Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 April 2010

Hantaran 10,000: Menggapai Awan (Episod 15)

Ustaz Khalil duduk di depan meja mengadap kerusinya dan tidak berkata apa-apa. Kemudian Ustaz Khalil ada panggilan melalui telefon bimbitnya dan Ustaz Khalil jawab. Kemudian Ustaz Khalil pula mendail kepada seseorang pula. Dari gayanya, dia percaya Ustaz Khalil seorang yang sibuk dengan tugasnya. Pada anggapannya, kalau orang itu telefon pun buat gegaran saja, itu menunjukkan orang yang selalu sibuk menjawab panggilan. Kemudian Ustaz Razali masuk dan duduk di sebelah kiri meja. Jadi mereka bertiga saja dalam bilik itu.

"Okey. Apa masalah kamu ?". Tanya Ustaz Khalil.

"Ustaz, izinkan saya nak cerita kisah saya dari mula." Kata Harun.

"Ok. Silakan". Kata Ustaz Khalil.

Harun cuba nak cerita panjang tapi dipotong Ustaz Khalil bila dia nak mulakan cerita.

"Saya dah tahu cerita tu, kamu dah terangkan dalam kertas siasatan dan kepada Ustaz Razali kan ?.... Saya rasa kamu tak perlu cerita lagi, membazir tau, membazir". Jawab Ustaz Khalil dengan serius.

Harun pun serba salah sebab Ustaz Khalil tak mahu dengar ceritanya lagi. Tapi sekali fikir betul juga, dia dah cerita pada Ustaz Razali, tentu dah dipanjangkan cerita itu pada Ustaz Khalil. Bila direnung muka Ustaz Khalil, memang betul dia seorang yang tak pandai senyum dan seorang yang serius. Maka kata-katanya terhenti terus beberapa ketika.

"Ok. Ada apa-apa lagi ?". Ustaz Khalil

"Errr... Ustaz. Bagaimana kes saya lepas ni ? Saya kena dakwa ke ?". Tanya Harun.

"Kes kamu, tunggu dua minggu lagi. Jadi lepas 2 minggu baru saya beritahu. Sekarang tak boleh". Kata Ustaz Khalil.

Kata-kata Ustaz Khalil itu memang tajam seolah-olah menusuk jantungnya. Harun sampai dah tak boleh kata apa lagi. Dia tahu, Ustaz Khalil mengelak dari nak jawab soalan tu dan cara Ustaz Khalil tu membuatkan dia hilang idea nak bertanya lagi. Ustaz Razali senyap saja sepanjang pertemuan itu, mungkin sebagai menghormati bosnya.

"Okey. Kamu balik dulu. Saya ada tugas lain". Kata Ustaz Khalil.

Harun bersalaman dengan Ustaz Khalil yang masih tak ada senyum itu dan salam Ustaz Razali yang memang nampak baik dan murah senyum itu. Dia terus balik, jam dah pukul 11.30 pagi. Dalam hatinya, ada menyesal juga jumpa Ustaz Khalil, tidak ada apa faedah pun. Dalam hati ada rasa kecewa juga, tapi kekadang difikirkan, ada betulnya dia dilayan begitu. Mungkin itu dah jadi cara kerja seorang penguatkuasa.

Tapi, sekurang-kurang dia dapat jumpa dan kenal Ustaz Khalil, pun ada rasa lega juga. Harun teringat satu soalan yang memang dia nak tanya pada Ustaz Khalil, iaitu siapa pengadu kes ini. Tadi dia seolah-olah berfikir, setiap hujahnya akan dipatahkan. Sekali fikir, kalau ditanya pada Ustaz Khalil pun, pasti soalan mengenai pengadu itu tidak akan dijawab, jadi lebih baik tak payah tanya.

Bila keluar saja, Harun nampak ada miscal dari Zihan waktu dia dalam bilik Ustaz Khalil tadi, tadi hphonenya buat 'silent'. Dia terus telefon isterinya dan isterinya kata, bapanya ada telefon sebentar tadi dan mintak duit beberapa-berapa pun. Mendengar cerita itu, Harun minta isterinya tunggu di asrama kilang dan ambilnya pergi makan di sebuah gerai di Taman Daya JB.

Di kedai makan, Zihan cerita lanjut. Iaitu selepas bapanya telefon, dia bergegas telefon ibunya di kampung dan ibunya sedang berada di dalam ketakutan. Waktu bangun tidur, didapati banyak cat merah di dinding rumah dipercayai perbuatan 'along'. Banyak tempat juga kawasan cat, simbahan dan spray warna merah. Yang paling menakutkan, tulisan "Mau Mati Ka" di dinding tu. Lagi satu, ada salinan kad pengenalan bapanya dicetak besar dan ditampal di pokok depan rumah. Di bawahnya ditulis perkataan 'Tipu Punya Orang" "17,000 ribu bila mahu bayar".

Kata ibu Zihan, bapanya keluar rumah sejak jam 8.00 pagi, tak tahu pergi ke mana. Sekarang dah 11.30, belum pulang lagi bapanya. Ibunya bimbang keselamatan bapanya. Ibunya cerita lagi, sejak pagi tadi, ada beberapa biji motosikal selalu lalu depan rumah dan memerhati kawasan rumah. Ibunya tak keluar rumah dan mengunci semua pintu dari dalam.

Zihan bercadang  nak balik kampung untuk bawa ibunya ke JB tapi tidak dipersetujui Harun.

"Kalau ibu awak duduk di rumah kita, bapa pasti ikut. Saya takut, nanti 'along' kejar bapa sampai ke rumah kita. ". Kata Harun.

Betul juga kata Harun itu dan keputusan yang mereka buat hanyalah berserah kepada Allah saja. Mereka tak boleh balik kampung sebab kerja, kalau selalu cuti, nanti terjejas prestasi kerjanya, lagipun mereka baru lagi bekerja. Jam 1.45 Harun hantar Zihan ke asrama untuk berehat sementara masuk kerja jam 5.00 petang nanti.

"Nanti abang tunggu depan pintu pagar jam 4.30". Kata Harun.

Di asrama, dalam jam 3.00 petang, Zihan dapat panggilan telefon dari Makcik Kiah di kampung. Itu kali pertama Mak Cik Kiah telefonnya sejak dia pindah ke JB. Panggilan telefon itu membuatkan Zihan berdebar, kerana merasakan ada sesuatu yang sangat penting hendak diberitahu.

2 ulasan:

  1. salam ustaz..

    Kesian dgn budak nie.. emm.. dunia dunia..

    BalasPadam
  2. Cerita ni lagi suspen dari tendang penalti Kedah lawan Negori malam semalam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.