Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 April 2011

Suami Pergi Kerja, Isteri Bawa Jantan Balik Rumah


Di sebuah taman perumahan di Kluang, isteri 30-an, suami 30-an kerja, anak pegi sekolah. Dalam jam 10.00 pagi yang dianggap 'line clear', lelaki 30-an datang ke rumah atas ajakan isteri. Lelaki letak moto kat belakang rumah dan masuk ikut pintu belakang.

Penguatkuasa dapat aduan dari orang awam dan jam lebih kurang 11.00 pagi, serbuan dibuat. Pasangan ini ditangkap dan hanya mereka berdua saja di dalam rumah. Hasil siasatan, ini bukan kali pertama tapi sudah kerap berlaku dan dihidu oleh jiran. Latarbelakang pengadu dirahsiakan.

28 April 2011

Operasi Janda dan Perisik Janda


Baru-baru ini, penguatkuasa buat serbuan berdasarkan aduan. Aduannya di beberapa buah rumah dan aduannya lebih kurang sama saja. Iaitu rumah janda yang tinggal dengan anak-anak, bawa lelaki bermalam di rumah. Beberapa biji rumah, umur janda ini lebih kurang sama saja iaitu 40-an. Atas faktor itulah saya namakan operasi ini 'operasi janda' walaupun tak diberi nama pun tak apa.

Ada rumah yang diperiksa, ada lelaki tidur di rumah janda ini bersama-sama anak-anak janda ini di ruang tamu. Bila ditanya, dia bilang, dia kawan kepada anak lelaki janda tu. Umur pun lebih kurang sama dengan anak janda tu. Tapi susah nak cakaplah, sekarang ni macam-macam. Adalah juga kes lelaki muda sangat, perempuan dah berumur kes khalwat ni.

Ada satu lagi rumah tu, lelaki tidur dengan anak perempuan janda juga. Mengaku bapa angkat pada anak janda tu. Amboi, main angkat-angkat jer ke. Kenapa tak nikah jer dengan janda tu. Kenapa ? Mentang-mentanglah janda dah berumur dan ramai anak, nak ambil kesempatan jer ke. Kawan-kawan juga, bapak angkap bapak angkat juga, tindakan tetap diambil.

Satu rumah lagi tu, lelaki tak ada dalam rumah janda. Tapi bila disoal, mengakulah janda tu yang ada sekali sekala lelaki datang rumah dan masuk rumah kejap. Kata janda tu, cuma masuk saja dalam rumah dan tak buat apa-apa.  Gitulah orang kita, lelaki masuk rumah pun tak salah ker. Kan kita cegah sebelum terjadi maksiat.

Operasi janda berakhir dan pengadu kes ini dirahsiakan. Cuma yang boleh dikatakan di sini yang pengadu akan diklasfikasikan sebagai 'perisik janda'.

Maaflah

Maaflah kalau tulisan ini ada menyindir atau boleh menyebabkan golongan janda atau ibu tunggal tersinggung. Tapi sebenarnya, mereka iaitu sekelompok kecil wanita yang bergelar janda ini terlibat dalam kancah maksiat ini. Akhirnya masyarakat akan memberi gambaran yang tidak baik kepada golongan mereka. Kalau ini berlaku, maka nama baik mereka sendiri tercemar.

Banyak contoh yang baik kepada ibu tunggal yang gigih sehingga berjaya dalam kerjaya dan melahirkan anak-anak yang berjaya. Tapi kalau sebahagian golongan ini memberikan contoh yang tidak baik, masyarakat akan memberikan gambaran yang kurang baik.

Rakaman Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun : Senator Ezam M. Nor, Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin, Dato' Abu Kasim (SPRM)




Wacana "Rasuah Pemusnah Tamadun" diadakan di Shah Alam pada 27 April 2011 anjuran Kumpulan Media Karangkraf.







Perut Buncit ???


Kali pertama saya ke Batam, Indonesia tahun 2004 urusan kerja. Yang menghairankan saya, pemandu teksi di sana kenal orang Malaysia bila sampai di tempat feri. Dia boleh banding yang mana satu orang Malaysia dan orang Indonesia. Biasalah, pemandu teksi suka kalau dapat pelanggan orang Malaysia.

Saya tanya ustaz yang sama saya tu, macammana orang situ boleh bezakan orang Malaysia dan Indonesia ? Ustaz tu kata, pemandu teksi tengok pada perut. Kalau perut buncit, itu orang Malaysia, perut tak buncit orang Indonesia. Tergelak juga saya, ingatkan ustaz tu bergurau.

Tapi bila saya tengok perut sorang-sorang yang lalu dan gelagat pemandu teksi di Batam, rupanya betul apa yang ustaz tu kata. Bila saya rasa perut saya sendiri, buncit juga tapi sikit tapi, kira buncitlah juga, heheheee.

 Betullah tu.... orang kita hidup senang, makan banyak dan kurang bersenam atau  kerja berat. Itu salah satu faktor perut buncit.

(Atas tu gambar hiasan jer)

27 April 2011

Kelopak Mata Nak Kena Belah Dengan Pisau ?


Selepas dua minggu, bisul kat mata saya dah elok, tapi meninggalkan bekas. Nampak belum baik betul, macam ada mata bisul tak dikeluarkan. Kawan-kawan kata pegi klinik pakar mata kat sini, tadi saya pun cari. Bukan apa, baik tu baik, cuma tak selesa. Kalau main ping pong, spin macam tak dapat baca bola, tak berapa tepat sebab terlindung sikit.

Satu klinik tu, nama macam sama dengan yang kawan saya sebut tapi tak tulis pun klinik tu pakar mata, klinik biasa saja. Saya masuk ke klinik tu dan jumpa seorang perempuan Melayu 20-an yang kerja di situ.

"Maaf encik, doktor tak ada, pukul 3 doktor ada". Kata perempuan tu.

"Yer ke... Nak tanya, klinik ni pakar mata ker ?". Tanya saya.

"Taklah pakar mata, biasa jer untuk semua penyakit. Tapi sakit mata pun boleh juga, nanti datang pukul 3". Kata perempuan tu.

"Okey, sebelum tu nak tanya, kalau sakit macam mata saya ni agak-agak doktor boleh ubat ker ?". Kata saya sambil tunjukkan kelopak mata kat dia.

"Ohhh.. macam ni ada juga beberapa kes, doktor ada juga rawat". Kata perempuan tu.

"Doktor buat macam mana yer ?" Tanya saya.

"Dulu ada satu kes tu, doktor potong pakai pisau". Kata perempuan tu.

"Ohhh yer ke. Okeylah dik, terima kasih yer". Kata saya dan terus balik.

Alamak, pakai pisau, SERAM SERAM.  Terus takut, tak jadilah pegi klinik tu. Bukan sikit punya hal ni, teringat cerita Kasim Selamat.
(gambar kat atas tu, masa 2 minggu lepas masa bengkak)

Hati-hati Bahan Ada Gelatin Babi


KUALA LUMPUR 26 April – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan. Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

25 April 2011

Main Tangkap Spider (Episod 1)


Dulu masa kecil sekolah rendah, kita orang ada satu permainan iaitu tangkap spider. Spider yang kita orang maksudkan ni bukan labah-labah biasa tapi yang boleh lawan. Bukan besar sangat spider ini, sebesar kuku orang dewasa saja.

Mencari spider ni menyeronokkan, kena cari kat daun tertentu seperti pokok bunga dan pokok lain. Biasanya spider ni duduk dalam daun yang melekat dua.

Jantan dan Betina

Spider ni ada jantan, ada betina. Tapi kita orang tangkap yang jantan, yang betina biasa tak tangkap. Yang jantan sepit dia panjang, yang betina sepit pendek dan punggung dia besar. Bila tangkap yang jantan tu, letakkan dalam kotak mancis atau dalam plastik kemudian tutup rapat-rapat.

Lawan Spider

Bila kita orang dah dapat spider masing-masing, maka berkumpul untuk lawan. Bila letak di atas tempat lapang, kalau jantan sama jantan dia akan lawan. Yang best tu masa tengok dia bukak sepit sebelum lawan, sungguh mengasyikkan. Biasanya spider yang menang adalah yang ada sepit panjang dan nampak liar.

Kemudian tu kita orang bela spider tu terutama yang menang tadi. Tapi umur spider ni tak tahan lama, dalam seminggu matilah dia kalau tak pandai jaga. Masa tu ramailah kawan-kawan yang cari spider untuk jadi juara.

Budak sekarang

Budak sekarang lebih suka main game dan mengadap komputer. Sampai mereka dah tak tahu macam mana main spider ni. Kalau tak silap saya, mula main spider ni sejak darjah tiga sampai darjah enam. Masuk sekolah menengah dah tak main dah. Tapi sampai sekarang, kalau ingat semula cerita main spider ni, sungguh menyeronokkan.

...BERSAMBUNG  Episod 2

Isteri Jumpa Cermin Mata Wanita Dalam Kereta Suami

Hari Ahad yang lapang, isteri bangun tidur awal, tak berapa ada kerja apa sangat. Kemas rumah dan sapu sampah dah siap. Maka si isteri pergi basuh kereta suami. Suami masa itu masih sambung tidur lagi, terdengar juga bunyi alarm dan tahu isterinya basuh kereta luar dalam.

Yang mengejutkan, isteri jumpa cermin mata hitam kepunyaan wanita di bawah tempat duduk masa mengemas dalam kereta. Susah juga suami nak jawab bila disoalsiasat. Cuma suami ni pandai, gaya muka dia macam dia tak tahu apa-apa pasal cermin mata tu.

Isteri pula mula buruk sangka kerana sebelum ini ahli mesyuarat tingkap dah pesan, suami dia tu hensem, dah tentu banyak peminat. Adakah perlu cermin mata itu dihantar buat DNA nak tahu siapa perempuan yang berani dating dengan suami dia tu.  Atau nak tahu pemilik dia, tak ada nombor siri pulak.....Isteri masih bingung tapi suami dia rilek saja, macam tak ada apa yang berlaku.

Perujian Berzanji Peringkat Negeri Johor 2011 di Kluang (Selasa)


Semua dijemput hadir ke Dewan Tengku Ibrahim Ismail, Kluang (Dewan Tasik) sempena perujian berzanji peringkat negeri pada Selasa, 26 April 2011. Perujian akan dimulakan jam 8.30 pagi melibatkat 22 wakil dari setiap daerah termasuk johan menunggu.

Semua dijemput untuk ke majlis penutup pada jam 8.30 malam Selasa 26 April yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor. Turut diadakan adalah Pameran Kesedaran Halal, pameran penguatkuatkuasaan dan pemeran zakat.    Jamuan juga disediakan kepada semua yang hadir selepas majlis  penutup sebelah malam.

24 April 2011

Sebuah Nissan Livina Kemalangan Lepas Solat Jumaat

22 April 2011, saya mengistiharkan penutupan sementara Masjid Jemek Simpang Renggam dan solat Jumaat terakhir kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Dalam perjalanan pulang, jumpa satu kemalangan yang serius juga. Sebuah kereta Nisaan Livina langgar tiang letrik dan papan tanda. Kemudian ada sebiji motosikal dan penunggangnya cedera.



Rempit Atas Lori

Dirakam di jalan Simpang Renggam-Kluang semalam.

23 April 2011

Bawa Balik Makwe Tingkatan Dua Tidur Kat Rumah

KLUANG - Kegiatan tidak bermoral seorang gadis 14 tahun yang dibawa masuk ke rumah keluarga kekasihnya, akhirnya membawa pada apabila dicekup sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Kluang di sebuah rumah di Taman Sri Lambak kira-kira jam 2.25 pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan dua itu ditangkap bersama teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Kluang.

Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, tangkapan yang dijalankan itu adalah hasil daripada aduan orang awam yang memberikan maklumat kepada pihak penguat kuasa.

Pasangan remaja itu ditangkap ketika sedang tidur berdua dalam bilik rumah lelaki berkenaan.

“Sewaktu tangkapan dilakukan, ibu dan dua adik-beradik lelaki berkenaan sedang tidur di dalam rumah dan bapanya pula dikatakan pergi bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, hasil siasatan juga mendapati pasangan terbabit sudah berkenalan kira-kira lima bulan lalu.

Atas kesalahan itu, pasangan terbabit akan dituduh di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pada masa ini penguat kuasa akan bertindak tegas dan sentiasa melakukan pemeriksaan dalam usaha mencegah maksiat di daerah Kluang.

“Oleh yang demikian, jika orang awam mempunyai maklumat berhubung kes maksiat atau sebagainya, bolehlah menghubungi talian bebas tol JAIJ yang beroperasi 24 jam iaitu 1-800-88-3072 untuk membuat aduan,” katanya.

(Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 23 April 2011)

Anak Dara Suruh Tanya Isteri Lelaki Tu, Sanggupkah Bermadu...

"Ustaz boleh tolong tanya isteri lelaki itu tak. Tanyakan, sanggupkah kalau suami dia nikah lagi satu". Kata anak dara tu.

Anak dara tu umur 30 tahun, sebelum ini pernah putus tunang 4-5 tahun lepas dan masih belum berpunya. Dia mintak saya tanya sebab dia berkenan dengan lelaki tu 40-an, kerja di jabatan yang sama, pejabat berlainan. Cuma dia takut kalau isteri 40-an lelaki tu marah.

Amboi... soalan macam ni suruh kita tanyakan ker ? Kenapa tak tanya sendiri ?

Ingat Senang Ke Nak Usahakan Burung Walit...


KAHANG, KLUANG - Sebuah premis perniagaan makanan di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM500 oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kerana pemiliknya menjalankan aktiviti industri burung walit di bahagian atas kedai berkenaan.

Kompaun berkenaan dikenakan kerana lokasi aktiviti industri burung walit yang dijalankan tidak bersesuaian.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Ma’in berkata, tiada siapa boleh larang untuk menjalankan aktiviti industri burung walit, tetapi lokasinya perlu bersesuaian dan dalam kes ini aspek kebersihan amat ditekankan.

“Masyarakat sekeliling juga membuat aduan berhubung aktiviti yang dijalankan selain ia turut memberikan tekanan kepada pemilik kedai lain.

“Premis makanan berkenaan juga berhampiran dengan hotel dan ini menyebabkan pemiliknya tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana bunyi bising perakam suara burung walit mengganggu kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, kompaun yang dikenakan ke atas premis berkenaan adalah kerana pemiliknya menyalahi Akta di bawah Seksyen 70(1) Ubahsuai Bangunan Tanpa Kebenaran dan Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

22 April 2011

Isteri Nak Cilikan Mulut Janda Tu


Maka isteri 50-an pun dah tak tahan dengan dengan suaminya 50-an yang selalu layan sms dengan janda tu. Satu hari tu, isteri tu sempat salin nombor telefon janda bergetah anak satu tu. Balik saja suami dari berkursus, suami kena serang hendap oleh isteri dia di ruang tamu.

"Awak ni pergi kursus ker, pergi berpoya-poya dengan janda tu...." Bebel isteri dia.

Suami panas betul tapi menahan sabar dan ditunjukkan fail dan sijil kursus. Dan satu lagi, nasib baik dia sempat ambil gambar dengan kawan sekursus yang disimpan dalam hphone dia. Oh yer, nak pesan pada suami yang isteri kuat cemburu... kalau pergi kursus jangan lupa ambil gambar dalam hphone, bukti kukuk tu.

Bila dah yakin suami dia betul pegi kursus, maka terdiamlah sekejap, bercampur hairan kenapa 'perisik' dia buat laporan suami dia jumpa janda tu. Suami dia tak layan sangat isteri yang ajak bertengkar tu. Suami buat macam tak tahu saja dan pergi layan tengok tv depan anak-anak. Isteri bengang dan masuk bilik. Dalam bilik di smsnya janda tu.

"Kenapa gatal sangat nakkan laki orang ni....". Sms isteri. Janda tu tak balas sms tu, buat diam jer.

Lama-lama isteri bengang, keluar satu sms.

"Kalau dapat jumpa kau ni, aku cilikan mulut kau..." Sms isteri.

Alahai, nak cili macam mana, tempat dan rumah orang tu pun tak tahu. Yang tahu, janda tu duduk di daerah itu, lain-lain maklumat tak tahu. Kalau jumpa pun, takkanlah nak bawak cili kat tangan, nanti tangan dia sendiri yang pedas.

21 April 2011

Rugi RM 100,00 Dalam Masa Setahun


Seorang lelaki 50-an, bermodalkan wang RM 100,000 untuk mengusahakan tanaman pokok pisang. Duit ini dikumpul berpuluh tahun termasuk kerjanya mengusahakan kebun sawait orang. Dia tanam  di tanah 20 ekar kebun sawit yang masih kecil, bukan sewa tapi percuma dengan syarat menjaga kebersihan kebun.

Tanaman pisang berangan, satu anak pokok dibeli dengan harga RM 1.60 dan RM 1.80. Dia menggaji 3 orang warga asing yang tinggal di dalam kebun berkenaan.

Dalam masa beberapa bulan, waktu pokoknya sedang  berbuah, ujian pun datang. Keseronokannya tak lama, apabila pokoknya hampir kesemuanya tumbang. Rupanya kawasan itu tidak sesuai disebabkan kawasan angin kuat seperti ribut menyebabkan pokoknya tumbang dan mati. Dia cuma dapat hasil tak sampai RM 10,000 iaitu saki baki pisangnya yang elok.

Wang RM 100,000 yang dikumpul sejak kecil, habis dalam masa tak sampai setahun. Simpati saya dengar cerita ini dan memberi semangat kepadanya supaya terus berusaha mengerjakan tanah dan mencari rezeki yang halal.

Yer, dia tak putus asa dengan kegagalan ini dan akan terus berusaha. Dia tak lama lagi akan mengusahakan ternakan lembu bermula dengan jumlah yang agak kecil.

Suami Isteri Gaduh Melalui SMS, Akhirnya Bercerai Melalui SMS


Isteri mulakan sms kepada suami, cakap macam boleh menimbulkan kemarahan suami. Suami kemudian balas sms, marah balik. Kemudian isteri makin panas dan hantar satu sms, lebih kurang begini,

"Saya nak awak ceraikan saya". Sms isteri.

Tak lama kemudian, suami balas sms tu.

"Ok, saya ceraikan awak". Sms suami dan isteri terima.

Keesokannya, suami dan isteri ini datang ke pejabat Kadi untuk menanyakan masalah ini. Adakah jatuh talak ?

Bila ditanya apa niat suami kata 'saya ceraikan awak'. Suami kata, dia memang berniat untuk ceraikan. Maka berdasarkan perkataan'cerai' yang dilafazkan suami, disokong oleh niat yang memang bermaksud cerai, maka berkemungkinan besar jatuh talak.

Cuma dari segi prosedur, pejabat kadi memberi nasihat kepada pasangan ini dan akan merujuk kes ini ke mahkamah. Bentuk nasihat adalah terlalu luas dan pelbagai berdasarkan sesuatu kes. Hanya hakim mahkamah yang akan memutuskan sama ada jatuh talak dan juga jumlah talak sekiranya jatuh.

20 April 2011

Isteri Cemburu, Suami Bantu Janda


"Betul ker suami saya pergi kursus ustaz, ker dia pergi jumpa perempuan tu...". Kata wanita 40-an ini.

Begitulah antara yang diceritakan wanita enam orang anak ini. Suaminya kerja kerajaan 40-an, sekarang pangkat dah agak tinggi sikit suaminya, kira berduitlah sekarang. Masalahnya, isterinya sering cemburu dan syak yang bukan-bukan.

Isteri sedar yang suami ada kenalan, seorang janda 30-an, anak satu, baru bercerai setahun lalu. Suaminya pula selalu layan telefon dan sms dengan janda ini. Pernah juga suami kantoi sebab tak delate sms. Bila ditanya pada suaminya, 

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)

19 April 2011

Khalwat : Datuk Salim Parlan Didakwa

Pulau Pinang : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan

Hati-hati Penipuan Pelaburan Jual Beli Emas, Berleluasa Sekarang (Episod 1)

 

Setakat hari ini, saya sudah dapat tiga cerita yang lebih kurang sama iaitu satu pelaburan jual beli emas melalui jualan lansung. Kegiatan ini sedang bergerak dalam senyap dalam kumpulan kecil dan mula mempengaruhi orang ramai.

Beberapa cerita yang saya dengar, di sini sedang giat dijalankan oleh ustaz dan cikgu. Kepada ustaz dan cikgu, saya nasihatkan diri anda janganlah diperalatkan oleh sesuatu yang meragukan dengan memasuki skim yang meragukan ini.

 Kesian saya pada ustaz-ustaz yang macam ini, ustaz ini ikhlas untuk meningkatkan ekonomi hidup dia dalam ekonomi yang semakin mencabar sekarang. Tapi, ustaz ini lupa, yang perniagaan ini bukanlah betul. Perniagaan ini amat meragukan dan bergerak dari mulut ke mulut dan sekali sekala membuat perjumpaan melalui  kumpulan kecil.

 Katanya, perniagaan emas sedang laris dan akan meningkat harga sekarang dan skim ini menawarkan pelaburan yang menguntungkan. Memanglah betul dan disokong dalam sebuah akhbar harian dua tiga hari lepas yang harga emas akan meningkat. Tapi semua itu adalah ramalan saja seperti ramalan pasaran saham atau ramalan harga minyak. Kalau saya cakap ramalan nombir ekor, pasti orang marah saya pulak. Lagi satu, kenapa pula nak beli emas dengan cara jualan lansung ?

Skim Ini Macam Mana ?

Bila ditanya lanjut, ustaz ini mengelak untuk jawab sebab dia kata tak mahir untuk jawab. Sudah lah ustaz.... kalau ustaz tak boleh jawab walaupun soalan saya bukan susah sangat, kenapa pula ustaz mempengarui orang lain untuk masuk skim ini ?

Maknanya ustaz ini pun tak tahu sangat, dia masuk saja dulu untuk jadi orang yang mula-mula masuk. Kalau lambat nanti, ustaz ini tak dapat keuntungan yang macam ini, rasa sayalah. Sudahlah ustaz, nasihat saya pada ustaz dan cikgu, janganlah kita ini mudah diperalatkan. Kita ini ustaz, orang suka gunakan termasuk hendak menipu.

Ustaz ini kata, kalau nak tahu lanjut, datang ke tempat sekian, tarikh sekian dan akan dengar taklimat seorang dari KL. Amboi kalau orang luar dari KL saja, entah-entah dari negari  lain, tapi main sebut KL saja. Dalam taklimat itu nanti, akan digunakan video dan sebagainya untuk pembakar semangat kepada orang yang hadir supaya masuk skim ini. Macamlah juga dengan jualan lansung.

Mana Ada Jual Emas Jualan Lansung

Tak ada jual emas secara jualan lansung atau MLM. Yang ada itu seperti Zhulian (itu MLM yang disahkan dan berlesen), itu bukan emas tulin. Tapi skim ini katanya ini emas tulin dan pelabur akan dapat keuntungan berlipat ganda. Kenapa berlipat ganda ?

Setahu saya, yang akhbar tulis dua tiga hari lepas kata, kenaikan dijangkakan 30 peratus saja. Tapi saya percaya, sendikit ini akan kata nak kasi keuntungan jauh lebih tinggi dari ini. Yer le, kalau rendah setakat 30 peratus, tak ada orang nak masuk.

Mana Dia Emas ?

Yang orang ini kata jual emas, mana dia emasnya ? Ada dalam kereta ker ? Tak sayang nyawa ker, simpan emas bernilai tinggi dalam kereta. Kalau jual lansung Zhulian itu pun cuma ada katalog saja, barang kat kedai atau stokis. Jadi, kalau emas tak ada, kenapa kita nak beli emas ?  Entah-entah, serah duit, emas tak dapat.

Beli Emas Tapi Simpan Pada Orang Itu

Mungkin juga, kita beli emas, dengan kasi duit pada orang itu tapi kita tak dapat emas. Katanya emas itu disimpan dalam bank orang itu. Kita cuma ada geran atau surat dan boleh tengok keuntungan pelaburan kita dalam internet.

Ada juga syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan pelaburan dan penyimpanan emas ini. Kita nampak syarikat ini kukuh tetapi selepas ini belum tahu. Tengoklah dulu masa kegawatan ekonomi, bank dan syarikat besar pun boleh rugi, apalagi syarikat yang baru dan membuat pelaburan dalam satu bidang saja.

Ada juga bank tempatan yang masih baru menawarkan pelaburan emas ini. Saya ingatkan, sebelum kita buat pelaburan, kita kena tahu betul-betul terma dan syaratnya. Janganlah percaya sebarang saja dengan orang yang bercerita tu.

Dulu Dah Banyak Penipuan Jualbeli Emas

Dulu dalam tahun 2002, sampai sekarang dah ada pelaburan emas ini. Lepas itu syarikat ini tutup dan ramai pelabur tertipu termasuk ustaz-ustaz yang jadi orang kuat dalam pelaburan ini dulu. Ada juga beberapa syarikat yang nampak macam halal rupanya sindiwara setelah jadi jutawan dengan cara menipu. Ada juga yang didakwa, tapi mereka dah kaya raya. Ataupun, yang kena dakwa ini adalah orang tengah saja, yang perancang utama hidup senang lenang.

Sekarang Macam-macam Penipuan

Sekarang pelaburan emas ini dijenamakan semula, diadun dan diuli supaya rasanya enak sekali. Iaitu, cara akan diubah dan disesuaikan untuk taktik penipuan lebih bermutu tinggi. Yang mula dicari dan ditangkap adalah ustaz-ustaz sebab ustaz ini orang lebih percaya sedangkan ustaz ini tak tahu yang mereka sebenarnya tertipu. Jangan kita kena tipu, saya cuma nak pesan, berhati-hati....

Suka saya jelaskan, bukan semua pelaburan emas adalah penipu. Kalau nak selamat, melaburlah di bank-bank terutama bank ternama yang juga ada menawarkan pelaburan emas ini.

Jangan Tak Tahu, Harga Emas Juga Boleh Turun

Jangan terlalu ghairah membeli emas atau melabur dengan pembelian emas. Sebenarnya harga emas boleh turun naik seperti harga minyak dan bursa saham. Jadi kalau kita beli pada harga itu, kemudian turun, maka kita akan rugi.

Masalahnya, orang yang pujuk kita masuk skim ini kata, walau apa pun berlaku, harga emas akan tetap meningkat. Itu tak betul sama sekali.


Dulu Dah Banyak Orang Kita Kena Tipu

Dulu orang kita dah banyak kena tipu Skim PakMan Telo, Faza Amal, Swiscash, Empay, saham lintah, saham ikan keli, saham ternak kambing, saham tanam serai,  Saham Hj Jasman dan lain-lain. Hati-hatilah, sekarang macam-macam perangkap terutama kepada yang ada duit. Simpanlah di tempat selamat seperti Tabung Haji dan ASB.

Sambung ke Episod 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/tak-lama-lagi-akan-ramai-merana-kena.html

18 April 2011

Baru Empat Bulan Nikah, Rumahtangga Dah Goyang

Rasanya baru lagi pasangan ini pergi kursus kawin, lepas tu nikah. Lelaki dan wanita lewat 20-an, wanita kerja kerajaan. Baru-baru ini mengadu masalah rumahtangga dia, katanya tak ada persefahaman. Lebih menyulitkan, suami katanya sudah terlepas cakap yang bermaksud cerai.

Ceti Haram Semakin Melampau


Perbuatan melampau sebuah premis peminjam wang berlesen menagih hutang dengan mengurung seorang peminjam pada Selasa lalu, membawa padah apabila diserbu polis.Mangsa, lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai dikurung bermula pukul 1.11 petang di premis berkenaan di Sinsuran Kota Kinabalu, sebelum diselamatkan pukul 3.55 petang.

Dalam serbuan itu, polis memberkas dua lelaki yang menahan mangsa sebelum menangkap tiga lagi dalam operasi susulan pada 13 dan 14 April lalu dengan kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, siasatan mendapati mangsa gagal membayar balik pinjaman kepada syarikat itu sebanyak RM3,000.

16 April 2011

Siapa Datuk, Pegawai Kanan Kerajaan ditangkap Khalwat di Pulau Pinang ?

16 April — Berdasarkan laporan akhbar hari ini, seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar ‘Datuk’ ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat. 

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang  bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. Menurut sumber, lelaki ini adalah seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian.
Siapa lelaki bregelar Datuk ini ? Tunggulah masa dia didakwa di mahkamah nanti, barulah boleh diberitahu. Itupun kalau dia didakwa selepas pihak pendakwa berpuashati untuk mendakwa mereka.

Datuk Salim Parlan Didakwa Khalwat

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 (rasmi)


Keputusan penuh :
BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1)

Analisa ringkas :
BN berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) berjaya menambah kerusi dari 8 pada tahun 2006  kepada 15 kerusi kali ini. DUN Pelagus adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi calon bebas.


Anda Berdebar-debar Menunggu Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2011?


Rilek-rilek, SPR akan umumkan bila tiba masanya. Kepada pembaca internet, sambil-sambil itu, layanlah blog saya. Mungkin ada suatu yang menarik untuk merehatkan minda dan menenangkan fikiran kata :








Selamat Membaca....

Mahkamah Syariah Keluar Waran Tangkap Kepada Norman dan Memey

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu selepas mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

14 April 2011

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 63)


Yanti terkejut yang amat sangat. Lelaki itu tidak lain adalah Man Burger, berbaju kemeja biru lengan pendek dan seluar slack hitam dan berkasut. Tersentak jantung Yanti....

Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)



BERSAMBUNG KE EPISOD 64 (belum ditulis)

Hati-hati Dengan Penipuan Terbaru, Email Dari SITI NORISHA

Saya terima satu email dari seorang yang tak dikenali, katanya dari sebuah negara di eropah. Saya nasihatkan semua pembaca, hati-hati dan jangan cepat terpengaruh. Saya syak, ini satu sendikit penipuan. Ada macam-macam cara hendak menipu, di antaranya menawarkan kita sesuatu perniagaan. Bila kita sudah seronok, kita diminta mengeluarkan sesuatu modal ribuan ringgit, kemudian orang ini lesap.

Atau, saya akan dapat banyak wang dengan membalas email ini dan jadi rakan kongsi niaganya. Saya boleh tengok wang saya banyak melalui internet. Tapi bila nak keluar wang, wang saya kononnya disekat oleh suatu pihak berkuasa. Orang itu akan telefon saya, katanya untuk dapat wang ini, saya perlu mengeluarkan sejumlah wang beribu ringgit untuk dapat kesemua duit saya.

Atau, macam-macam penipuan lagi pada zaman sekarang. Jadi, hati-hatilah. Bacalah email ini...

......................................................................................

Assalamualaikum....
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di YYY (sebuah negara di Eropah). Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya  ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk XXX  dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan. Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan  barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini?  kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.

Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk XXX dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.

Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
......

Kena Pergi PUSPAKOM Lepas ni...


Kenderaan terpakai, ubahsuai wajib jalani pemeriksaan PUSPAKOM
Berkuatkuasa Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai, termasuk motorsikal, wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di PUSPAKOM bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.

13 April 2011

Cerita Peniaga Temerloh Mengenai Patin Harga 13,000

Peniaga ikan patin berang

TEMERLOH – Pemilik kedai makan berasaskan ikan patin di bandar ini meminta pelanggan yang mendakwa terpaksa membayar sehingga RM13,000 untuk hidangan ikan jenis itu supaya tampil menunjukkan resit bayaran sebagai bukti kenyataan mereka yang disiarkan akhbar daripada laporan sebuah agensi berita, semalam.

Ini kerana menurut mereka, dakwaan itu telah menyebabkan reputasi perniagaan mereka terjejas apabila pelanggan takut dikenakan harga yang melampau dan tidak munasabah jika meminta hidangan ikan patin.

"Dakwaan harga sampai RM13,000 hidangan ikan patin untuk dimakan 52 orang itu benar-benar boleh merosakkan bisnes kami dan industri ikan patin di Temerloh. Kalau betul, tunjukkan bukti. Jika tidak ada bukti, kami anggap ini fitnah," kata seorang peniaga yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, dalam isu seperti ini, bukan peniaga sahaja perlu ada timbang rasa, malah pelanggan juga perlu ada sifat tanggungjawab.

"Jangan lempar batu sembunyi tangan. Jangan buat kenyataan yang umum tapi sertakan bukti, sebutkan kedai yang mana satu. Ikan patin Temerloh terkenal di seluruh negara, kenyataan yang seperti ini ibarat masukkan pasir dalam periuk nasi kami selain menghalang orang luar untuk datang makan ikan patin yang memang sedap dan berkualiti," katanya.

Menurut peniaga itu lagi, di kedainya - antara kedai ikan patin yang tersohor di bandar ini - bayaran tertinggi pernah dikenakan hanya sekitar RM6,000 sahaja.

"Itu pun tengok pada hidangan. Pelanggan seramai lebih 130 orang itu minta macam-macam, ada masakan ikan patin, jelawat, udang galah malah rokok saja berkarton. Ada yang ambil rokok sampai tiga kotak seorang," katanya.

Katanya lagi, bilangan pelanggan yang ramai dan permintaan yang boleh disifatkan 'melampau' seperti itu berlaku pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Ker�dau baru-baru ini.

"Ini perkara biasa pada musim pilihan raya. Mungkin ada orang besar politik yang turun nak belanja anak buah, penyokong atau jentera parti. Mereka boleh berbelanja besar kerana mereka mampu tapi tidaklah sampai RM13,000," katanya.

Menurut peniaga itu lagi, kedainya memang jadi tumpuan penggemar ikan patin malah ada orang kaya dari luar termasuk ahli politik yang jadi pelanggan tetap.

"Mereka ini bukan datang sekali dua malah dengan saya sendiri pun bukan setakat kenal tapi sudah jadi kawan baik. Mereka tahu harga ikan patin dan hidangan ikan sungai lain yang memang agak mahal tapi itu bukan alasan untuk saya kenakan harga yang tinggi bagi orang biasa. Kita hidang ikut pilihan dan permintaan pelanggan tapi tidaklah semahal itu," katanya.:

Menurutnya, jika benar dia meletakkan harga yang 'gila-gila' tanpa mengambil kira kesan terhadap pelanggan pada musim pilihan raya lalu, mana mungkin kedainya terus menerima pelanggan yang ramai selepas musim itu.

"Ada juga pelanggan yang datang pertama kali pada musim pilihan raya, sampai sekarang pun terus datang lagi," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali Amran berkata, ada juga pelanggan yang selepas bayar, minta bil kosong dengan pelbagai alasan.

"Biasanya kalau ada yang minta begitu, kami beri sebab mahu jaga hati pelanggan kerana kami tak jangka akan memudaratkan kami. Mungkin mereka sendiri mahu buat tuntutan tinggi kepada bos mereka sama ada ahli politik ataupun syarikat masing-masing. Sekarang, selepas ada dakwaan seperti ini, kami perlu lebih berhati-hati," katanya.

Amran berkata, dia menjual harga ikan patin muncung liar antara RM80 hingga RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10.

Manakala ikan jelawat dijual antara harga RM30 hingga RM40 sepotong, udang galah antara RM20 hingga RM30 juga bergantung pada saiz.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 13 April 2011)

Cerita Saya Makan Ikan Patin Berdua RM 21.00 di Pekan

12 April 2011

Makan Nasi Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak Berdua RM 21.00


Saya tak terkejut bila berita akhbar hari ini kata makan lauk ikan patin RM 13,000. Saya tak mahu menghukum mana pihak sebagai bersalah, selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah. Akhbar bukan hakim dan kekadang media menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum dibuktikan bersalah. Adakah tuan punya restoran itu bersalah ? Belum tentu.

Kalau orang yang duduk di negeri Pahang, saya tahu, patin ori dari sungai Pahang memanglah mahal. Sekilo harganya ratusan ringgit. Dulu ayah saya ustaz, anak murid dia ramai dari kawasan banyak ikan tu seperti di Tembeling, kawasan Taman Negara. Selalu juga bapa-bapa dan anak murid kasi kat rumah lepas balik dari kampung ke asrama. Merasalah juga saya makan ikan yang harga ratusan ringgit sekilo tu. Kalau dah dimasak harganya lagilah mahal. Tak tahulah saya yang mahal ni masak apa, tapi yang paling popular di Temerloh, masak gulai tempoyak.

Kalau RM 13,000 makan 50 orang, jatuh seorang RM 260 seorang. Pada saya tak mahallah tu, harga patin ori kan beratus ringgit. Berita itu pulak tak cerita lauk-lauk lain dan air. Cuma mungkin orang tu tak tahu yang ikan patin tu mahal beratus ringgit sekilo kot.

Macam Kes Nasi Dagang Mahal

Kes ini macam serupa dengan kes yang jual seketul ikan mahal di kedai nasi dagang di Terengganu dulu. Orang Terengganu yang dah biasa makan di situ kata tak mahal, cuma orang yang tak biasa saja kata mahal. Akhirnya kedai tu kena denda atas sebab lain iaitu tak letak tanda harga, bukan salah macam mula ditimbulkan tu. Kemudian, ada seorang lelaki muncul di mahkamah, tolong bayarkan denda yang makcik itu kena bayar. Orang itu bersimpati dengan makcik tu.

Lepas kes itu, saya makan nasi dagang dengan adik ipar saya di kedai itu. Adik ipar saya cerita, kalau nak murah, letaklah lauk seketul yang kecil, jangan nak pilih seketul besar dan mahal. Adik ipar saya kata, sesama Islam pun orang dengki sampai report-report pada akhbar. Saya tak komenlah, mengangguk saja, sebelum ini saya baca akhbar, gambarannya lain.

Patin Sungai Sangkar

Patin yang bela dalam sangkar pada saya dah sedap dah tu. Harga dia dalam RM 12- 15 sekilo, banyak dijual tepi jalan antara jalan Triang-Temerloh dan Temerloh-Maran. Kenalah belajar masak gulai tempoyak dengan orang Pahang, baru rasa kelazatan sebenar ikan patin tu.

Selasa lepas, saya berdua ke Kuantan, singgah di Pekan makan lauk ikan patin 2 ketul, sayur, sambal belacan, sambal tempoyak, 2 nasi putih, 1 nasi tambah dan 2 air suam. Semuanya RM 21.00. Kira okeylah tu, tak mahal kalau nak dibandingkan kelazatannya.

Patin Bela Kolam

Patin kolam ni murah saja, kat JB sekilo RM 6 saja kat pasar Kipmart. Tapi rasa dia tak sedap sangat, ada rasa lumpur. Kalau jual kat Pahang ikan Patin kolam ni, pasti tak laku.

Saya Kerja Bank ?


Masa pergi beli barang tadi, seorang juruwang wanita menegur saya.

"Sikit saja beli hari ini ?". Kata wanita itu.

"Yerlah, barang ni dah habis kat rumah". Kata saya.

Dia tegur saya sebab saya beli dua jenis barang saja kat pasaraya tu. Kemudian dia cakap lagi.

"Abang ni kerja bank ker ?" Tanya dia.

"Taklah, kerja biasa-biasa jer". Kata saya.

Hairan juga kenapa dia tanya soalan macam tu, kenapa dia kata saya kerja bank ?

"Kenapa dengan kerja bank dik ?" Tanya saya.

"Tak apa, nak tanya, kalau kerja bank nak tanya pasal pinjaman bank saya". Kata dia.

"Pinjaman apa tu ?". Tanya saya.

"Pinjaman sendiri, pinjaman peribadi, bank tu tolak". Kata dia.

"Oh gitu, kalau gitu kena tanya bank lain pulaklah. Mana tahu bank tu boleh kasi". Kata saya.

Berita Utama Hari Ini


Ringkasan Berita-Berita Utama Hari Ini 12 April 2011 :
1. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, akan menyenaraikan perniagaan gulanya Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd, di Papan Utama Bursa Malaysia pada Julai.

2. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mempengerusikan mesyuarat agung Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan, kementerian di Bukit Kiara di sini.

3. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dijangka berkuat kuasa pada Julai.

4. Agensi berita China, Xinhua bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat rantaunya di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

5. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri itu telah muflis sehingga terpaksa memohon bantuan syarikat dan badan-badan berkanun.

11 April 2011

Berjaya Juga Hidup Roadtax Kereta, Walaupun Sebelum Ini Blacklist (Episod 17


Sebelum ini, kereta Acord saya tak boleh hidup di pejabat pos, dia Sri Gading, Batu Pahat dia kata senaraihitam saman polis, kemudian mencuba nasib di JPJ taman Daya Johor Bahru, pun tak boleh juga.

Pagi ini dalam pukul 10.00 pagi saya ke pejabat pos Kluang. Hulur saja geran kereta, tak cerita pun ada senaraihitam. Rupanya boleh hidup dan dah tak disenaraihitam dah, sebelum ini memang tak boleh hidup.

Cerita Kereta Episod 18, klik sini

Lelaki 50-an Nikah Lagi Satu Sebab Nafsu Kuat...


"Okey, sebenarnya mengapa ambil keputusan nak nikah lagi satu ?". tanya saya.

"Yer tuan, bagaimana nak buat kalau kita orang lelaki nafsu kuat, isteri kita tak kuat dah tak berapa nak melayan kita". Luah lelaki ini tanpa berselindung.

"Dia kata dia sayangkan saya, tapi taknak layan saya". Tambah lelaki ini lagi.

Lelaki ini 50-an, bernikah dengan janda 40-an sebagai isteri kedua. Isteri pertama dia 50-an dan mempunyai beberapa orang anak.

 "Lelaki nafsu kuat' itulah juga ayat yang dinyatakan di dalam Mahkamah Tinggi Syariah dan berjaya mendapat kebenaran bernikah lagi satu.

10 April 2011

Betulkah Kereta Saya Sudah Tak Disenaraihitam ? (Episod 16)



Malam ni semak kat internet, katanya kereta Acord saya dah tak blacklist. Dua tiga minggu lepas, saya gagal hidupkan roadtax di pejabat pos dan di JPJ Batu Pahat dan JPJ Johor Bahru sebab disenaraihitam. Mana boleh hidup, saya banyak saman laju, jumahnya janganlah tanya.

Maka kereta itu tak gerak dah masuk 3 minggu, insuran dah hidup pulak tu. Kisah hidup insuran ini pun macam-macam cerita. Bukan senang nak hidup insuran kereta tahun 1989 dah 22 tahun. Akhirnya berjaya dapat insuran kat JB, boleh tahan murah juga. Tapi bila dah dapat insuran, roadtax lak tak boleh hidup masa tu.

Esok, nak cuba hidupkan di pejabat pos, kalau tak berjaya, nak ke JPJ, mana tahu boleh hidup. Kalau tak boleh hidup pun, nampaknya tak boleh buat apalah, kena simpan lagilah, bawa Peugeot. Itu hari pergi persidangan di Kuantan pun bawa Peugeot, mantap bawa laju terutama kat selekoh. Cuma lepas makan nasi lauk ikan patin kat Pekan, mata mengantuk sikit.

Harap-harap esok boleh hidup roadtax. Apa-apa hal, apa yg berlaku kat pejabat pos atau JPJ esok, saya cerita kat blog ni. Kesudahan cerita ini, episod 17, klik sini

GEMPAR.. Budak Kecil Minat Kopi Janda


Tadi saya ke sebuah kedai makan, biasalah makan roti canai dan teh tarik. Tak lama kemudian ada satu keluarga iaitu suami isteri dan dua orang anak lelaki dia, duduk di meja sebelah saya.

Masa nak oder minum tu, anak lelaki dalam lingkungan darjah 1-3 tu cakap.

"Nak minum Kopi Janda" Kata budak tu kuat sampai saya kat meje sebelah pun dengar.

"Ishhh, mana ada kopi janda, milo nak tak ?" Kata mak dia.

Mulanya budak tu mengeleng kepala, lepas tu bila dipujuk lagi, barulah dia mengangguk.

Wah wah, budak sekarang suka janda, ops bukan suka janda, tapi suka minum kopi janda. Inilah pengaruh iklan atau kawan-kawan. Tersipu-sipu mak dia malu bila tahu saya kat sebelah dengar.

09 April 2011

Dana Jutawan Haji Jasman, Panassss


Tadi saya baca Harian Metro hari ini, muka depan cerita pasal cerita Dana Haji Jasman. Lebih menarik, sendikit ni guna nama Ustaz dan pegawai agama untuk mendapatkan pengaruh. Dahsyat.. zaman sekarang macam-macam ada. Katanya, berlaku di negeri Johor pulak tu.

Nasihat saya, kalau nak melabur, kena hati-hati dan kena ada pengetahuan dalam pelaburan. Supaya nanti kita tidak diperdaya oleh orang yang mengambil kesempatan atas diri kita. Jangan nak salahkan sesiapa kalau kita sudah terperangkap atau terpedaya, salahkan diri sendiri. Kenapa cepat sangat percaya sesuatu yang datang itu yang menjanjikan keuntungan berganda. Dah banyak kali saya pesan kat blog saya ni, bukan itu caranya nak berjaya. Bayangkan, takkanlah seringgit boleh untung sampai seribu ringgit.

Antara cara nak berjaya adalah berniaga. Bermula dengan kecil-kecilan kemudian barulah besar. Contohnya zaman sekarang dengan cara menjual melalui internet seperti facebook.

Sila baca cerita di akhbar berkenaan....

..............................................................................................................................................

Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.

Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.

Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.
Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.

“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.

“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.

“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.

Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.

“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
(Harian Metro) 9 April 2011

08 April 2011

Maskahwin Hanya Sampul Surat Kosong


Selepas majlis pernikahan, pengantin lelaki hendak menyerahkan maskahwin kepada pengantin perempuan. Bila diperiksa oleh kadi isi sampul surat itu, rupanya kosong, tak ada duit.

Pengantin lelaki kata dia terlupa letak duit dalam sampul, menggigil masa nak nikah tadi. Boleh juga berlaku begini yer....

Madu Lebah Asli Dari Indon ?


Masa saya minum di sebuah kedai, ada seorang yang mengenali saya dan tegur saya. Kemudian dia berikan saya satu benda, dia kata madu lebah asli tualang dari Indon. Bentuknya ada sarang dan ada cairan, katanya  madu. Dia suruh saya rasa.

"Benda ni nak makan macam mana ?" Tanya saya.

"Hisap dan hampasnya dibuang". Katanya.

Saya rasa sedikit, masukkan dalam mulut, hampasnya dibuang. Rasanya manis. Setahu saya, madu bukan rasanya manis macam tu. Itu manis macam gula melaka atau gula merah, ada sedikit rasa madu. Kalau madu, dia tak manis sangat macam tu. Lagi satu, kata import dari Indon, betul ker ? Bukan senang nak seludup benda tu dari Indon. Entah-entah buat kerja belakang rumah saja kat sini.

Harga Minyak Dunia Naik Tinggi Betul


Tengoklah carta kat sebelah kanan, terkejut harga minyak USD 110.14. Saya rasa, paras harga tertinggi setakat ini.

07 April 2011

Anjing Makan Telinga Budak


KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak lelaki hampir putus telinga kanan selepas diserang empat anjing kepunyaan jiran sebelahnya pada 3 April lalu di Kampung Panti, di sini.

Berikutan itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abd Rashid, 9, terpaksa ditahan di wad dan menerima 30 jahitan di telinga kanan dan beberapa bahagian belakang badannya sebelum dibenarkan keluar kelmarin.

Menurut bapanya, Abd Rashid Ibrahim, 55, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Rafiq leka bermain dengan adik kembarnya, Muhammad Rafie sebelum digigit empat anjing terbabit.

"Anjing itu dikatakan tiba-tiba mengganas lalu mengejar Muhammad Rafiq sehingga dia terjatuh, lalu menggigit telinganya. Muhammad Rafie pula bernasib baik kerana sempat melarikan diri.

“Saya terkejut apabila mendapat berita telinga anak digigit anjing peliharaan jiran dan bergegas pulang daripada kursus di Melaka. Namun, syukurlah anak saya selamat,” katanya.

Anak Luar Nikah kena Tangkap Khalwat

Gadis 20-an ditangkap khalwat di rumah sewanya bersama pakwenya umur 20-an. Lepas ditangkap, mereka rancang nak nikah segera. Tapi ingat, nikah pun tindakan kes khalwat tetap diteruskan.

Bila nak buat permohonan nikah, terbongkarlah yang dia adalah anak luar nikah, iaitu hasil zina ibu dan bapanya sebelum nikah. Ini terbukti dengan surat nikahnya berbintikan Abdullah, bukan berbintikan bapanya.

Bermakna, perbuatan gadis ini dengan pakwenya, mengulangi perbuatan ibu dan bapanya lebih 20 tahun lalu.

Telur Palsu, Macam-macam Yang Palsu Sekarang



Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Penjelasan

Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan, katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

06 April 2011

Mata Bengkak, Jangan Selalu Sentuh Tangan Kat Kelopak Mata


Dah masuk hari ketiga hari ini, kelopak mata masih bengkak. Semalam dah pergi klinik di Kuantan, doktor kata tangan jangan selalu sentuh kat kelopak mata, bimbang ada bakteria. Sebab tu jadi camni, orang kata 'timbet'.