki umur 40-an sudah ada isteri 40-an dan beberapa orang anak. Lelaki ini kerja adalah kerjanya dengan pendapatan dalam 5,000 sebulan.
Diringkaskan cerita, akhirnya lelaki ini bernikah dengan guru tadika tempat anaknya sekolah tadika. Isteri kedua ini umur 20-an dan masih anak dara. Mereka berkenalan pun di sekolah tadika ini iaitu selalu hantar dan ambil anaknya sekolah.
Mereka nikah senyap-senyap dan beberapa bulan lepas nikah, barulah isteri pertamanya tahu.
11 November 2012
Dua Lelaki Islam Sedang 'Servis' Pelacur Dicekup
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, berdasarkan aduan diterima seramai 10 anggota Jaij dan pegawai Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan serbuan.
“Hasil serbuan itu, dua pasangan berjaya diberkas di dua bilik berasingan. Serbuan di bilik pertama, Jaij berjaya tahan lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun yang beragama Islam bersama pasangannya bukan Islam berusia 42 tahun.
“Lelaki Indonesia itu sudah berkahwin dan telah melanggan pelacur wanita dengan bayaran sebanyak RM30.
“Manakala, di bilik kedua, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama seorang pelacur bukan Islam berusia 44 tahun turut ditahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,
semalam.
Mohd Khalil berkata, lelaki Melayu yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang dari Mersing datang ke Kluang untuk melanggan pelacur.
"Aktiviti pelacuran di hotel berkenaan akan menjadi rancak setiap kali tiba waktu gaji apabila ramai pelanggan akan datang ke hotel tersebut.
“Ini kerana hotel itu menawarkan harga murah bagi sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pelacur.
“Bagaimanapun, pihak Jaij akan mengadakan operasi seumpama ini sepanjang masa bagi menangani masalah pelacuran di daerah ini.
“Hasil soal siasat dijalankan, kedua-dua lelaki itu akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Manakala kedua-dua wanita yang ditahan itu dibebaskan selepas keterangan diambil kerana mereka bukan Islam,” katanya lagi.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 10 Nov 2012)
09 November 2012
Entah Macam Mana Isteri Boleh Tahu Dia Dah Nikah (Episod 2)
Si suami tersenyum sendiri sambil sedawa turun ari lif kondo menuju ke kereta. Sebab apa senyum ? Yer le, baru lepas jumpa isteri muda. Tadi dia pesan kat isteri pertama, dia balik lewat sebab bos dia suruh buat kerja luar. Lega rasa dalam hati, aktiviti dia lepas kerja ini tidak dihidu isteri tuanya. Sebenarnya, dari pukul 5 lepas kerja hingga jam 6.30 petang, suami menggilap isteri mudanya.
Terkantoi
Sampai saja kat kereta, dia tekan saja alarm kereta, terdengar isteri dia jerit. Pandang ke sebelah kiri kat kereta orang lain, rupa-rupanya isteri dia dengan seorang lelaki. Lelaki itu pula adalah adik ipar dia. Mampusssss kali ni.....
Tak sempat dia kata apa-apa, isteri dia terus serang dan pukul dengan beg tangan beberapa kali. Adik ipar dan pengawal keselamatan memerhatikan saja. Bila dah kecoh, ramai lagi orang situ perhatikan, sampai si suami naik malu.
Suami sampai dah tak boleh kata apa.
"Sabar ayang, sabar....". Itu jer yang dia dapat kata.
"Ooooo... awak cakap ada kerja ada kerja, rupanya awak ke rumah perempuan sundal ni....." . Kata isteri dia naik angin.
Malu muka betul si suami, sampai tak boleh sorok kat mana.
"Saya nak awak ceraikan saya, awak ceraikan saya sekarang !" Kata isteri dia.
"Sabar ayang, sabar, kita bincang kat rumah... malu orang tengok". Kata suami.
"Oooooo malu yer. malu ! Awak ni muka tak malu. Suami tak malu, penipu !". Kata isteri.
Diringkaskan cerita, suami start kereta dan balik ke rumah seorang diri. Rumah dalam 15 km dari situ. Dalam kereta tu, suami dok fikir, apalah akan jadi kat rumah nanti. Mesti lagi gempa bumi dibuatnya.
Tapi suami ada idea, dia suka tengok cerita Madu Tiga dan suka baca Blog Kadi Kluang walaupun dia tak pernah jumpa dan tak pernah kenal Kadi Kluang. Dia ingatkan semula, apa lakonan P.Ramlee, tapi kalau dia buat tu, mesti isteri dia tahu sebab isteri dia pun peminat P.Ramle. Tapi dia tahu, blog kadikluang isteri dia tak pernah baca.
Hasrat nak balik rumah tak jadi, tapi dia singgah kedai mamak dulu, cari idea sambilminum teh tarik. Ini jangan main-main punya, boleh mati jadinya ni kalau tak kena gaya.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3
08 November 2012
Pelaburan Kayu Gaharu, Untung Besar Wooo....
Semalam saya pergi ke satu tempat dan ada jualan di situ. Lebih kurang, orang itu menawarkan pelaburan wang ringgit untuk dapat untung besar dengan penanaman kayu gaharu. Katanya, syarikat itu boleh ususkan pinjaman kepada sesiapa yang berminat seterusnya akan dilaburkan dalam skim gaharu ini.
Adakah Ini Tidak Salah ?
Tidakkah memungut wang dari orang ramai untuk dibuat pelaburan adalah satu kesalahan ? Kalau salah, tindakan perlu diambil segera. Jangan sampai nanti ramai orang dah masuk dan jumlahnya ratusan juta, baru tindakan diambil.
Penipuan Pelaburan Emas, Lintah, Cacing danStevia
Dalam minggu ini sahaja, kerajaan telah bertindak termasuk pendakwaan kepada sendikit pelaburan haram ini. Antaranya dan paling banyak adalah emas. Kemudian skim lintah, cacing dan hari ini stevia. Baguslah tu, tindakan tegas sudah diambil.
Tahukah kita apa itu stevia. Pelik namanya yer, dan kalau nak tahu lanjut, malam ni datanglah ke hotel sekian untuk dapatkan penerangan. Malam itu juga yang datang akan teruja. Kononnya penanaman stevia ini akan menggantikan gula yang jadi penyebab sakit kencing manis.
Dulu dah ramai kena tipu, antaranya skim ikan arowana, ikan patin, ketam batu, serai dan lain-lain.
Apa Cerita Skim Haji Jasman ?
Saya tak tahu apa cerita skim Hj Jasman. Adakah ini penipuan atau tidak. Yang pasti, kita tak dengar lagi tangkapan atau pendakwaan. Kenapa ? Sedang kumpul maklumat atau bukti ? Kalau skim ini adalah penipuan, sepatutnya didakwa.
Atau skim ini betul ? Entah.... mana saya tahu. Yang pasti, saya dah dengar skim ini lebih dari dua tahun tapi tak jelas apa kesudahannya.
Skim Pelaburan Gaharu
Saya tak tahu apakah melabur dan kasi duit pada seseorang yang ditemui di dalam suatu ekspo adalah satu kesalahan atau tidak. Saya pun tak tahu, adakah ada laporab polis atau kepada Bank Negara terhadap skim ini. Cuma yang saya boleh baca, skim ini sama saja macam skim cacing, stevia, lintah dan lain-lain yang saya dah sebut tadi.
Bukan apa, saya bimbang, nanti orang kita nakkan untung saham gaharu. Akhir kesudahannya nanti duit entah ke mana, jadi tergaru-garu pulak mengenangkan pokok gaharunya. Untung besar katanya, rupanya ketua dan ahli sendikit yang untung besar, pelabur tergaru-garu kena kayap.
06 November 2012
Contoh Teknik Bila Dah Kantoi, Isteri Tau Suami Dah Nikah Lagi
Jangan main-main kalau isteri tau kita dah kawin lagi.... Sampai tak boleh cerita punya dahsyat. Perang besar jadinya yang lebih dahsyat dari Perang Bosnia, Perang Iraq, Perang Korea atau Perang Afghanistan bila isteri tahu suami dah bernikah. Suami 40an bernikah dengan gadis 20-an sedangkan dia masih ada isteri umur 40an.
Suami kerja swasta dengan gaji lebih kurang RM 3,000. Isteri pertama kerja kerani gaji dalam hampir 2,000. Manakala isteri baru lagi cun dan bergetah tu, kerja swasta gaji lebih RM 2,000. Perkahwinan dengan isteri pertama dikurniakan beberapa orang anak dan hidup pasangan ini bahagia. Tapi, bahagia-bahagiapun, suami pegi nikah lagi satu. Yerlah, bahagia ini terlalu luas hendak ditafsirkan. Mungkin dah bahagia nak cari lebih bahagia lagi kot.
Semuanya Sudah Berlaku
Apapun nak kata, lelaki ini bernikah dengan isteri baru tanpa pengetahuan isteri pertama. Ada juga kawan-kawan nasihat supaya beritahu isteri, tapi dia taknak buat. Dia tahu isteri dia macam mana, kalau angin kus-kus datang, boleh terbalik satu rumah jadinya. Itu yang dia nikah saja. Macam satu tulisan kat blog saya juga kot. mungkin dia belajar kat sini, KLIK SINI.
"Tak tahulah ustaz, macam mana saya boleh bernikah lagi. Inilah yang dikatakan suratan takdir.". Kata lelaki ini.
Nikah pula di 'seberang' dan ada sijil. Suami rahsiakan lama juga, hampir setahun. Rumah isteri pertama dan kedua dalam daerah yang sama. Suami pula hampir setiap hari tidur malam di rumah isteri pertama. Dia ke rumah isteri kedua kejap-kejap saja macam orang periksa meter air atau eletrik.
Duduk pula di rumah kondo, kira line clearlah tu. Kalau pembantu rumah anda dari Indon baru masuk sini, jangan diajar cakap kondo, nanti lain bunyinya. Dulu pembantu rumah saya baru masuk, dia tambah huruf 'm' di hujungnya, lain bebenor bunyinya.
....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA.
05 November 2012
Bolasepak Johor Bakal Menggegarkan Liga Malaysia
Bekas penyerang Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza akan bersama Johor dalam kancah Liga Malaysia musim 2013. Peminat-peminat bolasepak Johor gembira dengan perkembangan ini yang mengharapkan pasukan ini menjadi pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, pasukan Johor gagal menunjukkan persembahan yang memberansangkan dan berada di tangga ke bawah.
Penyerang kelab Liga Sepanyol, Getafe CF yang dipinjam selama semusim itu tidak berselindung mengenai misi utama kehadirannya dalam Liga-M iaitu muncul penjaring terbanyak sekali gus memenangi Kasut Emas.
Penyerang kelab Liga Sepanyol, Getafe CF yang dipinjam selama semusim itu tidak berselindung mengenai misi utama kehadirannya dalam Liga-M iaitu muncul penjaring terbanyak sekali gus memenangi Kasut Emas.
Guiza, 32, pernah muncul pemenang Kasut Emas La Liga ketika mewakili Real Mallorca pada musim 2008 dengan menjaringkan 27 gol daripada 37 perlawanan sekali gus membuka ruang mewakili Sepanyol dalam Piala Eropah 2008 dan La Roja muncul juara kejohanan berprestij itu.
Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang diterajui oleh Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor. Belum pun kejohanan bermula, rakyat Johor sudah mula bersemangat untuk melihat pasukan Johor beraksi.
02 November 2012
Ramai Anak Dara Belum Kawin dan Nak Cari Jodoh
"Tuan, tolong carikan saya jodoh yang sesuai". Kata seorang gadis.
Dia ni kerja kerajaan, umur 30-an dah nak masuk umur 40. Nak kata muka tak cantik, tak juga. Bukan orang tak minat kat dia, tapi ada saja alasan. Antaranya jawatan tak setinggi dia. Dia ada ijazah dan orang tahu dia ada ijazah.
Bercinta dan Putus Cinta
"Terus teranglah tuan... sebelum ini pun saya pernah bercinta, dah tak ada jodoh" Katanya.
Bila bab ini, saya tak perlulah cungkil rahsia orang dan biarlah rahsia seperti kata Siti Norhaliza.
Saya Percaya Kepada Ustaz
Seorang lagi, juga umurnya 30-an, ceritanya hampir sama. Masih anak dara dan berjawatan tapi belum ada teman hidup. Tapi, dia ini saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab ada satu ayat yang membuatkan saya terdiam.
"Saya percaya kepada ustaz dan harap ustaz jangan masukkan cerita ini dalam blog ustaz.". Kata perempuan ini.
Okeylah, saya tak masukkan cerita dia. Cuma saya nak beritahu cerita ini kat blog saya tanpa mengaitkan identiti dia. Mulanya pening juga saya memikirkan. Yer ler, dia minta saya carikan jodoh tapi dengan cara senyap-senyap.
Sekadar Nak Bercerita
Bukanlah senang nak carikan jodoh untuk orang lain sebab minat dan kehendak setiap orang berbeza. Di jalanraya saja ada pelbagai jenama kereta, maknanya bukan satu model saja yang orang suka. Siaran tv pun sekarang ada berpuluh-puluh dan bukan semua rumah buka channel yang sama.
Orang kita selalu sebut, "jodoh itu di tangan Tuhan". Atau "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".
Di Mana Kita Sekarang ?
Apa-apa pun, kesimpulan yang saya nak cerita adalah, ramai gadis di negera kita sekarang belum berkahwin. Tidakkah fenomena ini semakin membimbangkan ?
Dijemputlah beri komen, komen yang emosi seperti "buat apa kawin kalau ramai lelaki tak bertangguingjawab sekarang". Komen seperti ini tidak akan disiarkan.
01 November 2012
Dr Zahazan Mohamad Penceramah Maal Hijrah Peringkat Daerah Kluang
Semua orang Islam dijemput ke Masjid Bandar Kluang pada 14 November 2012, Rabu sempena sambutan Maal Hijrah. Aturcara adalah seperti berikut :
6.00 petang : Bacaan Yasin dan tahlil
: Bacaan Doa akhir tahun hijrah.
: Solat Maghrib
: Bacaan doa awal tahun hijrah
: Pengumuman Tokoh Maal Hijrah Daerah Kluang.
: CERAMAH AGAMA oleh :
Ustaz Dr Zahazan bin Mohamad, bekas pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa.
(Sering muncul di TV dan Radio IKIM.FM /
Pengarah Urusan Majalah SOLUSI)
Ustaz Dr Zahazan bin Mohamad, bekas pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa.
(Sering muncul di TV dan Radio IKIM.FM /
Pengarah Urusan Majalah SOLUSI)
: Solat Isyak.
: Jamuan makan malam.
Semua dijemput hadir.
Gaji Kakitangan Kerajaan Naik 5 Peratus Tahun Depan ?
Pagi ini bila baca sebuah akhbar harian popular, muka depannya memuatkan berita sensasi mengenai kenaikan gaji kakitangan awam. Yang saya faham (orang lain saya tak pastilah dia orang faham macam mana), gaji semua kakitangan awam akan naik 5 peratus tahun depan.
Reaksi awal saya masa berbual dengan kawan-kawan, saya kata begini.
"Semuanya bergantung atas diri kita sendiri.......Macam tak ada guna gaji naik setinggi mana pun, kalau kita tak belanja berhemah. Tengoklah, hari ni, belum pun naik gaji 5 peratus, ada yang dah ambil kalkulator kira kenaikan berapa."
"Lepas tu ada segelintir yang congak-congak nak buat personal loan dan nak beli kereta baru atau rumah baru. Sedangkan buat personal bukan ada tujuan apa-apa, sekadar nak nampakkan kita ada duit. Lepas tu, duit dihabiskan setahun dua saja tapi kena potong gaji sampai 15 ke 20 tahun."
Kereta Baru
"Yang beli kereta baru pula memang syok. Tapi orang tu dah ada kereta lama yang masih baik yang dah habis bayar bank. Atau bayaran ansuran bulanannya dah nak habis. Ada orang kata, kalau sebelum ni bayar kereta RM 600 sebulan boleh, kalau bayar RM 800 sebulan lepas ni tak ada masalahlah sebab tahun depan gaji naik RM 200. Tapi pada saya semua ini silap, maknanya gaji naik dia cuma dapat nikmat kereta baru saja ler"
Rumah Baru
"Beli rumah pun kena hati-hati, jangan ikut sedap hati jer. Kawan kita beli rumah, janganlah kita nak berlawan-lawan. Mungkin kawan kita tu gaji lebih, tapi kita ? Kenalah tengok kemampuan kita sendiri. Orang tu pun mungkin dah ada rumah. Tapi bila gaji naik, mulalah rasa rumah dia tak selesa dan nak beli rumah baru yang lebih mahal. Lepas tu nak buat ubahsuai rumah ribu-ribu. Ada orang duit habis untuk repair rumah saja. Dapat bonus repair rumah, dapat naik gaji repair rumah, buat personal loan repair rumah, dapat KWSP repair rumah. Sedangkan duit simpanan dia tak ada, habis....."
"Kalau begitulah sikap kita, lebih baik tak naik gaji. Sebab, naik setinggi mana pun gaji kita, kita masih di tahap i tu. Nasihatlah kawan-kawan terutama yang baru-baru kerja ni, janganlah terburu-buru".
Pelaburan Emas
"Ini tengok pelaburan emas. Ada orang terlalu ghairah beli atau melabur emas. Bacalah tulisan kat blog saya, lebih setahun dulu saya dah minta orang berjaga-jaga dalam pelaburan emas. Saya kata, banyak yang meragukan, tapi orang kita terjebak juga. Sekarang bila dah terkena, tak bolehlah kita nak salahkan sapa-sapa."
Kata saya pada kawan saya. Ini kira kata-kata nasihat sebelum sama-sama dapat kenaikan gaji. Tidak lupa juga, kepada yang gaji tahunannya naik Januari setiap tahun, lagilah banyak kenaikannya nanti.
Kereta Baru
"Yang beli kereta baru pula memang syok. Tapi orang tu dah ada kereta lama yang masih baik yang dah habis bayar bank. Atau bayaran ansuran bulanannya dah nak habis. Ada orang kata, kalau sebelum ni bayar kereta RM 600 sebulan boleh, kalau bayar RM 800 sebulan lepas ni tak ada masalahlah sebab tahun depan gaji naik RM 200. Tapi pada saya semua ini silap, maknanya gaji naik dia cuma dapat nikmat kereta baru saja ler"
Rumah Baru
"Beli rumah pun kena hati-hati, jangan ikut sedap hati jer. Kawan kita beli rumah, janganlah kita nak berlawan-lawan. Mungkin kawan kita tu gaji lebih, tapi kita ? Kenalah tengok kemampuan kita sendiri. Orang tu pun mungkin dah ada rumah. Tapi bila gaji naik, mulalah rasa rumah dia tak selesa dan nak beli rumah baru yang lebih mahal. Lepas tu nak buat ubahsuai rumah ribu-ribu. Ada orang duit habis untuk repair rumah saja. Dapat bonus repair rumah, dapat naik gaji repair rumah, buat personal loan repair rumah, dapat KWSP repair rumah. Sedangkan duit simpanan dia tak ada, habis....."
"Kalau begitulah sikap kita, lebih baik tak naik gaji. Sebab, naik setinggi mana pun gaji kita, kita masih di tahap i tu. Nasihatlah kawan-kawan terutama yang baru-baru kerja ni, janganlah terburu-buru".
Pelaburan Emas
"Ini tengok pelaburan emas. Ada orang terlalu ghairah beli atau melabur emas. Bacalah tulisan kat blog saya, lebih setahun dulu saya dah minta orang berjaga-jaga dalam pelaburan emas. Saya kata, banyak yang meragukan, tapi orang kita terjebak juga. Sekarang bila dah terkena, tak bolehlah kita nak salahkan sapa-sapa."
Kata saya pada kawan saya. Ini kira kata-kata nasihat sebelum sama-sama dapat kenaikan gaji. Tidak lupa juga, kepada yang gaji tahunannya naik Januari setiap tahun, lagilah banyak kenaikannya nanti.
Dalam jam 6.00 petang, keluar berita kat radio. Katanya, kenaikan itu bukanlah semua penjawat awam yang 1.4 juta seperti yang akhbar tu kata. Tapi hanya kepada kakitangan yang dah sampai gaji maksimum saja. Maknanya beberapa orang sajalah yang terlibat. Rasanya yang dah umur 50 tahun lebih yang dah dekat nak pencen saja yang naik gaji tu. Itupun bukan semua.
Melepaslah kita orang.
Melepaslah kita orang.
Dah Periksa Saman Trafik Kereta Kita Ker ?
Tadi duduk kat Restoran Mamak, lokasi pengambaran kisah Sudah Nasibku Mat Burger . Kat kedai tu, syok, wifi free laju. Kalau download apa-apa program, beberapa saat saja dah dapat. Telefon saya Samsung, masuk ke 'play store' dan dapat download free banyak benda baru.
Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus
Ada satu program tu, boleh download 'Soal jawab Ustaz Azhar Idrus'. Banyak soal jawab boleh baca kat situ. Kalau beli buku tu mungkin cecah harga RM 20, tapi download free jer. Soaljawabnya pun lengkap termasuk bab akidah, ibadat, Quran, Hadis, kekeluargaan dan banyak lagi. Jawapannya pun ringkas dan padat serta mudah difahami.
Saman Trafik
Ada satu program ini pula, lambang polis iaitu 'Malaysia Police Summons'. Saya download beberapa saat jer. Bila dah dapat tu, kita boleh taip no ic kita.
Ermmmm... nampaknya cepat betul saman kita masuk kat situ. Saya taip no ic kawan saya, nampaknya dia ada beberapa saman. Sampai saman hari Ahad balik Raya Haji pun boleh masuk. Baru 4 hari tu. Siap dengan gambar sekali pulak tu.
Anda Bagaimana ?
Yang lain tu, entah-entah ada juga saman. Tengok ler sendiri....
Langgan:
Catatan (Atom)