07 April 2011
Telur Palsu, Macam-macam Yang Palsu Sekarang
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Penjelasan
Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.
Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan, katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
macam2 penipian sekarang nie...
BalasPadamHARUS WASPADA.... TQ USTAZ UTK GMBAR NIH...
BalasPadamish ish macam-macam no. Kita umat islam kena kembali menguasai pengeluaran produk makanan..kalau tak, kita tetap akan bergantung pada depa dan mungkin tertipu dengan hal hal babi dan hal macam ni. kita sebagai pengguna kena support produk muslim macam hpa, agromas, faiza, dll.
BalasPadamhaih telur pun depa buleh tipu...
betul ke ustaz? nk beritau suami la sb suami keje kt penang..bahaya nih..
BalasPadamTak mustahil telur palsu ini ada juga di negeri lain. Cuma Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) lebih berpengalaman dan prihatin sehingga boleh mengesan pemalsuan ini.
BalasPadamDiharap telur di tempat lain di seluruh negara juga diperiksa oleh KPDNKK.
zaman semua palsu....bukan sekadar manusia palsu...hatta telur pun jadi palsu..hu hu
BalasPadam