Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 April 2010

Apa Nak Jadi Pelajar Sekarang

SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini. Kedua-dua lelaki itu yang berumur 18 dan 23 tahun kemudiannya diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.

"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang dari suspek.
"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.

Noor Azam berkata melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.

"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.

Noor Azam berkata guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

1 ulasan:

  1. Ustaz

    Ini satu lagi kes akibat tidak ada pegangan agama.

    Jika belia ini beriman, berpegang teguh pada agama Islam:-

    Mereka tidak akan minum arak

    Mereka tidak akan berlaku kurang ajar

    Mereka tidak akan bercakap bohong kepada guru dan pihak berkuasa sekolah

    Mereka tidak akan memaki hamun dan mengeluarkan kata kata lucah kepada seorang guru malah guru wanita

    Mereka tidak akan bertindak memukul sesiapa.

    Kita harus mengubahnya.

    Kuatkan pegangan Islam dikalangan orang Muda dan remaja.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.