Man berasal dari kampung di sebuah daerah di Johor(lokasi dirahsiakan). Selepas SPM dia tak sambung belajar macam kawan-kawan, berhijrah ke JB kerja kilang. Mula kerja gajinya sudah cecah seribu, kira lumayan juga. Dapat juga beli moto yang jadi idamannya sejak sekolah dulu. Biasalah kalau muda sebegitu, kalau tak ada moto kira tak sah.
Duduk rumah sewa 5-6 orang di JB sangat menyeronokkan bagi orang muda sepertinya. Setiap bulan gajinya habis selepas bayar moto, sewa rumah dan kasi ibu bapa di kampung. Tapi kekadang mis juga nak kasi mak kat kampung.
Man fikir, antara puncanya, kerja penat dan banyak tekanan. Duit pun kira tak ada simpan lansung, tiap bulan habis. Man pun ambil keputusan berhenti kerja dan nak jual burger di sebuah taman di JB. Ini satu tindakan berani Man. Dia ada juga pengalaman, masa sekolah kat kampung dulu ada juga tolong kawan dia jual burger malam-malam.
Man tak beritahu ibu bapanya yang dia dah berhenti kerja di JB tapi ibu dia syak juga. Kalau balik kampung, cuti dah tak berkira sangat. Dulu masa kerja kilang memang payah nak cuti, hari cuti pun buat o.t. Tapi mak ayahnya tak bertanya pulak.
Bila Man rasa burger dia orang tu, kira Man rasa burger dia agaknya sama juga atau mungkin burger Man lagi sedap. Bukan Man nak mengata burger orang tu tak sedap, tapi Man ada rahsia tersendiri bagaimana nak buat burger sedap pada fikirannya. Yang ramai di situ pekerja kilang di apartment yang dijadikan asrama dan macam-macam kerja termasuk kakitangan kerajaan. Man bawanya gerai tempat lamanya ke situ, sewa lori kecil RM50.
Perniagaan Makin Maju
Lama-kelamaan perniagaannya semakin maju dan mempunyai ramai pelanggan. Beberapa bulan di situ, pendapatannya jauh melebihi gajinya di kilang dulu dan lebih dari tempat niaga lamanya. Dia sudah mampu menyewa rumah bawah RM 500 sebulan berhampiran gerainya dan tinggal seorang diri. Rumahnya dijadikan tempat menyimpan barang keperluan dan ada sebuah peti sejuk beku yang mahal juga harganya.
Beli Kereta Waja Cash
Man sudah tidak segan silu lagi memberitahu ibu bapanya di kampung yang dia sudah tidak kerja kilang lagi, sebaliknya berniaga burger di JB. Suatu hari tu, ibunya terkejut kerana Man balik kampung bawa kereta baru Proton Waja yang dibeli secara tunai, bukan hutang tau.
Kenapalah anak sulung dia ni begini. Tapi terfikir juga ibu dia, inilah anak-anak sekarang, bukan nak ikut jodoh yang mak ayah carikan. Dulu lainlah, mak ayah dia kawin bercinta lepas berkahwin, pun bahagia juga. Yer, Tapi budak sekarang, semua nak cari sendiri.
Nak mengorat ni, Man bukannya pandai, masa sekolah dulu asyik tak ada makwe jer. Nak ngorat awek sikit, dah kena kebas dengan lelaki lain yang pandai ayat. Man ayat apa yang pandai, ayat merapu dia pandailah.
Tapi sekarang dalam usia 27 tahun, Man sudah lain, bukan zaman sekolah lagi. Tapi macammana yer, nak dijadikan makwe dia boleh ker ? Man tak berani nak cakap, cuma Man peramah masa gadis itu datang beli burger dengan kereta Proton Satria merahnya.
"Hai.. apa kabar hari ni?" Man.
"Khabar baik. Kasi burger macam biasa satu yer ". Gadis tu.
Buat burger buat burger juga, tapi Man asyik menjeling je pada gadis tu. Bila perasan Man selalu pandang, gadis tu tersenyum, menyerlahkan keayuannya. Man macam tak pandai nak goda-goda perempuan ni. Sampai Man nak tanya nama pun tak berani, apa lagi nak kenal lanjut. Lagi pun, masa gadis tu datang, biasanya ada orang lain juga datang nak beli. Bertambah-tambahlah malunya Man. Tapi Man rasa sesuatu juga.
Hampir setiap hari juga gadis ni datang beli burger. Jadi kalau sehari gadis tu tak datang, tidur Man memang tak lena. Mula rasa cemburu kalau-kalau gadis ni dah pindah pergi beli burger lain. Tapi rupanya tidak, kalau gadis tu keluar ke kedai, pasti tak ketinggalan beli burgernya. Man pun rasa, gadis ni bukan setakat sukakan burgernya, tapi mungkin juga sukakannya hehehe.... Masalahnya bagaimana yer nak mulakan ? Susah tu...
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/sudah-nasibku-mat-burger-episod-2.html (episod 2)
Salam...
BalasPadamWah, dah ada cerita baru...(macam drama bersiri slot Lestari lah pulok..)
Mukadimahnya menarik, jalan ceritanya tertarik..
Sayang nya, saya akan bersalin dalam tempoh 5 hari lagi..kalau episodnya panjang macam episod2 Hantaran 10K tu, maka nya, tak dapat la saya nak follow cerita ustaz setiap hari lepas ni..(berpantang kat kampung, mak kata - STRICTLY NO LAPTOP DURING YOUR CONFINEMENT OK!)
huhuhuhu....sedey...
ustaz
BalasPadamtu dia....Novel baru dah start dah
hoo...citer baru ye ustaz?? kena baca ni..hehe
BalasPadambestnya.... ada cite baru.
BalasPadamCite baru lagi.. Hmmm... sampai episod berapa kali ni pulak.. hahaha.. yang lepas pun cite nya tergangtung..
BalasPadamKenapa eh Ustaz?.. dah berhari-hari baca sekali pat last2 tergangtung tak diberitahu siapa penggadu nya..Hmmm...
Sedih.....
Jangan laaa panjang sangat yer Ustaz.....
BalasPadamSalam.. cerita baru dh start dahhh... hehehe.. best best best.. ustaz nie mmg pandai mengarang la.. hehehe.. :D
BalasPadamSalam ..
BalasPadamlah.. bercerita lagi..
ustaz best lah boleh buat Novel..kwang3...
Salam ustaz
BalasPadammcm dh nk tukar profession je...dh nk jadi novelist ke? Mana tau satu hri nanti blh wat skrip filem lak mana tau...
bole tahan gak jln cerita nye
BalasPadamsalam ustaz jln cita ni mcm penjual burger di bandar baru udalah tapi bukan man so memang best citenya
BalasPadamAlifjumat... Setelah saya tulis hingga episod 18, ramai yang kata ada persamaan dalam cerita ini, termasuklah dari negeri lain...
BalasPadamTekaan anda itu mungkin tak tepat. Tapi saya percaya, orang yg anda ceritakan itu mempunyai nasib yg sama dengan cerita Man ni.
Maknanya, ada banyak kisah berlaku seakan cerita ini.
bukan apa ustaz ana dok tanya kat brader tu pasal cite mat burger yang enta buat so far ada persamaan sikit2 contohnya keta waja, pendapatan sebulan, pasal yanti dgn aboi tak delah pulak sbb dia jual burger seog2 tapi pantas mcm lipas kudung sedap pulak tu,
BalasPadamAlifjumat...
BalasPadamrajinnya anta tanya mat-mat burger kat JB tu. Kan ramai tu, beratus, malah beribu-ribu. Tak perlulah tanya siapa Mat Burger tu, 'biarlah rahsia' kata Siti Norhaliza. Pada saya... jadikanlah pengajaran cerita ni, baik jadi tauladan, buruk jadikan sempadan.
bru lunch td dgr citr2 mat burger, mlm ni trus follow... hai slm kenal.. kj jer dkt2 area mat burger tp tmpt tinggl jauh.. mmbr2 ckp sllu nmpak mat burger bli roti dkt UDA,Johor...
BalasPadammintak izin yerk promote blog ni kat
BalasPadamhttp://kutooobamboo.blogspot.com/2011/06/mat-burger-yg-berjaya.html
habisla..xleh tdo mlm la sy pasni dok lyn citer ni plak...hehehe...bkn apa ustaz,citer2 yg ustaz karang sume buat pembaca tertanya2,lpas ni ape jd..sbb tu xleh tdo selagi xabis bace..
BalasPadamAsalamualaikum....
BalasPadamBest gak citer nie... bila nak sambung tuan... banyak pengajarannyer tu.... cerita alaf baru.. teringat masa muda2 dulu keje kilang...
Eh, dah ada sambungan ke cerita ni?
BalasPadamterasa nak baca kisah ni gara-gara masa pergi kursus kawin aritu ustaz ade cerita pasal ni..
BalasPadamUstaz yang power!
BalasPadamCayalah ustaz...
Hihihi