Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 April 2011

Main Tangkap Spider (Episod 1)


Dulu masa kecil sekolah rendah, kita orang ada satu permainan iaitu tangkap spider. Spider yang kita orang maksudkan ni bukan labah-labah biasa tapi yang boleh lawan. Bukan besar sangat spider ini, sebesar kuku orang dewasa saja.

Mencari spider ni menyeronokkan, kena cari kat daun tertentu seperti pokok bunga dan pokok lain. Biasanya spider ni duduk dalam daun yang melekat dua.

Jantan dan Betina

Spider ni ada jantan, ada betina. Tapi kita orang tangkap yang jantan, yang betina biasa tak tangkap. Yang jantan sepit dia panjang, yang betina sepit pendek dan punggung dia besar. Bila tangkap yang jantan tu, letakkan dalam kotak mancis atau dalam plastik kemudian tutup rapat-rapat.

Lawan Spider

Bila kita orang dah dapat spider masing-masing, maka berkumpul untuk lawan. Bila letak di atas tempat lapang, kalau jantan sama jantan dia akan lawan. Yang best tu masa tengok dia bukak sepit sebelum lawan, sungguh mengasyikkan. Biasanya spider yang menang adalah yang ada sepit panjang dan nampak liar.

Kemudian tu kita orang bela spider tu terutama yang menang tadi. Tapi umur spider ni tak tahan lama, dalam seminggu matilah dia kalau tak pandai jaga. Masa tu ramailah kawan-kawan yang cari spider untuk jadi juara.

Budak sekarang

Budak sekarang lebih suka main game dan mengadap komputer. Sampai mereka dah tak tahu macam mana main spider ni. Kalau tak silap saya, mula main spider ni sejak darjah tiga sampai darjah enam. Masuk sekolah menengah dah tak main dah. Tapi sampai sekarang, kalau ingat semula cerita main spider ni, sungguh menyeronokkan.

...BERSAMBUNG  Episod 2

2 ulasan:

  1. Assalam Ustaz.. inilah pengalaman saya masa kecik dulu... siap bagi minum air liur ~ alasanyer dengar cakap tuan dia.. kelakar sungguh !

    BalasPadam
  2. jantan panggil king...betina panggil mak bon.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.