Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Mac 2010

Hantaran 10,000: Bapa Korbankan Anak (Episod 9)

Balik ke kampung membuatkan bapa Zihan tidak tenteram kerana dikejar 'along'. Walaupun along bukan datang sepanjang masa di rumah tapi ketakutan tetap menghantuinya. Bapanya fikir tiada jalan lain selain menuntut wang 5,000 itu. Kalau tak dapat penuh pun sekurang-kurang boleh bayar ansur untuk meredakan seketika hidupnya yang tersiksa dikejar along itu. Bapanya menelefon perempuan, kebetulan baru balik kerja.

"Mintak suami kau 5,000, kalau tak dapat bayar separuh dulu 2,500". Kata ayahnya menyebabkan anaknya terkedu.

Mana mungkin dia ada jumlah itu, kerja pun baru sebulan. Dalam diam-diam, anak perempuannya berjanji nak kasi 500 dulu, selebihnya bulan hadapan secara beransur-ansur. Bapanya bersetuju saja, walaupun tak dapat banyak, 500 pun boleh juga untuk mengendurkan sementara desakan along.

 Zihan tidak dapat menyembunyikan kepada suaminya untuk membayar 500 secara ansuran. Dia mengajak Harun ke bank di Taman Daya kerana itulah bank berdekatan untuk masuk ke akaun bapanya. Bila suami mengetahui, terjadilah pertengkaran  di antara mereka. Ditambah pula Harun terkejut dengan tindakan isterinya waktu dia baru saja balik dari kerja.

Gaduh Suami Isteri

Harun tidak benarkan istertinya memberi wang itu kepada bapanya. Bukan untuk menghalang tetapi 500 itu untuk digunakan untuk tujuan lain seperti membeli meja dapur gas dan meja makan. Sekarang mereka makan bersila beralas tikar saja dan dapur gas tanpa meja. Itu belum cerita mesin basuh dan peti ais yang mereka jangkan nak beli 2-3 bulan lagi.

Zihan menangis sendirian, begitu terharu perasaan hatinya, makan nasi berulam jantung dengan lakinya. Walaupun ayahnya berperangai sebegitu, ayah tetap ayah dan perlu dibantu. Dia tak mahu keselamatan bapa dan ibunya di kampung terancam kerana along ini. Dari kecil dia sudah tahu perangai bapanya yang suka main dam, main judi nombor ekor dan berhutang sana sini. Selama ini bapanya yang dah lebih 60 tahun itu tak pernah puas dan insaf.

Tipu Orang Boleh Lagi, Tipu Along Jangan

Tapi kali ini, bapanya nampak mengalah dengan along, baru bertemu buku dengan ruas namanya. Sebagai anak, dia nak balas jasa ibu dan bapanya walaupun gajinya tak sebesar mana, tapi dia tetap mahu membantu. Yang paling penting adalah keselamatan bapa dan ibunya di kampung, jangan sampai kena sembelih along. Dia anggap suaminya tidak faham berkenaan keluarganya. Semalaman Zihan tak bertegur suaminuya malam itu. Malam itu dihujani dengan air mata saja.

Esoknya, Harun menegurnya seolah mahu meminta maaf, walaupun tiada ucapan maaf dikeluarkan dari mulut suami. Mereka pergi kerja naik moto bersama dan perselisahan malam tadi berakhir. Zihan tidak lagi mambangkitkan soal wang 500 yang nak diberi kepada bapanya. Petang itu, sekali lagi bapanya menelefon, kali ini marah-marah kerana mengganggap anaknya sebagai penipu dan mempermainkan bapanya.

"Jangan jadi anak derhaka, bapak akan pastikan keluarga kamu hidup huru-hara selepas ini". Kata bapanya.

Ini membuatkan hidup Zihan semakin tidak tenteram dan ketakutan. Tapi suaminya mententeramkan keadaan. Harun kata mungkin mereka akan berpindah ke rumah lain pula selepas ini kerana tidak mahu bapanya mengganggu lagi.

Mayat Tak Dituntut

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memaklumkan terdapat mayat seorang pesakit yang belum dituntut waris di pusat perubatan itu. Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Pusat Perubatan UKM Foziah Hanon Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Chan See Hoy, 63, dengan nombor pendaftaran pesakit N090178 telah dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 17 Feb lepas.

Chan meninggal dunia pada 19 Mac lalu dan alamat terakhir si mati adalah bertempat di No 22, Jalan Dayang 7/8 Bandar Mahkota Cheras, Kajang. Waris berkenaan diminta menghubungi talian 03-91455445/5371/5467/5468 dalam tempoh dua minggu daripada kenyataan ini disiarkan

30 Mac 2010

Hantaran 10,000: Perkahwinan Tanpa Keberkatan (Episod 8)

Bapa Zihan amat marah bila tahu anak perempuannya keluar rumah dan berpindah ke Johor Bahru. Bapanya tahu anaknya ke JB selepas ibunya terpaksa beritahu cerita yang sebenar. Mulanya ibunya rasa bapanya tak marah sebab anak perempuan dah besar dan dah kahwin, jadi biarlah dia hidup berdikari di bandar JB. Tapi bapanya tak dapat terima, ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Bila bapanya telefon anaknya tidak dapat kerana anaknya sudah tukar simkad baru selepas pindah JB.

Dapat Gaji
Sebulan duduk di JB perit juga sebab belum dapat gaji, bila masuk bulan kedua, kehidupan mereka agak mewah juga. Harun dapat gaji termasuk elaun lebih masa dan elaun lain dalam RM1600, manakala perempuan sekitar RM1200. Lepaslah mereka beli perabut dan belanja rumah. Bagaimanapun hidup mereka agak sibuk sehingga Sabtu dan Ahad pun bekerja untuk  mengejar pendapatan lebih.

Suatu hari, Zihan telefon ibunya di kampung menggunakan telefon awam. Ibunya amat rindukan anaknya yang sebelum ini tak pernah terpisah sejak kecil, sekolah pun dekat-dekat rumah saja. Dia tak berani berdepan dengan ayahnya sekarang dan tak berani balik ke kampung. Ibunya menceritakan suatu peristiwa yang berlaku pada bapanya. Kata ibunya, bapanya dipukul oleh seseorang di bandar sehingga diselamatkan oleh orang ramai.

Hutang Along

Kemudian ada beberapa lelaki datang ke rumah mencari ayahnya. Orang itu adalah 'ceti haram' kerana bapanya banyak berhutang kerana suka berjudi. Ibunya pun rasa tertekan kerana sering diganggu dan tidak tenteram tinggal di kampung angkara bapanya yang kaki judi dan pinjam ceti haram. Ini membuatkan dia bersedih mengenangkan nasib ibunya di kampung. Tapi dia tidak ada daya upaya untuk mengubah sikap bapanya.

Duit Hantaran Anak Boleh Bayar Hutang Along
Bapa Zihan terdesak mencari wang untuk menjelaskan hutang beribu-ribu itu. Maka dia berusaha mencari anak dan menantunya di Johor Bahru untuk menuntut kembali baki wang hantaran 5,000 yang dijanjikan itu. Tapi bukan senang dia nak cari anak dan menantunya itu, Johor Bahru bukannya kecil.

Bagaimanapun, bapanya berusaha menjejaki anaknya. Suatu hari Zihan telefon ibunya dan ibunya berhasrat berkunjung ke rumah anak menantunya di JB. Ibunya sememangnya rindukan anak perempuannya itu, manakala bapanya mengambil kesempatan ikut sama. Akhirnya anak perempuannya memberitahu juga alamat rumah di JB.

Kedatangan ibu dan bapanya disambut dengan mesra oleh menantu dan anaknya. Pada hati menantunya, bapa mertua perlu dihormati, walaupun ada perselisihan sebelum ini. Sebelah malam, ibu dan bapanya dibawa makan tomyam di gerai berhampiran kemudian dibeli buah durian untuk makan di rumah.

 Satu malam di rumah anak menantunya, agak membosankan juga pada orang tua sebab anaknya sibuk bekerja. Waktu hendak pulang, anak menantunya hantar sehingga ke stesen bas Larkin menaiki teksi. Sebelum pulang, bapanya berkata pada anaknya yang dia perlukan wang untuk belanja.

"Jangan lupa beritahu suami kau baki duit 5,000 itu". Kata bapanya.

Perkataan itu membuatkan perasaan anaknya terguris. Dia tak sangka bapanya masih menyimpan niat itu untuk menuntut baki hantaran 10,000 itu. Dia sebenarnya mahu melupakan segalanya untuk membina hidup baru di JB, tapi hari itu kesedihan itu kembali.

Buang Bayi Dalam Balang Plastik Pula

KUALA LUMPUR: Janin sebesar dua jari dijumpai dalam balang plastik bertutup di hadapan pintu pagar, Tokong Foo Yan dekat Jinjang Utara, Jinjang di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin yang dipercayai lelaki itu dijumpai seorang lelaki yang juga penjaga di tokong itu kira-kira 11.30 malam ketika dia meronda di tokong itu.

"Janin yang masih bertali pusat dengan panjang kira-kira 10sm itu dianggar empat bulan dan cukup sifat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Pelakon Zarina Ann Joulie disahkan negatif ambil dadah

SEPANG 30 Mac – Pelakon kontroversi, Zarina Ann Joulie disahkan negatif daripada pengambilan dadah oleh makmal kimia Jabatan Patologi. Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman berkata, keputusan air kencing pelakon itu setelah diuji oleh pegawai perubatan jabatan didapati negatif.

Dengan keputusan tersebut Zarina dibebaskan daripada dakwaan dan pengawasan pihak AADK.
"Zarina memberikan kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai kami dan tidak timbul sebarang masalah sepanjang tempoh pengawasan, sementara menunggu keputusan ujian makmal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pengawasan berkelompok di Pejabat AADK Sepang, di sini hari ini... UTUSAN MALAYSIA

Hantaran 10,000 : Pengantin Raja Sehari (Episod 7)

Pak imam panggil pengantin perempuan untuk memulakan semula majlis akad nikah.

"Sekarang kita nak nikahkah semula". Kata pak imam.

Harun yang dari tadi menangis, berusaha untuk berhenti menangis dan mengesat-ngesat air mata. Pak imam sekali lagi salam tangan lelaki. Pak imam terus saja mulakan akad nikah walaupun lelaki nampak macam belum sedia.

" Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan.... dengan maskahwinnya 22.50 tunaiii". Kata imam tu.

Harun terdiam seketika dan kemudiannya jawab.

"Aku terima nikah.... dengan maskahwinnya 22.50 tunai". Jawab lelaki.

Kemudian lelaki di kiri dan kanan iaitu kawan sedam haji bapanya pun mengangguk tanda sah. Kemudian pak imam baca doa ringkas. Semua yang hadir mengaminkan doa. Maka, kiranya sahlah mereka jadi pasangan suami isteri pada malam itu.

Pak imam dan kawan-kawan bapanya minta diri untuk balik dan keluar. Suatu yang menghairankan, pernikahan itu tanpa ada suatu surat pun. Tapi pada anggapan pengantin yang tak berapa tahu, mungkin surat nikah nanti dia perlu uruskan kamudian di Pejabat Kadi. Pada anggapan kedua-dua pengantin, perkahwinan mereka sudah sah dengan diwalikan bapanya.

Keluarga pengantin lelaki kemudian balik, sedikit pun tidak bersalaman dengan bapa perempuan. Pengantin lelaki juga mahu balik ke rumah dan tidak tidur situ. Dia rasa serba tak kena kalau tidur di rumah isterinya itu. Bila Zihan mengetahui, suami yang baru dinikahinya nak balik, maka dia pun hairan dan cuba menahan. Tapi Harun tetap hendak balik.

"Nanti apa-apa hal abang sms, ok ". Kata lelaki tu. Kemudian semuanya balik.

Masuk saja dalam kereta, Harun sms isterinya.
"Maafkan abang sebab tak tidur sana. Abang perlu menyendiri buat masa ini" sms ringkas lelaki.

Bagaimanapun esoknya Harun menelefon Zihan untuk bertemu di bandar. Kemudian mereka berdua sempat tidur di hotel budget di bandar. Mereka berbincang untuk berhenti kerja lamanya dan mencari kerja baru ke Johor Bahru untuk membina kehidupan baru di JB.

Pindah ke Johor Bahru

Petang itu juga mereka terus ke Johor Bahru menaiki motosikal dan berjumpa dengan seorang kawan satu sekolah yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau. Diceritakan semuanya mengenai perkahwinan dan hantaran 10,000 pada kawan baiknya, Zaid. Kawannya bersimpati dengan nasibnya dan boleh tolong dapatkan kerja mereka berdua di kilang itu dengan gaji 800 sebulan, belum masuk kerja lebih masa. Maka kalau berdua bekerja kira lumayan juga.

Mereka berdua dapat menyewa sebuah rumah tidak jauh dengan tempat kerja dengan sewa 300 sebulan hasil pertolongan kawannya tadi. Mereka boleh terus bekerja keesokan harinya tapi minta tangguh selama 3 hari untuk urusan perpindahan. Pulang ke kampung, perempuan serba salah untuk memberitahu ibu bapanya untuk berpindah ke JB.

Nak beritahu bapanya lagilah takut, akhirnya dia beritahu ibunya saja. Ibunya tak melarang dan merahsiakan kepada bapanya. Esoknya, Zihan keluar rumah dengan sebuah beg pakaian saja. Suaminya yang jemput naik motosikal waktu bapanya sibuk dengan dam hajinya. Mereka terus bertolak ke JB, sekitar 100 km juga. Maka tinggallah di rumah baru dan membina hidup baru sebagai suami isteri.

Kisah dan masalah hidup mereka belum berakhir. Ada banyak perkara lagi yang belum selesai, tapi mereka seolah-olah tidak mahu fikir. Kerana yang penting pada mereka, mereka dah kahwin dan sekarang sedang sibuk berbulan madu. Harun dan Zihan tukar simkad untuk mengelakkan sesiapa menelefon terutama bapanya.

 BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-perkahwinan-tanpa.html

29 Mac 2010

Anak Kurang Ajar

Antara tanda-tanda hampirnya hari kiamat adalah anak tak hormat pada ibu bapa. Termasuklah bapa dijadikan kuli oleh anaknya sendiri. Petang tadi saya ke sebuah warung di Kluang, ada jual goreng pisang dan lain-lain. Gerai tu di tepi jalan, bukannya yang jenis mahal sangat, mungkin juga ceroboh tanah kerajaan, entahlah.

Sambil minum, saya memerhati dan mendengar seorang pemuda bersikap tidak sepatutnya kepada seorang lelaki tua. Pemuda itu panggil lelaki itu 'abah' menunjukkan itu bapanya.

"Abah ni jangan lah hantar air lewat, orang dah tunggu !". Kata pemuda tu pada bapanya.

Saya nampak pemuda tu memang kurang ajar, tak sepatutnya dia cakap begitu pada bapanya. Lepas tu saya dengar lagi.

"Abah ni cepatlah angkat gelas, orang dah duduk tu !". Cakap pemuda tu dengan tinggi suaranya. Maka bapanya tu tergesa-gesalah pergi angkat gelas.

Bila dah selesai makan, kawan saya bayar. Bapa dia ada lambat sikit masa mengira, kemudian bapanya kena tengking anaknya.

"Abah ni cepatlah ambil duit tu, semua tiga ringgit setengah jer". Kata pemuda tu. Bapanya ambil duit dan pulang duit baki. Kemudian pemuda tu kata lagi.

" Abah ni kalau nak buat slow-slow macam ni lebih baik duduk rumah saja. Esok tak payah datang kedai !". Kata lelaki tu.

Dalam kereta, kawan saya kata tak patut seorang anak memperlakukan bapanya sebegitu. Lebih lagi di khalayak ramai. Saya tanya, betul ke bapa dia ? Kawan saya kata yer, sebab dia panggil gelaran 'abah'. Yer memang pasti itu bapanya. Umur pemuda tu dalam 30-an, masih muda cergas, tengok gaya macam dah kahwin. Bapanya antara 60-70 tahun, pergerakan agak perlahan sikit.

Begitulah nasib seorang bapa yang membesarkan anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Bila anak dah besar, anak senang-senang tengking bapa. Itu saya minum di situ dalam 30 minit, bukan lama. Agak-agak dalam sehari, berapa kali anak dia tengking bapa dia ?

Ayah dia bukan orang berada, dah pasti bukan bekerja tetap dahulu, mungkin tiada pencen. Jadi dia menumpang kasih di warung anak lelakinya untuk cari sedikit pendapatan untuk belanja hidup. Tapi anak dia pula yang bersikap kurang ajar. Saya lihat bapanya taat saja dan buat tak tahu saja bila anak dia tengking begitu. Bapanya terpaksalah sabar, nak ke mana lagi. Nak kerja tempat lain atau kedai orang, bapanya bukannya sihat sangat.

50,000 Pengunjung

Alhamdulillah, pengunjung blog saya sudah mencapai 50,000 hari ini. Blog ini baru berusia 6 bulan lebih, masih baru dalam dunia blog.  Terima kasih kepada semua pembaca  dan teruskan membaca.

CALON BEBAS MELAYU MENANG PILIHANRAYA DUN SELANGOR

Ramai yang tidak mengetahui bahawa calon bebas juga boleh menang pilihanraya dengan tiket bebas. Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di DUN Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, memenangi  kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat. Ini  merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan. 

Saya pun baru mengetahui sejarah yang menakjubkan ini. Sebelum ini, saya ketahui calon bebas yang menang kebiasaannya di Sabah, Sarawak dan Labuan. Jadi kalau berlaku pada calon Melayu, ini merupakan sejarah yang besar.

Yang menakjubkan, beliau memang bertanding atas tiket bebas dan menggunakan lambang bebas dalam pilihanraya. Beliau bukan orang yang jadi bebas selepas lompat atau letak jawatan dari sesuatu parti. Selepas menang kerusi ini, beliau juga tidak menyertai parti mana-mana termasuk BN atau PAS waktu itu. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah seorang guru selama 20 tahun di kawasan berkenaan.(Di atas adalah gambar beliau)

28 Mac 2010

CHUA SOI LEK PRESIDEN MCA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih menjadi Presiden MCA yang baru manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalannya pada pemilihan parti itu hari ini.

Bekas Timbalan Presiden MCA itu memperoleh 901 undi, mengalahkan bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting, yang mendapat 833 undi dan penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang memperoleh 578 undi dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan presiden.

AWAS : TAHANAN LARI

SEPANG: Seramai 16 mangsa pemerdagangan orang warga asing yang diberi perlindungan di depoh tahanan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri dari pusat tahanan itu awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai antara jam 5 pagi hingga 7 pagi itu membabitkan 12 warga Afghanistan dan empat Myanmar. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkara pihaknya menyedari kehilangan 16 mangsa yang diletakan di bawah pwrintah perlindungan itu kira-kira jam 7 pagi sebelum membuat laporan polis dan memulakan operasi mencari mereka.

10 Wanita Terkaya Dunia

1. CHRISTY WALTON
Nilai bersih: RM74.7 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat.Walmart diasaskan oleh Sam Walton bersama adiknya, James pada 1962. Hari ini, jualan tahunannya mencecah RM1.34 trilion dan mempunyai dua juta pekerja, lebih 8,400 pasar raya.

2. ALICE WALTON
Nilai bersih: RM68 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat
ALICE, seorang lagi anggota keluarga Walton, membiayai pembinaan lapangan terbang di Betonville pada 1990, membina Muzium Seni Amerika Crystal Bridges. Tidak banyak yang diketahui mengenai wanita ini kecuali sikapnya yang sukan menderma.

3. LILIANE BETTENCOURT
Nilai bersih: RM66 bilion
Sumber: L’Oreal
Negara: Perancis. PEWARIS syarikat mekap L’Oreal ini menjadi kaya dengan peningkatan harga saham syarikat. L’Oreal yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun lalu diasaskan oleh bapanya. Satu-satunya anak dan pewaris syarikat itu, Liliane tahun lalu meminta mahkamah menyiasat pemberian wang tunai dan hadiah berjumlah RM4.64 bilion yang didakwa diberikan ibunya, Francoise Bettencourt-Meyers kepada jurugambar, penulis dan pelukis terkenal, Francois-Marie Banier, 61. Liliane menuduh Banier mempergunakan ibunya yang menjadi janda pada 2007. Banier yang menafikan tuduhan itu diarah menjalani pemeriksaan psikologi sebelum perbicaraan pada 2007. Francoise, pada 2008, mengumumkan, dia tidak lagi mengaku Liliane anak. Kedua-dua masih tidak bercakap hingga ke hari ini.

4. BIRGIT RAUSING
Nilai bersih: RM43 billion
Sumber: Pembungkusan
Negara: Sweden . SELEPAS kematian suami, Gad Rausing pada 2000, Birgit bersama-sama tiga anaknya mewarisi syarikat pembungkusan, Tetra Laval. Syarikat berkenaan diasaskan oleh bapa mentuanya pada 1994 yang melakukan pembaharuan besar-besaran terhadap pembungkusan cecair seperti jus dan susu. Hari ini, jualan menjangkau RM51 bilion. Birgit melantik semua anaknya menjadi anggota lembaga pengarah Tetra Laval. Anak lelaki, Jorn, mengetuai bahagian perolehan dan penggabungan, Finn menjadi pengerusi lembaga pengarah Institut Ekonomi Gunaan RR Sweden.

5. SAVITRI JINDAL
Nilai bersih: RM40 bilion
Sumber: Keluli dan tenaga
Negara: India. SAVITRI adalah pengerusi bukan eksekutif OP Jindal Group, syarikat keluli dan tenaga yang diasaskan mendiang suaminya, Om Prakash Jindal pada 1952. Dia mengambil alih syarikat berkenaan selepas Jindal terbunuh dalam kemalangan helikopter pada 1952. Dia bagaimanapun menyerahkan operasi syarikat kepada anaknya, Prithviraj, Sajjan, Ratan dan Naveen. Urus niaga syarikat mencecah RM31.5 bilion tahun lalu dengan Jindal Steel & Power yang dikuasai Naveen menjadi penyumbang utama.

6. ABIGAIL JOHNSON
Nilai bersih: RM38 bilion
Sumber: Fidelity
Negara: Amerika Syarikat. BAPANYA menguasai syarikat pelaburan Fidelity, syarikat dana amanah terbesar Amerika Syarikat. Syarikat berkenaan juga menjalankan perniagaan broker dan insurans. Bapanya, Ned, menyertai syarikat datuknya sebagai penganalisis pada 1997. Abigail pula menyertai syarikat itu pada 1993 dan kini menguasai 24 peratus saham syarikat. Walaupun keluarganya menguasai 49 peratus Fidelity, saiz pemilikan individu tidak diketahui. Abigail bakal menggantikan tempat bapanya selaku presiden syarikat.

7. SUSANNE KLATTEN
Nilai bersih: RM37 bilion
Sumber: BMW
Negara: Jerman. MEWARISI saham dalam syarikat pembuat kereta BMW daripada mendiang bapa, Herbert Quandt yang menyelamatkan syarikat berkenaan daripada muflis puluhan tahun lalu. Susanne, ahli ekonomi terlatih juga mewarisi 50 peratus saham dalam syarikat pembuat bahan kimia, Altana. Sejak Februari lalu, dia yang menjadi anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan menguasai 95 peratus saham Altana.

8. IRIS FONTBONA
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Tembaga
Negara: Chile. ISTERI kedua dan kini balu bilionair, Andronico Luksic, yang mati akiba barah pada 2005. Keluarganya menguasai Antofagasta, syarikat melombong tembaga terbesar dunia. Saham syarikat melonjak 80 peratus tahun ini. Juga menguasai saham dalam Quinenco, syarikat pembungkus dan pembuat minuman dan Plava Laguna, rangkaian pusat peranginan tepi pantai di Croatia. Anak, Jean Paul menjadi pengerusi Antofagasta.

9. JACQUELINE MARS
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Gula-gula
Negara: Amerika Syarikat. PENGGUNA yang berdepan dengan masalah kewangan masih meminati produk keluaran keluarga Mars yang terbukti kalis kemelesetan: cokelat (Snickers, M&Ms), makanan binatang peliharaan (Pedigree). Syarikat itu menjadi pengeluar gula-gula terbesar dunia apabila menguasai syarikat, Wrigley tahun lalu setelah membelinya dengan harga RM76 bilion. Jualan digabungkan kini mengatasi RM99.6 bilion.
10. ANNE COX CHAMBERS
Nilai bersih: RM33 bilion
Sumber: Rangkaian komunikasi dan media
Negara: Amerika Syarikat. ANNE ialah Anak pengasas Cox Enterprises, James M Cox yang menamatkan pengajian sekolah menengah pada 17 tahun dan menjadi guru sekolah serta wartawan sebelum membeli syarikat akhbar Dayton Evening News dengan harga RM86,000 pada 1898. James Sr kemudian menceburi politik. Hari ini, anak syarikat Cox Enterprise termasuk syarikat rangkaian komunikasi, Cox Communications, 17 akhbar harian, 15 stesen televisyen, 86 stesen radio, syarikat jual kereta menerusi Internet.

Hantaran 10,000 : Gelora Cinta Syahdu (Episod 6)


Pak Imam rilek saja dan meneruskan bicara. Cuma suara dia saja yang ada sedikit tersekat-sekat, tidak selancar tadi.

“Baiklah, kita nak mulakan majlis akad nikah. Baki hantaran tu boleh dibayar beransur-ansur selepas nikah“. Kata imam itu.

Harun menyambutnya dengan gembira, tersenyum dan memandang ke arah tunangnya yang dari tadi mengintai di celah lansir pintu bilik. Bila dipandang ke arah bapanya, bapanya mengangguk, tanda setuju. Abang Harun juga tak kata apa-apa walaupun masih mengekalkan muka garangnya dari tadi. Lelaki pun melangkah ke depan mengadap pak imam. Di situ dari tadi sudah tersedia satu karpet sejadah baru yang memang dibeli khas untuk majlis akad nikah sebelum ini.

Pernikahan Bermula
Pak imam terus salam dengan lelaki. Suasana dalam rumah itu kembali sepi macam suasana dalam mahkamah.

“Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan..... dengan maskahwinnya 22.50 tunaiiiii“. Kata pak imam sambil salam tadi.

Harun terdiam, seolah-olah terpaku dan tak menyangka dia akan bernikah. Dia seakan tidak percaya pak imam terus menikahkannya. Dia kemudiannya melepaskan tangan tadi dan tangannya tadi mengelap peluh di dahi dengan tuala.

Debaran di dadanya semakin bertambah kencang. Tanpa disangka-sangka, air mata Harun mengalir deras. Dia tak boleh menahan kesedihan ditambah pula dengan perasaan bersalah tapi dia tak dapat nyatakan apa kesalahannya. Di dalam hatinya, dia mula rasa dia bukan orang berada atau orang kaya, maka nasibnya sebegitu. Kalau dia bekerja dan bergaji besar, 10,000 pasti tidak jadi kesukaran.

Air Mata Keinsafan

Fikirannya dengan pantas  mengimbas kembali masa alam persekolahan, dia selalu malas belajar, malah suka lawan cikgu dan ponteng. Bila periksa, dia dapat nombor hampir tercorot. Kawan-kawan sekolah dia yang masih berkawan hingga sekarang hampir kesemuanya berjaya termasuk Cikgu Amat di kampungnya, atau Wan yang ada klinik sendiri. Dia rasa dirinya terlalu rendah dan tak berguna lagi. Semakin banyak air matanya menyirami karpet pengantin, membuatkan orang lain termasuk pak imam terdiam terus.

Bila dipandang ke arah bakal isterinya, rupanya sedang menangis juga dari tadi sambil ditenangkan oleh ibu perempuan. Abang Harun yang tentera tu, yang tadi mukanya garang dan bengis, sekarang nampak tunduk seolah-olah menahan air mata dari keluar. Dalam hati abangnya pasti sedih, adiknya dalam keadaan begitu. Kalau abangnya pun berada di tempat adiknya, mungkin dia juga tidak mampu menahan air mata.

Walaupun suasana dalam rumah itu sudah bertukar menjadi majlis air mata macam ada orang meninggal dunia, tapi bapa perempuan tenang saja dan tak ada berubah apa-apa. Dia memberi isyarat kepada pak imam dan pak imam tersenyum lagi..... Apa  maksud senyuman pak imam ini ? Tunggu episod seterusnya.

Pengawal Keselamatan Nepal Jadi Doktor

KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu Jabatan Imigresen, Polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membanteras rakyat asing di sekitar ibu negara hari ini membongkar kegiatan penyediaan rawatan perubatan haram oleh seorang rakyat Nepal di sebuah premis di Plaza Taleju di Jalan Silang di sini.

Operasi klinik haram di tingkat empat itu didapati berselindung di bawah papan tanda berbahasa Nepal bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai. Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran DBKL, Shafie Phen, berkata klinik itu tidak mempunyai lesen premis dan ia dikendalikan seorang lelaki berumur 42 tahun yang mendakwa dirinya doktor. "Dia datang ke Malaysia menggunakan permit pengawal keselamatan tetapi kita hairan bagaimana dia boleh membuka klinik.

"Walaupun dia memberitahu ada pengalaman sebagai paramedik tentera negaranya (Nepal), ia tidak diiktiraf di sini," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu itu di pejabatnya hari ini.

Shafie berkata, lelaki itu yang dipercayai memberi perkhidmatan hanya kepada rakyat Nepal, ditahan untuk siasatan lanjut dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) 1963 kerana tidak memiliki dokumen sah dan premis itu diberi notis tutup oleh Jabatan Pelesenan DBKL.

27 Mac 2010

PELACUR CALL GIRL: HABUAN BANGLA

Tindakan Jabatan Imigresen yang mengambil tindakan tegas terhadap warga asing sangat-sangat dipuji. Di Kluang beberapa hari lepas, beberapa orang Bangla ditahan jabatan tersebut atas pelbagai kesalahan. Mungkin kesalahan tiada dokumen yang sah atau kesalahan lain. Di Kluang beberapa lokasi menjadi tumpuan Bangla ini seperti jalan Yap Tau Sah dan Taman Sri Kluang.

Baru-baru ini, saya mendapat aduan mengenai penglibatan Bangla di Kluang yang menjadi perantara kepada kegiatan pelacuran. Lelaki ini menggunakan nama "Ayim" (bukan nama sebenar) cukup popular di kalangan Bangla di Kluang. Maklumat yang saya terima, dia sudah tinggal berbelas tahun di Kluang ini dan menjadikan bandar ini sebagai kampung halaman sendiri. Menurut aduan, dia ada banyak kesalahan termasuk pemalsuan pasport dan dikira sebagai 'orang kuat' Bangla di Kluang ini.

Ayin sukar ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ kerana peranannya hanyalah sebagai orang tengah. Saya pernah sekali menelefon Ayin untuk memerangkapnya tetapi gagal. Mulanya dia layan saya, tapi kemudian dia bercakap bahasa Bangla dengan saya, bila saya tak faham, dia putuskan perbualan. Dia tidak percayakan orang baru dalam telefon kecuali Bangla sendiri. Jadi, strategi nak perangkap dia gagal.

Pelacur yang Ayin bekalkan ada ramai, katanya termasuk anak dara dan janda. Mengikut maklumat, kesemua wanita 'di bawah tangan' Ayin adalah Melayu dan Indonesia. Pelanggan ramai yang Bangla tapi ada juga orang Melayu, Cina dan India. Ayin mengenakan bayaran RM 60 ke atas kepada pelanggan. Ayin sekadar orang tengah, manakala bayaran dibayar terus kepada pelacur berkenaan. Sejauh mana peranan Ayin dalam kes ini ? Ini yang sukar dibuktikan. Sebab itu, kegiatan ini sudah beberapa tahun berjalan.

Pengadu Buat Aduan Lagi

Pengadu sekali lagi berjumpa saya baru-baru ini setelah beberapa bulan lepas dia membuat aduan. Malangnya saya masih gagal membongkar sendikit pelacuran ini atas beberapa sebab dan peraturan yang terbatas. Pengadu pada mulanya agak ghairah dan seolah-olah memaksa-maksa pihak JAIJ. Selepas saya jelaskan  undang-undang dan pengalaman saya sebelum ini sebagai penguatkuasa dan pendakwa syarie, maka dia faham. Bukan semudah itu untuk mengambil tindakan.

Operasi Hotel Lebih Kerap

Di Kluang ada banyak hotel, maka operasi kerap dilakukan. Kalau ada pun kes, dianggap kes khalwat bawah seksyen 27, bukannya kes pelacuran seperti laporan tadi. Ini perkara biasa, orang yang kena tangkap tidak akan mengaku mereka pelacur atau pelayan pelacur. Nama Ayin, lagilah tidak disebut. Ini bermakna JAIJ masih meneruskan tindakan terhadap aduan ini, bukan tak buat lansung. Saya percaya dalam banyak-banyak kes khalwat yang tertangkap di rumah atau hotel, pasti ada 'pelacur' yang dibekalkan Ayin ini.

Operasi Imigresen

Pengadu beritahu saya yang Imigresen telah menangkap beberapa orang Bangla 2-3 hari lepas di Kluang. Saya kata, baguslah kalau begitu. Imigresen ambil kesalahan yang lebih besar dan hukuman dia pun lebih besar sehingga menghantar balik ke negara asal. Cuma Ayin belum tertangkap lagi, dia memang licik tapi setakat mana dia boleh melarikan diri. Maklumat yang saya terima, dia juga pakar dalam cetak pasport palsu untuk bekal pada kawan Bangla dia. Tapi Imigresen dia tak boleh tipu, kalau orang biasa bolehlah dia tipu. Cuma Imigresen belum jumpa atau tangkap Bangla ni.

UTUSAN MALAYSIA : BILA NAK BUAT SAIZ KECIL ?

Dalam banyak-banyak akhbar, Utusan Malaysia masih ketinggalan dengan mengekalkan saiz besarnya. Bila nak ubah saiz kecil seperti akhbar lain seperti Berita Harian, Metro, The Star, Kosmo, Sinar Harian dan lain-lain.

 Kalau saiz besar ini ada susah sikit nak baca terutama kalau berada dalam kenderaan kereta atau bas. Janganlah ketinggalan dalam arus perubahan, ubahlah untuk kebaikan dan menarik minat pembaca. Sekarang tahun 2010, bukan tahun 90-an.

Buang Bayi Sampai Kena Gigit Anjing

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini.  Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.

26 Mac 2010

Hantaran 10,000: Runtuhnya Mahligai Cinta (Episod 5)


Harun berbaju Melayu dan berkopiah yang duduk sebelah bapa itu memulakan bicara. Semua yang hadir senyap macam suasana dalam mahkamah masa hakim nak jatuhkan hukuman pulak.

"Sekarang kita nak mulakan majlis akad nikah. Pengantin lelaki jemput ke depan". Kata lelaki 50-an dan berkopiah itu.

Harun pandang ke arah bapa dan ahli keluarganya yang lain. Bapanya mengangguk tanda membenarkan anaknya ke depan untuk memulakan akad nikah. Dalam hati Harun, inikah dia imam yang nak nikahkan dia ?  Mulanya tak gaya imam pun tapi bila dah mengaku imam maka percaya juga. Lelaki waktu itu tengah berdebar, maka dia tak kisah dan tak siasat pun itu imam betul atau tidak. Yang penting pada dia, malam tu dapat nikah.

Zihan pun lagi tak percaya itu imam, yang dia kenal lelaki itu kawan bapa dia yang biasa main dam kat warong kat sebelah simpang tu. Tapi dia tak berani berkata-kata. Bising-bising nanti kena tengking dengan bapa dia, baru padan muka. Maka diam saja, walaupunpun dalam hati penuh persoalan. Kemudian imam tu kata lagi.

"Mana baki hantaran yang belum diserahkan ? ". Kata imam tu.

Harun terdiam seketika, kemudian menyerahkan sampul surat yang dipenuhi dengan duit 50 ringgit kepada pak imam. Imam ambil sampul surat itu dan serah pada bapa perempuan. Kemudian kelihatan bapa membisikkan sesuatu ke telinga pak imam.

"Semua dalam sampul ini berapa ribu? " Tanya imam bagi pihak bapa.

 Harun tak jawab tapi tangannya beri isyarat. Dia menunjukkan isyarat 2 jari, maksudnya difahami iaitu 2,000 saja. Muka bapa perempuan merah padam dan membisikkan sesuatu lagi pada  pak imam. Pak imam kata lagi.

"Bila boleh sediakan lagi 5,000 ?". Tanya imam.

 Harun tak jawab. Kalau ikutkan perasaan, nak saja dia lari keluar dari rumah. Tapi waktu itu pintu berkunci dan ruang tamu yang sempit itu menyukarkan dia nak keluar. Dia jadi serba tak kena.

"Maaf pak imam, nanti saya bayar ansur-ansur...." Kata Harun. Suaranya  terus terhenti dan dia tunduk saja.

Abang Lelaki Bersuara

Tiba-tiba abang kepada Harun pula bersuara, sebelum ini keluarga lelaki senyap saja. Abang dia seorang  tentera yang masih berkhidmat.  Bila tengok macam ada apa yang tak kena, maka dia dah tak boleh sabar. Majlis mula bertukar kecoh dan pengantin lelaki cuba menenangkan abangnya.

Pengantin lelaki tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada hari bahagianya. Tapi abangnya bukan  jiwa orang biasa yang boleh dipermainkan sebegitu, dia tentera yang diajar supaya berani bukan penakut. Apa lagi kalau melihat adiknya dipermainkan sebegitu, mana dia boleh berdiam diri.

"Kalau tak setuju nikah, kami balik saja !  Jangan mempermain-mainkan kami semua. Pulangkan semula semua duit yang telah diberikan sebelum ini ! Semua sekali 5,000.". Kata abang Harun dengan suara tinggi. Semua yang lain terdiam.

Pengantin perempuan yang duduk di dalam bilik mula runsing melihat suasana itu. Dia selama ini di dalam bilik, mengintai dari celah langsir. Dia bimbang kalau-kalau bapanya pula hilang sabar dan boleh jadi pergaduhan.

Tapi hairan sungguh, bapanya tak begitu, malah  nampak  tenang saja. Bapa perempuan kemudian membisikkan sesuatu ke telinga pak imam. Pak imam kemudian kelihatan tersenyum saja. Kenapa pak imam tersenyum, sedangkan suasana sudah bertukar tegang ?.... nantikan sambungannya..

Warga Emas Nikah Semula Selepas 8 bulan bercerai

Tadi saya nikahkan satu pasangan warga emas, dah ada menantu dan cucu. Lapan bulan lepas mereka bercerai, sehingga tamat edah, tidak rujuk semula perkahwinannya. Bila habis edah, 8 bulan selepas bergelar duda dan janda, mereka berhasrat nikah semula. Mungkin ada peranan dari anak-anak dan menantu dia untuk kebahagiaan keluarga mereka. Maka pagi tadi mereka nikah semula. Lelaki 70 tahun lebih dan isteri 60 tahun lebih. Sebelum saya nikahkah, sempat saya beri sedikit   nasihat dalam khutbah saya.

“Semoga perkahwinan kali kedua ini berkekalan hingga ke akhir  hayat. Perkahwinan dan perceraian yang lepas, jadikanlah pengajaran.  Islam meletakkan kuasa kepada lelaki melafakan talak. Oleh itu, lelaki perlulah bersabar dan jangan sewenang-wenangnya melafakan talak kepada isteri pada keadaan yang tidak sesuai“

“Fikirkan juga perasaan anak-anak dan cucu kerana mereka mengharapkan ibu bapa dan datuk mereka bahagia pada usia emas.“

Lelaki ini nampaknya uzur dan terpaksa dipimpin untuk datang ke pejabat. Maknanya tidak sesihat dulu. Selamat pengantin baru.


25 Mac 2010

Hantaran 10,000: Bapa Niaga Anak (Episod 4)



Petang tu penganti Harun telefon tunangnya untuk dapatkan kepastian majlis pada malam nanti. Dia bertanyakan baki hantaran lagi 7,000 itu. Perempuan kata, diamkan saja. Dia beri satu jaminan yang bapanya pasti tidak minta lagi, cukuplah sekadar tambah 2,000 lagi menjadikan semuanya 5,000. Lelaki berpuashati dan bersiap sedia dengan rombongan 2 biji kereta termasuk ibu dan bapanya dan sedara mara.

Jamuan


Maka Zihan  serba salah sama ada untuk menyediakan jamuan makan atau tidak untuk rombongan itu. Kalau ditanya pada ayahnya mungkin dapat tengkingan nanti. Jadi maknya buat saja mee goreng dan air sirap saja secara senyap-senyap. Maknya tetap merahsiakan majlis itu walaupun pada  jiran sebelah rumah untuk menuruti syarat bapanya.
Dah dekat Maghrib, bapanya baru balik dari main dam haji di warung berhampiran. Nampaknya bapanya senyap saja dan tak kata apa-apa.  Dalam pukul 8.30 kawan ayahnya datang dalam 5 orang. Salah seorang darinya pakai songkok putih dan berbaju melayu seluar biasa yang selebihnya baju tshirt saja. Dari perbualan dan ketawa besar kawan-kawan ayahnya, anaknya rasa itulah kawan-kawan ayah semeja dam haji setiap hari. Terfikir juga si anak, di mana dan bagaimana dengan pak imam jurunikah ? Tapi dia rasa tentu pak imam datang lewat, selepas pengantin lelaki datang.

Rombongan Pengantin Datang

Seperti dijanjikan, jam 9.00 malam pengantin lelaki dan ahli keluarga datang dengan 2 biji kereta. Waktu rombongan itu sampai, bapanya masuk ke dalam bilik sedangkan dia sebelum ini di ruang tamu itu. Membiarkan orang lain iaitu ibu dan kawan-kawan bapanya yang menyambut kedatangan pengantin lelaki.

Bakal pengantin lelaki dan ahli rombongan itu diam saja, tak berkata sesuatu pun. Kalau ditanya sepatah, barulah dijawab sepatah. Oleh kerana nampak bapa dan imam belum datang, ibunya menghidangkan mee goreng dan air sirap tadi. Selesai saja makan, ayahnya belum keluar dari bilik lagi.

Dalam jam 9.30 bapanya keluar dari dalam bilik tetapi tidak bersalaman dengan sesiapa. Dia tutup lampu luar rumah yang terang sejak tadi. Pada fikiran anak perempuannya, mungkin ayahnya tidak mahu jiran-jiran tahu. Tapi Zihan terfikir juga, kalau di luar gelap, bagaimana pak imam nak datang ? Hairan juga.....

Ayahnya terus duduk, tiba-tiba memanggil kawannya yang berbaju Melayu dan bersongkok putih tadi. Ayahnya memberikan isyarat seperti mahukan kawannya itu memulakan sesuatu. Lelaki tadi duduk di sebelahnya dan berbisik sesuatu dan muka lelaki itu nampak seperti tersenyum. Ini menambahkan debaran kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan, juga ahli keluarga yang lain.

Bukan orang kat situ saja, pembaca sekalian pun turut berdebar dan tertanya-tanya......

Elaun Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Lain bila Nak Naik ?

Alhamdulillah dan tahniah kepada warga polis yang baru dapat ganjaran dengan kenaikan elaun seperti yang diumumkan hari ini. Syukur.

Cuma, bila pula elaun kepada pegawai dan kakitangan lain, bila nak naik ? Atau nak diadakan elaun lain ? Ini termasuklah kakitangan persekutuan dan negeri termasuk guru, tentera dan lain-lain. Harap kerajaan boleh umumkan juga....

Banyak Pusat Sembelih Ayam Ditutup

Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) menutup 14 daripada 20 buah pusat pemprosesan dan penyembelihan ayam yang beroperasi secara haram di sini sejak awal tahun ini.

"Tiga buah pusat telah diheret ke mahkamah manakala tiga lagi sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi," kata Datuk Bandar Johor Baharu, Jaafar Awang. Beliau berkata dengan beroperasi secara haram, pusat-pusat tersebut telah mengabaikan cara penyembelihan dan pemprosesan yang tidak mengikut syarak selain keadaan premis yang kotor.

Jaafar hadir pada majlis perasmian Pusat Pemprosesan dan Penyembelihan Ayam Pandan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini Khamis. Mengenai pusat di Pandan itu, beliau berkata orang ramai boleh memperolehi bekalan ayam yang halal dan bersih daripadanya.

"Walaupun ia menggunakan peralatan moden dari aspek pemprosesan, namun penyembelihan masih dilakukan secara manual mengikut hukum syarak dan juru sembelihnya mendapat pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Johor," katanya. Dibina dengan kos RM17 juta, pusat berkenaan mampu memproses 60,000 ekor ayam selama 12 jam sehari.Ia juga mesra alam apabila hanya air yang dirawat sahaja yang dilepaskan olehnya ke sungai serta bebas daripada sebarang bahan pencemaran.

Ular Sawa 100 kg Ditangkap

Ular Sawa ini ditangkap di Sungai Lembing, Kuantan. Ular ini ditemui berkeliaran di sebuah kawasan paya di kampung itu malam kelmarin. Ular seberat hampir 100 kilogram itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada pukul 8.30 malam.

24 Mac 2010

Menyamar SPRM Tipu Datuk Bandar Johor Bahru

JOHOR BAHARU 24 Mac - Seorang kontraktor dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baharu, Johor hari ini kerana cuba mengugut dan memperdaya Datuk Bandar Johor Baharu dengan menggunakan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan suapan sebanyak RM500,000. Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, kedua-dua lelaki berumur 52 dan 48 tahun itu dituduh meminta suapan tersebut pada kira-kira pukul 5 petang, 19 Mac daripada Datuk Bandar tersebut.

"Laporan telah dibuat pada hari yang sama di mana kedua-dua mereka didakwa cuba mengugut Datuk Bandar dengan meminta suapan sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada seorang pegawai SPRM Kuala Lumpur sebagai balasan tidak meneruskan siasatan kes rasuah yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 384, Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. Mustafar berkata, SPRM memandang serius kes-kes di mana individu menyamar sebagai pegawai penguatkuasa termasuk pegawai SPRM bagi mengugut dan meminta suapan.

Menantu Ajaib Kena Tangkap Juga, Kenapa Tak Pukau Polis

Seorang lelaki yang ada kaitan dengan kes kawin dengan perempuan umur 11 tahun kena tangkap. Kalau dah ajaib sangat, kenapa sampai tertangkap. Memang saya tak setuju digelar lelaki ni ajaib. Kalau betul-betul ajaib, kenapa tak buat ajaib atau pukau polis. Dah tentu tak berdayanya nak lari, sebab dia bukan ajaib. Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya membuat tangkapan ini.

Cuma bila pula nak tangkap bapanya yang menikahkan anak itu. bapa dia sepatutnya ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Takkanlah buat alasan pukau, boleh lepas. Harap selepas ini akan ditangkap bapanya itu.

23 Mac 2010

Hantaran 10,000 Pengantin Jadi Korban (Episod 3)

Hingga jam 9.30 pak imam tunggu pengantin lelaki tak muncul-muncul, dia ada lagi satu nikah yang dah janji  di taman sebelah. Jadi pak imam minta diri dulu membuatkan bapa perempuan semakin malu. Orang ramai di rumah itu pun berisik-bisik sesama sendiri, mungkin mereka dah tahu ini isu hangat di seluruh kampung ini esok.

Cerita ini dah tentu sensasi, disensasikan lagi di kalangan ahli-ahli mesyuarat tingkap. Pak imam walaupun nampaknya kecewa diperlakukan begitu, tetapi buat-buat macam tak ada apa-apa.  Dalam hati dah tentu marah, darah menyirap pak imam tu.
Bertemankan Air Mata

Malam itu diselubungi air mata. Zihan rasa macam hidupnya dah tak bermakna lagi. Dia takut dimarahi bapanya nanti. Waktu itu bapanya tak marah-marah sebab orang ramai kat rumah. Bila orang ramai dah balik rumah, ayah dan ibunya tak kata apa-apa. Tak tahulah kenapa ayahnya mendiamkan diri. Si anak perempuan ini tertanya-tanya, adakah bapanya sudah serik atau berubah sikap sehingga tidak lagi sebut pasal menantu dan hantaran 10,000 itu. Tapi Zihan tak percaya juga, dia lebih kenal ayah dia, ayah dia bukan mudah nak rasa serik kalau buat sesuatu.

"Abang Sayangkan Ayang"
Malam itu juga Harun hantar sms, minta maaf apa yang telah berlaku. Katanya, itu bukan kehendaknya, bukan disengajakan. Dia masih sayangkan tunangnya dan masih berusaha mencukupkan 10,000 itu. Dia kata masih sayangkan tunangnya lagi. Sms ini membuatkan kekecewaan perempuan terubat sedikit. Sebenarnya, sebelum ini Zihan sangat bimbang kalau Harun sudah berubah fikiran seperti sangkaan awalnya.

Hatinya terubat dan tersenyum riang walaupun pada mulanya agak kecewa juga atas peristiwa yang berlaku. Zihan memberitahu ibunya bahawa tunangnya masih menghubunginya. Zihan tidak dapat menyembunyikan keseronokannya.

Perbualan ini didengari oleh bapanya, lantas bapanya terus berkata kepada anaknya.

" Malam esok minta dia datang ke rumah ini untuk majlis pernikahan" . Kata ayahnya.

Zihan terkejut, nampak ada perubahan pada bapanya, mungkin dah insaf kerana apa yang dah berlaku tadi. Mungkin ayahnya dah malu. Dan ayahnya tak cerita pun pasal hantaran berbaki 7,000 itu. Zihan menyangka, bapanya sudah tidak mahu lagi meminta hantaran itu. Tapi ayahnya memberikan satu syarat.

" Malam esok, jangan ajak sesiapa dalam majlis ini, hanya kawan-kawan ayah saja."  Kata ayahnya.

Zihan gembira, padanya syarat itu tidak berat dan tidak kisah. Mungkin bapanya dah malu pada majlis sebelumnya. Bapanya tak sebut pun pasal imam nikah, tapi mungkin bapanya akan uruskan. Zihan  terus menelefon tunangnya dan menyampaikan berita gembira itu.

Harun dan keluarganya setuju dan rombongan itu akan datang ke rumah malam esok jam 9.00 malam. Soal hantaran lansung tidak disebut, soal syarat jangan datang ramai-ramai itu bukanlah sukar sangat ditunaikan. Lelaki nampaknya gembira. Esoknya, jam 9.00 Harun merancang untuk datang bersama rombongannya.

Suami 80 tahun Lebih, Ceraikan Isteri

Beberapa tahun dulu di Kluang, ada satu kes, lelaki 80 tahun lebih ceraikan isterinya umur 70 tahun lebih. Lelaki ini dah ramai cucu. Punca percerian kerana isterinya selalu berjalan dan tidur rumah anak dan cucu. Lepas sebuah rumah cucu, rumah cucu yang lain pula. Maka selalulah suami ditinggallah keseorangan dan kesepian di kampung. Tak tahan dengan sikap isterinya, akhirnya keluarga yang dibina leih 40 tahun ini runtuh dan bercerai berai.

Pengajaran yang kita boleh ambil, isteri kena layan suami, jangan selalu tinggal-tinggalkan walaupun suami dah usia emas. Janganlah duduk rindukan cucu, rindukanlah juga suami tu walaupun suami dah tua. kenapa dulu masa mula kawin selalu rindu rinduan, bila dah lama tidak sebegitu.

Cerita ini diceritakan oleh Usta Mohd Nooh bin Kadri dalam Seminar Semurni Kasih anjuran Pejabat Kadi Kluang sebentar tadi. Forum ini dipengerusikan Ustaz Hamizan bin Sayuti dan ahli panel pertama saya sendiri, panel kedua Ustaz Mohd Noh bin Kadri dari Johor Bahru. Sebelum itu Ustaz Nasri bin Abdul Rahman dari Johor Bahru membentangkan kertas kerja bertajuk 'Sesuci Fitrah Cinta'.  Seramai lebih 100 peserta hadir yang semuanya yang sudah berumahtangga hadir. Sambutan seminar ini cukup memuaskan dari kalangan peserta.

ADUN Perlis Hantar Surat Letak Jawatan

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia: AlFatihah.

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur. Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

22 Mac 2010

Hantaran 10,000 Hancurkan Perkahwinan (Episod 2)


Hari perkahwinan pun tiba. Pasangan ini akan dinikahkan sebelah malam dalam pukul 9.00 malam di rumah perempuan. Pada sebelah pagi, bapa beritahu anak perempuannya supaya Harun menyerahkan baki hantaran 7,000 itu sebelum tengahari. Anak perempuannya pun menganggukkan saja, dia tak  mampu berkata apa-apa, diturutkannya saja. Zihan telefon Harun dan berlaku pertengkaran yang hebat juga. Harun sudah mula pandai meninggikan suaranya kepada bakal isterinya yang akan dinikahinya malam nanti.

" Apa ayah awak nak lagi ? Lima ribu saja yang saya mampu. Ayah awak ni tak berhati perut, mata duitannnnn....."  Perkataan itu keluar dari mulut Harun. Menyebabkan Zihan mula terasa hati pada bakal suaminya.

 " Saya tak pernah pernah mengata ayah awak sebegitu. Tapi awak kata ayah saya  macam-macam. Awak tak jaga perasaan hati saya." . Kata Zihan.

Zihan mula  menangis sedih. Dia kini tersepit di antara cinta dan hantaran tinggi 10,000. Harun kemudian putuskan perbualan telefon kerana terlalu marah. Mana mampu nak adakan 5,000 lagi pada malam itu.

Zihan terus menangis dan mengunci bilik, menyebabkan orang lain mula rasa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Maklumlah, hari majlis nak lansung, ramai sedara mara dah datang awal, ada yang dah tidur situ sejak malam tadi lagi. Bilik pengantin sepatutnya jadi tempat keluar masuk, maklumlah sibuk dengan persiapan majlis.

Akhirnya ibu perempuan tidak boleh menyembunyikan rahsia apa sebenar yang dah berlaku, ibunya menceritakan kepada kakaknya iaitu ibu saudara kepada perempuan itu. Makcik Kiah rapat dengan Zihan dan berjaya memujuknya untuk membuka pintu. Diluahkan rasa tidak puashati terhadap ayahnya. Makcik Kiah  pula yang hilang sabar dan berlaku pula pertengkaran dengan ayah perempuan itu.

" Ini dah melampau, ini nak jual anak !". Kata Makcik Kiah

"Awak ingat ini anak lembu ker boleh jual-jual !" Bebel Makcik Kiah lagi.

"Bapak tak sedar diri !, Bukan menantu orang kaya, kerja kilang jer !... " . Kata makcik Kiah kepada ayah Zihan dengan suara yang tinggi.

Suara itu didengari orang ramai di rumah itu. Suami makcik Kiah cuba mententeramkan keadaan tetapi gagal. Makcik Kiah sudah jadi singa sekarang. Jangan sampai Makcik Kiah ambil lesung batu pulak kat dapur....Tengok badan Makcik Kiah gemuk boleh tahan, tak berani orang  nak dekat. Orang ramai pun tak berani buka mulut, mulalah semua orang tahu apa cerita sebenarnya.

Ayahnya macam terkedu bila makcik Kiah berkata begitu, mungkin kerana Makcik Kiah lebih tua dan ayahnya berdiam diri dan tak kata apa-apa. Ayahnya start moto, keluar rumah mungkin ke tempat biasa ke warung kopi di pekan berhampiran. Makcik Kiah berjaya memujuk Zihan.

" Jangan risau, makcik akan bantu selesaikan. Kalau bapak bising lagi pasal hantaran tu, tahulah makcik nak kerjakan dia" . Kata Makcik Kiah.

Janji makcik Kiah itu serba sedikit menyebabkan Zihan mula rasa ada pengharapan baru. Maghrib pun tiba, semakin ramai orang datang. Ayahnya nampaknya ceria saja menyambut tetamu terutama sedara mara dari jauh dan dekat.

Ayah dia tak lagi sebut pasal baki hantaran, kenapa ? Adakah mungkin ayah dia pendamkan hasratnya. Persoalan yang timbul sekarang, bakal pengantin lelaki gagal dihubungi. Telefonnya ditutup, sms juga beberapa kali tidak dijawab. Ini menambahkan lagi kerisauan. Zihan mula fikir yang bukan-bukan.....Kenapa Harun tutup hp ?

Memang tak pernah tutup telefon sebelum ini. Zihan tetap menanti dengan penuh debaran. Adakah pertengkaran tadi pagi membuatkan Harun kecil hati. Zihan mula rasa menyesal, kalau dia yang melukakan hati tunangnya. Dia bukan berniat begitu, dia gagal mengawal perasaan sehingga mengeluarkan kata-kata sebegitu tadi pagi. Tapi apa kan daya, sekarang telefon dan smsnya tidak berjawab. Ikutkan hati, dia nak saja ke rumah Harun, tetapi jauh juga, sekitar 40  km, dia tak mampu ke sana untuk berbicara.

Jam 9.00 malam, pak imam memang datang tepat masa. Suasana jadi kelam kabut kerana hampir tak pernah berlaku di kampung itu, pak imam sampai dulu dari pengantin...... Ayahnya mula gelisah tapi kontrol senyum. Dihidangnya pak imam dengan makanan termasuk sup tulang rusuk. Tapi pak imam tak layan semua tu.

Orang kata pak imam dah mula naik angin, katanya dia ada nikahkan orang lain jam 9.45 nanti di sebuah taman tak jauh dari situ. Ayah dia lagi tak senang duduk, lagaknya macam aksi lakonan Ahmad Nisfu dalam filem Madu Tiga bila tembelang menantunya pecah. Jadi, apa yang berlaku seterusnya...

Sisters In Islam Kena Saman

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi. Dewan Pemuda Masjid Malaysia memfailkan saman itu melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates. Organisasi itu menamakan Sis Forum (Malaysia) sebagai responden.

Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang. Pemohon juga memohon kos dan relif lain.

Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar. Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam. Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam.

21 Mac 2010

Khalwat Dengan Janda, Bawa Anak

Dulu, masa saya jadi penguatkuasa, dalam jam 10.00 malam dapat satu aduan kes khalwat sekitar sebuah rumah flat kawasan Tampoi Johor.Bila diketuk, dibuka oleh seorang kanak-kanak lelaki. Sebelum dia buka tadi, dia main game di depan tv. Penguatkuasa masuk dan didapati ilik tidur utama berkunci dari dalam. Pintu dibuka, didapati satu pasangan di dalamnya. Bila disoal siasat, mereka bukan suami isteri.

Hasil siasatan mendapati, itu rumah perempuan yang ditangkap itu, iaitu rumah sewa, dia bekerja swasta di Jb. Dia janda mempunyai anak 2 tapi tak tinggal bersamanya, duduk seorang diri.

Sebenarnya kes ini, lelaki itu umur 40-an datang ke rumah perempuan ini membawa anak lelakinya berusia 8 tahun, baru sekolah darjah dua. Rumahnya tak berapa jauh, dalam lingkungan 5 km iaitu sekitar Skudai. Dia bawa anaknya, kemudian diberi umpan main game depan tv dan dia berkhalwat dengan janda itu dalam bilik tidur perempuan itu. Waktu mereka berdua dalam bilik, anaknya dibiarkan leka main game.

Tujuan lelaki ini bawa anak ke rumah janda ini untuk orang lain tidak syak. Kononnya mereka suami isteri. Lagi satu yang paling penting, bawa anak ini untuk berselindung dari isteri lelaki ini supaya tak syak laki  menggatal cara perempuan lain. Kalau keluar lama-lama bawa anak, takkanlah isteri nak syak buat kerja macam ni. Tapi sepandai-pandai suami buat kerja ni secara senyap, akhirnya tumpas juga di tangan penguatkuasa.

20 Mac 2010

Bapa Paksa Hantaran RM 10,000 (Episod 1)


Berlaku  satu kisah masyarakat, bapa  paksa bakal menantu hantaran 10,000 untuk bernikah dengan anak perempuannya. Bukan nilai 10,000 seperti sekarang tapi kisah ini hampir 10 tahun lalu, nilainya cukup tinggi.

Lelaki bernama Harun tu bukan bergaji besar, sekadar operator kilang yang gaji tak sampai seribu sebulan. Anak perempuannya, Zihan yang nak kawin itu pun bukan bergaji besar atau berkelulusan tinggi, kerja pembantu kedai makan kemudian berhenti kerja bila dekat nak bernikah.

Runding Semula

Tempoh bertunang selama setahun bukan lama, maka hari perkahwinan akan tiba tak lama lagi. Kira-kira sebulan lagi nak nikah, keluarga Harun bertemu bapa perempuan, minta dikurangkan kepada 5,000 kerana itu saja kemampuannya. Itu pun dah banyak berhutang keliling pinggang dan ramai orang mengata. Bagaimanapun, rombongan keluarga lelaki diherdik dengan kata-kata kesat oleh bapa perempuan, malah memaksa juga hantaran 10,000 ribu itu ditunaikan.

Zihan sendiri pun tidak bersetuju dengan bapanya, tapi dia sebagai anak tidak boleh berkata apa-apa, terpaksa menurut saja. Zihan pun membantu sedikit wang untuk mencukupkan 10,000 itu hasil duit simpanannya yang tak seberapa tetapi masih belum cukup. Oleh kerana tarikh perkahwinan dah nak sampai, maka pernikahan perlu diteruskan juga. Harun terpaksa berlagak seperti cukup hantaran 10,000 itu  walaupun hakikatnya tidak.

Bayar Pendahuluan 3,000

Seminggu sebelum tarikh nikah, bapa perempuan minta 3,000 pendahuluan, katanya untuk belanja majlis. Harun menurut saja dan diserahkan terus kepada bakal bapa mertuanya. Harun datang bertemu bakal pak mertuanya tetapi mulutnya tak terkeluar untuk meminta dikurangkan disebabkan takut dimarahi sekali lagi.

Tarikh nikah dah nak sampai. Jadi bagaimana dengan jumlah hantaran tu ? 3,000 dah diserahkan, sekarang Harun cuma ada 2,000 lebih saja dalam poket. Kira mustahil juga nak dapatkan 5,000 dalam sehari. Kawin memanglah nak kawin, tapi duit tak cukup untuk hantaran macammana ? Pinjam Along ? Mana dia biasa pinjam.... Tapi tengok keadaanlah, kalau dah terdesak sangat kira tak mustahil juga.

19 Mac 2010

Anak Mengandung Luar Nikah: Salah Ibu bapa Juga

Baru ni ada satu kes, wanita 19 tahun mengandung luar nikah, dah mengandung 7 bulan. Dia tak kerja, cuma duduk rumah dengan nenek dia saja. Bila ditanya latarbelakang dia, rupanya datang dari keluarga yang bermasalah sangat.

Sejak lahir sehingga dewasa, wanita ini tak pernah jumpa ibu bapanya. Dia ditinggalkan bersama nenek di kampung. bila saya tanya, nenek dia pernah jumpa ibu dia ker ? Katanya, neneknya iaitu ibu kepada ibu dia pun dah tak jumpa sejak wanita itu ditinggalkan sewaktu masih kecil. Neneknya tidak bekerja, duduk di kampung hanya mengharapkan bantuan sara hidup bulanan dari Majlis Agama Islam Johor. Bolehlah sedikit menampung keluarga walauoun tak mewah.

Wanita ini berkenalan dengan seorang lelaki waktu bekerja di sebuah kilang, sekarang dah berhenti kerja. Dan dalam perkenalan yang singkat, boleh tidur bersama dan melakukan huungan seks sehingga mengandung. bila dah mengandung 7 bulan, barulah nak berkahwin. Bernikah pula dengan wali Hakim, mak ayah dia tak dapat dikesan berada di mana. Bila saya kaji kes ini, ibu bapa juga yang boleh dipersalahkan sehingga anak gadisnya jadi begini. Hidup anak terabai bila ibu bapa bercerai dan mengabaikan anak-anak.

Kena Tukar Mentol

Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Anak Kaki Judi, Ayah Bapak Judi

Dulu di Jb saya tangkap seorang lelaki lewat 20-an beli nombor ekor. Dia kerja kat kedai jual telefon bimbit di sebuah pasaraya. Masa ditangkap, ayah dia datang jamin. Masa tandatangan borang amanah jamin, ayah dia senyap tak kata apa-apa. Pada saya, ayah dia ni mungkin marah pada anak yang kena tangkap. Mungkin depan orang pejabat, bapa dia taknak bising. Lepas tu lelaki ni balik, kemudian dituduh di mahkamah dan bayar denda.

Selang beberapa bulan kemudian, ayah dia pula yang usia 60-an kena tangkap beli nombor ekor. Bila disuruh cari penjamin, anak dia yang kena tangkap dulu datang jamin. Macam biasa, anak tak kata apa-apa, cuma tandatangan saja. 

Rupanya bapak dengan anak sama saja. Dua dua tak boleh harap, harapkan pagar, pagar makan padi.

18 Mac 2010

Anak Luar Nikah, Mangandung Pula Anak Luar Nikah

Baru-baru ni ada satu pasangan saya nikahkan. Perempuan tu nikah guna 'Wali Hakim' sebab dia anak luar nikah. Masa ayah dan mak dia kawin, mak dia dah sarat mengandung. Sebulan dua lepas kawin, perempuan ni lahir. Entah macam mana, dia dibintikan bapanya, patut tak boleh. Tapi dulu-dulu tak berapa ketat sangat peraturan.

Wanita lewat 20-an ini berkahwin selepas berisi. Dia mengandung 7 bulan. Maka, lepas dia kawin, tak lama nanti dia akan lahir anak, dah pasti anak luar nikah juga. Bermakna, 2-3 keturunan anak luar nikah.