10 April 2010
BANYAK AUTA ITU KEDAI MAMAK
Lebih 150,000 pekerja asing yang bekerja di restoran dan kedai kopi tidak dapat pulang ke tanah air selepas visa mereka tamat tempoh kerana majikan mereka memegang pasport mereka, dakwa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini. Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, pekerja berkenaan tidak berniat untuk tinggal melebihi tempoh tetapi mereka telah dieksploitasi oleh majikan yang memegang pasport mereka dan enggan memperbaharui visa mereka yang telah tamat tempoh.
"Sehubungan itu, MTUC mencadangkan kerajaan memberikan pengampunan khusus kepada kumpulan itu untuk kembali ke negara asal mereka," katanya.
Balasubramaniam mendakwa pemilik restoran tidak serius untuk menggaji pekerja tempatan dan ini dicerminkan melalui tindakan mereka yang menawarkan gaji rendah dengan keadaan tempat kerja yang tidak selesa.
"Sebagai contoh, walaupun majikan mendakwa mereka menawarkan RM850 sebulan, ini bagi hampir 12 jam waktu bekerja dan bukannya lapan jam seperti termaktub dalam undang-undang buruh Malaysia," katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.