Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 April 2010

Hantaran 10,000: Antara Tawa dan Tangis (Episod 21)

Jam dah 11.45 pagi, mana perginya pak imam ? Harun berdiri di koridor masjid mengadap pintu masuk. Tiba-tiba masuk sebuah kereta wira warna putih, dibelakangnya van kerajaan. Rupanya kereta wira tu pak imam memakai jubah  dan van itu ada 3 lelaki termasuk pemandu.

Tak lama kemudian, masuk sebuah proton saga biru, tak berhenti di depan tapi di belakang sebelah tandas. Harun gembira bila nampak pak imam dan memberitahu semua yang dari tadi tertunggu-tunggu. Semuanya bersalaman dengan pak imam bersama 2 lelaki baju kemeja dan bersongkok hitam, manakala pemandu van tak naik. Yang bawa kereta proton saga juga tak naik masjid.

Pak imam memperkenalkan 2 orang ini pegawai dari pejabat agama yang urus berkaitan nikah.

"Maaf terlambat tadi. Ada urusan penting di pejabat kadi tadi sebab borang nikah ini ada masalah teknikal sikit.". Kata Pak imam.

"Masalah teknikal ? Masalah apa tu pak imam ?" Tanya Harun.

Kemudian dijawab oleh salah seorang dari 2 pegawai pejabat agama tu.

"Ada sikit masalah. Tapi lepas Ustaz Khalil datang jumpa Kadi, masalah ni semua dah selesai. Dan kadi mintak kami datang ke sini untuk bantu sehingga selesai pernikahan". Kata pegawai tu.

Bila disebut nama Ustaz Khalil, pengantin lelaki dan perempuan berpandangan tapi tak kata apa-apa. Diringkaskan cerita, majlis pernikahan pun selesai. Dengan sekali lafaz saja, sah sebagai suami isteri. Ini pernikahan yang tiada ragu-ragu lagi. Dia nampak sendiri surat nikah yang ditandatangani semua pihak termasuk pengantin, wali, saksi dan jurunikah, juga ada tandatangan kadi. Waktu pak imam mambacakan doa, hampir semua yang hadir termasuk pengantin, wali ibu dan bapa kedua belah pihak menangis kegembiraan bercampur kesedihan. Tamat saja majlis, wali berkata sesuatu.

"Semua yang hadir, dijemput ke rumah pengantin perempuan kerana ada  jamuan sikit". Kata wali iaitu bapa saudara perempuan. Rupanya ada jamuan, dari tadi Harun sendiri pun tak tahu.

Untuk memenuhi permintaan pengantian, pak imam dan pegawai agama itu pergi ke rumah, nak tolak tak boleh pulak. Ada makan tengahari dan ada lebih kurang 10-20 orang juga yang dah tunggu di situ. Bukan majlis besar, cuma ala kadar saja. Waktu makan, pak imam tanya kepada pegawai agama tadi.

"Mana Ustaz Khalil ? Dia terus balik ker. Ajak ler dia sekali? " . Kata Pak imam.

"Ustaz khalil mungkin dah balik JB, katanya ada tugas lain". Kata pegawai tu.

Pengantin lelaki dan perempuan rasa bersalah juga kenapa tak jemput Ustaz Khalil sama. Kemudian dia diberitahu, yang Ustaz Khalil yang naik kereta proton saga warna biru tadi masuk ke kawasan masjid tadi. Lebih dia rasa bersalah bila pak imam cerita, Ustaz Khalil datang ke daerah ini semata-mata nak uruskan pernikahan ini untuk menjelaskan kepada Kadi. Kalau Ustaz Khalil tak bergegas dari JB jam 9 pagi tadi, mungkin pernikahan itu tak berjaya dan perlu ditangguhkan. Bila Ustaz Khalil sendiri berhadapan dengan Kadi, barulah Kadi faham kes ini dan memudahkan urusan sehingga kadi menghantar 2 pegawai hadir sendiri.
Kalau ditangguhkan, banyak masalah pula, hari ini wali nak balik ke Felda di Pahang, pengantin lelaki dan perempuan pun nak balik kerja di JB. Bila pak imam puji Ustaz Khalil, pengantin perempuan tak pula marah seperti dia marah suaminya semalam. Malah, perempuan rasa sedih dan menyesal kerana bersikap buruk sangka kepada seseorang yang sebenarnya mahu membantu. Tapi apa boleh buat, sebab dia sebelum ini penuh kekeliruan dn fikirannya bercelaru. Diceritakan juga, Ustaz Khalillah yang menaiki kereta Proton Saga yang masuk ke perkarangan masjid itu tadi.

Dalam perjalanan ke JB, Ustaz Khalil berhenti makan di sebuah warung jam 12.30 sebelum masuk ke lebuhraya. Sebelum keluar dari kereta, Ustaz Khalil telefon Ustaz Razali sebab ada 2 miscal. Dari tadi Ustaz Khalil memang tahu yang Razali telefonnya tapi dia sengaja tak jawab, pasti ada sesuatu rahsia.  Apakah lagi yang Ustaz Khalil nak selindungkan pada Ustaz Razali ? Mungkin ada satu lagi rahsia di sebalik cerita ..

Seterusnya, siapa yang mengadu dalam kes khalwat ? Dan apakah pengadu berpuashati dengan penyelesaian kes ini, atau sebaliknya ? Bagaimana penerimaan pengadu ?

...BERSAMBUNG KE EPISOD 22

7 ulasan:

  1. Ustaz... bila nak tulis novel ni ? Pasti dapat sambutan kalau macam inilah gayanya.
    ...Mira

    BalasPadam
  2. Ustaz

    Hati saya sudah mula kurang debarannya

    bila membaca episod ini

    Tak sabar nak tahu kesudahannya

    Wasalam

    BalasPadam
  3. harap jangan ada suspen lagi.. nak tergeliat jantung nih..he he h e

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ustaz... takut la nak nikah.. lagi2 klau ustaz yg nak nikahkan.. nnt ustaz tanya mcm2 saya x boleh jawab plak... saya ni dah la ilmu x banyak.. hehehehhe... gurau jer...

    Blog ustaz semakin best.. teruskan menulis...!!! Wassalam.

    BalasPadam
  5. x sabar nak tunggu sambungan seterusnya...
    banyak btul suspen....

    BalasPadam
  6. jeng... jeng... makin suspen la pulak citer ni. ostaz boleh jadi penulis novel yang baik

    BalasPadam
  7. betul2 x sabar nak tgu pengakhiran kisah nie..ustaz btul2 buat kami semua tak sabar...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.