Seorang perempuan 30-an, anak dara akhirnya bernikah dengan suami orang 30-an sebagai isteri kedua. Mengikut ceritanya, perempuan ini sudah beberapa kali putus cinta lebih sepuluh tahun lalu dan dua kali bertunang dan putus tunang sebelum ini.
Akhirnya, beliau bercinta dengan seorang lelaki yang sudah punyai isteri dan anak seterusnya bernikah. Nikah pula bukan nikah lari pergi naik tongkang ke seberang, atau naik perahu ke sungai sempadan, tapi melalui permohonan di mahkamah syariah. Isteri pertama turut hadir ke mahkamah syariah dan mahkamah meluluskan permohanan ini.
"Tuan, isteri pertama saya setuju saya bernikah ni". Kata pengantin lelaki.
Isteri Setuju ?
Tak apalah, dengar sajalah apa yang lelaki ni cerita. Kalau ditanya, apa maksud 'setuju' itu lebih lanjut, mungkin ada banyak makna. Mungkin juga setuju dalam keadaan terpaksa atau setuju dalam rela dan lain-lain. Lebih lagi kalau ditanya sendiri pada isteri pertama, maksud 'setuju' tu apa... Tak mustahil, perkataan lain yang keluar dari mulut, yang saya tak mahu tambah menambah lagi.
Akhirnya Bermadu
Berbalik pada cerita di atas tadi, ada orang yang saya kenali, dia ni beberapa kali putus cinta dan setahu saya sekali putus tunang, yang saya tak tahu berapa kali putus tunang tu, tak tahulah. Nanti, dia baca cerita saya ni, jangan rasa risau pulak. Pasal apa ? Pasal orang kita, rasa poligami ni dah macam benda yang paling dia tak mahu berlaku. Sampai ada orang rasa, kalau suami dia naikah lagi satu, macam dah nak kiamat dah.
Media : Majalah dan Akhbar, TV
Media mainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Jadi dalam bab poligami ini, media patutnya kenalah jadi media yang seimbang. Antaranya, kalau kita siarkan cerita rumahtangga bergolak, bercerai, main kayu tiga, maksiat dan pelacuran, kenapa pula media tak siar kebaikan berpoligami. Kenapa majalah dan akhbar, tak cerita kebaikan dan kebahagian orang yang beristeri lebih dari seorang ?
Masukkanlah dalam media, buat temuramah dengan beberapa tokoh yang berpoligami. Temuramah sekali isteri pertama dan kedua serta anak-anak sekali. Atau kalau tak mahu siarkan nama pun boleh juga. Tapi jangan buat cerita sendiri, kenalah pergi temuramah.... Hehe...