Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Januari 2011

Histeria Pelajar SMA Padang Tengku, Kuala Lipis, Memang SERAM (Siri 2)

Ambulan dari klinik Padang Tengku datang ke asrama dan membawa belajar keluar untuk dirawat di sana. Bukan semua yang dibawa, tak tahulah kriteria yang orang klinik tu pilih. Tertanya juga saya, sakit histeria macam tu boleh ke guna rawatan biasa. Tak apa, esok saya tanya kawan-kawan sekelas.

 Kiranya sepanjang malam tu, pelajar asrama wanita tak tenteram manakala guru dan beberapa pelajar lelaki membantu mengawal keadaan. Saya dan ayah saya balik ke rumah sebelum jam 12 malam naik moto. Seram juga dalam hati saya, macam ada benda mengikut balik rumah jer. Tapi tak adalah, perasan saja.

Esoknya kat Kelas

Esoknya, sekolah macam biasa dan keadaan aman seketika. Dalam kelas, pelajar hampir separuh tak ada terutama pelajar perempuan. Pelajar perempuan yang kena histeria dan ada potensi, dihantar balik kampung semuanya. Cikgu pun hari tu tak ramai yang masuk kelas, kekadang guru besar ronda bawa rotan sebab pelajar buat bising termasuk saya. Kita orang terkejut tiba-tiba muncul guru besar bawa rotan, semua dah kecut perut dan duduk diam semua. Mulalah masa tu buat-buat pegang buku.

"Kenapa yang bising-bising ni, mana ketua kelas ?" Kata guru besar tu.

Tersipu-sipu ketua kelas tu dah berdiri, dah tentu dia takut kena libas dengan rotan hampir sedepa tu. Tapi gurubesar tak pukul pun.

"Daripada buat bising ni, baik baca surah yasin dan buku pelajaran, periksa SRP dan SRA pun dah nak dekat. Ni tingkatan tiga, kena dapat keputusan baik". Kata guru besar tu.

Keluar saja guru besar, bukan boleh duduk diam, bising juga tapi taklah seperti tadi. Kita orang budak-budak ni berbual pasal histeria. Pasal ambulan bawa ke klinik tu, ada budak kata, kat klinik tu lepas kena 'injek' boleh baik histeria. Entahlah, betul ke tak, ini cerita budak-budak.

Belum Reda

Dalam jam 11.00 pagi , lepas rehat, suasana macam mendung dan ada hujan gerimis sikit. Tiba-tiba ada rasa macam seram sikit sebab dari tadi cerah. Lepas tu, kita orang nampak ada satu kelas lain, bertentangan dengan kelas tu ada macam kecoh sikit. Kemuadian beberapa ustaz pergi ke kelas tu. Kita orang yang dalam kelas ni keluar tengok apa yang berlaku melalui koridor. Rupanya ada seorang perempuan menangis dan dipapah keluar dibawa ke bilik guru. Tapi perempuan tu tak ada meronta atau menjerit.

Tak lama kemudian, ada seorang lagi perempuan dari kelas lain kena macam tu juga. Dalam kelas kita orang tak ada apa-apa, tengok budak perempuan tak ada apa-apa.

Balik Cepat

Dalam pukul 12.00 loceng sekolah berbunyi, kemudian diberitahu, hari itu balik cepat. Seronok juga kita orang kena balik cepat. Malam tu pulak, lepas maghrib ada warder asrama datang rumah saya dan beritahu ayah saya, ada pelajar perempuan kena histeria. Saya pun apa lagi, ikut sama ayah saya, seronok. Masa tu, bukan fikir takut ker, risau ker, cuma terfikir seronok dan hendak tahu. Wahhh... saya kira macam seekers ler masa tu, heheheh.

....BERSAMBUNG Klik dibawah...


9 ulasan:

  1. ustaz ni pandai betul buat orang tertunggu2..

    BalasPadam
  2. mmmm best juga ... siri memburu hantu pulak ni... tp Nasib Man burger lum abis gi... hehhehehe

    BalasPadam
  3. mmmm... dah nasib mat burger, cerita pun lambat disabung.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan,

    Kalau da terbaca adakah orang yang belum kahwin akan mendapat jodohnya?. Hehehe. . .

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  5. adeh ustaz...dah dua siri saya terjebak ni... kreatif betul ustaz membuat pembaca tertunggu-tunggu.

    BalasPadam
  6. saya telah tersangkut dengan episod mat burger...bila nk sambung? windu saya dibuatnya...ni ade pulak siri baru...byk yg kita ble jdkan teladan..syabas ustaz

    BalasPadam
  7. tak sangka pulak ustaz ni kreatif juga orangnya...muga-muga jadi penulis terkenal ...

    BalasPadam
  8. slm..
    suspen la ustaz ni...tp sronok la bca citer ni..

    BalasPadam
  9. terbaik dari SMAPT

    BalasPadam

Dipersilakan komen.