Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Januari 2011

Mungin Ada Sebab Bapa Tak Mahu Lihat Pernikahan Anak


Jarang berlaku, seorang bapa tak mahu melihat majlis akad nikah anak perempuannya umur 20-an yang masih anak dara. Tapi bagi satu kes ini, bapa beri asalan sibuk bertugas dan tak mahu lihat pernikahan anaknya. Bapa datang kepada Kadi untuk menyerahkan wali berwakil lebih kurang sejam sebelum pernikahan.

Selepas itu pasangan ini bernikah dengan berwalikan bapanya walaupun ketiadaan bapa dalam majlis itu. Dalam kes ini, saya tak mahulah tahu apa masalah yang sedang dialami keluarga ini. Kalau dilihat secara kasar, nampak keluarga ini bahagia saja. Tapi, mungkin ada perselisihan atau rasa kecil hati seorang bapa kepada anaknya. Atau ada perkara lain yang cuba disembunyikan.

Bagaimanapun... Alhamdulillah kerana bapa bersedia menjadi wali walaupun tak mahu melihat pernikahan anaknya.

3 ulasan:

  1. rasanya tak ada masalah. sayugia ia meninggalkan majlis buat sementara waktu sehingga majlis nikah selesai.Kerana pernikahkan telah diwakil walikan kepada juru nikah. Walaupun dari satu sudut semacam tak kena tetapi itulah ...... Bapa tersebut telah memberikan kepercayaan yang penuh kepada wakilnya di dalam majlis itu.... tetapi kebanyakkan majlis pernikahan sekarang ..... bapa pengantin seolah-olah menjadi saksi pernikahan...sedangkan saksi nikah telah ada... .... itulah kebiasaannya... yang penting.. majlis nikah itukan sah... cuma nampak kurang manis..... kurang manis pada pendapat kita... sedangkan hadir pada majlis pernikahan yang telah diwakilkan kepada jurunikah... macam tak percaya pulak kepada juru nikah......emmmm tentu ramai yang tidak setuju dengan pendapat ini.. pendapat tidak popular dalam masyarakat.

    BalasPadam
  2. pernah terjadi pada rakan saya, bapa hanya mewakilkan pada juru nikah saja... bapa juga tidak hadir sewaktu urusan nikah dijalankan...

    sebabnya, bapa x berkenan pada menantu, tp disebabkan anak dia nak jugak, bapa nya terpaksa setuju...

    BalasPadam
  3. perkara ini terjadi pada saya sendiri. bapa hanya datang ke masjid sebentar sahaja utk mewakilkan pada jurunikah. Bila turn saya dinikahkan,dia pulang ke rumah. Dia beri alasan tak ada sesiapa di rumah tuk melayan tetamu dan orang-orang rewang.

    tahun ni,turn adik saya kawen, boleh pula bapa saya duduk di masjid 2-3jam sehinggalah masjid akadnikah adik saya selesai..erm..no komen,saya hanya bersangka baik.yg pastinya saya kecik hati sampai sekarang :(

    BalasPadam

Dipersilakan komen.