07 April 2010
Akhbar Sinar Harian di Johor mulai 1 Mei ?
Minggu lepas, saya dikunjungi 2 orang wartawan dari Karangkraf Sdn Bhd, yang menerbitkan akhbar Sinar Harian. Kalau tak silap saya, akbar ini akan dilancarkan di Johor mulai 1 Mei 2010 ini.
Saya dah biasa baca Sinar Harian ini kalau ke Terengganu. Di sana dah ada akhbar ini bertahun-tahun dulu dan mencatat jualan yang tinggi. Agak menghairankan juga, kenapa akhbar ini lambat masuk Johor. Mesti ada sebab.
Minggu lepas juga, kawan saya ke pesta buku di Kuala Lumpur. Kawan saya tanya soalan, kenapa tak buat pameran yang sama di Johor. Orang itu kata, penggemar buku di Johor kurang... Betul atau tidak yang orang tu cakap, tak tahulah kebenarannya. Tapi saya rasa, ada kebenarannya juga, sama-samalah kita fikirkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hmmm... rasanya jarang orang Johor bersusah payah nak ke KL semata2 nak cari buku...
BalasPadamMereka ada banyak pilihan. Mungkin boleh ke Melaka atau Singapore jer...
tahniah SH, walaupun tak jadi 100% telus sekurangnya ada juga sikit telus berbanding yang 3lagi(tiang negara) ..
BalasPadambudak sekolah pun boleh beza iklan ker tak
Aziezah... yer betul le kawan saya gi KL masa pesta buku itu hari. Di sini bukan semua buku yg kita nak tu ada kat kedai.
BalasPadamsatu lagi akhbar pilihan rakyat...selamat datang ke johor sinar harian...
BalasPadam