22 April 2011
Isteri Nak Cilikan Mulut Janda Tu
Maka isteri 50-an pun dah tak tahan dengan dengan suaminya 50-an yang selalu layan sms dengan janda tu. Satu hari tu, isteri tu sempat salin nombor telefon janda bergetah anak satu tu. Balik saja suami dari berkursus, suami kena serang hendap oleh isteri dia di ruang tamu.
"Awak ni pergi kursus ker, pergi berpoya-poya dengan janda tu...." Bebel isteri dia.
Suami panas betul tapi menahan sabar dan ditunjukkan fail dan sijil kursus. Dan satu lagi, nasib baik dia sempat ambil gambar dengan kawan sekursus yang disimpan dalam hphone dia. Oh yer, nak pesan pada suami yang isteri kuat cemburu... kalau pergi kursus jangan lupa ambil gambar dalam hphone, bukti kukuk tu.
Bila dah yakin suami dia betul pegi kursus, maka terdiamlah sekejap, bercampur hairan kenapa 'perisik' dia buat laporan suami dia jumpa janda tu. Suami dia tak layan sangat isteri yang ajak bertengkar tu. Suami buat macam tak tahu saja dan pergi layan tengok tv depan anak-anak. Isteri bengang dan masuk bilik. Dalam bilik di smsnya janda tu.
"Kenapa gatal sangat nakkan laki orang ni....". Sms isteri. Janda tu tak balas sms tu, buat diam jer.
Lama-lama isteri bengang, keluar satu sms.
"Kalau dapat jumpa kau ni, aku cilikan mulut kau..." Sms isteri.
Alahai, nak cili macam mana, tempat dan rumah orang tu pun tak tahu. Yang tahu, janda tu duduk di daerah itu, lain-lain maklumat tak tahu. Kalau jumpa pun, takkanlah nak bawak cili kat tangan, nanti tangan dia sendiri yang pedas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
boleh bagi no janda tu bro..dah lama solo ni
BalasPadamsalam ustaz...
BalasPadamsy pun.. ndak jugak.. no nya tu...
sj la.. nak mengatai...
test market.. kata org.. ;)
hehe..kena sentiasa bawak cili ler pulak dalam handbag tu
BalasPadam