Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 April 2011

Hati-hati Dengan Penipuan Terbaru, Email Dari SITI NORISHA

Saya terima satu email dari seorang yang tak dikenali, katanya dari sebuah negara di eropah. Saya nasihatkan semua pembaca, hati-hati dan jangan cepat terpengaruh. Saya syak, ini satu sendikit penipuan. Ada macam-macam cara hendak menipu, di antaranya menawarkan kita sesuatu perniagaan. Bila kita sudah seronok, kita diminta mengeluarkan sesuatu modal ribuan ringgit, kemudian orang ini lesap.

Atau, saya akan dapat banyak wang dengan membalas email ini dan jadi rakan kongsi niaganya. Saya boleh tengok wang saya banyak melalui internet. Tapi bila nak keluar wang, wang saya kononnya disekat oleh suatu pihak berkuasa. Orang itu akan telefon saya, katanya untuk dapat wang ini, saya perlu mengeluarkan sejumlah wang beribu ringgit untuk dapat kesemua duit saya.

Atau, macam-macam penipuan lagi pada zaman sekarang. Jadi, hati-hatilah. Bacalah email ini...

......................................................................................

Assalamualaikum....
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di YYY (sebuah negara di Eropah). Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya  ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk XXX  dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan. Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan  barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini?  kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.

Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk XXX dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.

Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
......

4 ulasan:

  1. saya pun dapat email ni ustaz... batu saphire kan... banyak kali dah saya dapat... cuma nama jek bertukar2... memang penipu jek ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum....
    email 'sampah' macam tu memang sentiasa perlu diragui.email macam ni berjaya memanupulasi otak manusia yang memang sukakan keuntungan berganda.

    BalasPadam
  3. Agak saya yang buat kerja ni satu group mungkin 4-5 orang. Kepala dia mat gagak afrika la kemudian anak-anak buah dia ada la sorang dua gadis tempatan yang jatuh cinta ka apa dengan mat gagak ni. Tu lah ustaz dapat email dalam Bahasa Malaysia, tak lain tak bukan gadis tempatan anak buah@kekasih mat gagak tu la yang punya karangan :).
    Dulu selalu jugak saya dapat email macam ni. Saya siap reply lagi saya kata "I love to do business with NEGRO....hahaha" lepas tu diam la dia org sebab lubang dah pecah.... :)

    BalasPadam
  4. Senang je...asal dpt emel dari nama yg tak pernah dikenali, dengan tanpa segan silunya saya terus delete. Tak sempat nak tertipu. Tapi komen "Tanpa Nama" kat atas ni memang lucu la...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.